Rabu, 19 Disember 2012

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Lynas: MP Simpang Renggam Didesak Beri Penjelasan

Posted: 18 Dec 2012 11:38 PM PST


[Naib Presiden PKR,  Tian Chua mendesak ahli parlimen Simpang Renggam Liang Teck Meng supaya memberikan penjelasan, mengapa sisa nadir bumi tidak boleh di eksport ke luar negara. Katanya lagi, Liang Teck Meng pernah mengeluarkan kenyataan di Dewan Rakyat bahawa sisa itu akan di eksport kembali ke Australia. Tetapi setelah memperolehi TOL (Temporary Operating License), LYNAS berkata menurut undang antarabangsa, sisa itu tidak boleh di eksport ke luar negara. Tian Chua juga mengesyaki Liang Teck Meng langsung tidak mengetahui selok belok undang-undang antarabangsa dan mendakwa LYNAS mempunyai pakatan sulit dengannya. "Terdapat ada 3 ahli parlimen dari Johor adalah ahli Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Projek Lynas, iaitu Teng Boon Soon (Tebrau), Liang Teck Meng (Simpang Renggam) dan Mohamed Khaled Nordin (Pasir Gudang). "Oleh sebab ketiga-tiga orang ini sokong LYNAS buat kilang di negara kita, maka sisa nadir bumi akan tinggal di sini dan mengancam kesihatan semua orang dan generasi akan datang." katanya yang dipetik Nanyang Siang Pau melalui Facebook Keadilan Johor yang di hantar kepada Ibn_bacoks baru-baru ini]. Nusajayakini

Panas: Lagi Artis Terkenal Tanahair Sokong Pakatan

Posted: 18 Dec 2012 11:11 PM PST


[Trend artis popular tanahair sokong perjuangan Pakatan Rakyat kini semakin menjadi-jadi. Terbaru, pelakon terkenal sekitar tahun 1990-an iaitu Mustapha Kamal Mohd Daud telah berada di pentas ceramah PKR. Pelakon kelahiran Kota Bharu, Kelantan pada 1962 itu, telah muncul dalam Program Anak-anak Kelantan di Taman Dagang (Pandan) Santai bersama Rafizi Ramli. Program yang diadakan pada jam 9 malam, 18 Disember 2012 di Restoran Number One, Taman Dagang itu telah dihadiri oleh pelakon terkenal tanahair itu bersama rakan-rakannya. Dalam program berkenaan, Mustapha turut diberi peluang menyampaikan sepatah dua kata kepada anak-anak Kelantan yang bermastautin di Pandan supaya meninggalkan perjuangan Umno yang sia-sia. Pelakon yang dipercayai memiliki antara paling ramai peminat itu juga dilihat hadir ke program pelancaran 'Anak Seni Pemuda PAS Pusat' dekat Kuala Lumpur sebelum ini]. selamatkanpahang

Janji Najib, Awas.. Jangan Tertipu Untuk Kali Kedua

Posted: 18 Dec 2012 11:01 PM PST


[Apa komen anda dengan kenyataan yang dibuat oleh Najib ini. Maka, menjelang Pilihanraya Umum Ke-13 tidak lama lagi apakah anda mahu "dipatuk lagi"?. Ada kalanya janji orang politik boleh dipercayai, namun lebih banyak yang auta dari fakta. Inilah yang berlaku mutakhir ini. Berbagai janji-janji manis terpaksa ditaburkan kepada rakyat demi kuasa yang mahu dikekalkan. Jika tersilap langkah pasti akan tumbang. Namun, kali ini janjinya lebih besar daripada dulu. Cuma, harapa kita agar rakyat bijak menilai segala janji-janji manis yang dibuat oleh kerajaan sekarang ini. Anggaplak segalanya hanya helah dan taktik untuk memancing undi. Rakyat perlu lakukan perubahan jika mahu menyelamatkan negara ini dari terus dirundung malang yang berpanjangan. Jom, ubah sekarang !].

Panas: Peguam Negara Di Gesa Meletakkan Jawatan Kerana Gagal Bagi Nasihat Sewajarnya Projek AES !!

Posted: 18 Dec 2012 08:18 PM PST

 KUALA LUMPUR, 19 Dis - Penasihat Undang-undang Kempen Anti Saman Ekor (Kase), Zulhazmi Shariff (foto) menggesa Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail segera meletak jawatan kerana gagal memberi nasihat dari sudut perundangan berhubung pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES). Beliau yang dihubungi menjelaskan kenyataan yang dikeluarkan oleh pejabat Peguam Negara yang mengarahkan semua prosiding kes saman melalui AES digantung jelas membuktikan pelaksanaan tergesa-gesa sebelum ini hanyalah sekadar untuk mengaut keuntungan semata-mata. "Melihat kepada kenyataan Peguam Negara semalam membuktikan pelaksanaan AES ini tidak dirujuk sepenuhnya melalui sudut perundangan. "Malah ia juga menunjukkan kegagalan Peguam Negara menasihati kerajaan berhubung tindakan sewajarnya diambil atas pelaksanaannya," jelasnya. Tambahnya lagi, Peguam Negara perlu bertanggungjawab sepenuhnya dan segera meletak jawatan kerana telah gagal menjalankan tugas sebagai orang yang bertanggungjawab dari sudut perundangan sehinggakan prosiding kes saman ditangguhkan. "Sebelum ini kita telah banyak kali menyuarakan kepincangan dalam pelaksanaan AES dan perkara ini terbukti berlaku apabila mahkamah menangguhkan semua prosiding. "Selain Peguam Negara perlu meletak jawatan, kerajaan juga perlu membatalkan kesemua saman yang dikeluarkan serta memulangkan kembali duit yang telah dibayar oleh pemandu atas kesalahan yang mereka lakukan melalui saman AES," tambah beliau. Kata beliau, kelemahan projek AES itu juga turut dapat diketahui jika kerajaan sanggup mendedahkan perjanjian yang dibuat antara syarikat pengendali dengan pihak kerajaan. Sebelum ini, Pejabat Peguam Negara mengarahkan supaya semua prosiding kes saman melalui Sistem Penguatkuasan Automatik (AES) digantung. Dalam satu kenyataan petang semalam, ia bagaimanapun menegaskan bahawa saman melalui AES yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) adalah sah. Menurut belian ekoran kebimbangan yang dibangkitkan oleh pihak-pihak tertentu mengenai undang-undang dan aspek teknikal lain. Maka Pejabat Peguam Negara telah memutuskan untuk mengkaji perkara itu dan mengarahkan semua prosiding ditangguhkan dulu sehingga kebimbangan tersebut ditangani. Hrkh



[Apa yang diperkatakan oleh peguam KASE ini bagai ada kebenarannya. Mana mungkin seorang Peguam Negara boleh terkilaf dalam memberi nasihat kepada kerajaan dalam isu-isu sensitif seperti ini. Peguam Negara harus nampak adil dan bebas dalam membela rakyat. Namun, ternyata di Malaysia ia tidai seperti itu. Kini seluruh dunia melihat pemerintah di Malaysia mengawal Peguam Negara. Bayangkan daam isu semudah ini pun beiau tidak mampu beri khidmat nasihat yang sewajarnya. Apapun, ini semua mungkin satu gimik piihanraya bagi meredakan kemarahan rakyat terhadap isu AES ini sebenarnya. Peguam Negara cuba bermain kata-kata agar kerajaan UMNO BN nampak prihatin dan mendahulukan rakyat. Walhal, jika mendahulukan rakyat kenapa segala maklumat dan dokumen perjanjian projek ini cuba dirahsiakan dan hingga sekarang masih belum didedahkan kepada rakyat. Bukankah ini sesuatu yang amat memusykilkan kita. Justeru, jalan terbaik ialah menolak BN pada pilihanraya umum akan datang].

Mahfuz Omar Mahu Semua Saman AES Di Batalkan !

Posted: 18 Dec 2012 09:41 AM PST

Kontroversi Lynas, "NGO Pro Kerajaan" Desak Fuziah Salleh Mohon Maaf Kepada Seluruh Rakyat Malaysia !

Posted: 17 Dec 2012 09:24 PM PST

KUANTAN, 18 Dis - Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh (foto) perlu memohon maaf, bukan sahaja kepada penduduk Kuantan, malah kepada negara, berhubung isu projek nadir bumi Lynas Advanced Material Plant (LAMP) di kawasan perindustrian Gebeng di Pahang, desak beberapa NGO di negeri itu. Beberapa ahli politik dan penganalisis berpendapat projek nadir bumi itu bukan lagi isu selepas Mahkamah Tinggi Kuantan pada 8 Nov lepas menolak permohonan injunksi interim ke atas Lesen Operasi Sementara (TOL) oleh tiga penduduk Kuantan. Menurut mereka, walaupun kerajaan beberapa kali menjelaskan pembinaan pusat pemprosesan nadir bumi di Gebeng adalah selamat daripada ancaman radiasi sebelum ini, namun ia masih dimanipulasi pihak berkepentingan politik. Pengerusi MCA Kuantan Datuk Ti Lian Ker  berkata Fuziah dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), sebenarnya tidak pernah melakukan apa-apa pun kepada penduduk Kuantan. "Sebaliknya kejayaan beliau hanya membuat penduduk tempatan menjadi keliru dengan isu Lynas menerusi fakta yang salah, isu itu dimanupulasi demi kepentingan politiknya," katanya kepada Bernama. Ti berkata penubuhan Jawatankuasa Pilihan Khas (PSC) Mengenai Projek LAMP telah diusul di Dewan Rakyat pada 20 Mac 2012 di bawah Peraturan 81(1) Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat. Terma rujukan jawatankuasa itu adalah untuk meneliti isu-isu keselamatan, kesihatan dan alam sekitar berhubung projek LAMP; dan meneliti proses serta pelaksanaan prosedur pelesenan dan kelulusan berdasarkan peruntukan undang-undang serta standard keselamatan yang berkuat kuasa. Ironinya, Ti berkata Fuziah tidak menggunakan pentas itu untuk berdebat mengenai isu berkenaan sebaliknya hanya kuat berkokok di luar parlimen. Laporan akhir dan syor PSC Lynas dikemukakan di Parlimen pada 18 Jun sebelum dibentangkan pada 19 Jun lepas. "Dia (Fuziah) sudah diberi peluang berdebat dan berbincang di Parlimen, namun beliau memilih untuk tidak melibatkan diri, malah dia lebih rela pergi ke London, kononnya untuk lawatan sambil belajar ketika usul itu dibahaskan. "Beliau dilihat seperti menganiaya penduduk Kuantan daripada melaksanakan tugasnya, mana yang lebih penting? Lawatan sambil belajar di London atau bersama-sama duduk berbincang dalam pembentangan dan perbahasan berkaitan isu Lynas itu?" soal beliau. Ti berkata pihak pembangkang yang mengungguli isu ini juga sebenarnya telah menerima tamparan apabila anggota Parlimen Hulu Langat Dr Che Rosli Che Mat dari PAS, yang pakar dalam bidang nuklear, membuat kenyataan bahawa beliau telah lama bersabar dengan manipulasi yang dilakukan pembangkang dalam hal kilang Lynas itu. Anggota Parlimen Hulu Langat itu menegaskan bahawa tahap radiasi projek LAMP itu berada pada paras rendah berbanding yang dibenarkan. Berikutan tindakan Fuziah yang dilihat berterusan membuat kenyataan negatif berkenaan LAMP, beberapa pergerakan politik dan badan bukan kerajaan (NGO) di Kuantan telah membuat laporan polis. Beberapa NGO di Pahang mendesak Fuziah supaya memohon maaf kepada LAMP berhubung dakwaan kesilapan daripada pembohongan dan penyelewengan fakta tanpa asas saintifik mengenai kilang memproses nadir bumi itu. Mereka mahu Fuziah dan kumpulan anti-Lynas mencontohi portal berita Free Malaysia Today yang memohon maaf secara terbuka berhubung isu itu pada Julai lepas. 

 

 Ketua Penerangan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Kuantan, Ezad Zainal berkata Fuziah perlu memohon maaf kepada Lynas dan seluruh rakyat Kuantan. "Anggota Parlimen Kuantan itu telah mengetepikan kajian dan pendapat daripada pakar bertauliah yang mengesahkan keselamatan kilang memproses nadir bumi yang terletak di Gebeng. "Tiada sebarang asas yang kukuh atas kenyataan-kenyataan Fuziah terhadap Lynas melainkan beliau hanya mencari sokongan politik dan bukan untuk kepentingan rakyat," katanya. Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan Pahang Mendukung Agenda Nasional (DAUN) turut mendesak Fuziah dan kumpulan anti-Lynas memohon maaf berhubung isu itu. Penyelaras DAUN Wan Emril Nizam Wan Embong berkata pihaknya mendesak Fuziah dan kumpulan anti-Lynas memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia dan penduduk Kuantan khasnya kerana dakwaan mereka sebelum ini turut tidak disokong dengan fakta saintifik. Pengerusi Majlis Belia Kuantan Md Jamil Pauzi berkata, selain LAMP, Fuziah dan kumpulan anti-Lynas perlu memohon maaf kepada kerajaan negeri Pahang serta golongan belia dan rakyat Malaysia juga. Setiausaha Kehormat Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC) Pahang, Asmayudin Uyub berkata Fuziah seharusnya akui kesilapannya mempersoal projek Lynas tanpa asas saintifik. "Beliau merupakan wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat dan sebagai pemimpin, jika melakukan kesalahan, beliau seharusnya mengakui kesilapan beliau dan segera membuat permohonan maaf," katanya. 



Sementara itu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Kuantan Datuk Suffian Awang berkata para pengundi di kawasan parlimen Kuantan perlu bijak dalam menilai keupayaan sebenar Fuziah sebagai wakil rakyat.   "Sudah hampir sepenggal, apa yang dilakukan oleh Fuziah? Masalah penduduk setempat, hal-hal berkaitan penduduk, kerajaan negeri dan kerajaan pusat yang mengatasinya, Fuziah pula sibuk berkempen dengan isu Lynas," katanya. Beliau berkata apa yang dikesalkan, pihak Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) yang bertungkus lumus mengatasi masalah setempat, Fuziah pula dilihat seperti menangguk di air yang keroh. "Saya melihat banyak isu yang dibangkitkan beliau selaku wakil rakyat di Kuantan, sedangkan isu-isu itu sedang dan telah ditangani MPK. Apabila pihak MPK menanganinya, beliau mendakwa itulah hasil daripada aduan atau perkara yang dibangkitkannya," katanya. Sementara itu Ketua Pegawai Perhubungan Awam MPK, Haslinda Hassan berkata bagi tempoh Januari hingga November lepas, sebanyak 4,123 aduan diterima berkaitan masalah penduduk di Kuantan seperti masalah kerosakan harta awam, masalah jalan raya, longkang, isu setempat dan sebagainya. "Daripada jumlah berkenaan, sebanyak 80 peratus aduan berjaya diatasi, 20 peratus lagi dalam proses siasatan dan tindakan, terutama membabitkan aduan yang memerlukan kos dan peruntukan tertentu," tambah beliau. 


[Walau pun NGO Pro Kerajaan gesa Fuziah Salleh mohon maaf, namun mereka juga wajar maklumkan kepada rakyat ke mana Lynas mahu buangkan sisa rare earth selepas diproses kelak?. Bukankah beberapa menteri kabinet sendiri mahu lesen TOL Lynas ditarik balik jika syarikat itu gagal memutuskan isu ini. Lynas mahu hasilkan produk dari bahan buangan tersebut namun ke mana mahu dieksport? Sedangkan negara kita dan seluruh dunia tidak mahu produk yang dihasilkan dari bahan buangan beradioaktif itu (Thorium). Makanya, Lynas juga telah berbohong kepada kerajaan semasa memohol Lesen Operasi Sementara (TOL). Sepatutnya mereka yang menyokong Lynas ini pastika dulu rakyat benar-benar selamat barulah menyokong. Masalahnya, kerajaan kita sendiri pun tidak mahu produk yang dihasilkan oleh Lynas dari sisa buangan itu dijual dalam negara ini. Apa maknaya? Bukankah ia menunjukkan bahan tersebut tidak selamat. Makanya, siapa yang menipu dan perlu mohon maaf agaknya?. Inilah yang memusykilkan !!].

Tiada ulasan: