Sabtu, 8 Disember 2012

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Video: "Hutan Simpan Kemasul" Dalam Kawasan MB Pahang Diceroboh, Mana Perginya Penguatkuasaan

Posted: 07 Dec 2012 05:36 PM PST


[Kerajaan Negeri Pahang digesa mendedahkan bagaimana boleh meluluskan lesen pengeluaran balak di Hutan Simpan Kekal Kemasul dekat sini sedangkan ia berstatus kawasan tadahan juga sumber air bagi daerah ini dan Bera. Balak-balak yang sudah ditebang dilonggokkan di tepi jalan utama dari Felda Kemasul ke Simpang Pelangai menghala ke jalan keluar menuju Karak dan Kuala Pilah di mana dapat disaksikan dengan jelas kawasan hutan yang telah digondolkan. Sementara kebanyakan balak yang ditebang didapati bersaiz kecil, yang sepatutnya tidak dimusnahkan begitu awal. Lebih mendukacitakan kawasan tersebut terletak dalam Dewan Undangan Negeri Pelangai yang diwakili Menteri Besar Pahang Dato' Sri Adnan Yaakob tetapi yang peliknya masih tersergam papantanda Hutan Simpan Kekal di situ].

Video: Kerakusan Pengusaha Lombong Biji Besi Dan Emas Mengancam Keselamatan Rakyat Di Pahang

Posted: 07 Dec 2012 05:28 PM PST


[Dua orang wakil penduduk tempatan di laluan kampung antara Luit dan Sri Jaya di sebelah Parlimen Maran ke Lepar Utara di sebelah Kuantan yg termasuk ke dalam Parlimen Paya Besar diwawancara oleh kru kami baru-baru ini. Sejak dulu, laluan ini digunakan oleh ribuan penduduk untuk perhubungan antara Maran dan Lepar, mengangkut hasil pertanian dan menghantar anak-anak ke sekolah di Luit, Maran. Bagaimanapun sejak dua tahun yang lalu, ratusan lori-lori seberat 140 tan "menguasai" jalan tidak berturap ini untuk mengeluarkan hasil-hasil dari lombong bijih besi, emas dan mineral-mineral lain di kawasan hutan antara Luit dan Lepar ini. Penduduk sekitar mula terancam. Mereka bimbangkan keselamatan dan kesihatan mereka terjejas akibat aktiviti perlombongan yang semakin rancak].

Video: Panas Dan Memalukan, Kawasan MB Pahang Pun Banyak Projek Kerajaan BN Yang Terbengkalai

Posted: 07 Dec 2012 05:18 PM PST


[Siapa sangka gajah putih juga wujud di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai, Bentong yang sudah 6 penggal diwakili oleh Dato' Sri Diraja Adnan Yaakob ini. Projek Pusat Latihan Polis tidak beberapa jauh dari persimpangan Karak - Kuala Pilah telah lama terbengkalai. Papan tanda projek pula sudah dipanjat "ulan". Pekerja tidak dibayar gaji, ramai yang telah beralih arah kerana tidak mempunyai sumber kewangan untuk meneruskan kehidupan di sini. Bagi yang tidak mempunyai arah tuju, besi-besi dan apa sahaja yang menghasilkan wang di tapak projek mereka jualkan untuk mendapatkan sedikit wang. Sementara itu, hutan sekeliling telah digondolkan. Apakah ADUN Pelangai tidak sempat untuk memantau projek pembangunan di kawasannya sendiri kerana terlalu sibuk mencabar untuk memotong telinga?].

Video: Panas, Hutan Simpan Kemasul Dalam Kawasan MB Pahang Musnah Dek Kerakusan Tangan Manusia !!

Posted: 07 Dec 2012 05:12 PM PST


[Ketika berjenaka sesama mereka, penduduk menggelarnya "Hutan Simpan NAN". Itulah Hutan Simpanan Kekal Kemasul yang terletak dalam DUN Pelangai yang diwakili oleh MB Pahang sendiri, Dato' Sri Diraja Adnan Haji Yaakob. Dalam kunjungan kali kedua ini, penduduk tempatan menceritakan kemusnahan dan malapetaka yang mereka alami akibat penebangan berleluasa di hutan simpan ini. Puluhan lori balak sarat muatan kini beroperasi pada waktu malam. Kesan kerosakan kepada jalan raya semakin jelas. Mujurlah dengan demam pilihan raya yang melanda negara ketika ini, ia lebih kerap ditampal. Ancaman gajah dan monyet kepada ladang peneroka amat serius kini, setelah binatang-binatang liar tersebut hilang sumber makanan dari hutan simpan yang telah digondolkan. Tinjauan pertama kami beberapa ketika dahulu boleh ditonton di pautan berikut: http://www.youtube.com/watch?v=UAPw1KA3voo]

Video: DUN Pelangai Kawasan 'MB Pahang' Mundur Dan Ketinggalan Sejak 55 Tahun BN Memerintah !!

Posted: 07 Dec 2012 05:04 PM PST


[Dalam masa UMNO Pahang turun berkempen ke serata pelosok mengatakan negeri ini akan maju, sebaliknya kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai yang diwakili Menteri Besar (MB), Dato' Sri Adnan Yaakob sendiri jauh ketinggalan. Antaranya kira-kira 70,000 penduduk di kawasan berkenaan dinafikan kemudahan seperti hospital, bank, balai Bomba dan Penyelamat selain jalan utama sebagai perhubungan sangat teruk. Kesusahan yang ditanggung penduduk ini menyebabkan mereka terpaksa menyelesaikan urusan dengan pergi mencari alternatif lain iaitu Triang atau ke Bahau dan Kuala Pilah di Negeri Sembilan. DUN Pelangai ialah salah satu daripada empat DUN dalam Parlimen Bentong selain daripada Ketari, Bilut dan Sabai. Kawasan tersebut meliputi tiga kawasan Felda berpeneroka iaitu Chemomoi, Sungai Kemahal dan Kemasul selain banyak ladang Felda Plantation. Terdapat juga lima buah kampung dan pekan kecil. Orangkacamata "turun" ke DUN Pelangai dan meninjau sendiri "kemajuan" kawasan MB itu. Wawancara bersama Ustaz Abdul Hamid Bahatim, Yang DiPertua PAS Kawasan Bentong].

Video: BN 'Kau Lupa Janji', Projek Naik Taraf Jalan Jerantut Ke Maran Terbengkalai Sejak Tahun 2007

Posted: 07 Dec 2012 04:51 PM PST


[Projek menaiktaraf Jalan Jerantut-Maran sepatutnya telah lama disiapkan. Bermula seawal Januari 2007. Namun begitu, projek ini tidak menjadi kenyataan apabila masih lagi tidak dapat disiapkan sehingga ke hari ini. Jalan ini adalah laluan utama menghubungkan penduduk-penduduk sekitar Sungai Tekam Getah, Sungai Tekam Utara, Sungai Siam, PPTR, Kg. Perak dan Jengka 8. Tidak diketahui berapa kerugian dari projek yang telah bungkus ini dan siapa yang bertanggungjawab. Penduduk dalam memorandum mereka mendesak satu siasatan menyeluruh dilakukan. Temubual bersama Ustaz Yohanis Ahmad (Pengarah DUN Pulau Tawar) dan tinjauan lapangan oleh kru Orangkacamata].

Tiada ulasan: