Pahang Daily Online |
- Tengku Zulpuri, Calon Melayu DAP Pahang Antara 68 Calon Bertanding Merebut 20 Jawatan Tertinggi Parti Itu!
- "Lynas Gagal Patuhi Syarat", Solidariti Hijau Desak MITI Batal Atau Tangguh Lesen Operasi Sementara
- MPV Rempuh Restoran Di "Bukit Setongkol" Kuantan Malam Tadi, Tiga Sekeluarga Nyaris Maut Di Langgar
Posted: 13 Dec 2012 02:55 AM PST KUANTAN, 13 Dis - Timbalan Pengerusi DAP Pahang, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji (foto) yang baru sahaja kehilangan bondanya yang kembali ke rahmatullah hari ini khabarnya antara salah seorang calon Melayu yang akan bertanding bagi Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) pada Kongres Kebangsaan parti itu ke-16 di Pulau Pinang hujung minggu ini. Tengku Zulpuri adalah anak sulung kepada Tengku Puji Tengku Abdul Hamid iaitu bekas Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang yang juga bekas Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat. Seperti Tengku Puji, anaknya yang berkelulusan Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik dan Sarjana Perubatan Homeopati ini juga memilih politik sebagai wadah perjuangan. Namun jika bapanya bergelumang dalam PAS, Tengku Zul pula berbeza dengan memilih DAP. Antara calon Melayu pula ialah Naib Pengerusi DAP Johor Ahmad Ton, Senator Ariffin S.M. Omar, anggota Jawatankuasa DAP Pulau Pinang Zulkifli Mohd Noor, Roseli Abdul Ghani yang akan diletakkan sebagai calon di Negeri Sembilan pada pilihan raya umum ke-13, Pengerusi DAP Cawangan Desa Manjung Solaiman Op Syed Ibrahim dan Harun Ahmad. Mereka adalah antara 68 calon yang akan bersaing untuk merebut 20 jawatan tertinggi parti itu. Tengku Zulpuri diwar-warkan calon popular DAP yang akan bertanding di kerusi Parlimen Raub pada Pilihanraya Umum ke-13 tidak lama lagi. Beliau kini sedang sibuk mempromosikan NGO R-Pahang yang berjuang memastikan royalti minyak diberikan kepada negeri ini dan bukannya wang ehsan seperti yang dinyatakan oleh Perdana Menteri, Najib Tun Razak baru-baru ini. Ia merujuk kepada penemuan minyak yang dinyatakan oleh kerajaan di perairan pantai Pahang. Apapun isu itu agak panas apabila Menteri Besar Terengganu mengatakan minyak tersebut diperairan negeri itu. Apapu, PDO ucapkan tahniah kepada beliau, semoga dia bakal menjadi calon Meayu dari Pahang yang aka berada di saf kepimpinan parti tersebut nanti. Baru-baru ini ketika Himpunan Kebangkitan Rakyat Pahang di Kerdau, beliau juga sempat ditemubual secara langsung di konti bersama DJ CMK berkenaan R Pahang di mana beliau Timbalan Pengerusinya. [Sementara itu kongres Kebangsaan DAP di Pulau Pinang pada kali ini juga bakal menyaksikan beberapa calon yang mempunyai pertalian keluarga. Antara calon berkenaan ialah orang kuat parti iaitu Pengerusi Kebangsaan parti Karpal Singh, dua anak lelakinya Gobind Singh Deo yang juga Anggota Parlimen (MP) Puchong dan Jagdeep Singh Deo, Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Datuk Keramat. Tidak ketinggalan ialah Setiausaha Agung parti dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng bersama-sama bapanya yang merupakan veteran DAP dan MP Ipoh Timur Lim Kit Siang. Turut tidak melepaskan peluang untuk merebut jawatan berkenaan ialah Pengerusi DAP Perak Ngeh Koo Ham yang juga MP Beruas dan sepupunya Nga Kor Ming, yang merupakan Setiausaha DAP Perak. Nga juga adalah MP Taiping MP dan ADUN Pantai Remis]. |
"Lynas Gagal Patuhi Syarat", Solidariti Hijau Desak MITI Batal Atau Tangguh Lesen Operasi Sementara Posted: 12 Dec 2012 10:38 PM PST KUALA LUMPUR, 13 Dis - NGO Solidariti Hijau hari ini mendesak Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) membatalkan atau sekurang-kurangnya menangguhkan Lesen Operasi Sementara (TOL) yang diberikan kepada syarikat pemprosesan nadir bumi, Lynas. Desakan tersebut kerana Lynas tidak memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan dalam TOL dan tidak dipersetujui penduduk Balok yang merupakan penduduk paling hampir dengan kilang Lynas iaitu lima kilometer. Pengerusi Solidariti Hijau, Zulkefly Mohamad Omar (foto) berkata, empat pelan tersebut tidak diserahkan kepada kerajaan sebelum TOL diluluskan. "Meletakkan syarat-syarat tersebut hanya selepas kelulusan TOL diberikan seolah-olah kerajaan tidak mengguna pakai pendekatan pencegahan serta mengabaikan 'potenctial concern' yang mungkin berlaku jika 'adequate mitigation' tidak dilaksanakan sebelum mulanya operasi kilang Lynas," katanya. Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menyerahkan memorandum kepada wakil MITI di Kompleks Kerajaan Jalan Duta, dekat sini. Lembaga Pelesenan Tenaga Atom Malaysia (AELB) mengeluarkan TOL bagi Lynas pada 5 September lalu walaupun mendapat bantahan meluas. Solidariti Hijau yang mewakili 80 NGO menegaskan, kerajaan harus menangguhkan TOL tersebut dan melaksanakan konsultansi dengan penduduk Balok. "Masih ramai penduduk yang tidak memahami bagaimana proses pengurusan sisa buangan itu dilakukan. "Solidari Hijau mencadangkan agar proses itu dibentangkan secara terperinci kepada penduduk Balok khususnya," katanya. Selain itu, Solidariti juga menuntut 100 peratus residu yang dihasilkan dihantar kembali ke Australia tanpa perlu memberi pilihan kepada Lynas untuk menghasilkan pelan kitar semula. Pada Julai tahun lalu, Zulkefly yang juga Pengerusi Lajnah Pengguna PAS Pusat pernah menghantar memorandum membantah kelulusan TOL Lynas kepada MITI. Kelulusan TOL memerlukan Lynas memenuhi beberapa keperluan yang ditetapkan, antaranya iaitu Pelan hasil penyelidikan (R&D) berkaitan hasil kitar semula residu WLP. Pelan tindakan Kecemasan (Emergency Response Plan) untuk mengawal penyebaran debu ke udara dan alam sekitar. Pelan dan lokasi bagi Kemudahan Pelupusan Tetap (PDF) dan Pengurusan Sisa Buangan atau Waste Management Plan. Pendekatan 'innovatif' yang dicadangkan Lynas menukar sisa buangan kepada produk biasa yang boleh digunakan oleh industri dalam dan luar negara. |
MPV Rempuh Restoran Di "Bukit Setongkol" Kuantan Malam Tadi, Tiga Sekeluarga Nyaris Maut Di Langgar Posted: 12 Dec 2012 05:06 PM PST KUANTAN, 13 Dis - Sebuah kenderaan MPV remuk setelah merempuh sebuah restoran di Bukit Setongkol dekat sini malam tadi. Kejadian berlaku sekitar jam 10.20 malam itu hampir meragut nyawa isteri pemilik restoran berkenaan, namun dia terselamat kerana menidurkan anaknya dalam buaian yang berdekatan. "Jika tidak.. sudah pasti apakah nasib saya", kata isteri pemilik restoran terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai Rodziah (foto). Menurutnya beliau menyedari kejadian kerana kenderaan terbabit melanggar sebuah bengkel yang terletak 100 meter dari restorannya. "Biasanya saya akan berada di dapur memasak makanan untuk pelangga, ketika kejadian.. mujurlah saya sudah siap memasak dan dodoikan anak saya dalam buaian. Masa tu saya nampak kereta tersebut melambung melepas sebuah longkang sebelum merempuh bahagian dapur restoran. Saya dan suami yang sedang melayan pelanggan bertempik akibat terkejut", tambah beliau. Dia bersyukur kerana nyawa seorang lagi anaknya turut terselamat. "Bayangkan kalau dia bermain-main di kawasan itu, sudah pasti dia akan dilanggar oleh kereta berkenaan", kataya lagi. Menurut beliau lagi, sejak sekian lama berniaga di situ, inilah kejadian yang paling mengerikan. Tinjauan krew kami ke lokasi kejadian mendapati orang ramai sudah berpusu-pusu untuk melihat keadaan kenderaan MPV dari jenis Toyota Estima yang remuk itu. Akibat rempuhan, bahagian dapur restoran berkenaan rosak sama sekali. Malahan, barangan masakan seperti sayur dan telur bertaburan di tempat kejadian. Difahamkan ketika kejadian terdapat seorang lelaki India sedang makan di situ. Namun, mujurlah rempuhan berkenaan tidak kena tepat kepada beliau dan dia hanya cedera ringan sahaja. Menurut orang ramai yang menyaksikan kejadian, MPV tersebut dipandu oleh sepasang kekasih berbangsa Cina. "Saya melihat kereta dipandu terlalu laju dari arah Cenderawasih menuju ke bandar ... Tiba-tiba MPV terbabit terbabas dan memasuki laluan kanan jalan sebelum terbabas serta merempuh sebuah bengkel kereta... MPV itu kemudian melambung melepasi sebuah longkang sebelum merempuh bahagian dapur restora terbabit.. Peliknya, pasangan terbabit boleh bergaduh dan tidak segera keluar dari kenderaan selepas kejadian.. Mungkin juga mereka ada perselisihan faham agaknya", kata seorang saksi. Pihak polis dan Jabatan Pertahanan Awam (JPA3) tiba di tempat kejadian beberapa minit kemudian. Orang ramai berpusu-pusu melihat kejadian menyebabkan laluan dari kedua-dua arah sesak teruk. Apapu, mujurlah tiada kehilangan nyawa yang berlaku dalam kejadian malam tadi. [Kejadian yang berlaku ini sungguh mengejutkan orang ramai sebenarnya. Tambahan pula ia terjadi di kawasan kampung dan jalan selekoh. Ramai haira, kenapa pemandu berkenaan boleh membawa kenderaan terlalu laju sebegitu dalam kawasa yang tidak sesuai?. Ada yang mengatakan pemandunya mabuk dan sebagainya. Namun, besar kemungkinan pemandu sedang berselisih faham dengan pasangannya hingga berlaku tolak menolak dalam kenderaan menyebabkan dia terpaut stering keretanya. Ini menyebabkan kenderaan tersebut melanggar bengkel dan kemudian melambung melepasi longkang sebelum merempuh restoran berkenaan. Inilah yang dikatakan malang tidak berbau, mujurlah tiada kemalangan jiwa. Bayangkan andai ada ramai pelanggan sedang menjamu selera di restoran terbabit, maka sudah pasti kes ini aka lebih panas lagi. Apapun, berahti-hatilah dijalan raya walau dalam apa jua keadaan pun. Pandu cermat jiwa selamat!]. |
You are subscribed to email updates from Pahang Daily Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan