Selasa, 18 Disember 2012

PERAKITE

PERAKITE


kalau sudah tidak diterima rakyat...Tajol berundur

Posted: 18 Dec 2012 06:51 AM PST

Anggota Dewan Undangan Negeri Pengkalan Hulu Tan Sri Tajol Rosli Ghazali tidak akan bertanding PRU13 selepas lebih 35 tahun menjadi wakil rakyat.

Beliau yang juga bekas menteri besar Perak mengumumkan demikian ketika berucap membahaskan Belanjawan 2013 Perak pada persidangan DUN di Ipoh.

"Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menyatakan bahawa saya telah buat keputusan tidak akan bertanding lagi sebagai calon dalam pilihan raya umum akan datang. Ini adalah sidang dewan yang terakhir buat saya.

"Sebagai manusia biasa pastinya ada kekurangan dan tidak terlepas melakukan kesilapan. Saya dengan rendah diri memohon kemaafan atas sebarang tutur kata dan perlakuan saya yang tidak disenangi sepanjang tempoh saya menjadi anggota dewan," katanya.

Tajol Rosli, 68, dilantik menjadi menteri besar Perak pada 3 Dis 1999 dan memegang jawatan itu selama dua penggal.

Beliau mula menjadi wakil rakyat selepas menang pilihan raya kecil DUN Kenering pada 1977 selepas mengalahkan Ibrahim Singgeh dari DAP. Kerusi itu dikosongkan oleh bapa beliau, Tan Sri Mohd Ghazali Jawi.

Tajol Rosli melepaskan jawatannya sebagai pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak dan pengerusi BN negeri pada 29 Jan 2009 serta melepaskan jawatan ketua Umno bahagian Gerik pada 29 Mac tahun yang sama.

"Sekarang saya hanya anggota biasa Umno dan oleh kerana saya anggota biasa Datuk Seri Najib Tun Razak (Presiden Umno) telah melantik saya sebagai pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Umno untuk tahun depan," katanya ketika ditemui di luar dewan.

"Saya telah buat keputusan. Apabila kita sudah tidak diterima oleh rakyat, saya tidak rasa kita patut kembali," katanya.

Zainudin Maidin tidak beretika...Susilo.

Posted: 18 Dec 2012 06:47 AM PST

Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono berkata artikel yang ditulis oleh bekas Menteri Penerangan Malaysia Tan Sri Zainuddin Maidin mengenai presiden ketiga Indonesia BJ Habibie, adalah tidak wajar dan tidak beretika.
    
NONEArtikel itu, katanya boleh menjejaskan hubungan baik antara Indonesia dan Malaysia. 
    
"Kami telah bincangkannya, Menteri Luar akan mengambil nota diplomatik di sini dan juga di Kuala Lumpur," kata Yudhoyono dipetik oleh agensi berita Antara sepertimana diterbitkan oleh akhbar berbahasa Inggeris, The Jakarta Post hari ini.
    
Yudhoyono yang akan berlepas ke Malaysia hari ini untuk menghadiri Rundingan Tahunan, forum peringkat tertinggi dalam hubungan dua hala Malaysia-Indonesia, berkata Indonesia akan membangkitkan isu saling hormat menghormati supaya insiden serupa tidak berulang yang boleh menjejaskan persahabatan antara kedua-dua negara.
    
Artikel Zainuddin disifatkan oleh banyak pihak di Indonesia sebagai "serangan" terhadap Habibie. 
    
NONESementara itu, jurucakap presiden, Teuku Faizasyah berkata presiden akan membangkitkan isu-isu penting termasuk perlindungan warga Indonesia yang bekerja di Malaysia, sempadan, perdagangan dan pelaburan pada mesyuarat itu.
    
Yudhoyono juga akan mengadakan pertemuan peribadi, secara empat mata dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum mengetuai delegasi Indonesia pada Rundingan Tahunan kesembilan itu.

Mercedes Emas Putih .tauke minyak Abu Dhabi

Posted: 18 Dec 2012 06:43 AM PST


            Mercedes Sport Emas Putih Tulen

Mercedes Benz ini diperbuat daripada Emas Putih Tulen 18K. Ia milik bilionair minyak di Abu Dhabi , Keta ini dijana enjin V10 quad turbo dengan 1,600 kuasakuda dan  2800nm tork. Mempunyai daya pecutan 0-100km/h kurang daripada 2saat, Bagi jarak quartermile mencatat 6.89 saat mengguna bahan api biofuel.
Kau ada..he he.

Tiada ulasan: