Khamis, 27 Disember 2012

PENYAPU SIAL

PENYAPU SIAL


Memang Dasar Bajingan Tengik UMNO-BN -APCO....Penipu Dan Perompak Rakyat NO 1.....Rebat RM200 Telefon Untuk Tolong Syarikat Kroni

Posted: 27 Dec 2012 06:46 AM PST

Syarat rebat telefon pintar bernilai bawah RM500 menunjukkan PM Najib Razak bukan mahu membantu anak muda sebaliknya mahu mengkayakan kroni yang terlibat dalam syarikat komunikasi.

Ini bukan mahu tolong anak muda tapi nak tolong kroni syarikat telekomunikasi. Mereka yang akan dapat faedah.Pasti banyak untung daripada rebat ini.

Kalau syarat macam ini, siapa anak muda yang hendak beli telefon pintar sedangkan harganya ribuan ringgit, bukan RM500..

Perdana Menteri ketika membentang Bajet 2013 pada 28 September lalu, mengumumkan pemberian rebat RM200 pembelian telefon pintar kepada belia berusia antara 21 hingga 30 tahun.

Ia terbongkar selepas Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam laman webnya, menyatakan itu hanya untuk telefon pintar yang berharga maksimum RM500 sebelum kenyataan berkenaan dipadam hari ini.

Kita menyifatkan kerajaan Umno BN tidak ikhlas memberi rebat RM200 itu berikutan mereka mengenakan  syarat  ketat yang tidak masuk akal.

Syaratnya tidak ikhlas...Langsung tidak bertepatan dengan keadaan semasa.

Sekarang telefon pintar mahal, mana ada harga RM500? Nampaknya, rebat itu hanya gimik kerajaan Umno BN, bukan serius mahu tolong orang muda..

Adalah lebih baik internet dinaik taraf dengan menambah jalur lebar internet setiap kawasan..

 

Rebat RM200 hanya untuk telefon pintar harga RM500.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menjelaskan bahawa rebat RM200 untuk telefon pintar yang diumumkan dalam Bajet 2013 hanyalah untuk telefon pintar yang berharga maksimum RM500.

 SKMM telah menerbitkan kriteria berikut dalam lamanwebnya:

  1. Warganegara Malaysia berumur 21 tahun hingga 30 tahun.
  2. Berpendapatan bulanan RM3000 ke bawah.
  3. Model telefon pintar 3G yang diluluskan dengan harga maksimum RM500.
  4. Pelanggan jalur-lebar mudah-alih sedia ada atau pakej baru.
  5. Hanya satu telefon pintar untuk seorang belia.

Menurut notis yang disiarkan semalam, program rebat di bawah Inisiatif Jalur Lebar Kebangsaan (NBI) telah diperuntukkan sejumlah RM300 juta oleh kerajaan yang akan memberi manfaat kepada 1.5 juta belia.

Permohonan untuk rebat adalah terbuka dari 1 Januari hingga 31 Disember 2013 dan para belia yang berminat boleh memohon melalui lamanweb SKMM.

Setem biru kelihatan di sudut kanan laman web yang bertulis Janji Ditepati, Mulai 1 Januari 2013, Bajet 2013.

Bagaimanapun, Malaysiakini mendapati lamanweb tidak boleh diakses sejak pagi ini.

Pada 28 September, di bawah Bajet 2013, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan rebat RM200 bagi pembelian telefon pintar 3G untuk belia berumur 21 hingga 30 tahun, dengan pendapatan bulanan RM3,000 ke bawah atau tanpa pendapatan bulanan, daripada peniaga yang dibenarkan bawah Pakej Komunikasi Beli

 

 

penyapu sial

 

 

Hidup najib penuh pura2 dan tipumuslihat.smartphone atau rebat 200 jika liputan internet d tahap menyedihkan tak guna juga tepon pintar itu...buat keputusan syok sendiri itu pm......pui.

jika tidak siasat dakwaan yang di dedahkan oleh deepak....hantar aje memo kepada yang di pertuan agong....!!!

Posted: 27 Dec 2012 06:33 AM PST

Kita mengulangi gesaannya supaya pihak berkuasa menyiasat dakwaan peniaga permaidani Deepak Jaikishin terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib serta ahli keluarganya berhubung kontroversi kes pembunuhan warganegara Mongolia Altantuya Shaariibuu.

Jika tidak, satu memorandum wajar  di hantar kepada Yang di-Pertuan Agong.. kita juga mengecam Jabatan Peguam Negara, Polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang didakwa berdiam  diri  terhadap tuduhan yang serius itu.

Perkara itu, membabit maruah perdana menteri, keluarga beliau, negara dan juga Yang di-Pertuan Agong.
Deepak sebelum ini dalam temuramahnya dengan beberapa media antaranya Malaysiakini mendakwa Najib mempunyai peranan dalam isu penarikan balik pengakuan berkanun (SD) pertama penyiasat persendirian P Balasubramaniam pada tahun 2008 yang mengaitkan Najib dengan Altantuya.

Deepak juga sebelum ini mendedahkan beberapa perkara antaranya melibatkan isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor serta adiknya Datuk Nazim Razak

Tiada ulasan: