Isnin, 10 Disember 2012

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Telaga Minyak Bertam: PM bohong atau salah maklumat?

Posted: 10 Dec 2012 09:09 PM PST


TEMERLOH: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak diminta tampil memberikan penjelasan mengenai pertelingkahan mengenai hak telaga minyak PM 307-Bertam yang dijumpai oleh Petronas Carigali Sdn Bhd dan Lundin Oil baru-baru ini antara negeri Pahang dan Terengganu.

"PAS Pahang mendesak Perdana Menteri menjelaskan kedudukan sebenar kawasan telaga minyak PM307-Bertam, samada  berada di dalam perairan Pahang atau Terengganu.

Ini kerana ia turut dituntut oleh kerajaan Terengganu, sedangkan Perdana Menteri telah mengumumkan penemuan medan Bertam sebagai hak bagi negeri Pahang," tegas Pesuruhjaya PAS Pahang Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar atas) dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam kenyataannya, Tuan Ibrahim turut memetik pengumuman yang dibuat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada 31 Oktober, 2012:
Read More / Baca Lagi >>

Delegasi KEADILAN ke Hong Kong hari ini serah bukti rasuah Musa Aman

Posted: 10 Dec 2012 09:08 PM PST

PETALING JAYA 11 Dis: Delegasi KEADILAN ke Hong Kong hari ini bagi menyerah bukti agar Suruhanjaya Bebas Menentang Rasuah Hong Kong (ICAC) membuka kembali siasatan terhadap Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman dan taikun balak Michael Chia dalam kes rasuah RM40 juta.
"KEADILAN akan mengadakan sidang media mengenainya di ibu pejabat parti pagi esok (ini)," kata Pengarah Strateginya, Rafizi Ramli dalam kenyataan malam tadi.
Rombongan KEADILAN di depan bangunan ICAC 21 November lalu.
Pada 21 November lalu, delegasi yang dianggotai Rafizi, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Teja, Chang Lih Kang; Ahli Parlimen (MP) Selayang, William Leong dan MP Petaling Jaya Selatan, Hee Loy Sian ke negara itu untuk menggesa ICAC menyiasat semula kes tersebut.
Ketua Pendakwa Raya Hong Kong, Kevin Zervos bersedia membuka semula kes itu.
Zervos berkata, sebelum ini kes tersebut ditutup kerana Kerajaan Malaysia memberi alasan wang itu 'sumbangan politik'.
Beliau turut mengesahkan dana dalam akaun bank atas nama seorang warganegara Malaysia disyaki diwujudkan bagi pihak Kerajaan Malaysia.
Usaha KEADILAN itu juga mendapat sokongan dan kerjasama MP Hong Kong – James To, Leung Kwok Hung dan Raymond Wong.
Read More / Baca Lagi >>

Guan Eng: Janji 'kembar' Najib bukti 'BN gagal tepati janji'

Posted: 10 Dec 2012 09:07 PM PST

GEORGETOWN - Janji 'kembar' Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika berada di Pulau Pinang Sabtu lalu satu lagi usaha Barisan Nasional (BN) untuk membeli undi dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), yang mencerminkan perikatan itu gagal menepati janji-janji lama.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng menyifatkan janji berkembar yang diumumkan Najib itu sebagai mendedahkan kegagalan BN untuk menepati janji yang dibuat dahulu.

Beliau percaya pengundi Pulau Pinang tidak teruja dengan janji itu kerana ia adalah tanggungjawab Kerajaan Pusat untuk menyediakan perumahan dan pengangkutan awam hasil kutipan cukai yang diterima termasuk dari rakyat Pulau Pinang.

"Ini bukan janji baru kerana ia sudah dinyatakan dahulu, khususnya oleh bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

"BN gagal memenuhi janji untuk membina monorel apabila berkuasa di peringkat Pusat dan negeri pada 2007. Adakah ini jaminan mereka untuk menunaikan janji jika berjaya menawan semula Pulau Pinang pada pilihan raya umum nanti," katanya dalam kenyataan media semalam.

Read More / Baca Lagi >>

Umno hakis rizab Melayu peninggalan penjajah

Posted: 10 Dec 2012 09:04 PM PST


KUALA LUMPUR: Umno BN mesti ditumbangkan di dalam Pilihan raya Umum ke-13 (PRU13) akan datang demi menyelamatkan tanah Melayu yang semakin terhakis setelah 55 tahun negara merdeka.

"Apabila Umno BN kalah maka terdedah fail-fail yang menunjukkan tanah Melayu menjadi mangsa kerakusan pemimpin Umno," kata AJK PAS Pusat, Idris Ahmad kepada Harakahdaily.

Beliau berkata, peliknya pemimpin Umno berlagak menjadi pembela Melayu,  sedangkan tangan merekalah yang melepaskan tanah rizab Melayu kepada orang lain.

Menurutnya, sejahat-jahat penjajah mereka telah mewartakan 3 juta hektar tanah rizab Melayu supaya hak milik Melayu kekal tetapi apabila Umno memerintah, mereka lebih zalim daripada penjajah.

Idris berkata, tanah rizab Melayu terhakis  daripada 3 juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar pada 1995, bermakna 44% tanah rizab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun.

"Mungkin tanah rizab Melayu sekarang sudah hilang sebanyak 2 juta hektar setelah 55 tahun merdeka," ujarnya.

Read More / Baca Lagi >>

PAS usul tangguh sidang DUN Terengganu bincang blok Bertam

Posted: 10 Dec 2012 09:03 PM PST


KUALA TERENGGNU: PAS melalui usul di Dewan Undangan Negeri Terengganu mengajak Adun Terengganu termasuk dari Umno untuk membincangkan siapa sebenarnya memiliki kawasan carigali minyak Blok PM 307 Bertam.

Ini kerana, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah mengisytiharkannya terletak di bawah negeri Pahang sedangkan Lundin Oil yang membuat kerja-kerja carigali mengatakan ia terletak di kawasan perairan negeri Terengganu.



Adun Batu Burok, Dr Syed Azman Ahmad Nawawi (gambar atas) dalam usulnya meminta persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu yang bersidang sekarang ditangguhkan untuk membincangkan usul ini.

Katanya, ia hendaklah ditangguh mengikut fasal 30 Peraturan-peraturan Mesyuarat Dewan Undangan Negeri bagi membolehkan dewan yang mulia ini merundingkan isu  kawasan medan minyak yang baru di temui di Blok PM 307 Bertam yang terletak di luar pantai Semenanjung antara Terengganu dan Pahang yang kini sah menjadi milik rakyat Terengganu.
Read More / Baca Lagi >>

PKR akan dedahkan dokumen libatkan Musa-Chia di Hong Kong esok

Posted: 10 Dec 2012 09:02 PM PST

KUALA LUMPUR, 11 Dis — Rombongan kedua PKR diketuai oleh Rafizi Ramli akan bertemu sekali lagi dengan badan pencegahan rasuah Hong Kong esok untuk memberikan dokumen membuktikan pertuduhan pemindahan wang rasuah melibatkan peniaga kayu Michael Chia dan Ketua Menteri Sabah Datuk Musa Aman.
Menurut Rafizi (gambar), bukti — satu set lengkap dokumen transaksi menunjukkan pindahan dana antara tahun 2005 dan 2008 dari firma pembalakan kepada akaun yang dikaitkan dengan Chia — datang dari beberapa rakan kongsi Chia di Hong Kong.
Pengarah strategi PKR berkata rakan kongsi Chia sudah memberikan kesediaan mereka untuk bertemu dengan Suruhanjaya Bebas Pencegahan Rasuah Hong Kong (ICAC), sekiranya agensi tersebut bersetuju membuka semula siasatan kepada Musa dan Chia.
"Saya mengesyaki rakan kongsi sudah bergaduh dengan Chia tetapi saya tidak mahu pergi kesitu. Pokoknya ini adalah dokumen yang hanya mereka mempunyai akses kerana dari akaun British Virgin Island (BVI). Kita tidak boleh akses dengan sendiri.
"Saya percaya ia adalah tulen dan ini adalah apa yang kita akan serahkan kepada ICAC esok," kata Rafizi dalam satu sidang akhbar di sini.

Tengku Azlan ikut Ku Li, 'berundur' dari Umno

Posted: 10 Dec 2012 09:01 PM PST

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Jerantut, Tan Sri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar berkata beliau berhasrat untuk 'berundur' dari Umno.

Beliau yang juga Ketua Umno Bahagian Jerantut itu berkata, beliau berkemungkinan akan menyertai Amanah, sebuah NGO yang dipimpin oleh Tengku Razaleigh Hamzah.

Bagaimanapun katanya, tindakan itu tidak bermaksud beliau meninggalkan Umno secara total.

"Tak betul, saya hanya 'berundur', tapi bukan keluar Umno. Belum terlintas lagi. Belum lagi (masuk Amanah). 'Amanah' (saya) untuk selamatkan negara, untuk tolong rakyat miskin.

"InsyaAllah…(akan sertai Amanah) Tapi bukan tahun ini, lagi pun sudah hujung tahun. Saya sokong perjuangan Amanah. Amanah untuk membantu masyarakat lebih maju," jelas bekas Menteri Pengangkutan itu kepada lidah rasmi PKR, Keadilandaily.

Read More / Baca Lagi >>

KL112 - Himpunan Kebangkitan Rakyat

Posted: 10 Dec 2012 08:53 PM PST

Khalid Samad: Yang Rampas Tanah Orang Melayu Adalah UMNO, Yang Atas Nama Melayu

Posted: 10 Dec 2012 08:51 PM PST

Manfaat Aplikasi IT Untuk Rakyat - Salam Selangor

Posted: 10 Dec 2012 08:50 PM PST

Elizabeth Wong: Who Took The Land In Templer's Park?

Posted: 10 Dec 2012 08:50 PM PST

Elizabeth Wong: What We Have Done In Selangor?

Posted: 10 Dec 2012 08:49 PM PST

Elizabeth Wong: Chua Tee Yong, What Kind of Accountant Are You?

Posted: 10 Dec 2012 08:49 PM PST

Khalid Samad: Yang Rampas Tanah Orang Melayu Adalah UMNO, Yang Atas Nama Melayu

Posted: 10 Dec 2012 08:49 PM PST

Anwar Ibrahim: Keluarga Mahathir Beli Syarikat Arak Terbesar Di Asia Tenggara, Hidup Melayu!

Posted: 10 Dec 2012 08:47 PM PST

Anwar Ibrahim: Tidak Boleh Kita Mengizinkan Kelompok Kecil Memunggah Kekayaan Berlaku Sekarang

Posted: 10 Dec 2012 06:12 PM PST

Isu WWW1: Kes saman Nizar terhadap Utusan didengar 10 April

Posted: 10 Dec 2012 05:02 PM PST



Datuk Seri Ir Muhammad Nizar Jamaluddin KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan dua hari mulai 10 April tahun depan, untuk mendengar kes saman fitnah RM50 juta yang difailkan oleh bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin terhadap Utusan Melayu (M) Berhad.
Hakim Datin Zabariah Mohd Yusof menetapkan tarikh itu di dalam kamarnya apabila kes itu disebut dengan kehadiran peguam Mohd Fitri Asmuni dan Zamri Ibrahim, yang mewakili Mohammad Nizar, dan Nor Atasha Sakinah Jubaidi Yean, bagi pihak Utusan.
Mohammad Nizar memfailkan saman itu pada 10 Julai lepas berkaitan komen beliau mengenai nombor pendaftaran kenderaan WWW 1 yang dibida dengan harga RM520,000.
Dalam pernyataan tuntutannya, Mohammad Nizar berkata pada 28 Mei lepas beliau membuat kenyataan mengenai nombor pendaftaran kenderaan itu menerusi akaun Twitternya dan mendakwa pada 31 Mei, Utusan Melayu menerbitkan satu artikel di halaman 11 akhbar Utusan Malaysia mengenai perkara itu.
Mohammad Nizar, iaitu Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Pasir Panjang, berkata kenyataan berbaur fitnah itu antara lain bermaksud beliau adalah seorang penderhaka terhadap Raja-raja Melayu, terutamanya Sultan Johor, seorang ahli politik yang anti-sultan dan cuba menghasut rakyat supaya membenci Sultan Johor. - Bernama

'PENANG LANG' - defend your state at all costs!

Posted: 10 Dec 2012 05:00 PM PST

'PENANG LANG' - defend your state at all costs!
Your PM is blackmailing and using his 'legal' bribery 'I help you, you help me' bribing his way to recapture Penang. Penangnites must not fall into this dangerous trap.
Your Prime Minster has proven beyond doubt that he is a very weak and incapable leader. His daily speeches, a multitude of plea, threat, admission, omission and deceptive promises that allowed one to see how a man looks like when the fear of losing power is imminent.

His latest trip to Penang on the 8th December 2012 was to galvanize support to retake Penang in the next General Election with more ambiguous speeches and deceptive promises.

Every Malaysian must ask this question "Who is paying for all the extravagant expenses of your PM playing Santa Claus Merry going round the country"?
Let's pay taxes direct to Penang govt & not to the federal govt
What kind of leadership is he trying to prove, a leadership for all Malaysians or just to those who like and support his Umno coalition BN?
Read More / Baca Lagi >>

Liga Arab desak Presiden Syria letak jawatan

Posted: 10 Dec 2012 04:59 PM PST

Liga Arab desak Presiden Syria letak jawatan
Sheikh Hamad (dua, kiri) bersama Mahmoud Abbas dan Nabil Al Arabi (dua, kanan) bermesyuarat di Doha, Qatar kelmarin.
DOHA - Jawatankuasa Menteri Liga Arab Mengenai Krisis Syria mendesak Presiden Syria, Bashar Al Assad berundur bagi memudahkan  peralihan kuasa sekali gus menghentikan konflik yang berlanjutan lebih 21 bulan.

Dalam kenyataan selepas mesyuarat kelmarin yang dipengerusikan Perdana Menteri dan Menteri Luar Negeri Qatar, Sheikh Hamad Jassem bin Jabor Al Thani berkata, kemerosotan berterusan memberi kesan terhadap masa depan Syria, rakyat dan integriti wilayah tersebut.

Read More / Baca Lagi >>

The Star sudah jadi macam Utusan

Posted: 10 Dec 2012 04:58 PM PST


KUALA LUMPUR: DAP menyifatkan akhbar milik MCA, The Star sudah sama taraf dengan Utusan menjelang pilihan raya apabila membuat laporan hanya untuk kepentingan tuan mereka.

Ahli Parlimen Bukit Bendera, Liew Chin Tong menyifatkan, tujuan Star hanya untuk mengelirukan pembacanya yang kebanyakannya bukan Islam dengan melebelkan PAS sebagai parti ekstremis.

Walaupun telah dijelaskan oleh Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali bahawa tidak ada kes khalwat terlibat di Kelantan, akhbar MCA itu tetap dengan nada yang sama, kata Chin Tong.

"The Star merendahkan pembacanya, sama seperti Utusan, yang mengeksloitkan kekeliruan pembacanya yang banyak bukan Islam tentang perbezaan antara hudud, undang-undang kekeluargaan Islam, khalwat dan peraturan oleh pihak berkuasa tempatan," kata Liew Chin Tong dalam kenyataannya.
Read More / Baca Lagi >>

Musa minta Ramli perjelas 'kekayaan'

Posted: 10 Dec 2012 04:57 PM PST

Bekas ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan hari ini menggesa Datuk Ramli Yusuff supaya menjelaskan bagaimana bekas pengarah jabatan siasatan jenayah komersial itu "mengumpul kekayaan yang besar" semasa berkhidmat.

NONE"Beliau harus menjawab. Bagaimana dia boleh memperolehi kekayaan yang besar ketika dia masih dalam pasukan (polis)?

"Saya tidak mempunyai kekayaan sebesar itu. Beliau perlu menjawab," dakwa Musa dalam satu sidang media di Petaling Jaya hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan yang diajukan seorang penulis blog pro-Umno yang dikenali dengan nama Bigdog.

Dalam tulisan blog itu, Bigdog mendakwa Ramli memfailkan satu  pengisytiharan pada 4 September 2007 yang menyenaraikan 52 aset yang bernilai lebih RM8 juta termasuk sebuah kondominium di Residence Pavilion bernilai RM1.1 juta.

Ramli sebelum ini mendakwa Musa menyalahgunakan kuasanya untuk melindungi seorang ketua kongsi gelap Johor, Goh Cheng Poh atau Tengku Goh.

Perang mulut bekas polis ganggu tumpuan memerangi jenayah, kata ahli parlimen

Posted: 10 Dec 2012 04:55 PM PST

KUALA LUMPUR, 11 Dis — Perang mulut berterusan di kalangan bekas pegawai tertinggi polis serta cerita penyalahgunaan kuasa dan hubungan jenayah boleh mengganggu tumpuan badan penguatkuasaan tersebut dari tugasnya, kata beberapa penggubal undang-undang, sambil memberi amaran ini boleh mengakibatkan peningkatan kadar jenayah.
Kata mereka, badan penguatkuasaan negara kini terlalu sibuk mempertahankan diri mereka daripada cerita yang keluar dari dari peperangan mulut di antara Tan Sri Musa Hassan dan Datuk Ramli Yusuff daripada memerangi jenayah.
Dr Dzulkefly: "Perang terhadap jenayah dilupakan." — Gambar fail
"Ketepikan kepentingan masing-masing... saya bimbang, benar-benar bimbang," kata ahli parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad, kepada The Malaysian Insider. "Dulu anda berada di atas dan anda bertindak seperti ini ... apa yang anda harapkan daripada orang bawahan?
"Memandangkan keadaan ini, semua orang akan mengambil kesempatan. Perang terhadap jenayah dilupakan dan ini adalah amat dikesali."
Ramli, bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), berulang kali mendakwa Musa mempunyai hubungan rapat dengan sindiket bawah tanah Cina semasa berkhidmat sebagai ketua polis Johor.
Sebaliknya Musa mendakwa menteri Kabinet campurtangan dalam operasi penyiasatan polis dan menafikan dakwaan pengkritiknya itu.
Read More / Baca Lagi >>

Syrian 'jihadists' seize army base near Aleppo

Posted: 10 Dec 2012 04:50 PM PST

Mursi enhances military powers ahead of Egypt constitutional referendum

Posted: 10 Dec 2012 09:18 AM PST

Hindraf sambut hari hak asasi manusia di Dataran Merdeka

Posted: 10 Dec 2012 09:17 AM PST

Tiada ulasan: