pemuda cheh |
2013: Pilih Pakatan pertama kali dalam 55 tahun Posted: 31 Dec 2012 08:15 AM PST Biar 2013 menamatkan pencacatan negara dan membawa era transformasi yang sebenar dengan memilih kerajaan Pakatan Rakyat buat pertama kalinya dalam tempoh 55 tahun. Demikian kata Pengerusi DAP Kebangsaan, Lim Kit Siang dalam perutusan sempena tahun 2013. Menurut Ahli Parlimen Ipoh Timur itu, empat tahun pemerintahan Najib akan dikenang oleh rakyat Malaysia sebagai pentadbiran yang penuh dengan menjunamnya pelbagai indeks global dan hakikat yang tidak enak ini telah ditonjolkan melalui tiga laporan antarabangsa dalam bulan terakhir tahun ini. Di bawah adalah perutusan beliau. Hampir empat tahun, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah menjanjikan satu demi satu program transformasi – kerajaan, ekonomi, politik, pendidikan, sosial dan sebagainya dengan slogan 1Malaysia di bawah satu demi satu agensi. Yang dicapai oleh semua pengumuman dan inisiatif itu adalah gelaran "Negara Akronim" sementara pencacatan negara dalam semua aspek kehidupan masih berterusan. Empat tahun pemerintahan Najib akan dikenang oleh rakyat Malaysia sebagai pentadbiran yang penuh dengan menjunamnya pelbagai indeks global dan hakikat yang tidak enak ini telah ditonjolkan melalui tiga laporan antarabangsa dalam bulan terakhir tahun ini, iaitu: Rasuah – Dalam empat tahun pemerintahan Najib, kedudukan Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Transparency International (TI) Malaysia jatuh ke paras paling rendah dalam tempoh 18 tahun – No. 56 pada 2009 dan 2010, No. 60 pada 2011 dan No.54 pada 2012 dibandingkan dengan kedudukan paling teruk No. 23 di bawah Mahathir dan No. 47 di bawah Tun Abdullah – menunjukkan rasuah di bawah Perdana Menteri kini lebih buruk daripada di bawah semua Perdana Menteri sebelumnya, Tunku Abdul Rahman, Tun Razak, Tun Hussein, Tun Mahathir dan Tun Abdullah. No.1 di dalam larian modal per kapita: Laporan Global Finance Integrity menunjukkan berdasarkan per kapita, Malaysia dengan populasi 28 juta, berada di tempat No.1 dalam pengaliran keluar wang haram – sama ada dalam bentuk wang gelap yang mengalir keluar daripada negara pada 2010, yakni sebanyak RM196.8 bilion, atau pada dekad lalu (2000-2010), sejumlah RM871 bilion atau sama dengan RM31,000 setiap seorang pendudukan negara dengan populasi 28 juta. Kejatuhan berganda tahap matematik dan sains pelajar Malaysia dibandingkan dengan negara luar juga dengan kumpulan sebelumnya – Di dalam TIMSS 2011 untuk pelajar gred lapan, Malaysia berada di kedudukan No. 26 dengan mata 440 daripada 1,000 untuk matematik malah lebih rendah untuk sains pada kedudukan No. 32 dengan mata 426, kedua-duanya di bawah purata antarabangsa. Itu juga merupakan mata terburuk untuk Malaysia di dalam empat TIMSS dari 1999 hingga 2011, misalnya matematik jatuh sebanyak 79 markah daripada 519 pada 1999 sehingga 440 pada 2011; di dalam sains, jatuh sebanyak 66 poin daripada 492 pada 1999 kepada 426 poin pada 2011. Ini bukan petanda transformasi negara tetapi deformasi (pencacatan) negara. Biar 2013 menamatkan pencacatan negara dan membawa era transformasi yang sebenar dengan memilih kerajaan Pakatan Rakyat buat pertama kalinya dalam tempoh 55 tahun. Selamat Tahun Baru 2013 kepada semua rakyat Malaysia. | ||
Amanat Haji Hadi: Kenapa Baru Sekarang? Posted: 31 Dec 2012 06:31 AM PST Isu kafir mengkafir menerusi "Amanat Haji Hadi" dihangatkan lagi diambang PRU ke 13. Isu yang berlegar pada tahun 1981 cuba dihangatkan kembali oleh media dan akhbar tertentu. Bayangkan, sudah 31 tahun, ia kembali dihebohkan seolah-olah berlaku baru setahun dua. Memang ia merupakan isu yang menjadi petanda kepada paluan kompang pilihanraya. Antara yang terlibat menimbulkannya adalah seorang ustaz muda, Fathul Bari, yang ketika isu ini bermula, baru berusia setahun dua. Dalam tulisannya dalam akhbar Sinar, beliau menekankan soal tabayyun (memastikan kedudukan sebenar) dalam menangani isu ini. Dengan membawakan contoh kisah Ammar dan keluarganya, soal takfir perlu disiasat sebelum hukuman dijatuhkan. Kita bersetuju bahawa soal takfir bukan soal yang boleh dipermudah-mudahkan lantaran ia melibatkan soal batas iman dan kufur. Oleh sebab itulah, umat Islam perlu sentiasa diingatkan tentang batas-batas akidah. Pada masa yg sama, hukum kafir juga tidak boleh dijatuhkan sewenang-wenangnya. Justeru, para ulama hanya menekankan soal kaedah dalam batas iman tanpa menentukan secara khusus kepada siapa individu yang telah melanggar batas itu. Bahkan menjadi kewajipan ulama untuk sentiasa memperingatkan umat supaya batas iman itu sentiasa dipelihara. Adapun yg berhak menjatuhkan hukum kafir atau murtad adalah bidang kuasa qadhi atau hakim di mahkamah. Ketika sahabat Nabi, Ammar Bin Yasir melafazkan kata kufur, kita tidak ada di sana dan tidak ada pada waktu itu. Sama seperti isu takfir ini bermula 31 tahun dulu, penulis ruang Nasihah pun belum dapat mengikutinya. Kalau Rasulullah Saw pun bertanya kepada Ammar tentang keadaan dirinya ketika melafazkan kata kufur itu, mengapa kita tidak bertanya kepada ulamak yang didakwa mengeluarkan fatwa takfir tentang keadaan masyarakat ketika itu agar kita memahami situasinya? Penulis Nasihah boleh bertanya kepada ulama itu kalau dia mahu, atau merujuk kepada beberapa kitab seperta Mustika Hadith terbitan Jabatan Perdana Menteri yang diterbitkan sekitar tahun-tahun isu itu bermula. Kalau Ammar mengucapkan lafaz kufur kerana terpaksa dan diancam bunuh, ketahuilah bahawa ketika fatwa takfir itu dikeluarkan pelbagai tuduhan terhadap Islam dilemparkan oleh tokoh tertentu. Ada yang mengatakan Islam sudah ketinggalan. Ada pula yg mengatakan Al Quran sudah lapuk, hukum potong tangan zalim & sebagainya. Justeru menjadi tanggungjawab seorang ulama, teguran disampaikan melalui ceramah dgn memberikan kaedah tanpa menentukan siapakah orangnya. Mengapakah masih ada orang yang mahu mempertahankan konsep politik suku, agama suku? Mengapa pula perlu disediakan dalih politik fitnah dan tuduh menuduh? Sedangkan nasihat yg diberi adalah bersifat umum, tanpa menyebut sebarang nama individu. Mengapa selepas 31 tahun nasihat itu diberi, baru pihak tertentu meminta penjelasan? Jemputannya terbuka, tetapi sesinya tertutup? Berikanlah ruang terbuka kepada ulama tersebut untuk memberi penjelasan setelah isunya dihangatkan secara terbuka juga. Ketahuilah bahawa Rasulullah Saw telah mendengar & menerima penjelasan Ammar terlebih dahulu, tanpa menghangatkan ucapannya secara terbuka. Bukan seperti dilakukan oleh rakan-rakan Penulis An Nasihah Sinar, sejak 31 tahun dahulu. Hari ini baru meminta penjelasannya. * Penulis adalah Pengerusi Ulamak Pelapis PAS (Pusat). |
You are subscribed to email updates from pemuda cheh To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan