RAKYAT MARHAEN |
- Banjir Besut : 230 Rumah Terjejas Kg Pdg Bual Tuntut Ganti Rugi
- Jadikan mata pelajaran Agama di Malaysia subjek wajib
- Isa Samad nafi pernah lobi jadi pengerusi KPF..ha..ha..Suara dan Kentut mu satu dunia kenal...!!!!
- Banjir luar biasa di Besut ekoran lumpahan air dari Empangan Paya Beda
- Himpunan artis sayang islam VS Himpunan artis sayang BN
- ANTARA PAJAK & HAKMILIK!!! Tanah di Gua Musang masih milik Kelantan, tanah di Selangor jadi hak milik UMNO
- Polimek Nama Allah Yang Tiada Kebenaran
- Hasan Ali minta Hadi bertaubat !
- Mendapatkan kerajaan yang adil dalam PRU 13
- Siri Terdesak : Fathul Bari saran Pas keluar Pakatan - Pencacai suruhan UMNO
- Empangan Paya Beda :Mangsa banjir tuntut pampasan
- Kelantan buka 34 pusat pemindahan sementara untuk mangsa banjir
- Banjir di Terengganu bertambah buruk
- PERBANDINGAN PEMIMPIN PAS/PR DAN UMNO MENINJAU MANGSA BANJIR!!!!!
- Dr M sees Najib as errand boy
- Perhimpunan Januari tetap berlangsung walaupun tanpa permit, kata aktivis
- Syria : 20 terbunuh kereta kebal bedil kampung
- In DANGER..! Projek Jambatan ke-2 Yahya Petra (II)
- Egypt's parliament sets agenda ahead of polls
- Countdown Bermula!! 16 Hari Lagi Menuju #KL112
- Umno mahu Nik Aziz, Hadi tarik balik 'fatwa'..!!! UMNO nie siapa eh..!!!
- Krisis Syria: Duta Khas PBB temu pembangkang
- PAS Pahang selami keperitan mangsa banjir
- Mangsa banjir Terengganu, Kelantan terus meningkat
- Egypt: Opposition fury after constitution result
Banjir Besut : 230 Rumah Terjejas Kg Pdg Bual Tuntut Ganti Rugi Posted: 26 Dec 2012 08:18 PM PST | ||
Jadikan mata pelajaran Agama di Malaysia subjek wajib Posted: 26 Dec 2012 08:12 PM PST KUALA LUMPUR: Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa, Dr Maszlee Malik mencadangkan agar Kementerian Pelajaran mengadakan subjek 'Agama-agama di Malaysia' sebagai subjek teras dan wajib ke atas semua pelajar-pelajar di Malaysia. Read More / Baca Lagi >>Pihak IPTA dan IPTS juga hendaklah mempunyai subjek tersebut juga sebagai salah satu subjek teras mereka. Begitu juga, subjek agama Islam, perlu dihadiri semua memandangkan Islam merupakan agama rasmi Malaysia yang perlu diketahui oleh setiap rakyatnya. Beliau mengulas kekeliruan dan sensitiviti yang timbul dalam masyarakat Malaysia sekarang ekoran isu penggunaan nama Allah. "Pada hemat saya, isu pengunaan nama Allah di kalangan penganut Kristian di Sabah dan Sarawak telah dipolitikkan dan menemui kebuntuan akibat sikap prejudis pada kedua-dua belah pihak," katanya. | ||
Isa Samad nafi pernah lobi jadi pengerusi KPF..ha..ha..Suara dan Kentut mu satu dunia kenal...!!!! Posted: 26 Dec 2012 08:11 PM PST Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad menafikan beliau pernah melobi supaya namanya dicalonkan untuk bertanding sebagai pengerusi Koperasi Permodalan Felda (KPF). Malah Mohd Isa berkata beliau sendiri tidak pernah mendaftar dan menghantar nama kepada Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) untuk menjadi calon pengerusi atau ahli lembaga pengarah KPF. "Tuduhan kononnya saya nak jadi pengerusi ini tidak berlaku. Jika hendak bertanding lembaga pengarah koperasi, kita mesti mendaftar nama dengan SKM kerana mereka akan menilai dan meneliti latar belakang serta kewangan calon. "Saya nak memberitahu saya dan Felda tidak terbabit. Saya tidak mendaftarkan diri saya untuk bertanding dan tidak berniat untuk menjadi pengerusi," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pelancaran rumah contoh projek Sentuhan Kasih Felda di Felda Tenggaroh 3, di Mersing semalam. Beliau mengulas dakwaan beberapa pihak termasuk Persatuan Anak Peneroka Felda (ANAK) mengatakan wujud salah guna kuasa dan campurtangan dalam mesyuarat agung KPF ke-31 Jun lepas. Read More / Baca Lagi >> | ||
Banjir luar biasa di Besut ekoran lumpahan air dari Empangan Paya Beda Posted: 26 Dec 2012 08:08 PM PST BESUT, 27 Dis – Banjir yang melanda Besut hingga menyebabkan lebih 2,300 penduduk berpindah berpunca daripada limpahan air dari satu aliran Empangan Baru Paya Beda, Hulu Besut setelah ia tidak mampu menampung air hujan yang turun tanpa henti sejak Ahad. Jurutera Projek Pembangunan Pertanian Terengganu Utara (Ketara), Wee Yit Ming berkata banjir luar biasa itu berpunca daripada satu bahagian tebing hulu Empangan Paya Beda telah mengalami hakisan hingga berlaku sedikit keruntuhan. "Kajian pihak pengurusan mendapati empangan tersebut tidak mampu menakung peningkatan air limpahan hujan sejak Ahad yang mencecah ketinggian El+25 meter hingga mengalami sedikit keruntuhan di satu bahagian tebing," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini. Laporan itu juga menyebut ekoran hujan berterusan pada pagi hari berikutnya, paras air meningkat sehingga ketinggian di tahap maksimum di satu bahagian empangan lencongan tersebut. Read More / Baca Lagi >> | ||
Himpunan artis sayang islam VS Himpunan artis sayang BN Posted: 26 Dec 2012 08:03 PM PST | ||
Posted: 26 Dec 2012 07:59 PM PST 'Tanah masih milik Kelantan' Kerajaan Kelantan akui sudah dimaklumkan terdapat pimpinan Dap yang memegang saham syarikat yang menjalankan projek usaha sama di Hutan Simpan Relai, Gua Musang diluluskan kepada Yayasan Islam Kelantan (YIK). Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah bagaimanapun berkata, keputusan persetujuan dibuat tanpa dipengaruhi kedudukan dalam politik sebaliknya berdasarkan perjanjian perniagaan. "Kita tidak ambil soal politik, sebaliknya urusan perniagaan sahaja, sebab itu kita tidak mengambil kira sama ada dia DAP ke, dia MCA, dia Umno pun tak jadi masalah, sebab sebelum ini pun banyak yang kita tahu latar belakang dan kita luluskan, sebab ia perniagaan. Read More / Baca Lagi >> | ||
Polimek Nama Allah Yang Tiada Kebenaran Posted: 26 Dec 2012 07:57 PM PST Hari ini 'geger gegak' (kalut) orang memperkatakan mengenai kalimah Allah. Ia bermula apabila kenyataan Lim Guan Eng semasa perutusan hari Natal yang menyarankan agar kalimah Allah yang sensitif disebut oleh orang Kristian itu diberikan kebenaran untuk dipakai oleh orang Kristian di Sabah dan Sarawak. Alasannya sebab sudah lama orang Kristian di sana mengguna pakai perkataan itu, kerana mereka menjadi kitab lama Bible sebagai panduan. Ekoran pandangan Guan Eng itu ia menjadi penjang dan polimek apabila kenyaataan itu 'dikhianatjahat' (spin) oleh (sebut direcet lah ) Umno menerusi media PB nya, untuk kepentingan politik mereka. Umno sengaja melambung isu untuk menunjukkan Guang Eng membela Kristian. Tujuannya tidak sukar untuk difahami, ianya untuk dihubungi kaitkan tuduhan sebelum ini di mana DAP kononnya cuba mengembangkan Kristian di negara ini. Itu saja. Mungkin Umno ada tanggungjawab untuk mempertahankan Islam dan sekaligus mengekang dakyah Kristian, tetapi cara yang dibuat itu kurang tepat sebaliknya menimbulkan masalah kerana Umno lebih bersuara atas sentimen politik untuk mempertahankan kuasa sekular bukan ad-den. Dalam masa sama tujuan ia dipertikaikan kerana Umno mahu tenguk sikap PAS mengenai apa yang difitnahkan ke atas Guan Eng itu. Apakah PAS mendiamkan diri atau pun menyokong kenyataan Guan Eng yang sedia dikhianatjahatkan itu. Ternyata pancingan Umno dalam isu itu mengena. Beberapa orang pemimpin PAS pun bangkit ikut mengomen dan mempertahankan perkataan Allah dari versi Umno juga. Read More / Baca Lagi >> | ||
Hasan Ali minta Hadi bertaubat ! Posted: 26 Dec 2012 07:55 PM PST Dah sampai macam neh. Kalau sampai macam neh pun geng2 UG nak defend Hasan Ali.. hehehehe tak tatau le aku nak kata apa lagi. Presiden Gerakan Memartabatkan Umat (JATI) Datuk Dr Hasan Ali meminta Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tampil memberi penjelasan segera kepada umat Islam dan menarik balik amanatnya - yang dibuatnya dalam satu ceramah di Banggol Peradong, Terengganu pada 1981- serta bertaubat. | ||
Mendapatkan kerajaan yang adil dalam PRU 13 Posted: 26 Dec 2012 07:46 PM PST
1. Allah beri petunjuk dalam kitab suci Al-Qur'an, surah An-Nissa, 4:58. Sesungguhnya, Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menetapkan hukum antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menetapkan hukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhan-Nya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa mendengar, lagi sentiasa melihat. Read More / Baca Lagi >>2.Perlembagaan Negara memberi kuasa, hak dan kebebasan kepada rakyat mengundi dalam pilihan raya umum untuk memilih atau menukar kerajaan. Mengundi kerajaan yang amanah, berhak dan adil. Sebaliknya, menulak kerajaan tidak amanah, berhak dan adil. 3.Kepimpinnan Perdana Menteri pertama, kedua dan ketiga, Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Tun Abdul Razak bin Datuk Hussein dan Tun Hussein Onn adalah model atau contoh kepada rakyat Malayisa, kepimpinan yang amanah, berhak dan adil. Amanah maksudnya, tidak rasuah atau salahguna kuasa, utamakan kepentingan diri, keluarga atau kroni. Berhak maksudnya, berkualiti meritokrasi seperti Barack Obama, iaitu lebih berkebolehan berbanding dengan kepimpinan kulit puteh. Adil maksudnya, tidak zalim atau berat sebelah apabila menetapkan hukum atau memberi bantuan kepada rakyat, tidak kira penyokong atau bukan menyokong. Kerajaan yang membeza-bezakan bantuan kepada penyokong dan bukan penyokong ialah prinsip kerajaan komunis. | ||
Siri Terdesak : Fathul Bari saran Pas keluar Pakatan - Pencacai suruhan UMNO Posted: 26 Dec 2012 07:45 PM PST Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Malaysia (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahaya berkata, Pas hari ini dilihat menggadaikan prinsip dan pendiriannya serta tidak selantang dahulu dalam mengemukakan isu. "Kita nasihatkan Pas keluar PR, walaupun akan menjadi minoriti tetapi dia (Pas) akan lebih dimuliakan kerana prinsipnya. "Suatu ketika dahulu Pas lantang bersuara bahkan sampai ke tahap mengkafirkan kelompok tidak sealiran dan sependapat dengannya. | ||
Empangan Paya Beda :Mangsa banjir tuntut pampasan Posted: 26 Dec 2012 07:40 PM PST | ||
Kelantan buka 34 pusat pemindahan sementara untuk mangsa banjir Posted: 26 Dec 2012 07:38 PM PST | ||
Banjir di Terengganu bertambah buruk Posted: 26 Dec 2012 07:38 PM PST | ||
PERBANDINGAN PEMIMPIN PAS/PR DAN UMNO MENINJAU MANGSA BANJIR!!!!! Posted: 26 Dec 2012 03:37 PM PST Beginilah caranya pemimpin PAS/PR dan UMNO/BN meninjau/melawat mangsa banjir. Najib Razak sekadar menjenguk melalui pesawat khas kerajaan sedangkan TGNA menaiki bot meredah berjalan kaki sambil meninjau memberikan bantuan. Bukan nak menghina, mencaci dan mengata tetapi sekadar mengajak rakyat mencuitkan minda berfikir dan menilai...ITU SAJA. Tanya pada diri.. pemimpin mana yang berjiwa rakyat...meresapi kepayahan rakyat. | ||
Posted: 26 Dec 2012 03:28 PM PST And Mahathir's declaration that Rosmah has the right to stay 'high profile' is actually a death sentence. The reason is because Najib didn't have the presence of mind to do what is honorable. Abdullah who must also have been sitting somewhere in front was cavalierly, not cleverly, brushed aside by Najib. Didn't Abdullah achieve anything during his short stint as prime minister? Truth is Najib never had an iota of appreciation or respect for the colourless Abdullah. Abdullah has been and still is the object of Mahathir's invectives. The Sun newspaper reported that in the run-up to the 2008 elections, Mahathir had openly criticised Abdullah's administration despite the latter being the man Mahathir had handpicked to take over the top job after he decided to step down. Najib's enthusiastic outpouring was because he did not want his number two Muhyiddin Yassin to outshine him. When Muhyidin spoke and mentioned Mahathir, he got thunderous applause on each occasion. So, Najib added those ritualistic outpouring of love for the "man who can walk on water". He knows Mahathir remains a powerful force behind the scenes. Najib cares less for Umno Read More / Baca Lagi >> | ||
Perhimpunan Januari tetap berlangsung walaupun tanpa permit, kata aktivis Posted: 26 Dec 2012 03:26 PM PST Aktivis sosial Hishamuddin Rais memberitahu The Malaysian Insider, pihak penganjur masih menunggu respon dari Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berkenaan dengan permohonan mereka untuk manggunakan Stadium Merdeka, yang sudah dihantar minggu lalu. Akan tetapi, beliau menegaskan walaupun tiada permit, peserta perhimpunan boleh berkumpul di keliling stadium secara aman. "Saya hanya mengulangi kata Md Sabu, jika tiada permit, kita akan berkumpul di sekeliling stadium," kata beliau merujuk kepada Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, yang merupakan pengerusi kepada perhimpunan tersebut. "Saya tidak fikir akan berlaku huru-hara, kecuali jika polis memulakannya. Saya fikir masa tidak kondusif untuk ini….. tetapi kami tidak bimbang tentang itu dan akan berhadapan dengannya jika berlaku," kata Hishamuddin lagi. | ||
Syria : 20 terbunuh kereta kebal bedil kampung Posted: 26 Dec 2012 03:18 PM PST "Sekurang-kurang 20 orang termasuk lapan kanak-kanak dan tiga wanita terbunuh selepas tentera rejim Bashar menyerang sebuah ladang di kampung Kahtaniyeh, barat bandar Raqa," kata kumpulan pemerhati itu. "Berpuluh-puluh orang lagi dilaporkan cedera di ladang itu," kata aktivis di Raqa. Sementara itu, menurut kumpulan pemerhati sama, lebih 45,000 orang dilaporkan terbunuh di Syria sejak penentangan terhadap Presiden Bashar Al-Assad meletus pada Mac tahun lalu. "Secara keseluruhan kami telah mendokumen kematian seramai 45,048 orang," kata pengarah badan pemerhati berkenaan, Rami Abdel Rahman. Tambahnya, lebih 1,000 orang dilaporkan terbunuh sepanjang minggu lepas. Katanya, mereka yang terbunuh termasuk 31,544 orang awam, 1,511 orang berpaling tadah, 11,217 tentera dan 776 tidak dapat dikenal pasti. – Agensi | ||
In DANGER..! Projek Jambatan ke-2 Yahya Petra (II) Posted: 26 Dec 2012 10:00 AM PST | ||
Egypt's parliament sets agenda ahead of polls Posted: 26 Dec 2012 10:00 AM PST | ||
Countdown Bermula!! 16 Hari Lagi Menuju #KL112 Posted: 26 Dec 2012 09:44 AM PST | ||
Umno mahu Nik Aziz, Hadi tarik balik 'fatwa'..!!! UMNO nie siapa eh..!!! Posted: 26 Dec 2012 09:43 AM PST kalangan umat Islam negara ini, Mursyidul Am parti pembangkang itu juga perlu berbuat demikian kerana mengeluarkan beberapa fatwanya sendiri. Dipetik Bernama, Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan berkata, ini kerana beberapa fatwa oleh Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang juga Menteri Besar Kelantan terutamanya mengenai Umno murtad dan sesiapa yang menyokong Umno sebagai mungkar, turut memberi implikasi buruk terhadap bangsa Melayu dan umat Islam di negara ini. "Nik Aziz perlu menarik balik fatwanya itu yang boleh menjadi perpecahan bangsa Melayu dan umat Islam. Bukan Abdul Hadi sahaja yang perlu berbuat demikian (menarik balik amanat)," katanya kepada pemberita selepas melawat 157 mangsa banjir yang ditempatkan di Sekolah Menengah Kebangsaan Mulong di sini, malam ini. Pada 19 November lalu, Nik Aziz berkata, laporan muka depan sebuah akhbar berkenaan "Umno murtad" hari ini satu pembohongan dan fitnah terbaru ke atas beliau. Read More / Baca Lagi >> | ||
Krisis Syria: Duta Khas PBB temu pembangkang Posted: 26 Dec 2012 09:38 AM PST DAMSYIK - Duta Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Liga Arab, Lakhdar Brahimi mengadakan pertemuan dengan pembangkang yang diterima kerajaan bagi membincangkan formula penyelesaian krisis sedang melanda negara itu. Beliau mengadakan perbincangan di salah sebuah hotel di sini bersama enam delegasi, dipimpin Ketua Jawatankuasa Penyelarasan Kebangsaan Perubahan Demokratik (NCCDC), Hassan Abdel Azim, kumpulan pembangkang diiktiraf Presiden Syaria, Bashar al-Assad. Hassan berkata, Brahimi akan berada di Syria sehingga Ahad ini dalam usaha memperoleh persetujuan antarabangsa bagi menamatkan krisis. Timbalannya, Raja Nasser berkata, "satu-satunya penyelesaian krisis ialah mewujudkan sebuah kerajaan peralihan yang memegang segala kuasa." "Penyelesaian politik merupakan satu-satunya penyelesaian dan ini bermakna perlunya penubuhan rejim demokratik baru bukannya rejim semasa," katanya. Jawatankuasa Koordinasi Tempatan (LCC) berkata, "ketibaan Brahimi di Damsyik tidak akan menyelesaikan krisis." Brahimi telah membuat sedikit kemajuan bagi menamatkan konflik sejak memulakan tugasnya Ogos lalu. Lebih 40,000 orang telah terbunuh sejak kebangkitan Syria bermula Mac 2011. | ||
PAS Pahang selami keperitan mangsa banjir Posted: 26 Dec 2012 09:37 AM PST (Tuan Ibrahim bertemu mangsa banjir di Masjid Cherating) KUANTAN: Masalah yang sama berulang saban tahun dan tiada penyelesaian konkrit! Itulah intipati keluhan wakil penduduk Cherating yang meluahkan perasaan mereka kepada rombongan PAS Pahang yang diketuai oleh Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. Mereka menziarahi mangsa banjir yang di tempatkan di Sekolah Kebangsaan Cherating, Kuantan, Pahang. Menurut wakil penduduk tersebut yang lebih memilukan lagi ialah Masjid Cherating yang merupakan masjid utama di perkampungan ini pasti akan di genangi air yang hampir mencecah lantai masjid. (Masjid Cherating yang ditenggelami air) Ia menyulitkan penduduk dan pengguna yang singgah untuk menunaikan solat memandangkan masjid tersebut terletak di laluan utama yang menghubungkan Kuala Terengganu ke Kuala Lumpur. Tinjauan Harakahdaily selepas lawatan ke pusat penempatan tersebut mendapati Masjid Cherating masih di genangi air dan begitu juga dengan deretan rumah penduduk yang terletak disepanjang jalan tersebut. Read More / Baca Lagi >> | ||
Mangsa banjir Terengganu, Kelantan terus meningkat Posted: 26 Dec 2012 09:36 AM PST Keadaan banjir di Terengganu dan Kelantan bertambah buruk dengan jumlah mangsa di pusat pemindahan di kedua-dua negeri pantai timur itu meningkat malam ini. Jumlah keseluruhan mangsa di Terengganu, Kelantan dan Pahang ialah 19,958 orang malam ini berbanding 17,443 petang tadi. Menurut Majlis Keselamatan Negara (MKN), banjir di Terengganu adalah yang paling buruk apabila mangsanya meningkat kepada 11,489 orang malam ini berbanding 10,412 petang tadi. Sebanyak 147 pusat pemindahan dibuka di tujuh daerah di negeri itu iaitu di Besut, Setiu, Kemaman, Marang, Dungun, Kuala Terengganu dan Hulu Terengganu. Laman portal MKN juga melaporkan empat jalan ditutup di tiga daerah iaitu dua di Hulu Terengganu, dari Kampung Dendang ke Jerangau/Jabor dan Jalan Sungai Ular ke Atfa Cottage (Bulatan Jabor) serta masing-masing satu di daerah Kemaman dari Jalan Sungai Ular ke Cherating dan daerah Dungun dari Jalan Bukit Besi ke Dungun. Setakat ini, banjir di Terengganu meragut dua nyawa iaitu seorang wanita Samhanim Ramli, 36, yang lemas selepas terjatuh ke dalam Sungai Lanjut diJambatan Permaisuri, Setiu semalam dan terbaru, seorang remaja Mohd Hamidi Abdul Hamid, 15, yang lemas ketika bermain air di kawasan perumahan Bukit Mentok pada 2 petang. Read More / Baca Lagi >> | ||
Egypt: Opposition fury after constitution result Posted: 26 Dec 2012 09:31 AM PST |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan