RAKYAT MARHAEN |
- Bayaran RM160 Juta Kepada Astacanggih/Awan Megah Jejaskan Projek-Projek Kementerian Pertahanan Dan Merugikan Anggota Tentera
- Selangor mahu selamatkan tanah LTAT dari ditipu pemimpin Umno
- Be realistic with seat demands, Anwar urges SAPP
- PAS cadang kerajaan beri dana kepada semua parti politik semasa PRU
- PAS sedia runding semula kerusi di Sabah
- Himpunan Hijau lancar ‘Konvoi Protes Lynas dari KL ke Gebeng’
- Iraq's Sunnis protest Shia-led regime
- Muara Ikan Bakar (Singgah Selangor) dan Masjid SSAAS (Kenali Selangor)
- 4 Tuntutan Pemandu Teksi kepada BN
- Warna-warni 2012
- The end of BN calendar?
- No prizes for guessing who's behind 2013 ANTI-ISLAM CALENDAR
- Seleweng dana pencen tentera bukti Najib, Zahid khianati tentera
- Himpunan Hijau : Aktivis edar 'Biskut Telinga Cap Adnan'
- Rosmah launches Roti 1Malaysia..!!! ha..ha..ha..
- Sita kontena anti-Lynas, k’jaan & polis berat sebelah – Fuziah
- Deepak, Musa senjata Dr M dalam 'perang gerila' terhadap Najib & Rosmah?
- DBKL: Pemaju diarah roboh banglo jejas teruk
- Bersama Pakatan Rakyat menjamin masa depan
- Pas: 3 cadangan rombak sistem pilihan raya
- PENGAKHIRAN BAGI NAJIB & ROSMAH: PKR bakal halang perjanjian LTAT-Deepak-Ropiaah
- Kerajaan Siasat Urus Niaga Tanah Ketua Wanita Umno Selangor
- Pemimpin akar umbi BN Sabah sokong Pakatan secara diam-diam
- Bertam: Apakah rakyat Terengganu terlalu naif?
- Kumpulan anti Lynas alih perhatian kepada ‘tukar rejim’
Posted: 30 Dec 2012 08:54 PM PST Pembayaran yang telah dan akan dibuat kepada Astacanggih Sdn Bhd ("Astacanggih") dan Awan Megah Sdn Bhd ("Awan Megah") berjumlah RM160 juta akan menggunapakai dana sedia ada dan pinjaman baru yang terpaksa diambil oleh Bakti Wira Sdn Bhd ("Bakti Wira"). Bakti Wira adalah anak syarikat milik penuh Boustead Holdings Berhad ("Boustead"). Saham majoriti Boustead dikuasai oleh Lembaga Tabung Amanah Tentera ("LTAT") iaitu sebanyak 61.36% (rujuk Laporan Kewangan Tahunan Boustead yang terkini mukasurat 212, setakat 29 Februari 2012). Saham selebihnya di dalam Boustead dipegang oleh pelabur minoriti. Oleh yang demikian, keputusan Dato' Seri Zahid Hamidi mengarahkan Boustead (melalui anak syarikat Bakti Wira) membuat pinjaman baru untuk membayar RM160 juta kepada Astacanggih dan Awan Megah adalah keputusan yang melibatkan kepentingan dan kebajikan anggota tentera serta pelabur minoriti di dalam Boustead. Sekiranya pelaburan ini tidak baik dan membebankan Bakti Wira, ia akhirnya akan merugikan anggota tentera dan pelabur minoriti yang terpaksa menanggung kerugian gara-gara tindakan cemas Dato' Seri Najib Tun Razak yang mahu menutup mulut Deepak. Bakti Wira juga mempunyai sebuah anak syarikat yang menjalankan kerja pembinaan iaitu Jendela Hikmat Sdn Bhd ("Jendela Hikmat"). Syarikat ini diberikan beberapa kontrak penswastaan yang besar oleh Kementerian Pertahanan, termasuklah projek berjumlah RM230 juta untuk membina dan menyiapkan Kem Muara Tuang, Sarawak. Read More / Baca Lagi >> | |||||||
Selangor mahu selamatkan tanah LTAT dari ditipu pemimpin Umno Posted: 30 Dec 2012 08:52 PM PST Dato' Menteri Besar Selangor memandang serius laporan susulan pendedahan oleh Deepak Jaikishan bahawa usaha sedang giat dilakukan untuk menjual lebih 200 ekar tanah milik Awan Megah Sdn Bhd bernilai RM130 juta kepada Bakti Wira Development Sdn Bhd, sebuah syarikat pelaburan hartanah yang dimiliki sepenuhnya oleh Boustead Holdings Berhad, milik Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT). Menteri Besar yang kini berada di luar negara telah mengarahkan Pengarah Tanah dan Galian Selangor untuk memantau sebarang bentuk transaksi yang melibatkan hartanah-hartanah ini. Semakan awal yang dilakukan, tanah-tanah di Bukit Raja tersebut telah diberimilik kepada Pesuruhjaya Tanah Persekutuan melalui proses pengambilan tanah pada tahun 1980an bertujuan sebagai Tapak Kem 9 Briged. Kerajaan Selangor juga akan menyiasat bagaimana tanah tersebut dikatakan telah diberikan kepada syarikat Awan Megah Sdn Bhd yang mana pengarahnya adalah Ketua Wanita Umno Selangor, Senator Datuk Raja Ropiah Raja Abdullah. Kerajaan Selangor sangat hairan bagaimana tanah yang telah digazetkan untuk kem tentera boleh diurusniaga secara komersil melainkan dengan arahan dan campur tangan pihak yang benar-benar berkuasa. Kerajaan negeri juga akan meneliti samada benar telah berlaku proses jual beli tanah tersebut kepada Raja Ropiah pada harga RM7 kaki persegi atau RM72 juta yang akhirnya Raja Ropiah juga didakwa telah menjual sebahagian daripada tanah di Bukit Raja itu kepada syarikat lain dengan harga RM16 kaki persegi bagi mendapat untung atas angin. Kita akan melihat semula dokumen-dokumen yang berkaitan. sekiranya kita dapati berlaku perlanggaran prosedur dan urusniaga yang menyalahi peraturan sebelum 2008, kita tidak akan teragak-agak untuk menghentikan sebarang urusniaga yang melibatkan tanah tersebut sama ada urusan pindah milik atau penjualan yang sedang dirancang. Read More / Baca Lagi >> | |||||||
Be realistic with seat demands, Anwar urges SAPP Posted: 30 Dec 2012 08:51 PM PST The opposition front in Sabah currently includes DAP, PAS, PKR and two newly-formed PR-friendly parties – Angkatan Perubahan Sabah (APS), Pakatan Perubahan Sabah (PPS) – working together with SAPP and the State Reform Party (STAR) against BN. "Besides Sabah Pakatan Rakyat's five member parties, we still want to negotiate with SAPP; if SAPP continues making demands that are too high, it'll be hard for us to continue negotiations," Anwar was quoted as saying by Sin Chew Daily today. But Anwar reportedly denied that PR was issuing an ultimatum to SAPP, saying that he only wanted to let the party know that the pact was in its final stages of seat negotiations. The Borneo Post yesterday reported Anwar as saying that SAPP has to be a strong party to justify its desire for half the seats up for grabs in the coming election. "As far as the three parties are concerned, it is very good, but then there is very little progress with SAPP; (that) is the report I have. We have to convey this to SAPP because we must have some formula of compromise. "Each party should not demand too much... we have to be realistic as to the strength of each party. If SAPP for example wants half of the seats, it has to be a formidable party. Read More / Baca Lagi >> | |||||||
PAS cadang kerajaan beri dana kepada semua parti politik semasa PRU Posted: 30 Dec 2012 08:50 PM PST KUALA LUMPUR, 31 Dis ― PAS mencadangkan kerajaan menyediakan satu dana bagi parti-parti politik bertanding, seperti yang digunapakai di beberapa buah negara bagi mengelakkan parti politik mendapat dana dari pelbagai pihak dalaman dan luaran, sehingga menyebabkan terhutang budi dengan penyumbang tersebut, kata Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. Read More / Baca Lagi >>"Peruntukan kewangan boleh ditentu berdasarkan undi popular yang diterima semasa pilihanraya umum. "Harus diingat persaingan politik menyebabkan rakyat akan lebih mendapat perhatian daripada parti pemerintah, dan komentar lebih baik dari parti pembangkang," kata Tuan Ibrahim (gambar) dalam sebuah kenyataan hari ini. Selain pemberian dana secara terus dari kerajaan kepada parti-parti bertanding, beliau mencadangkan pecahan pengundi sesuatu kawasan tidak dilakukan berdasarkan kaum. "Pecahan pengundi mengikut kaum semata-mata selama lima dekad telah mendatangkan lebih banyak keburukan daripada kebaikan kepada perpaduan kaum di dalam negara kerana seluruh rakyat Malaysia, kerajaan dan terutamanya ahli-ahli politik akan berbicara segala permasalahan negara daripada sudut kaum semata-mata seperti yang sedang berlaku pada waktu kini. | |||||||
PAS sedia runding semula kerusi di Sabah Posted: 30 Dec 2012 08:48 PM PST (Lajim dan Aminudin Aling dalam sidang media semalam) KOTA KINABALU: PAS Sabah bersedia berunding semula dalam pembahagian kerusi bagi menghadapi piliharaya umum ke 13 nanti demi kebaikan rakyat di Sabah. Pesuruhjaya PAS Sabah, Mohd Aminudin Aling memberitahu, PAS sebelum ini telah mengadakan perbincangan dengan PKR dan DAP serta telah mendapat keputusan kedudukan kerusi bagi parti masing-masing. Namun tambah beliau lagi, apabila terdapat pengumuman baru mengenai kemasukan Pertubuhan Pakatan Perubahan Sabah (PPPS) dan Angkatan Perpaduan Sabah (APS) dalam Pakatan Rakyat di Sabah, maka sekretariat Pakatan peringkat negeri akan mengadakan pertemuan bagi membincangkan kedudukan kerusi. "Kita dari awal lagi sudah mengadakan perbincangan dengan parti utama dalam Pakatan Rakyat dan persetujuan telah diperolehi bagi kedudukan kerusi di negeri ini. "Bila ada pengumuman terbaru mengenai kemasukan PPPS dan APS dalam Pakatan Rakyat maka kita akan mengadakan pertemuan dengan segera bagi memdapat keputusan tentang kedudukan kerusi," jelasnya pada sidang media selepas masjis Pelancaran PPPS di Kota Kinabalu semalam. | |||||||
Himpunan Hijau lancar ‘Konvoi Protes Lynas dari KL ke Gebeng’ Posted: 30 Dec 2012 08:47 PM PST KUALA LUMPUR 31 Dis: Kumpulan Anti Lynas, Himpunan Hijau hari ini melancarkan kempen 'Konvoi Protes Lynas Dari Kuala Lumpur ke Gebeng' dalam usaha meneruskan bantahan terhadap pembinaan kilang pemprosesan nadir bumi di Kuantan. Pelancaran konvoi yang dihadiri hampir 100 penyokong itu disempurnakan oleh Pengerusi Himpunan Hijau, Wong Tack dan Yang DiPertua PAS Batu, Ishak Surin. Hadir sama memberi sokongan, Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM), S Arulchelvan dan beberapa pimpinan lain. Konvoi tersebut akan menyelusuri laluan Langkah Hijau bermula dengan 10 buah kereta dengan jarak perjalanan sejauh 250 kilometer. Mereka akan disambut dengan ribuan kereta sebaik tiba di Kuantan. Wong Tack berkata, konvoi ini merupakan manifestasi rakyat untuk menolak projek pembinaan kilang radioaktif Lynas. "Selagi projek tersebut diteruskan, kita akan membantahnya sehingga ia dimusnah dan dikembalikan ke tempat asalnya, di Australia. "Dalam suasana di ambang tahun baru ini, kita mahu tunjukka kepada kerajaan korup dan zalim bahawa rakyat di seluruh negara menolak sebarang pembinaan projek yang membawa kemudaratan," katanya pada sidang media pelancaran konvoi depan Markas Tarbiyah PAS Pusat, Taman Melewar, Gombak pagi ini. Kempen konvoi tersebut merupakan tindakan pertama 'blockade' (pengingkaran) dalam tempoh 100 hari dengan sebuah kem akan ditempatkan berhampiran kilang Lynas di Balok, Kuantan. Read More / Baca Lagi >> | |||||||
Iraq's Sunnis protest Shia-led regime Posted: 30 Dec 2012 08:39 PM PST | |||||||
Muara Ikan Bakar (Singgah Selangor) dan Masjid SSAAS (Kenali Selangor) Posted: 30 Dec 2012 08:38 PM PST | |||||||
4 Tuntutan Pemandu Teksi kepada BN Posted: 30 Dec 2012 08:38 PM PST | |||||||
Posted: 30 Dec 2012 08:36 PM PST Oleh Amin Iskandar@Black Sepanjang tahun pelbagai perkara berlaku menyerikan lagi Malaysia sebagai sebuah negara yang terdiri daripada penduduk berbilang kaum dan agama. Ada perkara yang pertama kali berlaku dalam sejarah Malaysia seperti pendedahan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan tentang campurtangan politik dalam pasukan polis serta perkaitan diantara kongsi gelap dengan pemimpin tertinggi negara sehingga menyebabkan berlakunya peningkatan jenayah.Belum pernah lagi dalam sejarah Malaysia seorang bekas pemimpin tertinggi polis mendedahkan salahlaku dan kepincangan pasukan tersebut kepada umum tetapi ianya berlaku pada tahun 2012. Begitu juga dengan penyertaan bekas pemimpin nombor tiga pasukan polis, Datuk Fauzi Shaari kedalam parti Pakatan Rakyat (PR), PAS yang turut berlaku pada 2012. Ramai penganalisis politik gagal dalam tekaan mereka mengenai tarikh pilihan raya umum ke 13. Daripada awal tahun sehinggalah akhir tahun pelbagai teori digunapakai untuk menyakinkan orang ramai tentang ramalan tarikh pilihan raya mereka. Namun 2012 bukanlah waktu berlakunya pilihan raya umum yang dikatakan bakal paling sengit dalam sejarah Malaysia. Selain itu, bekas Menteri Penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin dikritik hebat kerana menulis sebuah rencana yang dikatakan menghina bekas presiden Indonesia, BJ Habibie yang melawat tanah air baru-baru ini. Habibie dikritik kerana datang ke Malaysia diatas undangan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim. Read More / Baca Lagi >> | |||||||
Posted: 30 Dec 2012 08:34 PM PST 2012 was a year where the ruling Barisan Nasional government further exerted its hegemony by stirring up racial and religious sentiments. As we rejoice in the New Year celebrations, the family of an odd job worker would be clamouring to figure out how he ended up dead in a police lock-up. K Nagarajan's body was found with bruises. In a classic cover-up, the police say he died from a fall in his cell. His family was not informed of his arrest until much later. The authorities are yet to explain the reasons for the wounds on Nagarajan's body and the post-mortem report is still pending, after seven days. His grieving mother wants an explanation. Chances are there would not be any from the police to provide closure for the family, as colourful display of fireworks light our sky above the KLCC. Malaysia ends 2012 with yet another custodial death. But this is nothing new as 10 people died in custody since last year, while 25 died in police shooting. According to statistics revealed by the Home Ministry, 209 persons died in police custody between 2000 and September 2012. Read More / Baca Lagi >> | |||||||
No prizes for guessing who's behind 2013 ANTI-ISLAM CALENDAR Posted: 30 Dec 2012 08:33 PM PST A bi-lingual wall calendar for 2013 containing images and messages reflecting those uttered by MCA leaders recently in their campaign against PAS and Islamic values has been condemned by Selangor PAS Youth, who urged the authorities to investigate. The calendar, in Chinese and English, bears the title "Do not think that hudud law does not affect you, it will", followed by images to show that non-Muslims would be subjected to various rules curtailing their freedom. The rest of the calendar is based on the standard local 'kuda calendar' template, containing details of public holidays and race dates to guide horse racing punters. Selangor PAS Youth chief Hasbullah Mohd Ridzwan said those behind the production of the calendar were cowards. "The act is insolent and shows the cowardice of people with unsound mind," he said, urging the police and Islamic department to act. Without naming, Hasbullah said it was possible that a certain party aligned with the ruling coalition was behind the production and distribution of the calendar. For several months now, Chinese-only party MCA has been stepping up its attacks on PAS, saying the Islamic party was bent on oppressing non-Muslims in the event Pakatan Rakyat comes to power. Among others, the BN component party claimed that the Islamic punishment for serious crimes, or hudud, would be applicable on non-Muslims despite PAS's insistence that the law was for Muslims only. Recently, MCA through its mouthpiece The Star accused the PAS-led state government of arresting non-Muslims for khalwat, a Shariah offence. It has also kicked up a storm over fines on unisex salons which failed to abide by the Kota Bharu Municipal Council's local laws, as well as a ban on gambling. | |||||||
Seleweng dana pencen tentera bukti Najib, Zahid khianati tentera Posted: 30 Dec 2012 08:32 PM PST KUALA LUMPUR 31 Dis: Salah guna kuasa oleh Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan apabila menggunakan RM160 juta wang pencen anggota tentera untuk menutup mulut Deepak Jaikishan dari terus membuat siri pendedahan berkaitan skandal pembunuhan Altantuya Shariibuu merupakan pengkhianatan kepada bekas tentera. Pengerusi Kor Bekas Anggota Tentera/Perajurit (Kobat) KEADILAN Pahang, Datuk Fauzi Abdul Rahman menyifatkan, perilaku Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Zahid Hamidi itu amat keterlaluan kerana dana berkenaan sebagai menghargai pengorbanan tentera. "Ini menunjukkan sikap buruk kedua-dua pimpinan Umno ini yang ternyata memperkecilkan usaha serta jasa tentera dan sangat bertentangan dengan ajaran Islam. "Dua ciri yang perlu dalam Islam adalah ukhuwah dan amanah. Amanah itu bermaksud bertanggungjawab dan bertindak berdasarkan etika dengan niat untuk membantu masyarakat bukan menyeleweng atas kepentingan sendiri. "Apabila ciri ini diabaikan, mereka tidak layak bergelar seorang pemimpin apatah lagi memimpin rakyat," tegasnya ketika dihubungi. Read More / Baca Lagi >> | |||||||
Himpunan Hijau : Aktivis edar 'Biskut Telinga Cap Adnan' Posted: 30 Dec 2012 08:31 PM PST Sekumpulan aktivis Himpunan Hijau hari ini mengedarkan biskut dinamakan 'Biskut Telinga Cap Adnan' di bandar Bentong sebagai cara untuk mengingatkan warga kawasan tersebut kepada kiasan "potong telinga" oleh Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob. Aktivis Chen Sit Yong, 56, yang membantu mengedarkan biskut berbentuk telinga itu berkata usaha berkenaan bagi membangkitkan kesedaran warga Bentong mengenai kenyataan Adnan berhubung kebimbangan orang ramai ke atas projek Lynas. "Kami tidak berpuas hati dengan kenyataan Adnan, yang memperkecilkan kebimbangan rakyat mengenai Lynas," katanya. Pengedaran biskut berkenaan diadakan sempena konvoi 200km dari Kuala Lumpur ke Kuantan yang akan berakhir dengan perhimpunan di loji Lynas di Gebeng malam ini. Chen menambah, pengedaran biskut itu juga bagi memastikan Adnan, yang merupakan seorang ADUN dalam kawasan parlimen Bentong, tewas dalam pilihan raya umum akan datang. "Kita mahu wujudkan kesedaran, supaya orang tempatan di sini akan membantu agar Adnan benar-benar memotong telinganya (dengan menyebabkan ADUN Umno itu tewas dalam pilihan raya)," kata Chen. Adnan pada awal bulan ini bahawa beliau hanya berkias ketika menyatakan kesediaannya untuk memotong telinganya jika BN tewas di kawasan Bentong. Beliau mengulas kenyataannya sebelum itu berhubung keyakinannya bahawa loji Lynas merupakan isu di Kuantan sahaja dan tidak akan menjejaskan peluang BN di Pahang dalam pilihan raya umum akan datang. Beliau memberi contoh kawasannya di Bentong yang menurutnya tidak boleh dimenangi DAP. "... DAP tidak boleh menang di Bentong. Tidak boleh menang. Jika DAP menang di Bentong, anda potong teliga saya, saya terjun Sungai Pahang. (DAP) tidak boleh menang," katanya. | |||||||
Rosmah launches Roti 1Malaysia..!!! ha..ha..ha.. Posted: 30 Dec 2012 08:30 PM PST The Roti 1Malaysia Charity Programme (Persatuan Kebajikan Program Roti 1Malaysia) is officially launched today by Datin Paduka Seri Rosmah Mansor, wife of the Prime Minister of Malaysia. Read More / Baca Lagi >>Roti 1Malaysia is a community project aimed to create a platform whereby individuals and the corporate sector could collaborate together to provide the underprivileged communities with good quality bread and pastries from five-star hotels and bakeries. The programme is founded by Dato' Anne Eu, the Chairman of the Eu Yan Sang Group with the support and patronage of Y. Bhg Datuk Heng Seng Kie, the Advisor to the Women, Family & Community Development Ministry and corporate friends who include Roti 1Malaysia's Deputy Chairmen (Y. Bhg Puan Sri Cecilia Lim, Y. Bhg Puan Sri Susan Cheah, Y. Bhg Puan Sri Esther Tan and Y. Bhg Puan Sri Sandra Lee); Advisor (Puan Sri Maimon Patail) and Roti 1Malaysia's brand ambassador Dato' Jimmy Choo. The programme undertook its trial run in August 2011, in which quality bread and pastries were collected from several participating hotels across the Klang Valley and volunteers from youth organizations and some corporations were mobilized to deliver the food to various homes for the underprivileged. The support received has been very encouraging. In November 2011, Roti 1Malaysia received the official full endorsement and support by the Ministry of Women, Family & Community Development Malaysia. Registered as a charity non-governmental organisation, Roti 1Malaysia works in close collaboration with the private sector, hospitality industry and youth associations. | |||||||
Sita kontena anti-Lynas, k’jaan & polis berat sebelah – Fuziah Posted: 30 Dec 2012 08:28 PM PST KUALA LUMPUR 31 Dis: Tindakan Jabatan Tanah dan Galian (PTG) Pahang menyita dua kontena menempatkan pusat kempen anti-Lynas sempena Himpunan Hijau di Gebeng bersifat berat sebelah, kata Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh. "PTG beri alasan konon kontena diletak atas tanah kerajaan tanpa kebenaran dan ia bertentangan dengan Seksyen 425 Kanun Tanah Negara 1965. "Mengapa PTG enggan bertindak terhadap pondok pengawal syarikat Lynas yang dibina di tapak sama kerana ia juga bertentangan di bawah seksyen ini," katanya ketika dihubungi. Sabtu lalu, PTG bersama Majlis Perbandaran Kuantan dan polis menyita kontena berukuran 10×20 kaki di kawasan seluas tiga ekar di Balok, Kuantan. Kedua-dua kontena itu diletak di sebelah salah satu jalan utama menuju ke kawasan perindustrian Gebeng, lokasi operasi Lynas menghasilkan sisa radioaktif. Read More / Baca Lagi >> | |||||||
Deepak, Musa senjata Dr M dalam 'perang gerila' terhadap Najib & Rosmah? Posted: 30 Dec 2012 08:27 PM PST Apabila anda mahu memusnahkan seseorang yang mempunyai pengaruh dan kuasa, anda perlu merancang dan melaksanakannya dengan tepat dan dengan gaya tersendiri supaya usaha itu memberi kesan maksimum dan berkekalan. Jika tidak, ia boleh mengena kepada diri sendiri dan berkemungkinan akan berakhir dengan kecederaan yang serius ataupun kematian! Itu adalah perjalanan hidup dalam senario politik Malaysia dimana musuh jangan dicari, dendam pasti dibalas . Walaupun rancangan yang teliti telah dibuat dan mendapat sokongan namun ia tidak menjamin kejayaan setiap masa. Sebagai contoh, pemimpin Umno Tun Musa Hitam, TengkuRazaleigh dan Anwar Ibrahim semuanya telah menentang bekas ketua mereka, Mahathir Mohamad dengan sokongan dan doa dari penyokong-penyokong mereka. Namun mereka gagal untuk menggulingkan si licik lagi Machiavelli Mahathir, yang telah memerintah Malaysia selama 22 tahun. Kadang-kala, mereka yang berkuasa apabila ingin menyingkirkan sesorang yang juga punyai kuasa, boleh meminta bantuan pihak ketiga. Contoh yang paling jelas adalah orang upahan menggunakan orang upahan lain termasuk pemimpin Umno seperti Perdana Menteri NajibRazak dan 'mangsa' liwat palsu SaifulBukhari yang 'membantu' antara satu sama lain untuk menjatuhkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan bantuan daripada ketua-ketua polis. Individu seperti UmmiHafilda, S Nallakaruppan dan Ezam Mohd Noor, yang selalunya muncul untuk menyebarkan 'pekung' Anwar pada masa yang strategik, juga boleh diletakkan dalam kategori yang sama seperti Saiful. Terdapat juga mereka yang akhirnya mati! Ingatkah lagi pada TeohBeng Hock dan Ahmad Sarbani? Kedua-dua mereka ini terpaksa membayar dengan nyawa kerana enggan menurut apa yang dikehendaki panglima UMNO semasa siasatan rasuah tak lain tak bukan – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. Sudah tentu, terdapat beberapa orang yang lebih bernasib baik seperti Raja Petra Kamaruddin, yang 'terlebih-mengkritik' mereka yang berkuasa dan terpaksa lari ke England, di mana dia kini hidup dalam kemewahan. Artis Rap dan pelakon filem Namewee begitu berani mempermainkan Lagu Kebangsaan tetapi kemudiannya dipaksa untuk meminta maaf. Maksud semua ini adalah orang kebanyakkan perlu membayar akibat yang mahal sekiranya mereka berani bercakap menentang pemimpin-pemimpin Umno-BN, terutamanya golongan elit Umno yang kejam, panglima yang tidak akan berhenti dari usaha menghapuskan mereka yang cuba untuk mendedahkan urusan haram mereka dan kontrak perniagaan yang mega. Jadi bagaimana kita harus menganalisis kes Deepak Jaikishan dengan pendedahannya terhadap Najib, Perdana Menteri dan Presiden Umno yang bukan calang-calang orangnya! Siapa yang menjadikannya begitu berani? Apakah permainannya? Adakah ia sejenis peras ugut? Atau apakah ia hukuman atau 'ganjaran'? Bukan semudah kes peras ugut mahupun balas dendam | |||||||
DBKL: Pemaju diarah roboh banglo jejas teruk Posted: 30 Dec 2012 08:26 PM PST Menyatakan demikian, Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Ahmad Phesal Talib berkata, pihaknya telah meminta Institut Kerja Raya Malaysia (Ikram) menjalankan kajian mengenainya mulai Januari depan. "Kita akan jalankan kajian dengan segera sebagai langkah keselamatan bagi kediaman yang sudah didiami mahupun yang bakal dibina (di kawasan tanah tinggi)," katanya kepada pemberita dekat lokasi kejadian tanah runtuh di Puncak Setiawangsa di sini hari ini. | |||||||
Bersama Pakatan Rakyat menjamin masa depan Posted: 30 Dec 2012 08:24 PM PST Oleh Rodziah Ismail Tahun 2012 yang akan melabuhkan tirainya tidak lama lagi telah mencatatkan beberapa noktah penting sepanjang hampir lima tahun era reformasi Kerajaan Negeri Selangor, Darul Ehsan. Ianya berlaku atas kehendak rakyat yang inginkan reformasi itu dizahirkan segera bagi menyekat berlanjutannya pereputan budaya dan nilai serta keperluan kepada pentadbiran negeri Selangor yang tulus dan telus. Tindakan bijak rakyat negeri Selangor memilih barisan pimpinan yang ada sekarang ini perlu diulangi dalam pilihanraya ke-13 yang semakin hampir, agar usaha reformasi politik, ekonomi dan sosial dapat diteruskan di negeri Selangor khususnya dan di Malaysia amnya. Rakyat perlu lebih waja dan bersungguh bagi memastikan pelaksanaan agenda perubahan yang jitu diserahkan pada saf Pakatan Rakyat yang tersedia dan bersedia untuk memimpin rakyat Malaysia. Diperakui bahawa masih terlalu banyak lagi yang belum disempurnakan. Tahun 2013 tentunya akan menyaksikan usaha-usaha mensejahtera rakyat oleh Kerajaan pimpinan Pakatan Rakyat diperhebat. Sentiasa bersama Pakatan Rakyat, menjamin kehidupan dan masa depan rakyat. Selamat menyambut Tahun Baru 2013. * Rodziah Ismail adalah Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains Teknologi dan Inovasi dan Kebudayaan Negeri Selangor | |||||||
Pas: 3 cadangan rombak sistem pilihan raya Posted: 30 Dec 2012 08:22 PM PST Merujuk kepada cadangan bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman agar daftar pemilih disediakan setiap tiga tahun sekali apabila pilihan raya umum baru menjelang tiba, jika benar dapat dilaksanakan, Pas juga ingin mencadangkan agar pecahan pengundi sesuatu kawasan tidak lagi mengikut komposisi kaum semata-mata. Pecahan pengundi mengikut kaum semata-mata selama lima dekad telah mendatangkan lebih banyak keburukan daripada kebaikan kepada perpaduan kaum kerana seluruh rakyat Malaysia, kerajaan dan terutamanya ahli-ahli politik akan berbicara segala permasalahan negara daripada sudut kaum semata-mata seperti yang sedang berlaku pada waktu kini. Pecahan pengundi mengikut kaum dibuat SPR selama ini juga dipercayai dibuat mengikut selera dan pecahan parti komponen BN, yang semuanya terdiri daripada parti berdasarkan kaum untuk memudahkan setiap parti komponen untuk menjaga undi kaum masing-masing. Sudah tiba masanya, perkara ini dirombak dengan SPR mengeluarkan pecahan pengundi mengikut usia mahupun jantina sebagai data rasmi yang disalurkan kepada media dan rakyat. Data yang dipecahkan mengikut kaum tidak perlu dikeluarkan secara khusus melainkan ada keperluan. Jika pecahan pengundi dilakukan mengikut usia sebagai contoh: 21-34 tahun: 35 peratus 35-50 tahun: 40 peratus 50-60 tahun: 15 peratus 60 tahun ke atas: 10 peratus Read More / Baca Lagi >> | |||||||
PENGAKHIRAN BAGI NAJIB & ROSMAH: PKR bakal halang perjanjian LTAT-Deepak-Ropiaah Posted: 30 Dec 2012 08:20 PM PST Bersumpah akan mempertahankan dana pencen Angkatan Tentera dari disalahgunakan oleh pemimpin kerajaan tertinggi, Ketua Pembangkang dari parti PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menuntut pentadbiran Najib memberi maklumat sebenar tentang perjanjian yang melibatkan RM160 juta bagi pembelian semula tanah milik Kementerian Pertahanan. Read More / Baca Lagi >>Respon dari PKR ini berikutan berita semalam yang mengkhabarkan bahawa unit dana pencen angkatan tentera 'Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) telah bersetuju untuk membayar RM30 juta kepada ahli perniagaan kontroversi Deepak Jaikishan dan RM130 juta pula kepada firma Raja Ropiaah, Ketua Wanita Umno Selangor. Pengarah strategik PKR Rafizi Ramli menuduh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Pertahanan Zahid Hamidi di atas "penyalahgunaan kuasa yang melampau", dalam menerangkan tentang transaksi terbaru yang melibatkan 223 hektar tanah Kementerian Pertahanan di Bukit Raja, Selangor sebagai "rasuah secara terang-terangan" dan " kes pelaburan paling buruk pernah berlaku". "Ia jelas menunjukkan bahawa RM30 juta untuk memperoleh 80% Astacanggih (firma Deepak) dan yang RM130 juta yang dibayar (kepada firma Raja Ropiaah) untuk tanah yang hampir tidak wujud adalah penyalahgunaan kuasa secara terang-terangan oleh Zahid Hamidi. Saya berani mengatakan bahawa Najib telah menugaskan Zahid untuk mengendalikan hal ini dengan apa jua cara sekalipun, "Rafizi, juruaudit terlatih di UK, memberitahu sidang akhbar pada hari Sabtu. "Anda boleh meminta mana-mana penganalisis pelaburan atau penyelidik dan mereka akan memberitahu anda ini bukanlah satu pelaburan yang baik. Jadi mengapakah kerajaan persekutuan melibatkan diri dalam pelaburan yang buruk itu? Kita hanya boleh menyimpulkan bahawa ini bertujuan untuk mendiamkan Deepak dan untuk menutup keseluruhan isu itu. " Rasuah yang nyata? | |||||||
Kerajaan Siasat Urus Niaga Tanah Ketua Wanita Umno Selangor Posted: 30 Dec 2012 08:20 PM PST SHAH ALAM, 31 DIS : Kerajaan Negeri Selangor akan menyiasat dakwaan penjualan tanah lebih 200 ekar yang dimiliki Awan Megah Sdn Bhd bernilai RM130 juta kepada Bakti Wira Development Sdn Bhd yang digazetkan untuk kem tentera. Menurut Setiausaha Politik Menteri Besar, Faekah Husin berkata, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memandang serius dakwaan laporan berkenaan yang didedahkan oleh Deepak Jaikishan baru-baru ini. "Kerajaan Selangor sangat hairan bagaimana tanah yang telah digazetkan untuk kem tentera boleh diurusniaga secara komersil melainkan dengan arahan dan campurtangan pihak yang benar-benar berkuasa," kata Faekah dalam kenyataan medianya. Jelasnya, Abdul Khalid yang kini berada di luar negara telah mengarahkan Pengarah Tanah dan Galian Selangor untuk memantau sebarang bentuk transaksi yang melibatkan hartanah tersebut. Ujarnya, semakan awal yang dilakukan, tanah-tanah di Bukit Raja tersebut diberimilik kepada Pesuruhjaya Tanah Persekutuan melalui proses pengambilan tanah pada tahun 1980an bertujuan sebagai Tapak Kem 9 Briged. "Kerajaan Selangor juga akan menyiasat bagaimana tanah tersebut dikatakan telah diberikan kepada syarikat Awan Megah Sdn Bhd yang mana pengarahnya adalah Ketua Wanita Umno Selangor, Senator Datuk Raja Ropiah Raja Abdullah," katanya. Read More / Baca Lagi >> | |||||||
Pemimpin akar umbi BN Sabah sokong Pakatan secara diam-diam Posted: 30 Dec 2012 08:19 PM PST KOTA KINABALU 31 DISEMBER: Ramai pemimpin dan penyokong BN di peringkat akar umbi mula beralih sokongan kepada Pakatan Rakyat secara diam-diam. Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, mereka bimbang dengan tekanan dari pemimpin atasan BN jika menonjolkan diri menyokong Pakatan. Ketua Umum KEADILAN itu, berkata mereka akan membuktikan sokongan melalui undi pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 kelak. "Menyertai Pakatan bukan sahaja merisikokan diri tetapi juga kaum keluarga mereka. Ini kerana Umno BN melabel orang yang tidak sehaluan sebagai pengkhianat. "Sebab itu. kita hargai keputusan Datuk Seri Panglima Wilfred Bumburing dan Datuk Seri Panglima Lajim Ukin yang tinggalkan jawatan demi kepentingan Sabah," katanya. Beliau berkata demikian pada pelancaran rasmi Pertubuhan Pakatan Perubahan Sabah (PPPS) semalam. Landskap politik di Sabah berubah ketara sejak beberapa pemimpin utama BN di negeri itu mengisytihar sokongan terbuka kepada Pakatan. PPPS dan Angkatan Perubahan Sabah (APS) menjadi wadah bagi memastikan negeri yang kaya sumber alam tapi paling miskin di Malaysia itu, ditawan Pakatan pada PRU 13. Read More / Baca Lagi >> | |||||||
Bertam: Apakah rakyat Terengganu terlalu naif? Posted: 30 Dec 2012 08:18 PM PST
Isu kawasan medan minyak yang baru di temui di Blok PM 307 Bertam kini sedang menjadi pertikaian hebat antara kerajaan negeri Terengganu dan kerajaan Pahang. Read More / Baca Lagi >>Setakat ini, belum ada apa-apa kenyataan resmi yang dikeluarkan oleh pihak Petronas bagi menjelaskan kedudukan sebenar kawasan telaga minyak Bertam itu, samaada ia benar-benar berada didalam perairan negeri Pahang atau Terengganu. Sementara itu, Tuanku Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah dalam titahnya berhubung kenyataan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said, mengenai status kawasan minyak itu, baginda telah meminta semua pihak supaya menghormati keputusan kerajaan berkaitan hak milik kawasan minyak Bertam. Baginda tidak mahu perkara itu diperbesarkan kerana kawasan telaga minyak itu sudahpun diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi milik Pahang; | |||||||
Kumpulan anti Lynas alih perhatian kepada ‘tukar rejim’ Posted: 30 Dec 2012 08:16 PM PST Konvoi akan berkumpul di Balok malam ini bakal menyaksikan kekuatan mereka menjelang sambutan tahun baru, yang diharapkan mereka untuk membawa perubahan positif dalam perjuangan menentang "simbol rasuah." "Lynas bukan lagi fokus utama kami selepas ini. Tetapi untuk menghancurkan ancaman, kami perlu menghentikan rasuah dan penyalahgunaan kuasa," kata Pengerusi Himpunan Hijau Wong Tack (gambar)kepada The Malaysian Insider semalam. Konvoi mereka dimulakan dengan 13 hari perarakan dari Kuantan ke Dataran Merdeka bulan lalu melibatkan sekitar 200 ahli, dan 100 jam mogok lapar dilakukan kumpulan pejuang alam sekitar lain, Anak Muda Menentang Projek Memudaratkan Alam Sekitar. Gerakan mereka bermula pada 9 Oktober tahun lalu, apabila sekitar 5,000 peserta daripada Pahang ― negeri kelahiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ― untuk menyatakan sokongan menentang kilang tersebut, yang menurut mereka sebagai sebuah lagi contoh kerajaan mengutamakan keuntungan berbanding kepentingan rakyat. Dengan perhimpunan kedua mereka pada 26 Febuari lalu di Kuantan, kemarahan telah disuarakan sekitar 20,000 peserta dan menjadi simbol kehendak rakyat Malaysia. |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan