Sabtu, 29 Disember 2012

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Himpunan Aman Bantah Lynas Di Gebeng Petang Ini

Posted: 28 Dec 2012 09:12 PM PST


[Kumpulan NGO Hijau dijangka mengadakan himpunan aman di Base Camp anti Lynas di Balok Makmur Kuantan jam 2.00 petang ini. Difahamkan, hebahan mengenai perkara tersebut sudah dilakukan dan dijangkan ribuan peserta akan terlibat sebenarnya. Namun difahamkan, pihak Pejabat Daerah Dan Tanah Kuantan, polis dan Majlis Perbandaran Kuanta (MPK) dipercayai telah merobohkan binaan yang mereka buat di lokasi terbabit. Alasan yang diberikan ia dibina atas tanah kerajaan, sedangkan pondok pengawal Lynas juga didirikan di lokasi berdekatan. Himpunan adaah bertujuan untuk menyedarkan kerajaan bahawa mereka telah tersilap kerana membawa masuk kilang berisiko itu ke Kawasan Perindustrian Gebeng. Kontroversi timbul apabila, Lynas masih gagal untuk memberi jaminan ke mana mereka akan hantar sisa buangan rare eearth selepas ia diproses nanti. Anehnya pihak kerajaan telah memberikan Lesen Operasi Sementara (TOL) kepada Lynas dalam keadaan yang cukup mencurigakan. Justeru orang ramai di Kuantan dijemput hadir beramai-ramai untuk memberi sokongan]

Tiada ulasan: