RAKYAT MARHAEN |
- Lensa : Taraf Kerakyatan - Bantah Dan Duduk JPN Putrajaya
- Harimau Malaya terima layanan buruk Thai
- HKR 12 Jan 2013
- Mursi agrees to talks as tensions mount
- Lagi jawapan BANGANG lagi CELAKA dari SPR 'si anjing Umno'?
- Khalid Mishal berkemungkinan kekal pemimpin Hamas
- Najib's FAILURE to cancel Lynas TOL typifies BN'S BAD FAITH & CORRUPT WAYS
- OIL: Pahang or Terengganu? PM urged to EXPLAIN
- LAJIM COOKS MUSA'S GOOSE: Another RED-HOT statutory declaration for Najib to answer to
- Cabar SPRM ikut langkah KPK Indonesia perangi rasuah – Kit Siang
- Pemegang kad pengenalan merah berhimpun di Putrajaya, JPN tutup pintu
- Baling 1974: Simbol rakyat bangkit lawan penindasan
- 'Kita lawan Umno, tapi Umno jadi pengadil'
- Jual Minyak Dengan Syarikat Israel : Felda saman, Mazlan sedia ke mahkamah
- AES: Syarikat bas bankrap, beribu pemandu hilang kerja
- Hantar sisa Lynas ke Pekan dan Bentong
- Kajian KPRU: AES kaut keuntungan untuk kroni
- PRU13: Fauzi Shaari yakin tawan Larut
- CATCH the 12.12.12 Special Interview with Anwar Ibrahim by Mid-East's Al Mayadeen TV
- Hundreds turn up for ‘stateless Indians’ protest
- Isu kerakyatan: Peserta himpunan berarak ke JPN
- Umno sabotaj iklan gergasi kerajaan negeri?
- Anggota Gerakan ke Kota Bharu untuk khidmat salun bagi mencabar undang-undang MBKB
- Indonesia kecam kenyataan Zainuddin Maidin
- Suami doa kahwin lagi, isteri doa tak mahu bermadu...
Lensa : Taraf Kerakyatan - Bantah Dan Duduk JPN Putrajaya Posted: 11 Dec 2012 08:52 PM PST PUTRAJAYA 12 Dis: Ibu pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di sini cemas dengan kehadiran dan sorakan 2,000 rakyat serta pemimpin pembangkang di depan bangunan itu . Pintu pejabat tersebut ditutup sebaik kumpulan itu sampai di situ kira-kira jam 11.15 pagi tadi. Kumpulan tersebut datang dengan lebih 10 buah bas persiaran daripada seluruh negara dan mula berkumpul di lapangan parkir berhampiran seawal jam 9.30 pagi sebelum bergerak ke JPN pada 11 pagi. Sepanjang perarakan, para peserta bersorak "Najib tipu", "Hishammuddin tipu", "JPN tipu" serta membawa sepanduk dan replika IC merah bergambar Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri. Sebelum perarakan dimulakan, beberapa pemimpin Pakatan Rakyat dan penganjur himpunan memberikan ucapan kepada peserta yang majoritinya masyarakat kaum India yang memegang kad pengenalan (IC) merah. Penganjur perhimpunan, Naib Presiden KEADILAN, N Surendran dalam ucapannya menempelak Datuk Seri Najib Razak kerana menipu semasa berucap pada Perhimpunan Agung MIC hujung minggu lalu. Najib menyatakan hanya 9,000 sahaja yang memohon kerakyatan kepada JPN. "Sebenarnya lebih daripada angka itu. Ramai lagi rakyat Malaysia yang masih belum mendapat kerakyatan sebagai warganegara," kata Surendran. Turut berucap, Ahli Parlimen (MP) Kapar, S Manikavasagam dan MP Subang, R Sivarasa. Manikavasagam di depan pintu JPN menunjukkan IC Hijau yang diberi pada sebahagian rakyat Malaysia berketurunan India. Manakala peserta himpunan sekarang duduk di depan bangunan itu sambil membantah pengabaian kerajaan ke atas mereka. | ||||
Harimau Malaya terima layanan buruk Thai Posted: 11 Dec 2012 08:36 PM PST | ||||
Posted: 11 Dec 2012 08:34 PM PST | ||||
Mursi agrees to talks as tensions mount Posted: 11 Dec 2012 08:33 PM PST | ||||
Lagi jawapan BANGANG lagi CELAKA dari SPR 'si anjing Umno'? Posted: 11 Dec 2012 08:31 PM PST Cuba bayangkan apa aksi yang boleh timbalan pengarah SPR negeri buat. Tambah-tambah dia mengetuai bahagian operasi yang di bawah kuasa dia Unit Pendaftaran dan Unit Persempadanan. Kalau takat nak masukkan pengundi hantu aku rasa takdak masalah langsung kut. MalaysianInsider melaporkan: KUALA LUMPUR, 11 Dis — Pemuda PAS melahirkan rasa tidak puas hati di atas kenyataan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dan bertegas badan tersebut perlu bebas daripada sebarang pengaruh politik. Juga dilaporkan:Sebelum itu, Lahirul mendedahkan nama pegawai tersebut yang merupakan timbalan pengarah SPR Sabah, Aksyah Nasrah yang memegang jawatan ketua penerangan Umno bahagian Kinabatangan (No ahli 03657122). - Ibid.Semalam MalaysianInsider melaporkan: KUALA LUMPUR, 10 Dis – Pegawai-pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempunyai hak demokrasi untuk menyertai parti politik tetapi mereka tidak boleh memihak semasa menjalankan tugas, kata pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.Dah agak lama jugak aku tak dengar jawapan BANGANG dari pengerusi SPR ni. Kali ni bukan setakat BANGANG tapi mungkin dah nak masuk tahap CELAKA. SPR bukan saja bebas tapi kena dilihat bebas dan yang lebih penting lagi perlu MENDAPAT KEPERCAYAAN AWAM. Pasai tu dalam Perlembagaan tercatat Perkara 114(2) tertulis Pada melantik anggota Suruhanjaya Pilihan Raya, Yang di-Pertuan Agong hendaklahTak mungkin SPR boleh dapat kepercayaan awam kalau sampai tahap seorang yang berpangkat timbalan pengarah SPR negeri dalam masa yang sama boleh pegang jawatan ketua penerangan Umno bahagian. Cuba bayangkan apa aksi yang boleh timbalan pengarah SPR negeri buat. Tambah-tambah dia mengetuai bahagian operasi yang dibawah dia terletak Unit Pendaftaran dan Unit Persempadanan.
| ||||
Khalid Mishal berkemungkinan kekal pemimpin Hamas Posted: 11 Dec 2012 08:28 PM PST RAMALLAH: Ia hanya menunggu masa yang sesuai sebelum Khalid Mishal menarik balik keputusan beliau untuk berundur sebagai ketua biro politik Hamas, menurut sumber Palestin. Ramai yang membuat panggilan untuk penarikan balik Mishal dari kedua-dua pihak dalaman Hamas dan dari negara-negara Arab dan serantau. Negara-negara seperti Mesir, Turki dan Qatar mendesak Mishal untuk kekal sebagai ketua Hamas, dan tampaknya Ikhwanul Muslimin di Mesir juga condong kepada pilihan ini. Sumber-sumber menambah bahawa "tekanan yang dikenakan ke atas Mishal [untuk kekal tidak putus-putus", namun mereka menafikan bahawa perkara itu telah diselesaikan, menjelaskan bahawa "pilihan raya dalaman Hamas telah terhenti sejak awal keganasan Israel di Semenanjung Gaza, dan ia masih ditangguhkan". Mishal tiba di Gaza Jumaat lepas dalam lawatan yang digambarkan Hamas sebagai bersejarah. Mishal disambut sebagai wira dan menguasai program tanpa cabaran walaupun dari pesaing terdekat biro politik, petunjuk penting kedudukannya dalam Hamas. Kedudukan Mishal menjadi lebih kukuh selepas perang terbaru di Gaza, di mana beliau memainkan peranan utama dalam rundingan gencatan senjata dan merupakan tokoh penting pertemuan pegawai-pegawai kerajaan dari seluruh dunia. Sumber-sumber itu menjelaskan bahawa "perang baru-baru ini dan perubahan besar yang telah berlaku dalam Hamas mungkin menyebabkan Mishal untuk menarik balik keputusannya". (Asharq Al-Awsat) | ||||
Najib's FAILURE to cancel Lynas TOL typifies BN'S BAD FAITH & CORRUPT WAYS Posted: 11 Dec 2012 08:27 PM PST Lynas has breached conditions stipulated in the issuance of the Lynas TOL, but yet AELB is not taking any actions. I refer to the Joint Ministerial Statement dated 22nd Feb 2012, which clearly stated the conditions of the TOL issued on Lynas. Item no. 5 in the Joint Ministerial Statement attached, which is copied below, states that: 5. As the public is aware, the Atomic Energy Licensing Board (AELB) announced its decision to award a TOL to Lynas (M) Sdn Bhd on February 1st 2012. Issuance, however, is subject to the company fulfilling these five conditions: i. Lynas is required to submit to AELB details of the plans and location of a proposed permanent disposal facility that will manage the residue, if any, generated by the factory ii. This submission must be made within ten months from the date the TOL is issued iii. This requirement must be complied with regardless of any alternative proposal Lynas may make for the management or disposal of the factory residue (eg. recycling, conversion into products that can be sold, etc) Iv...... v....... Clear lack of political will From the above conditions it is very clear that Lynas has breached the conditions of the TOL since it is more than 10 months since the TOL was issued on 1st February 2012. But yet, the Ministers choose to keep silent on this matter. Instead they are making political statements about returning the waste from Lynas just to gain popular support. The question is, does the BN government has the political will and commitment to revoke the TOL on Lynas in view of this breach of condition? The residents of Kuantan is waiting. So is the people of Malaysia. Fuziah Salleh is the PKR MP for Kuantan, Malaysia | ||||
OIL: Pahang or Terengganu? PM urged to EXPLAIN Posted: 11 Dec 2012 08:26 PM PST Prime minister Najib Razak has been urged to explain a dispute between Pahang and Terengganu over oil resources discovered recently at Block PM 307 Bertam off the Peninsula coast. Read More / Baca Lagi >>In October, Najib announced that the new oil field was discovered through a joint venture between Petronas Carigali Sdn Bhd and Swedish firm Lundin Oil. Najib said his homestate Pahang would receive RM100 million annually once production begins in 2014 with a projected output of between 17,500 and 20,000 barrels daily. However, Terengganu Menteri Besar Ahmad Said said Lundin had confirmed that Block PM 307 is within the state's territorial waters. But Petronas has yet to respond to the state government's letter seeking clarification on the matter. | ||||
LAJIM COOKS MUSA'S GOOSE: Another RED-HOT statutory declaration for Najib to answer to Posted: 11 Dec 2012 08:25 PM PST Beaufort MP Lajim Ukin has been widely touted as the Sabah leader who will finally change his state's corruption-riddled politics for the better. And Lajim appears to be proving his supporters right with his latest determination to expose alleged lies told by Prime Minister Najib Razak and Sabah Chief Minister Musa Aman to cover up a money-laundering-and-illicit-timber scam said to involve at least RM40mil. "Timber has long been been a lucrative source of financing for politicians and government officials in Sabah. From my own experience as Sabah deputy chief minister, I have had suspicions that timber licenses were granted to personalities close to top government officials and politicians in the state," Lajim had said in a statutory declaration made at the Kota Kinabalu High Court on Monday. "The illegal money was allegedly laundered overseas usig overseas agents when timber licences and timber exports were sold below the market value. The difference between the market value and licence granted by the state is paid as kickbacks and credited into various accounts overseas, which eventually were transferred back to benefit top government officials and politicians in Sabah." A copy of the red-hot statutory declaration is appended below. Lies told to cover up timber kickbacks Lajim's legal declaration was made to expose long-standing graft in the Sabah state government. It will also facilitate a call by Malaysian opposition party PKR to Hong Kong's anti-graft agency ICAC to revive a probe into how RM40 mil came to deposited in Musa's bank account in Hong Kong. The amount is way beyond what Musa could make on his Chief Minister's pay. However, both Musa and Najib - the Umno president - have insisted it was a "donation" to the party and not for Musa's "personal use". This 'donation' claim not only provided the basis for the Najib administration to drop corruption charges against Musa but was also used to 'prove' to the ICAC that the source of the funding was legitimate and not part of a scheme that used Honk Kong's financial facilities to launder illicit money siphoned out out Malaysia by rogue politicians. But Lajim refuted the 'donation theory' propounded by Musa and Najib. A former Umno supreme Council member since 2000, Lajim revealed the inner workings of Malaysia's ruling party. He alleged that the Supreme Council had never been informed of such a donation, which must surely pass through its hands given its size. "I believe (that) my knowledge, experience and insider information on the workings of Umno and government at the state and federal level can assist the investigation," said Lajim in his declaration "I therefore conclude that the statement made by the Minister in the Prime Minister's Department was misleading, incorrect and calculative with the intention to cover up the bigger issue of alleged abuse in the granting of timber in Sabah that benefits only a select few at the expense of the Sabah Treasury and its people." | ||||
Cabar SPRM ikut langkah KPK Indonesia perangi rasuah – Kit Siang Posted: 11 Dec 2012 08:24 PM PST KUALA LUMPUR, 12 DISEMBER: Ahli politik Pakatan Rakyat (PR) tidak menembak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) daripada belakang sebaliknya daripada depan mengenai kegagalan dan ketidakcekapan badan itu memerangi rasuah di Negara ini. Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, berkata tiada sebab bagi pemimpin politik PR menyembunyikan kritikan mereka, sebaliknya membenarkan SPRM mempertahankan diri. Beliau berkata, hanya ahli politik UMNO/Barisan Nasional mempunyai sumber, cara malah motivasi untuk menembak SPRM daripada belakang untuk memastikan SPRM supaya lebih menurut perintah pemimpin politik kerajaan yang memerintah. Katanya, selepas empat tahun SPRM dinaikkan taraf daripada Biro Pencegahan Rasuah (BPR) dengan penambahan kuasa, dana dan kakitangan, rakyat masih belum yakin bahawa SPRM adalah "tentera untuk memerangi rasuah". "SPRM masih bertanggungjawab terhadap kematian Setiausaha Politik DAP, Teoh Beng Hock dan pegawai kastam Ahmad Sarbaini Mohamad di premis mereka," kata Ahli Parlimen Ipoh Timur itu. Menurutnya, hanya perubahan kerajaan di Putrajaya pada PRU-13 diikuti penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja yang dapat menyiasat sedalam-dalamnya misteri kematian Teoh Beng Hock dan Ahmad Sarbaini itu. Penubuhan SPRM sejak Januari 2009 menyebabkan masalah rasuah semakin meruncing hingga menjunamnya kedudukan dan mata Malaysia ke tempat terendah sepanjang empat tahun laporan Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Transparency International (TI) sejak 1995. | ||||
Pemegang kad pengenalan merah berhimpun di Putrajaya, JPN tutup pintu Posted: 11 Dec 2012 08:22 PM PST PUTRAJAYA, 12 Dis — Sekumpulan hampir 300 orang peserta "Himpunan Duduk Bantah" yang menuntut kad pengenalan biru dan hak kewarganegaraan sebagai rakyat Malaysia berhimpun di Jabatan Pendaftaran Negara(JPN), Putrajaya pagi ini. Kumpulan tersebut datang dengan lebih 10 buah persiaran daripada seluruh negara mula berkumpul di lapangan tempat letak kereta berhampiran seawal jam 9 pagi sebelum bergerak ke JPN pada pukul 11 pagi. Sebelum bermula perarakan ke JPN, beberapa pemimpin daripada Pakatan Rakyat (PR) dan penganjur himpunan memberikan ucapan kepada peserta yang majoritinya adalah masyarakat kaum India yang memegang kad pengenalan merah. Penganjur perhimpunan Naib Presiden PKR N Surendran dalam ucapannya sebelum berarak menuduh Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak menipu semasa ucapannya pada perhimpunan agung MIC lalu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hujung minggu lalu yang mengatakan hanya 9 ribu orang sahaja yang memohon kerakyatan kepada JPN. "Najib kata 9,000, beliau menipu! "Sebenarnya ia lebih daripada angka itu, ramai lagi rakyat Malaysia yang masih belum mendapat kerakyatan sebagai warganegara," kata Surendran. Sepanjang perarakan kumpulan tersebut ke JPN, para peserta bersorak "Najib tipu", "Hishammuddin tipu", "JPN tipu" dan "hidup rakyat", serta membawa sepanduk dan replika kad pengenalan merah bergambar Najib dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein. | ||||
Baling 1974: Simbol rakyat bangkit lawan penindasan Posted: 11 Dec 2012 08:19 PM PST
Penganjuran Syarahan Demonstrasi Baling yang dianjurkan Angkatan Muda Keadilan pada 10 Disember 2012 yang lepas menarik untuk kita ungkapkan semula gelombang kebangkitan rakyat yang dipimpin oleh golongan tani dan mahasiswa. Gerakan Mahasiswa yang ditonjolkan oleh generasi 60 an/ 70 an adalah merupakan satu gelombang yang lahir dari hari nurani generasi muda bagi memperjuangkan nasib rakyat dari ditekan oleh pemerintah. Dalam melihat hal ini saya suka untuk merujuk kepada sebuah buku lama yang diterbitkan pada tahun 1969 oleh Prof Faeur dari Universiti Toronto dalam bukunya The Conflict of Generation – The Character and Significant of the Student Movement, menyatakan bahawa protes dan bantahan yang ditunjukkan oleh mahasiswa adalah hasil daripada 'konflik generasi' atau generational conflict. Konflik antara 'generasi baru' dan 'generasi lama', adalah disebabkan oleh kerosakan bermoral, peradaban yang rosak, lapok, penyalah gunaan kuasa, tidak bertanggungjawab dan melakukan penindasan. Konflik antara generasi yang dicetuskan oleh penindasan adalah faktor utama kebangkitan rakyat untuk nyatakan hak. Peranan mahasiswa dalam kebangkitan rakyat jelas terpancar ditambahkan lagi puisi yang dinukilkan oleh Usman Awang (1967): | ||||
'Kita lawan Umno, tapi Umno jadi pengadil' Posted: 11 Dec 2012 08:18 PM PST PUTRAJAYA: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) hari ini menyerahkan satu memorandum kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung isu pemuda Umno memegang jawatan dalam suruhanjaya itu. Ianya merujuk kes Ketua Penerangan Pemuda Umno Bahagian Kinabatangan, Aksyah Nasrah yang turut memegang jawatan sebagai Timbalan Pengarah (Operasi) SPR Sabah. Memorandum itu antara lain mahu SPR bertindak profesional membersihkan suruhanjaya itu dari dikaitkan dengan parti politik tertentu apatah lagi selaku pengendali dan 'orang tengah' dalam pilihan raya. Penyerahan itu diketuai Ketua Pemuda PAS Nasruddin Hassan kepada Timbalan Setiausaha (Pilihan raya) SPR, Datuk Noordin Che Ngah selepas pertemuan kira-kira 20 minit di pejabat suruhanjaya itu di sini hari ini. Turut serta dalam pertemuan itu Timbalan Ketua Pemuda Nik Mohd Abduh Nik Aziz, Exco Adram Musa serta Ketua Pemuda PAS Sabah, Lahirul Latigu. Read More / Baca Lagi >> | ||||
Jual Minyak Dengan Syarikat Israel : Felda saman, Mazlan sedia ke mahkamah Posted: 11 Dec 2012 08:18 PM PST KUALA LUMPUR: Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman mempertahankan dakwaan bahawa Felda menjual minyak sawit mentah kepada syarikat Israel. Read More / Baca Lagi >>Ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu juga tidak akan memohon maaf, menarik balik dan menawarkan pampasan setimpal kepada Felda seperti yang diminta Pengerusinya, Tan Sri Mohd Isa Samad. "Kalau Felda minta saya minta maaf dalam masa 14 hari, saya tak akan buat begitu. "Saya tak akan berganjak dari dakwaan saya dan saya bersedia dengan bukti lengkap untuk dibawa ke mahkamah," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini. Felda pada semalam dan kelmarin menghantar notis tuntutan kepada Mazlan, akhbar Harakah dan Suara Keadilan. | ||||
AES: Syarikat bas bankrap, beribu pemandu hilang kerja Posted: 11 Dec 2012 08:16 PM PST Pemandu bas memang tak reti mengikut hadlaju sekarang di lebuhraya. Sahih. Cer komer tengok gambor berikut yang diambil di lebuhraya PLUS:
Gambar 1 menunjukkan sebuah bas yang baru sahaja memotong kereta Yong pada hadlaju melebihi 110kmj. Yong pandu pada tahap max 110kmj. Lepas memotong kereta Yong pemandu cuba memotong kereta MPV putih di hadapan. Papan tanda merah menyebut "Sila patuhi arahan papan tanda." Kalau denda potong telinga mungkin pemandu bas akan patuh arahan papan tanda kot? Gambar 2 Yong masih maintain hadlaju. Gambar menunjukkan bas berada jauh di hadapan setelah dipandu laju dan memotong kenderaan ringan yang lain (tanda anak panah merah). Nampak tak kereta MPV putih itu masih di hadapan kereta Yong?
Baru-baru ini persatuan demer heboh minta kerajaan pinda hadlaju! | ||||
Hantar sisa Lynas ke Pekan dan Bentong Posted: 11 Dec 2012 08:15 PM PST
Bangkai gajah tidak boleh ditutup dengan nyiru. Begitulah ibaratnya dalam isu Lynas. Sedikit demi sedikit kebobrokannya terbongkar. Segala yang ditakuti oleh rakyat kini mula terserlah. Read More / Baca Lagi >>Terkini, sudah mula timbul pertikaian tentang ke manakah sisa radioaktif nadir bumi Lynas hendak dibuang. Empat orang menteri menimbulkan isu ini kerana berdasarkan syarat lesen mengendali sementara (TOL) yang diberikan, syarikat terbabit mestilah menjelaskan menjelaskan lokasi eksport untuk sisa loji nadir bumi tersebut. Sehingga kini, tidak dinyatakan ke negara manakah sisa tersebut akan dieksport. Setelah terkapai-kapai mencari negara yang sudi menerima sisa radioaktif ini maka kerajaan mula menjaja alasan lain. Menteri sains teknologi dan inovasi Datuk Seri Maximus Johnity Ongkili memberitahu bahawa sisa daripada operasi Lynas Advanced Materials Plant (Lamp) boleh dipasarkan di Malaysia sekiranya ditukar kepada produk sintetik yang hanya mengeluarkan radiasi rendah. | ||||
Kajian KPRU: AES kaut keuntungan untuk kroni Posted: 11 Dec 2012 08:14 PM PST KUALA LUMPUR 12 Dis: Secara amnya, kajian Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) mendapati Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) berfungsi sebagai suatu dasar untuk mengaut keuntungan. Justeru, KPRU berpandangan jika kerajaan adalah serius bagi memperbaiki keselamatan jalan raya para pengguna di Malaysia, maka suatu sistem pengangkutan yang komprehensif harus dilakukan. Ini termasuklah sistem pengangkutan awam yang cekap dan efektif, kempen kesedaran di semua lapisan masyarakat mengenai kepentingan keselamatan jalan raya, dan rangkaian jalan raya yang selamat dan berkesan. Berikut ialah hasil kajian berkenaan: Pengenalan Salah satu elemen utama tadbir urus negara moden yang membentuk legitimasi sebuah rejim pemerintah ialah keterbukaan dari segi proses konsultasi atau rundingan berkenaan dengan penggubalan sesuatu dasar. Apabila sebuah sistem yang melibatkan kesejahteraan/kepentingan rakyat terbanyak seperti Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dilaksanakan oleh kerajaan pusat dan dilakukan tanpa persetujuan kerajaan negeri/tempatan atau rundingan terbuka bersama rakyat, seperti yang dapat dilihat di negara-negara seperti Amerika Syarikat, pelaksanaan sistem tersebut akan dibantah secara terbuka. Hal ini kerana pelaksanaan yang dilakukan secara tertutup, sepertimana yang berlaku di Malaysia, memberi isyarat bahawa pelaksanaan dasar tersebut tidak dilakukan dengan meletakkan kepentingan rakyat mendahului kepentingan kapitalisme/kronisme. Seharusnya, dalam pelaksanaan mana-mana dasar penting, mengambil contoh negara Sweden, perancangan dan pelaksanaan sistem AES melibatkan proses konsultasi di mana rakyat diminta untuk mengambil bahagian untuk menjadikan pelaksanaan sistem AES tersebut lebih efektif. Sedangkan di Malaysia, hampir keseluruhan proses dilakukan secara tertutup, fakta-fakta berkaitan sistem AES hanya diketahui selepas kontrak pelaksanaan tersebut ditandatangani. Read More / Baca Lagi >> | ||||
PRU13: Fauzi Shaari yakin tawan Larut Posted: 11 Dec 2012 08:13 PM PST Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman yang sebelum ini disebut-sebut calon bertanding kerusi itu juga melahirkan keyakinan mampu menang berdasarkan sokongan padu pengundi di kawasan tersebut. Fauzi berkata, beliau akur dengan kehendak pimpinan Pakatan Rakyat (PR) yang memberi kepercayaan kepadanya bertanding di Parlimen Larut. "Saya istiqamah dengan perjuangan dan tidak kisah siapa calon Barisan Nasional (BN) yang akan bertanding (di Parlimen Larut). | ||||
CATCH the 12.12.12 Special Interview with Anwar Ibrahim by Mid-East's Al Mayadeen TV Posted: 11 Dec 2012 08:12 PM PST Al Mayadeen TV, one of the Arab world's influential satellite TV news providers, has picked an-hour-long interview it conducted with Anwar on November 20, for release on 12.12.12 - marked as a special date by many the world over. The Lebanon-based station has been actively promoting the show on its news channel and social media networks, including its much-followed Arabic-language Facebook page https://www.facebook.com/almayadien.tv?ref=ts&fref=ts. A Special Interview with Anwar Ibrahim will be aired in English and shown at 21.00GMT on Wednesday (Malaysian Time 5.00am Thursday). The show, conducted by well-known anchor Zeinab Al Saffar, can be seen on Internet via this link http://almayadeen.net/ar/Live. The interview is expected to center on Malaysia-Mid East ties, Israeli incursions and US policy in the region. Closer to home, Anwar is expected to touch on the prospects for the Malaysian Opposition at the coming general election as well as share some rare insights on his prickly relationship with former leader Mahathir Mohamad. | ||||
Hundreds turn up for ‘stateless Indians’ protest Posted: 11 Dec 2012 08:11 PM PST MIC members are also present and have set up MyDaftar kiosks outside the NRD office. PUTRAJAYA: Hundreds have gathered at the open space behind the Palace of Justice here to participate in the 12-12-12 protest for stateless Indian Malaysians.The crowd continues to swell, and some came clad in the "12-12-12" shirts. Most of Pakatan Rakyat's Indian representatives were also present including Klang MP Charles Santiago, Ipoh Barat MP M Kulasegaran Kapar MP S Manikavasagam and Subang MP R Sivarasa. PKR vice-president Chua Jui Meng and several others addressed the crowd who were carrying red identification cards. Police personnel were seen guarding the National Registration Department (NRD) office. MIC had also set up My Daftar kiosks in front of the NRD. There were banners hung in front of the NRD office with Prime Minister Najib Tun Razak's photos with messages commending the MyDaftar programme. | ||||
Isu kerakyatan: Peserta himpunan berarak ke JPN Posted: 11 Dec 2012 08:09 PM PST Kumpulan berkenaan yang tiba sejak jam 10 pagi berarak daripada kawasan berhampiran Istana Kehakiman ke ibu pejabat JPN. Ramai di antara mereka membawa poster berbentuk MyKad merah dengan gambar perdana menteri dan menteri dalam negeri, bagi menyatakan dakwaan yang menyalahkan kerajaan dalam usaha mereka mendapatkan taraf kerakyatan. Naib presiden PKR N Surendran, MP Kapar S Manikavasagam dan MP Subang R Sivarasa menyampaikan ucapan sebelum perarakan dimulakan. | ||||
Umno sabotaj iklan gergasi kerajaan negeri? Posted: 11 Dec 2012 05:49 PM PST GUA MUSANG: Usaha kerajaan negeri membantu masyarakat Orang Asli dengan meluluskan tanah rezab dan rancangan pembangunan untuk mereka tidak disenangi pihak tertentu. Sebelum ini kerajaan negeri mewartakan kawasan rezab Orang Asli bagi mengelakkan kawasan tersebut diceroboh dan menjaminkan masa hadapan mereka. Bagaimanapun usaha tersebut tidak disenangi pihak tertentu dipercayai ada kaitan dengan Umno apabila merosakkan iklan gergasi mengenai cadangan pembangunan masyarakat Orang Asli di Pos Jedip, Lojing. Iklan tersebut memaparkan prasarana yang akan dibina untuk manfaat Orang Asli bersama gambar Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Dr Zainuddin Ibrahim. Dua iklan gergasi tersebut dipasang berhampiran dengan Masjid Keputeraaan, sedang dalam pembinaan di Jajahan Kecil Lojing. Dan iklan kedua dipasang berhampiran simpang tiga jalan Lojing-Gua Musang-Kuala Betis. Iklan berkenaan dipasang Tabung Amanah Tok Kenali pada akhir November lalu. Read More / Baca Lagi >> | ||||
Anggota Gerakan ke Kota Bharu untuk khidmat salun bagi mencabar undang-undang MBKB Posted: 11 Dec 2012 05:48 PM PST Enam anggota parti itu, diketuai penolong setiausaha Gerakan Negeri Sembilan berkenaan bertolak dari Negeri Sembilan pada 10.30 pagi Isnin lalu dan tiba di Kota Bharu 12 jam kemudian. Kumpulan berkenaan kemudiannya berkunjung ke satu salun rambut di bandar berkenaan untuk menikmati perkhidmatan yang disediakan empat pendandan rambut wanita Cina. Ketika dihubungi selepas itu, Choong berkata semua pendandan rambut berkenaan adalah wanita manakala kumpulannya terdiri daripada empat lelaki dan dua wanita. Choong berkata beliau mendapatkan khidmat gunting rambut manakala lima lagi mendapatkan khidmat mencuci rambut. Kataya, pihak berkuasa tempatan Kota Bharu bagaimanapun tidak tampil ke tempat berkenaan, walaupun tindakan mereka menyebabkan seramai kira-kira 20 orang berhimpun di luar salun tersebut. Kecewa dengan ketidakhadiran penguatkuasa berkenaan, Choong berkata beliau akan menganjurkan pasukan lebih besar ke Kota Bharu selepas ini. | ||||
Indonesia kecam kenyataan Zainuddin Maidin Posted: 11 Dec 2012 05:43 PM PST Rapat paripurna DPR, Selasa (11/12), diwarnai interupsi. Pernyataan mantan Menteri Penerangan Malaysia Zainuddin Maidin yang menjadi soal. Zainuddin menyebut mantan Presiden BJ Habibie dan Anwar Ibrahim sebagai anjing penjajah. DPR pun akan mengirim surat kecaman kepada Malaysia. Read More / Baca Lagi >>Teguh Juwarno, anggota DPR dari Fraksi Partai Amanat Nasional salah satu yang menginterupsi. "Koran Utusan Malaysia edisi 10 Desember 2012, seorang menteri penerangan Malaysia Zainuddin Maidin telah menulis dengan sangat vulgar di akhir kalimatnya mengatakan mantan Kepala Negara Indonesia Presiden Habbibie disamakan dengan Anwar Ibrahim sebagai anjing dari imperalisme, a dog of imperalism," ungkapnya. | ||||
Suami doa kahwin lagi, isteri doa tak mahu bermadu... Posted: 11 Dec 2012 05:39 PM PST Oleh Lanh SEORANG mutawif menceritakan kisah sepasang suami isteri yang sama-sama ke Makkah bagi menunaikan umrah. Di depan Kaabah, si suami antara lain berdoa berjayalah usahanya untuk menambah satu lagi 'cawangan' (beristeri barulah) sedangkan si isteri pula berdoa biarlah dia dan suaminya hidup rukun damai, janganlah hendaknya hadir orang ketiga yang boleh mengeruhkan rumah tangga mereka berdua. Ringkasnya dia tak rela dimadukan, dia tak rela berkongsi suami Dalam situasi begini, kedua-duanya bebas untuk berdoa mengikut kehendak masing-masing. Tentunya hajat mereka berlawanan antara satu sama lain. Tiada siapa boleh menghalang mereka daripada berdoa sedemikian. Si suami dengan doanya manakala si isteri dengan doanya pula. Soal siapa benar dan doa siapa dikabulkan itu bukan urusan manusia, semuanya diserahkan kepada Yang Maha Kuasa. Terpulanglah kepada Allah SWT untuk menentukan siapa yang dipilih-Nya. Demikian juga dalam kisah korban dua orang anak Nabi Adam a.s. - Qabil dan Habil. Kedua-duanya bebas membuat korban. Yang menjadi pemutus kepada korban mereka adalah SWT. Allah SWT Yang Mahu Mengetahui siapa antara kedua-duanya yang ikhlas, yang berada di jalan benar dan lurus. Hak Allah-lah yang menjadi pemutus kepada korban mereka. Muktakhir ini, negara dihebohkan dengan 'doa PAS' pada penutup Muktamar ke-58-nya di Putik, Pengkalan Chepa, Kelantan. Kemudian PM Najib Razak sendiri membaca 'doa Umno' pada penutup Perhimpunan Agung Umno 2012 di PWTC, Kuala Lumpur. Read More / Baca Lagi >> |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan