Isnin, 3 Disember 2012

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Umno, MCA berebut kerusi Bandar Tun Razak

Posted: 03 Dec 2012 09:41 PM PST

Menurut Hamzah, Umno mahu meletakkan calon kerana Bandar Tun Razak merupakan kawasan majoriti pengundi Melayu.

PETALING JAYA: Peluang BN untuk merampas semula kerusi parlimen Bandar Tun Razak  dalam pilihan raya umum ke 13 samar, kata seorang pemimpin Umno bahagian itu.
Dua parti utama BN – Umno dan MCA – katanya, masing-masing mahu meletakkan calon di kawasan tersebut.
Calon Umno yang dikatakan mahu bertanding ialah naib ketua bahagian, Datuk Syed Abdul Rahman Alhasbhsee manakala calon MCA ialah naib presiden MCA, Datuk Seri Ng Yen Yen; YK Chew; Tsen Bok dan senator Chu Lai Kang.
"Kami buntu. MCA mahu bertanding, Umno pun mahu meletakkan calon. Penyokong berpecah, undi pun berpecah," beritahu timbalan pengerusi biro penerangan Umno Bandar Tun Razak,Hamzah Wahab.
Parlimen Bandar Tun Razak dimenangi calon PKR Tan Sri Abdul Khalib Ibrahim setelah mengalahkan penyandang, Datuk Seri Tan Chai Ho  pada pilihan raya 2008 dengan majoriti.
Menteri Besar Selangor itu akan mempertahankan kerusi parlimen tersebut sebagaimana diumumkan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurut Hamzah, Umno mahu meletakkan calon kerana Bandar Tun Razak merupakan kawasan majoriti pengundi Melayu.
'Melayu lawan Melayu'
Read More / Baca Lagi >>

'Rakyat Pengayuh Perubahan 2.0' : 23 sasaran kayuhan Jerit

Posted: 03 Dec 2012 09:39 PM PST

Kayuhan selama empat hari itu bermula pada 7 Disember ini jam 9.00 pagi, dari Pasar Besar Seremban dan bergerak ke Mantin, Pajam, dan Labu.

KUALA LUMPUR: Sebanyak 23 lokasi di sekitar Negeri Sembilan menjadi sasaran Jariingan Rakyat Tertindas (Jerit) sempena kempen berbasikal 'Rakyat Pengayuh Perubahan 2.0′ Jumaat nanti.
Kayuhan selama empat hari itu bermula pada 7 Disember ini jam 9.00 pagi, dari Pasar Besar Seremban dan bergerak ke Mantin, Pajam, dan Labu.
Manakala hari kedua akan bermula di Pedas-Linggi dan akan berakhir di Pejabat Menteri Besar, Wisma Negeri di Seremban pada Isnin 10 Disember ini.
Penyelaras Jerit Negeri Sembilan S Tinagaran berkata, sepanjang perjalanan di setiap hentian kumpulan berbasikal itu nanti akan bertemu dengan masyarakat yang mahu mengemukakan sebarang tuntutan kepada Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hassan.
"Kami mensasarkan kawasan kampung dan estet yang menghadapi pelbagai masalah dan mengutip suara mereka melalui memorandum.
Read More / Baca Lagi >>

Pakatan: Masa suntuk, PRU13 asing bukan isu

Posted: 03 Dec 2012 09:37 PM PST


KUALA LUMPUR - Pakatan Rakyat (PR) hari ini menyatakan isu menetapkan tarikh Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) berasingan tidak berbangkit lagi kerana masa semakin suntuk untuk berbuat demikian.
Mustafa Ali
Bagaimanapun kepimpinan PR mengakui cadangan dibuat Ahli Parlimen Bebas, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim agar kedua-dua perikatan itu dan Barisan Nasional (BN) mengadakan perbincangan bagi menetapkan tarikh PRU13 serentak satu perkembangan baik demi memperkukuh sistem pilihan raya di Malaysia.
Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustaffa Ali berkata, tarikh bagi PRU13 tidak menjadi perkara berbangkit lagi disebabkan faktor kekangan waktu.

Beliau berkata, jadi PR tidak memikirkan untuk mengadakan PRU13 secara berasingan jika Kerajaan Pusat memutuskan untuk membubarkan Parlimen lebih awal.

"Sekarang ini sudah tidak bangkit isu tarikh pilihan raya berasingan.

Read More / Baca Lagi >>

"CAVEMEN" & "TARZAN": This is how over-wealthy Taib's SEB now scorns S'wak NATIVES

Posted: 03 Dec 2012 09:34 PM PST

"CAVEMEN" & "TARZAN": This is how over-wealthy Taib's SEB now scorns S'wak NATIVES Freedom of information requests in Australia have recently brought to light the full, unedited interview of SEB Board Member and spokesman, Idris Buang, by the TV programme Dateline, about Sarawak's mega-dam plans.
And his arrogant and incautious remarks, which disparage the native way of life of many of Sarawak's indigenous tribes, have brought gasps of amazement and outrage.
Among a series of slurs, he says on behalf of SEB:
"We don't want to be jungle warriors, poachers and simple people. We are blessed to have inputs from experts, from Hydro Tasmania and Norway for example…. there is a need to have all these dams that we planned for, in the interest of Sarawakians and Malaysians as well"
The former Senator also takes a swipe at the Swiss environmentalist Bruno Manser, who studied and befriended the jungle-dwelling Penan people, before he angered Taib by criticising the wholescale logging of Sarawak and subsequently went missing in 2001.
Buang mocks Manser for acting like "Tarzan" by living with the Penan:
"We don't want to be as romantic as Bruno Manser.  He is going the other way around. We don't want to be Tarzan…. these are just fairy tales, these are stories good to read, not good to live…We have a moral and legal right (responsibility) to emplace them [the Penan] in better positions"
"We want to move ahead to take the challenge from the modern society of the world.. and there is another option, do nothing, train our children the law of the jungle, survival of the fittest, go backwards and become cavemen".
Clueless
The most striking aspect of the interview, during which Buang frequently contradicted himself, was that the SEB spokesman, who was so confident about what the right solutions were for other people, seemed to have almost no grasp at all about the actual plans and arguments in favour of SCORE.
The Board Member of SEB was forced to turn during the interview to advisors from the company Hydro Tasmania to find out when the construction is due to begin on the proposed Baram Dam, which will flood tens of thousands of people from their homes.  The answer they gave was 2014. To which Buang commented:
"As it is, it has to go on. As I said the need to have all these dams that we planned for, overrides any other thing, you know, in the interest of the greater good of Sarawakians:.
By this he made clear there is no choice facing native people threatened by the dams, yet throughout the interview he gave no clear explanations as to why the dams were necessary or what the provisions for consultation and resettlement might be.
Who could trust such woolly bluster from a man who clearly knows little of what he speaks?
SEB are playing with the lives of thousands of people and the destruction of the environment of Sarawak and yet they put up a spokesman who, when asked why the people of Bakun have not received their compensation a decade late, remarks:
Read More / Baca Lagi >>

Election hype and debates

Posted: 03 Dec 2012 09:33 PM PST

It is not up to the political elites to decide what is, or what is not, Malaysian culture, especially when it comes to the much anticipated prime ministerial debate.

By Howard Lee
The general election is just around the corner. At every corner you turn and in every conversation you hear, the election is being talked about passionately.
Regardless of whichever side of the political divide one stands on, the future of the nation is at stake, our fates as well as those of our children and their children hang in the balance.
The Malaysian experiment in democracy had at its core the guiding principles of progress through 'check and balance', and mechanisms such as the 'separation of powers' and two tiered parliamentary representation built in to ensure a progressive union of the rakyat.
However instead of progress, the experiment has pushed our country further away from its goals.
Three generations have passed; 12 general elections have come and gone; six prime ministers have helmed the bridge of the beautifully built but badly sailed ship of Malaysia; yet, there has only been one government, one ruling party, one business plan and one corrupt hole that those at the top keep digging at the expense of the rakyat.
All this has been garnished by lies after deceptions, time and time again.
Read More / Baca Lagi >>

AES: 2 pemandu mengaku tidak bersalah

Posted: 03 Dec 2012 09:32 PM PST

KUALA LUMPUR: Dua pemandu yang didakwa melakukan kesalahan di bawah pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) mengaku tidak bersalah di mahkamah hari ini.

Hakim Mahkamah Majistret di sini, Noorasyikin Sahat menetapkan 18 Disember ini bagi pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menyerahkan dokumen berkaitan.

Mohd Ridzuan Mohd Yusoff dan Henny Suryani Yacub @ Yaakob didakwa kerana tidak mematuhi isyarat lampu merah di Jalan Klang Lama.

(Gambar: Mohd Ridzuan dan Henny Suryani bersama Zulhazmi.)

Mohd Ridzuan yang ditemui Harakahdaily selepas sebutan kes memberitahu pelaksanaan AES adalah tidak wajar dan membebankan pemandu.

Read More / Baca Lagi >>

13 Mei : PAS WP lapor polis terhadap Shahrizat

Posted: 03 Dec 2012 09:31 PM PST


(Pemuda dan Muslimat PAS menunjukkan laporan polis  yang mereka buat di Balai Polis Sentul semalam)

KUALA LUMPUR: Ucapan Ketua Wanita Umno yang hilang jawatan ekoran kes NFC, Datuk Seri Shahrizat Jalil yang mengugut akan berlaku huru hara jika Umno kalah mula mendapat reaksi rakyat.

Reaksi yang paling jelas adalah ia dianggap ugutan kepada rakyat dan laporan polis dibuat terhadap ucapan itu.

Beberapa aporan polis terhadap Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil telah dibuat di Balai Polis Dang Wangi oleh kepimpinan dan anggota Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat PAS Wilayah Persekutuan semalam.

Laporan tersebut diadakan berhubung dengan kenyataan Shahrizat yang berbaur ugutun kepada rakyat Malaysia dan boleh mencetuskan huru-hara ketika berucap di Perhimpunan Agung Wanita UMNO pada 28 November yang lalu.
Read More / Baca Lagi >>

Pampasan RM207b: Harapan mangsa jika Pakatan menang

Posted: 03 Dec 2012 09:30 PM PST

 
(Gambar: Rombongan Nizar bertemu dengan Pak Hashim di kediamannya di Changkat Jering baru-baru ini)

TAIPING: Selepas menunggu sekian lama, buruh paksa pembinaan landasan keretapi maut kini menggantungkan harapan mereka untuk mendapat bayaran itu jika Pakatan Rakyat menang dalam pilihan raya umum nanti.

Sehubungan itu juga, mereka berterima kasih kepada Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin di atas inisiatif beliau menubuhkan Sekretariat Jejak bagi menuntut wang pampasan yang dinafikan kerajaan.

Namun Mohamad Nizar ketika ditemui tidak dapat memberikan sebarang jaminan kerana beliau sendiri tidak tahu dimanakah wang itu berada kini.

Kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Umno pula sehingga kini senyap seribu bahasa walaupun ia sudah dibangkitkan di Dewan Rakyat oleh Mohamad Nizar.


Read More / Baca Lagi >>

Siasat aduan bil elektrik naik lepas TNB tukar meter – Nik Nazmi

Posted: 03 Dec 2012 09:29 PM PST

PETALING JAYA 4 Dis: Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad menggesa satu badan bebas diwujudkan untuk menyiasat aduan kenaikan bil elektrik selepas Tenaga Nasional Berhad (TNB) menggantikan meter analog pengguna kepada meter elektronik.
Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Setia itu, 22 aduan diterima daripada pengguna yang mendakwa bil mereka meningkat antara 20 hingga 50 peratus selepas TNB menjalankan operasi penggantian meter tersebut.
Katanya, badan itu perlu menyiasat aduan berkenaan berikutan TNB mendakwa meter baru itu memberi bacaan lebih baik dan tepat.
Beliau menyarankan agar badan itu diberi kuasa untuk memeriksa meter elektrik yang didakwa memberikan bacaan meragukan.
"Badan ini sepatutnya diberi kuasa untuk menguji meter baru sebagai pengimbangtara dan membuat dapatan bebas yang mengikat TNB dan pengguna," katanya dipetik Malaysiakini.
Beliau berkata demikian pada sidang media bersama Pengerusi Biro Pelaburan KEADILAN, Wong Chen, di sini hari ini.

Parti Nepal sertai Barisan Nasional untuk hadapi PRU13.

Posted: 03 Dec 2012 09:04 PM PST

Semalam cacai2 sibuk siarkan gambar mereka edit untuk hina parti PKR, di bawah adalah gambar poster yang UMNO pusing satu alam maya, konon2 depa hebat lah tu mengedit.. kahkahkah
ini yang Facebooker UMNO gebang sari semalam. nampak dah takde isu, so edot pun jalan.. kahkahkah
Tak kurang hebat blogger UMNO AAKJ (Azmi Awang KJ)
Nih gua nak kasik bukti bahawa penampakan Parti Nepal di PWTC kelmarin.. kahkahkah

United Nepalian National Organisation. Kahkahkah
Orenji:
Inilah yang terjadi bila hendak menulis tiada isu. Kalau tak menulis pula x makan pulak anak bini. Tulislah apapun meskipun terpaksa edit gambar untuk dijadikan modal menabur fitnah.. Itulah cara didikan lembUMNO..


Gambar tu sebenarnya telah diedit oleh Blogger pencacai UMNO yang ketiadaan isu untuk dijadikan senjata bagi menyerang PKR dan juga Pakatan Rakyat. Tak memfitnah menipu x UMNO lah!!!


Sex, Rasuah dan Fitnah mainan UMNO. Yang perlu kita lakukan ialah berkerja keras untuk menumbangkan UMNO/BN dalam PRU13 nanti.

Nisbah Anggota Polis : Siapa yang betul?

Posted: 03 Dec 2012 08:42 PM PST

Saya gusar membaca kenyataan Datuk Mortadza Nazarene, Pengarah Pengurusan PDRM yang menyatakan nisbah anggota polis kepada penduduk adalah 1:500 menyanggah jawapan Menteri Dalam Negeri di Parlimen pada 1 November 2012 seperti berikut:

"Di negara ini, nisbah anggota polis kepada orang awam umumnya adalah seorang anggota polis kepada 270 orang penduduk (1:270) yang mana ia adalah hampir dengan nisbah yang disarankan oleh INTERPOL."

Justeru, agenda utama Pakatan Rakyat adalah penugasan semula anggota polis yang bertumpu kepada pencegahan dan siasatan jenayah, digandingkan dengan kenaikan elaun dan peningkatan kebajikan secara am.

Nurul Izzah Anwar
Ahli Parlimen Lembah Pantai
merangkap Naib Presiden KEADILAN

Anak Kecil Main Api: Silap Mata dan Silat Lidah Terhebat

Posted: 03 Dec 2012 08:39 PM PST



Bukan main hiba wakil Kelab UMNO Luar Negara sewaktu Perhimpunan Agung UMNO tempohari sewaktu menyanyikan lagu "Anak Kecil Main Api". Bercucuranlah air mata perwakilan kononnya jika UMNO tewas dalam Pilihanraya Umum ke 13 nanti maka, hilanglah Melayu, merempatlah Melayu di bumi bertuah ini.
"Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang"

Inilah dia silap mata dan silat lidah terhebat abad ini. Terus menerus berlagak angkuh seolah bangsa Melayu ini dungu semuanya. Saya dengan sukacitanya memperingatkan kepada graduan Luar Negara tersebut dan seluruh anak muda Malaysia mengenai beberapa jasa teragung UMNO sepanjang memerintah Tanahair ini.
1. Tahun 1957, sewaktu British memberikan kemerdekaan, mereka telah meninggalkan 3 billion hektar Tanah Rezab Melayu. Tahun 1995, di bawah kepimpinan UMNO yang memperjuangkan bangsa Melayu, Tanah Rezab Melayu menyusut sehingga tinggal lebih kurang 1.7 juts hektar sahaja. Hidup Melayu!!!
2. Tahun 1993 menyaksikan maruah Raja-Raja Melayu direntap Pemerintah dibawah kepimpinan UMNO apabila Perlembagaan Persekutuan dipinda bagi membolehkan Raja-Raja dibawa ke mahkamah. Banyak lagi jasa UMNO dalam melondehkan maruah dan kredibiliti institusi kesultanan Melayu. Daulat Tuanku!!!
3. Dasar Ekonomi Baru, sebuah dasar yang baik untuk memacu perkembangan ekonomi Melayu dipergunakan oleh UMNO bagi melahirkan beberapa kerat konglomerat UMNOputera yang rapat dengan koridor kuasa sahaja. Di mana taraf ekonomi Melayu ketika ini? Siapa yang mengkhianati Melayu disebalik Dasar Ekonomi Baru? Realitinya, objektif DEB tersasar jauh. Demi Ketuanan Melayu!!!
Read More / Baca Lagi >>

Two-thirds majority? Come, let's DEBATE - Anwar dares Najib

Posted: 03 Dec 2012 08:36 PM PST

PETALING JAYA- Malaysian opposition leader Anwar Ibrahim challenged Prime Minister Najib Razak to a public debate on Monday, calling the ruling UMNO party's hope of regaining a two-thirds parliamentary majority in the coming election a 'pipe dream'.
This was after Mr Najib, who is also UMNO's president, warned at the recently concluded annual party congress that the opposition's proposed budget would bankrupt the country.
He also said that peace and stability would be disrupted if the opposition was voted into power.
"Stop hiding behind the protective wall of your propaganda machinery and taking potshots at Pakatan Rakyat and me. Man up to your position as Prime Minister and face me in the ring," said the opposition leader.
Speaking at a news conference, Mr Anwar said UMNO's offensive against the opposition was a clear sign of frustration and a desperate cling to power.
Read More / Baca Lagi >>

Najib gagal kemudi Umno ke arah pembaharuan bakal beri kemenangan mudah PR dlm PRU13

Posted: 03 Dec 2012 08:35 PM PST

Apabila Perdana Menteri Najib Razak yang sering dibelenggu skandal gagal mengemudi parti Umno ke arah pembaharuan, ini akan menguatkan persepsi rakyat bahawa perubahan dalam pucuk pimpinan perlu dan mereka mungkin bakal memberi peluang kepada Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim untuk menang dalam pilihanraya umum yang akan datang.
Najib gagal kemudi Umno ke arah pembaharuan bakal beri kemenangan mudah PR dlm PRU13Semasa ceramah perdananya kepada delegasi Umno dalam perhimpuanan agung yang ke-66, Najib telah bermati-matian mencerca Anwar, mengangkat dirinya sebagai pemimpin yang lebih baik dari segi ekonomi sambil memfitah lawannya dengan pembohongan bahawa Malaysia akan kehilangan kedaulatan kepada 'kuasa asing'.
"Dengan begitu banyak penekanan untuk memusnahkan Anwar, Najib sebenarnya telah mengakui kekuatan Pembangkang. Kegagalannya memberi halatuju baru pada Umno sebenarnya menunjukkan dia sendiri sebenarnya tidak pasti. Dia tidak perasan akan cakap-cakap yang telah lapuk dan retorik yang sering berulang. Dia tidak faham kenapa rakyat marah pada Umno-BN. Dan inilah realiti menyedihkan Umno. Rasuah dan penyalahgunaan kuasa sudah berakar umbi dalam Umno sehinggakan mereka tidak sedar bahawa ini adalah salah dan mereka perlu berubah. Mereka fikir merekalah betul dan seluruh Negaralah yang perlu berubah," beritahu Ahli Parlimen PAS Shah Alam kepada Malaysia Chronicle.
Read More / Baca Lagi >>

Ini sebabnya berkali-kali Najib kena minta maaf...

Posted: 03 Dec 2012 08:32 PM PST

Najib dan semua puak Umno bangang mohon maaf sebab mereka tahu mereka telah buat kesalahan yang amat besar.
Persoalannya adakah boleh kesalahan itu dimaafkan begitu sahaja. Umno wajib pulangkan 1.7 juta hektar tanah rizab melayu yang hilang... Pulangkan berbilion duit rakyat yang diboros dan disalah guna, bayar balik berbilion US dollar hutang negara. Pulangkan berbilion ringgit duit royalti rakyat Kelantan, bla bla bla bla bla...
Kesalahan seterusnya, tengok kat bawah neh...


Mungkin tak ramai yang tahu atau buat-buat tak tahu, especially puak-puak gerombolan yang berkepentingan dan meletakkan perut mengatasi segalanya...

Inilah sebabnya sampai berkali-kali Najib punya mintak maaf kat rakyat Malaysia terutama sekali umat Melayu... Amacam? Ada macai Umno yang tak puas hati ka?

Kemelut Syria merebak ke Turki, Lubnan

Posted: 03 Dec 2012 08:31 PM PST


Konflik Syria, Turki, Lebanon
Sepasukan tentera Turki mengawal kawasan sempadan yang sering terkena tempias serangan.
 
ANKARA - Kumpulan pemberontak Syria mengebom bangunan keselamatan berhampiran sempadan Turki menyebabkan sekurang-kurangnya 11 orang cedera selain menakutkan puluhan pelarian yang di sempadan Syria, semalam.

Pegawai pejabat Datuk Bandar Ceylanpinar memberitahu, sebuah jet pejuang Syria telah menjatuhkan dua bom ke arah bangunan yang ditawan pemberontak kira-kira 300 meter dari sempadan Turki.

Sebelum itu, satu pertempuran melibatkan tentera Lubnan dan pemberontak Syria tercetus dalam kawasan sempadan sekali gus mengundang kebimbangan kemelut berpanjangan sejak tercetusnya revolusi kebangkitan rakyat di Timur Tengah pada tahun lalu.

Pertempuran berdarah tercetus sebaik sahaja Presiden Rusia, Vladimir Putin tiba di Turki, bagi menghadiri perbincangan yang diramal melibatkan dua negara yang terkena serpihan kemelut berdarah di Syria.

Sementara itu, Agensi Berita Kebangsaan Turki melaporkan, sepasukan tentera Lubnan di balai kawalan berhampiran perkampungan Qaa di Lembah Bekaa terpaksa melepaskan tembakan ke dalam Syria selepas seorang lelaki bersenjata menembak dari sempadan.

Sejak kebangkitan pemberontakan terhadap rejim Presiden Bashar Al-Assad, pergaduhan antara pemberontak Syria dan tentera kerajaan turut melibatkan negara-negara jiran termasuk Turki, Israel dan Lubnan. - AP

Negara Zina : Pelajar 14 tahun mengaku pernah dirogol lebih 20 lelaki

Posted: 03 Dec 2012 08:30 PM PST


Pelajar 14 tahun mengaku pernah dirogol lebih 20 lelaki
Mangsa ditemani anggota polis ketika menyenaraikan nama suspek yang pernah merogolnya.
 
KULIM - Seorang pelajar perempuan berusia 14 tahun bersama rakannya ditahan berikutan penyalahgunaan dadah di sebuah rumah di sini, jam 2 pagi baru-baru ini.
Dia yang hanya mahu dikenali dengan nama Ima mula terlibat dalam penyalahgunaan dadah jenis methamphetamine ketika berusia 13 tahun.

Dari siasatan awal, Ima membuat pengakuan pernah dirogol lebih 20 remaja lelaki dan lima daripadanya merupakan murid sekolah berusia di antara 14 hingga 17 tahun.
Mangsa turut memberikan kerjasama dengan mencatat nama suspek yang pernah merogolnya.

Ima berkata, lebih malang, ada dalam kalangan mereka yang pernah cuba meliwatnya.

"Saya berkawan dengan mat rempit. Mereka membawa saya ke sebuah rumah dan saya dirogol beramai-ramai. Lama kelamaan perlakuan itu berlanjutan," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Ke mana sistem kewangan Islam di Malaysia?

Posted: 03 Dec 2012 08:27 PM PST

Akta Perkhidmatan Kewangan Islam, 2012 (APKI), telah pun dibentang dan diluluskan di Dewan Rakyat.

Terdahulu Akta Perkhidmatan Kewangan (APK) diluluskan utuk menggantikan BAFIA, Akta Kawalan Pertukaran Asing, Akta Insuran dan Akta Sistem Pembayaran.

APKI pula untuk menggantikan Akta Perbankan Islam dan Akta Takaful. Kedua-dua akta yang dimansuhkan ini akan diletakkan di bawah akta baru ini.

Tujuan pengenalan akta-akta baru ini adalah untuk menyelaraskan undang-undang sedia ada sekaligus memangkin pertumbuhan Malaysia sebagai hub kewangan antarabangsa.

Tidak dinafikan bahawa Malaysia adalah antara negara ummat Islam yang banyak berperanan mendayakan dan mengarusperdanakan Kewangan Islam.

Usaha-usaha perintis tentunya merujuk seawal penubuhan institusi Tabung Haji dalam tahun 1969, seterusnya penubuhan Bank Islam pertama pada tahun 1983 sehingga terkini cadangan menubuhkan Mega Bank Islam.

Kemelut kewangan antarabangsa mutakhir ini, khasnya kemelut kewangan di Amerika, krisis zon Euro yang menyaksikan Greece, dan terkini Itali dan Sepanyol juga di ambang kebankrapan, meletakkan Kewangan Islam kembali mendapat perhatian.

Sebut-sebutan bahawa Kewangan Islam mampu mengambil alih dan diarusperdanakan menjadi teras kewangan antarabangsa sudah tidak lagi menjadi rahsia dan ditakuti masyarakat antarabangsa.

Pun begitu malangnya, Kewangan Islam belum lagi difahami betul-betul oleh ummat Islam sendiri.
Lebih malang kalau penganjur dan penaja Kewangan Islam sendiri masih belum berpuashati tentang kefahamannya oleh pihak penguasa politik dan pemerintah.

Kegagalan menghayati tasawur dan tujuannya, meletakkan 'Maqasid (Matlamat) Kewangan Islam' ini tidak mampu dicapai. Penulisan ini dibuat bertujuan memaparkan aspek ini.
Read More / Baca Lagi >>

Filipina negara yahudi berikutnya di Asia Tenggara?

Posted: 03 Dec 2012 08:26 PM PST


Selepas pungutan suara berkaitan status Palestin yang dilakukan oleh PBB di New York minggu lalu, ratusan rakyat Filipina mengadakan perarakan di Manila bagi menyokong Israel.
Jumlah mereka dianggarkan 300 hingga 400 orang dan berkumpul di kawasan perniagaan. Beberapa orang di antaranya membawa bendera Israel, belon putih biru, pembesar suara dan menetapkan lagu dalam bahasa Ibrani, dan bahkan beberapa shofarot(alat muzik yahudi laknatullah).
shofarot
Mereka diikuti dengan konvoi berjumlah 50 hingga 60 buah kereta dengan membawa kain rentang bertulis "Berdirilah dengan Israel, sekarang dan akan datang". Slogan ini sama pada tahun 1947 ketika Filipina menjadi negara Asia pertama yang menyokong penubuhan bangsa Yahudi di Palestin.
Read More / Baca Lagi >>

Royalti: 93% pengguna media baru sokong Kelantan

Posted: 03 Dec 2012 08:18 PM PST


KUALA LUMPUR: Sebanyak 35,807 telah mengundi dalam Sistem Undian Online R, dan terdapat 5,710 undi rosak/berulang tidak dikira dalam tempoh 24 jam ia dilancarkan semalam, 3 Disember.

Menurut blog R Tuntut Royalti www.royaltikelantan.com, undian yang sah adalah 30,097 undian sahaja, 28,062 sokong dan 2,133 bantah.

Sebanyak 93% iaitu 28,062 undi pengguna media baru Facebook di Malaysia menyokong Kerajaan Kelantan mendapat royalti gas dan minyak.

Terdapat 2,133 undi yang membantah mewakili 7% daripada undian online tersebut.

Keputusan ini memberikan gambaran bahawa pengundi media baru yang majoritinya adalah anak muda lebih cenderung menyokong tuntutan royalti Kerajaan Kelantan berbanding dengan pihak yang menolak.

Strategi kempen NGO R dalam menggunakan media baru sebagai platform kempen dan penerangan rasmi disamping sokongan media cetak adalah sangat berkesan bagi mendekati rakyat Kelantan.

Peningkatan pengguna internet negara ini dijangka meningkat daripada 47% kepada 73% menjelang akhir tahun ini hasil daripada kajian ERICSSON ConsumerLab adalah memberikan impak signifikan kepada kempen media baru yang lebih agresif.

Bancian Online Sinar Harian Jam 12.00 T/Hari 4-12-2012

Posted: 03 Dec 2012 08:15 PM PST

Menjawab soalan cepumas DS Najib di AGM Umno, jika anda ahli Umno, pilihan anda:

Sokong penuh Umno meskipun tidak dipilih calon
 
6 % (645)
Masih sokong Umno meskipun tidak dipilih calon
 
2 % (257)
Tidak akan kerja masa PRU13
 
7 % (728)
Saya akan sabotaj Umno-BN
 
31 % (3184)
Saya akan lompat parti
 
54 % (5572)
Jumlah Undian: 10386

Susulan Perhimpunan Agung Umno 2012, jika anda seorang pengundi, parti pilihan anda?

Pas
 
94 % (13002)
Umno
 
6 % (887)
Jumlah Undian: 13889

Susulan Perhimpunan Agung Umno 2012, jika anda seorang pengundi, perikatan pilihan anda?

Barisan Nasional
 
7 % (970)
Pakatan Rakyat
 
93 % (12606)
Jumlah Undian: 13576

Anda yakin Barisan Nasional akan menguasai kembali kerusi 2/3 di Parlimen pada PRU13?

Saya yakin
 
6 % (819)
Saya tidak yakin
 
89 % (11956)
Saya tidak pasti
 
5 % (632)
Jumlah Undian: 13407

Jangan tertipu dengan air mata Umno

Posted: 03 Dec 2012 08:10 PM PST

Akhirnya Perhimpunan Agung Umno tamat juga setelah, serentak dengan berakhirnya monopoli saluran TV yang menyiarkan cerita perhimpunan tersebut. Ada yang terpaksa mencari saluran lain walaupun hanya menayangkan cerita kartun.

Kebangkitan rakyat yang menyokong Pakatan Rakyat secara besar-besaran sekarang membuatkan umno tidak lena tidur. Serangan yang dibuat dalam perhimpunan tersebut membuktikan betapa takut, bimbang dan gerunnya dengan situasi politik negara sekarang ini. Dengan rasa gelabah sehinggakan setiap ucapan sama ada peringkat tertinggi sehingga perwakilan, semuanya menyerang pembangkang.

Yang agak pelik ialah apabila golongan yang sering membuat fitnah berdoa agar Umno dilindungi dari fitnah. Kenyataan lain yang ganjil ialah mengatakan Umno adalah pilihan Tuhan kerana berjaya memerintah negara lebih 50 tahun. Jika kita belajar agama kita akan faham bahawa sememangnya Allah juga akan memanjangkan  kuasa pemerintahan golongan yang zalim, ahli maksiat, jaguh fitnah, penipu, perosak agama dan penindas kerana golongan ini diistilah kan termasuk dalam golongan yang "istidroj", iaitu golongan yang Allah sesatkan setelah berbagai peringatan daripada ayat-ayat Allah dan ajaran nabi diberikan tetapi mereka masih berdegil dan pekakkan telinga, maka Allah biarkan mereka terus dalam kesesatan, kezaliman dan kekufuran.

Najib mengajak semua ahli Umno bersatu padu, mengapa? Kerana sejak dulu perpaduan dalam Umno hanya kepura-puraan. Matlamat mereka ialah berebut projek, berebut jawatan dan pangkat dalam parti dan dalam kerajaan.  Untuk mendapatkanya mereka sanggup berbuat apa sahaja walaupun terpaksa menghancurkan sesama mereka.
Read More / Baca Lagi >>

Menangislah kerana takutkan Allah bukan takut kalah PRU13...

Posted: 03 Dec 2012 08:09 PM PST



Mengapa kadang-kadang kita menangis, dan siapa yang menetapkan fitrah (naluri) ini kepada kita yakni fitrah menangis? Seorang bayi sejak lahir ke dunia ini kita melihatnya menangis dan seseorang yang rapat dengan kita juga menangis. Maka menangis adalah fitrah Allah ciptakan pada diri manusia, dan kebanyakan orang-orang jahil meyakini bahawa menangis tidak ada manfaatnya. Akan tetapi terdapat beberapa kajian untuk membuktikan kebalikan dari keyakinan orang-orang jahil tersebut.


Dalam al-Quran menyebutkan bahawa menangis adalah sifat yang baik namun dengan syarat bahawa menangis itu kerana rasa takut kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala.

Beberapa pakar psikologi melontarkan satu idea "Perubatan Dengan Menangis"

Seperti dilaporkan dari laman Al-Sofwa, satu penyelidikan dilakukan oleh para penyelidik AS dan Belanda menemui kebaikan di sebalik menangis bahawa kebanyakan orang merasakan bertambah baiknya perasaan mereka setelah menangis dan pada saat yang sama, hanya satu orang dari 10 yang keadaanya adalah buruk selepas itu (selepas menangis ).

Ahli psikologi dari University of South Florida, AS dan Universiti Tilburg, Belanda mendapati bahawa orang yang menangis dan mengeluarkan air matanya merasakan bertambah baiknya perasaan mereka.Read More / Baca Lagi >>

Fuziah mahu terus juang isu Lynas

Posted: 03 Dec 2012 08:07 PM PST


Fuziah Salleh
SHAH ALAM - Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh berkata, semangat beliau dan penduduk setempat tidak luntur untuk terus menentang projek Lynas walaupun operasi loji pemprosesan di Gebeng, yang tertangguh, dilaporkan sudah bermula baru-baru ini.
Fuziah berkata, beliau telah menyuarakan isu ini sejak 2008 secara bersendirian sehinggalah wujud kesedaran di kalangan rakyat.

"Apa yang belum kita buat? Ke mahkamah sudah, buat semakan kehakiman sudah... jalan kaki, naik basikal, panjang bukit hingga hantar memorandum pun sudah dibuat.

"Tetapi rintihan itu semua ibarat jatuh ke 'telinga yang pekak dan tuli'. Kerajaan tidak respons kepada suara rakyat," kata beliau ketika dihubungi Sinar Harian Online.
Read More / Baca Lagi >>

Merahnya muka Najib!

Posted: 03 Dec 2012 08:04 PM PST


Tiga individu yang "memerahkan" wajah pimpinan tertinggi UMNO sepanjang Perhimpunan "Perpisahan" Agung UMNO baru-baru ini.

Mereka bertiga adalah Deepak Jaikishan, mantan IGP Tan Sri Musa Hasan dan Bekas Pengerusi Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Datuk Rahman Maidin.

Serangan Deepak ke atas Najib dan Rosmah amatlah mengejutkan pasangan suami isteri itu. Dulu kawan dan rakan perniagaan, kini Deepak semacam "musuh" yang mengancam seperti Bala. Bahkan mengaitkan nama Rosmah sekali.

Najib mengharapkan Menteri Tenteranya Zahid Hamidi untuk membelanya. Tapi malangnya Zahid seperti "mengkhianati" janjinya untuk membela Najib dalam ucapan penggulungannya. Tiada sepatahpun Zahid ucapkan untuk membela Najib. Menggulangi pengkhianatan Zahid semasa PAU 1998 yang menghentam Mahathir atas isu kroni.
Read More / Baca Lagi >>

Tiada ulasan: