Pahang Daily Online |
- Panas: Seperti Di Jangka, Rayuan Dua Bekas UTK Bunuh Altantunya Di Dengar Lepas PRU-13
- Panas: "Artikel Fitnah...", Utusan Melayu Akhirnya Di Arahkan Bayar Ganti Rugi "RM50,000" Kepada Karpal!
- Isu Rakyat: Pusat Judi Siber Di Temerloh, Penduduk Hairan, Makin Operasi Semakin Banyak Pula Tumbuh
Panas: Seperti Di Jangka, Rayuan Dua Bekas UTK Bunuh Altantunya Di Dengar Lepas PRU-13 Posted: 14 Dec 2012 07:38 AM PST PUTRAJAYA, 14 Dis - Mahkamah Rayuan menetapkan tiga hari mulai 11 Jun tahun depan untuk mendengar rayuan dua bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) yang dihukum gantung sampai mati kerana membunuh warga Mongolia Altantuya Shaariibuu (foto) pada 2006. Timbalan Pendaftar Darma Fikri Abu Adam memaklumkan tarikh itu kepada Timbalan Pendakwa Raya Manoj Kurup, peguam Kitson Foong yang mewakili Koperal Sirul Azhar Umar dan peguam J.Kuldeep Kumar bagi pihak Cif Inspektor Azilah Hadri. Kitson kemudian memberitahu pemberita perayu memohon diberi tempoh yang panjang untuk meneliti dokumen dan Sirul Azhar akan membangkitkan lebih daripada 20 isu semasa rayuan. Azilah, 34, dan Sirul Azhar, 39, dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 2009 selepas didapati bersalah membunuh Altantuya, 28. Mereka didakwa melakukan perbuatan itu antara pukul 10 malam 19 Oktober dan 1 pagi 20 Oktober 2006 di antara Lot 12843 dan Lot 16735, Mukim Bukit Raja, Klang, dekat sini. Bekas penganalisis politik Abdul Razak Baginda, 50, yang didakwa bersubahat membunuh wanita Mongolia itu bagaimanapun dibebaskan pada 31 Oktober 2008 selepas pendakwaan gagal membukti kes prima facie terhadapnya. |
Posted: 14 Dec 2012 06:34 AM PST KUALA LUMPUR, 14 Dis - Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengarahkan Utusan Melayu (M) Berhad membayar ganti rugi am sebanyak RM50,000 kepada Pengerusi DAP Karpal Singh kerana menerbitkan artikel berbaur fitnah terhadapnya. Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Nik Hasmat Nik Mohamad turut mengarahkan Utusan Melayu membayar kos sebanyak RM20,000 kepada Karpal yang diwakili peguam Ramkarpal Singh. Beliau bagaimanapun tidak memberikan ganti rugi teladan dan teruk kepada peguam veteran itu. Dalam penghakimannya, Nik Hasmat berkata artikel yang disiarkan di muka depan akhbar Utusan Malaysia bertarikh 25 Ogos 2008 bertajuk "DAP diingat jangan bakar perasaan Melayu", adalah dengan jelas memfitnah terhadap plaintif. Nik Hasmat berkata artikel itu merupakan satu kewartawanan cuai dan tidak wajar kerana diterbitkan sebelum pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh. Beliau berkata, defendan juga mengakui tidak menghadiri Kongres Kebangsaan DAP ke-15 pada Ogos 2008 dan tidak memastikan kebenaran penulisan artikelnya daripada plaintif berhubung ucapan Karpal pada kongres berkenaan. Mahkamah bagaimanapun mengambil kira faktor mitigasi yang dikemukakan oleh defendan iaitu menarik balik dan permohonan maaf di muka surat hadapan akhbar tersebut dalam masa 24 jam. Karpal Singh, yang juga anggota Parlimen Bukit Gelugor, memfailkan saman tersebut pada 19 September 2008. Utusan Melayu telah diwakili peguam B. Mohana Kumar. [Akhirnya akhbar perosak fikiran rakyat, Utusan Meloya menerima hukuman lagi atas dosa-dosa yang terpaksa dilakukan bagi menjaga reputasi tuannya "UMNO". Utusan bakal terus bankrap seperti "Restoran Sekinchan Ikan Bakar" jika melakukan amalan tidak profesional dengan menfitnah pemimpin pembangkang setiap hari sebagai agendanya. Ternyata Utusan tidak wajar menjadi ahkbar "Penyebar Fikiran Rakyat" kerana minda rakyat Malaysia terus punah dibuatnya dengan laporan berita yang jelas tidak bersandarkan kebenaran. Utusan bakal tinggal "kain kapan" seandainya terus memutar belitkan fakta terutamanya menjelang Pilihanraya Umum Ke-13 akan datang. Rakyat sudah benci dan muak dengan Utusan terutamanya bila mereka sanggup dilacurkan dengan menyiarkan gambar dan cerita lucah di muka depan akhbar itu dulu. Ternyata, Utusan kini dianggap sebagai "warta sampah" oleh rakyat Malaysia akibat dari kerakusan pihak berkenaan mahu menjaga politik mereka yang sudah ditolak oleh rakyat. Justeru rakyat perlu bangkit untuk menghilangkan keegoaan akhbar tersebut PRU-13 ini]. |
Isu Rakyat: Pusat Judi Siber Di Temerloh, Penduduk Hairan, Makin Operasi Semakin Banyak Pula Tumbuh Posted: 13 Dec 2012 04:27 PM PST TERMERLOH, 14 Dis - Orang ramai terutamanya umat Islam di sekitar Temerloh kecewa dengan senario terkini isu "pusat judi siber" yang semakin bercambah-cambah walau pun pihak berkuatkuasa sudah melakukan serbuan dan operasi. Mereka hairan dan pelik, kenapa operasi meningkat tetapi kewujudan pusat judi siber ini semakin banyak tumbuh bagaikan "cendawan tumbuh lepas hujan". Malah, difahamkan kini sudah ada hampir 800 pusat judi siber di sekitar kawasan ini termasuk juga di kawasan penempatan Melayu. Apa sudah jadi dengan penguatkuasaan agaknya?. Kenapa ini harus berlaku sedangkan operasi sudah dijalankan?. Kenapa tokey-tokey Cina semakin berani membuka pusat judi siber, sedangkan pihak berkuasa terutamanya polis sudah lakukan tanggungjawab mereka?. Atau, apakah operasi hanya melepaskan batuk ditangga bagi mengaburi mata rakyat kononnya kerajaan sudah bertindak?. Inilah yang dipersoalkan oleh para penduduk Temerloh sekarang. Menurut seorang penduduk Taman Bukit Semantan yang ditemui berkata pihak terbabit menyasarkan dua ribu (2,000) pusat judi siber di kawasan Temerloh. "Operasi hanya dibuat setiap enam bulan sekali. Mereka tutup sekejap.. lepas tu mereka untung balik .. kemudian operasi lagi... kemudian mereka buka semula.. untung RM60,000 hingga RM100,000 sehari... pekerja dalam tu ramai anak Melayu. Mereka bagi gaji besar, sebulan sampam RM1,800-RM2,500? Kini ia dah jadi isu besar", katanya. Menurut beliau, baru-baru ini ada aduan di buat ke pejabat Agama Islam Daerah Temerloh. "Masa tu Kadi dan Timbalan Kadi tak ada... mula-mula Pejabat Agama Islam Temerloh tak nak terima aduan.... selepas di desak barulah mereka terima...Mungkin mereka takut sebab pusat judi siber (haram) ni ada "kabel besar" dengan orang atasan.. Yang sedih budak-budak Melayu juga ramai terlibat ... sampai ada yang sanggup jua laptop 1Malaysia yang diberikan oleh kerajaan untuk bermain dengan judi siber nii.. inilah yang tidak wajar!", tambahnya. Menurutnya lagi, premis judi siber ini boeh mengundang berbagai masalah gejala sosial yang lain seperti kecurian, pergaduhan, dadah, ragut dan sebagainya. "Saya difahamkan kini lokasi baru yang dibuka ialah di Taman Bukit Semantan (Kedai No.14 dan 32). Taman Sri Semantan pula ialah tempat Ahli Parlimen Temerloh (Dato' Saifuddin Abdullah) dibesarkan.. anehnya kat situ jer ada tiga premis judi haram dibuka iaitu di barisan kedai kereta Toyota. Pihak berkuasa (polis) memang rampas komputer dari pusat judi nii.. tapi yang dirampas hanyalah gimik... skrin komputer mereka "flat screen" yang leper.. tapi yang dirampas oleh pihak berkuasa ialah komputer lama (tiub) yang sebenarnya sudah disimpan dalam stor.. atau memang tokey-tokey pusat judi ni beli dari kedai komputer untuk dijadikan bukti kepada media kononnya premis mereka sudah diserbu.. tapi hari ni kena serbu.. esok bukak semua.. Operasi tak berkesan kerana promosi hebat termasuk mereka berikan makanan ringan termasuk "mee maggi percuma" kepada pelanggan", katanya. Beliau juga berharap semua pihak terlibat sama dalam membenteras isu ini. "Kenapa susah sangat nak benteras... melainkan masing-masing dah dapat rasuah (duit air)... inilah yang kami risau... Penglibatan semua seperti parti politik, JKKK, kariah masjid, KRT untuk halang semua ini wajar dilakukan segera. Jika tidak rosak anak bangsa kita... keluarga cerai berai.. Bukan susah pun kalau semua nak bertindak... TM potong talian internet, PAIP potong bekalan air, TNB potong bekalan elektrik, MPT keluar kompuan dan sita premis tak berlesen dan pejabat agama boleh tangkap orang Melayu yang berjudi dan bekerja di premis terbabit... Kenapa mereka semua tak nak bertindak? Taku siapa? Harapkan polis semata-mata... tak pelik ke makin operasi dibuat oleh polis makin bertambah pusat judi... nak nak kat Temerloh nii... mereka beroperasi 24 jam pulak tu... bangunan premis biasanya dua tingkat dan ada lorong belakang... jika pintu depan ditutup pintu belakang dibuka....server antarabangsa siap dilengkapi kamera... kata orang "nak seribu daya tak nak seribu dalih".. cuma jangan buat kerja tipu rakyat..anak bangsa kita juga yang akan rosak dan punah akhirnya nanti. Pernahkah mereka (kerajaan) fikirkan semua ini?", tambah beliau lagi. [Isu ini pasti tidak akan selesai jika tiada tindakan tegas daripada pihak kerajaan sendiri. Kerja yang mudah sengaja disusah-susahkan maka akhirnya rakyat yang tanggung derita. Pihak polis juga sudah beberapa kali dinasihat tidak kaburi rakyat dengan merampas komputer "fesyen lama dalam bentuk peti (tiub) seperti gambar diatas, kerana rakyat tahu polis mungkin ditipu oleh pengusaha pusat judi siber. Tetapi apa yang berlaku, selepas operasi dijalankan pada sidang media gambar komputer lama itu juga yang dipaparkan. Kenapa harus tertipu kerana polis di Malaysia bukankah bijak-bijak belaka. Itu bukan komputer yang mereka gunakan, itulah adalah gimik bila diserbu. Itu komputer lama yang disimpan dalam stor atau dibeli dari kedai komputer (rosak) untuk dijadikan bukti kononnya premis mereka sudah diserbu dan tidak beroperasi lagi. Walhal, dalam premis berpuluh biji komputer terbaru yang canggih digunakan. Kenapa kita harus ditipu sebegini. Malah, ada makumat mereka yang ditangkap juga sudah dibayar upah oleh pengusaha siber untuk berlakon sebagai pelanggan. Walhal, budak-budak "mat rempit" yang dibayar hingga RM500 seorang untuk jadi pelakon tambahan, walhal yang bermain judi adalah orang lain. Ini satu penipuan yang dirancang dengan licik untuk mengaburi mata rakyat. Oleh itu, sudah tiba masanya kerajaan bertindak agreasif dalam hal ini. Kita tidak mahu, selepas operasi penguatkuasaan dibuat terhadap pusat judi siber, ia tumbuh dengan banyaknya di sesuatu tempat]. |
You are subscribed to email updates from Pahang Daily Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan