Isnin, 24 Disember 2012

Muslimeen United

Muslimeen United


Tok Guru Nik Aziz Jawab Tuduhan Muhyiddin

Posted: 24 Dec 2012 06:34 AM PST

KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan tuduhan terhadapnya sebagai mulut celupar seperti kenyataan daripada anak-anak muda di jalanan dan bukan tindakan seorang pemimpin negara.
 Menurutnya, kenyataan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin amat tidak wajar memandangkan beliau orang kedua pemimpin parti dan negara.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz pada mulanya enggan mengulas, kerana tidak mahu melayan kenyataan seperti orang tidak cerdik itu.
Bagaimanapun, apabila ditanya lagi dia terus menjawab ringkas: "bukan taraf orang nombor dua untuk bercakap begitu".
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung perkara itu di pejabatnya petang semalam selepas mengadakan pertemuan dengan pimpinan Dewan Muslimat PAS Pusat berhubung Agenda Berkebajikan Wanita Malaysia.
Katanya, kalau anak-anak muda di jalanan munasabah untuk keluar kenyataan sedemikian."Tapi kalau orang nombor dua parti atau nombor dua pemimpin negara memang bukan taraf dia," ujarnya yang juga Menteri Besar Kelantan.
Kelmarin, pemimpin kedua parti Umno itu berkata Tuan Guru Nik Aziz sebagai mulut celupar apabila mengatakan orang Melayu yang menyokong Umno adalah mungkar. -Hrkh

Bandar Kuantan lumpuh dilanda banjir kilat

Posted: 24 Dec 2012 06:28 AM PST





Beberapa kawasan di sekitar bandar Kuantan hari ini dilanda banjir kilat ekoran hujan lebat yang berlarutan sejak malam semalam.

Kejadian itu juga menyebabkan beberapa jalan utama di pusat bandar mengalami kesesakan lalulintas setelah jalan raya dinaiki air sedalam 1.5 meter.
  
NONEAntara jalan yang ditenggelami air setakat pukul 3 petang ini ialah Jalan Tun Ismail Satu, Jalan Beserah, Jalan Wong Ah Jang, Jalan Lim Hoe Lek, Jalan Abd Aziz, Jalan Mahkota, Jalan Bukit Ubi, Jalan Air Putih, Jalan Pasar dan Terminal Makmur.
  
Tinjauan Bernama di beberapa kawasan sekitar pusat bandar mendapati banyak kenderaan yang terkandas di jalan raya dan beberapa premis serta pusat beli-belah utama terpaksa menutup perniagaan akibat situasi yang tidak terduga itu.
  
Di kawasan Air Putih dan Semambu, orang ramai mula meninggalkan rumah masing-masing seawal pukul 10 pagi dan menyelamatkan barangan keperluan utama setelah paras air sebatang anak sungai di Kuantan melimpah dan naik sehingga 1 meter.

NONETinjauan juga mendapati beberapa taman perumahan iaitu di Sungai Isap, Taman LKNP, Bukit Setongkol, Taman Perumahan Transit Quarters dan Taman Teratai turut ditenggelami air antara 0.1 meter dan satu meter.
  
Sementara itu di Jerantut, polis menasihati 10,000 penduduk yang tinggal di kawasan rendah sepanjang Sungai Tembeling dan Sungai Pahang di daerah itu supaya berpindah segera jika paras air kedua-dua sungai naik.
  
Ketua Polis Daerah Jerantut Supt Azid Ismail berkata keadaan cuaca yang tidak menentu dengan hujan setiap petang sejak tiga hari lalu boleh menyebabkan air Sungai Tembeling dan Sungai Pahang naik bila-bila masa.
  
Bercakap kepada Bernama hari ini, beliau turut menasihati 50 pengusaha bot pelancong ke Taman Negara supaya menghentikan segera perkhidmatan jika paras air Sungai Tembeling naik.
  
NONEIni, katanya sebagai langkah berjaga-jaga dan bagi mengutamakan
keselamatan penumpang.
Sementara itu, Kuantan hari ini lumpuh akibat banjir teruk yang disifatkan penduduknya paling teruk sejak empat dekad lalu.
Ia dilaporkan bermula sebelum tengah hari tadi selepas hujan selama lebih 10 jam. China Press menyifatkannya sebagai banjir paling teruk melanda Kuantan sejak 1971.

Menurut Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Pahang, 14 simpang jalan utama di Kuantan ditenggelami air setinggi kira-kira 1 meter pada jam 11 pagi tadi.

"Operasi menyelamat masih lagi berlangsung," kata seorang petugas di pusat kawalan itu sambil menambah air telah mula surut secara perlahan-lahan.

Menurutnya, petugas-petugas banjir sedang memantau paras air di Sungai Galing dan Sungai Isap dan kenyataan rasmi mengenai perkembangan terkini bencana itu bakal diketahui jam 8 malam nanti.
Beribu-ribu orang dipercayai terjejas akibat banjir tersebut dan gambar-gambar kenderaan tersadai akibat banjir itu sudah mula dikongsi dengan pantas di laman media sosial.

Seorang penduduk Kuantan, Hasnul Hisham memberitahu Malaysiakini bahawa Jalan Beserah adalah paling teruk terkesan akibat banjir itu.

"Air Sungai Galing melimpah keluar dan tembok penahan di Sekolah Kebangsaan Galing juga telah pecah," kata Hasnul. -M'kini








Dihalang Dengar Ceramah PAS, Peneroka Buat Laporan Polis

Posted: 23 Dec 2012 11:06 PM PST



Temerloh: Peneroka Jengka 11 membuat laporan di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Temerloh berikutan tindakan pengurusan tanah rancangan berkenaan yang didakwa menutup jalan dengan palang besi bagi menghalang orang keluar masuk mendengar ceramah anjuran PAS.

Isa @ Zaharudin Noh, 42, dalam laporannya semalam mendakwa kumpulan polis bantuan Felda dan kumpulan belia upahan Umno turut bertindak menghadang jalan dengan sekatan mengakibatkan penduduk menghadapi kesukaran untuk berurusan keluar.

Dalam laporan itu, Isa yang juga ahli PAS, mendakwa akibat sekatan secara samseng itu juga menyebabkan ceramah anjuran PAS cawangan gagal diadakan di markas PAS walaupun polis telah mengeluarkan permit.

Tambahnya, keganasan tersebut secara jelas mengakibatkan pencabulan hak mengawal keselamatan yang sepatutnya di bawah urusan pihak polis serta mencabul demokrasi.

Sementara itu, Muhammad Syafie Md Esa dari Jengka 23, turut membuat laporan polis di tempat yang sama berikutan sekatan rombongan Jelajah Oren daripada memasuki tanah rancangan berkenaan, sedangkan telah mendapat kebenaran pihak IPD Maran.

Dalam laporannya, Syafie menjelaskan rombongan mereka sepatutnya berkumpul dan melaksanakan program di markas PAS Jengka 23, tetapi mendakwa dihalang pasukan Rela, pengurusan Felda Jengka, JKKR dan penyokong Umno.

Tegas Syafie, pihaknya memandang serius budaya samseng seperti itu kerana mengambil alih tugas polis, mencabul hak berhimpun secara aman, menyuburkan budaya samseng dan melanggar undang-undang.

Turut berada di balai polis Pengerusi Lajnah Pembangunan Tanah dan Peneroka PAS Pahang Md Jusoh Darus, Timbalan Presiden Anak Aris Fezul Ismail, Pengerusi Anak Pahang Yohanis Ahmad, Adun Kuala Semantan Syed Hamid Mohamad, Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pahang Abdul Majid Hasan serta para peneroka.

Kelmarin, Jelajah Oren Selamatkan Felda berkonvoi dengan kira-kira 50 buah kereta dan 50 buah motosikal melibatkan kawasan Felda di Parlimen Bera, Maran, Kuala Krau dan Jerantut.

Program jelajah mendapat sambutan baik oleh penduduk tempatan apabila bermula kira-kira pukul 9 pagi di Felda Bukit Kepayang, Bera dengan aktiviti ceramah dan mengedar risalah.

Rombongan yang kemudiannya bergerak ke Felda Kampung Awah, Maran selepas itu juga mendapat kerjasama yang baik daripada penduduk di situ apabila dibenarkan masuk berceramah, makan tengah hari dan sembahyang Zohor di masjid di situ.

Bagaimanapun apabila konvoi bergerak ke Parlimen Kuala Krau dan cuba memasuki Jengka 23, kira-kira 100 orang dipercayai penyokong Umno menghalang laluan sambil memaki hamun dan menghambur kata-kata lucah kepada rombongan Jelajah Oren yang jumlahnya dua kali ganda daripada mereka.

Penyokong-penyokong Umno yang turut mempergunakan wanita dan kanak-kanak, meletakkan tong-tong milik Rela di atas jalan masuk.

Konvoi Jelajah Oren sekali lagi dimaki hamun dan diusir apabila tiba di simpang Jengka 21 meskipun mereka hanya singgah dan tidak berhasrat untuk masuk ke situ.

Namun begitu mereka tidak dihalang apabila memasuki Jengka 12 dalam Parlimen Kuala Krau, sehingga tidak diganggu untuk menunaikan sembahyang Asar, minum petang dan ceramah ringkas.

Aktiviti mengedar risalah diteruskan di pasar malam Bandar Tun Razak Jengka.

Ceramah pada sebelah malam yang sepatutnya diadakan di markas PAS Jengka 11, terpaksa diadakan di hadapan kedai dengan kehadiran ribuan pendengar. -HD

Jelajah Oren di Negeri 9 ~ Ameno hilang kewarasan

Posted: 23 Dec 2012 03:19 PM PST




SUKAR UNTUK D DUGA TINGKAH LAKU DARI PARTI : SYAITAN YANG D KENALI INI,KERANA SANGGUP MEMBUAT ORANG LAIN CEDERA DAN JUGA MEMCAHKAN CERMIN 4X4 KENDERAAN YANG D GUNAKAN OLEH KEMBARA OREN !!!!   TINDAKAN BIADAP INI HANYA TERDAPAT DI DALAM PARTI SYAITAN YANG D KENALI SAHAJA ...   sdr. Naraza Muda Ketua Penerangan ANAK ditikam di Felda Bukit Rokan Utara. Pergaduhan ala samseng dimulakan umno dengan menyerang kenderaan peserta kembara.
#TumbangBN #KL112 Tragedi Berdarah @ Felda Bukit Rokan. 2 Cedera... Cermin Kenderaan 4WD peserta dipecah oleh "SAMSENG SYAITAN YG DIKENALI"-POLIS hanya BISU & jadi PATUNG HIASAN (nak salahkan Polis pun tak boleh juga sebab kekuatan Polis kat tanah rancangan bukannya ramai pun). Tapi kejadian-kejadian ini tidak sedikit pun mematahkan semangat untuk menguburkan regim.... ini adalah perkara biasa...stakat berdarah camni xde hal pun ... name lagi pejuang ... lawan tetap lawan... petualang2 perlu dididik dengan kasih sayang... dorng tu x cukup kasih sayang... ni lah akibat nye... hidup terlalu bergantung dgn ketua2 kaki songlap pastu ikut suke kene suruh...dah x boleh berfikir, ikut jer arahan bos2 mcm lembu kekenyangan ... Ini petanda jelas umno/Bn sudah goyang even dikawasan Felda yg dikatakan fix-deposit Umno ... teruskanlah dengan sikap yg x bertamadun ni diakhir nanti rakyat yg akan membuat keputusan...  P/S : Tips kepada pencacai-pencacai Umno/BN yg ingin mengganas di roadtour Anak.....kalau tak suka just pulaukan jelah prog tu....tak de sapa pun suruh datang....duduk jelah kat rumah kalau rasa tak syok pilah kebun menebas ke, meracun ke..buatlah sesuatu yg berfaedah yer.....kuikuikui

Gara-Gara Bantah AES, Zizan Bakal Di Gam TV3?

Posted: 23 Dec 2012 02:57 PM PST


Tengah hari tadi, dianggar lebih 300 penunggang motosikal yang menderu ke perkarangan Sri Pentas, tempat stesen penyiaran TV3 beroperasi terkejut apabila pelawak terkenal Zizan Razak tiba-tiba keluar dari celah-celah mereka membawa sekeping kertas!
Penunggang motosikal yang berang dengan tindakan wartawan Majalah 3, Mazidul Akmal Sidik menggelar mereka 'pelesit jalanan' dalam paparan isu 'AES dan rasional dilaksanakan' yang disiarkan dua minggu lalu, nyata terubat dengan kemunculan Zizan atau nama sebenarnya Razizan Abdul Razak yang menyokong kehadiran mereka dengan membawa bersama kertas dengan tulisan 'Tolak AES' (Automated Enforcement System).
Tindakan Zizian pantas disorak penunggang motosikal dengan membunyikan hon motor masing-masing dengan dikawal lebih 30 anggota polis yang berkawal di pintu masuk bangunan itu di Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor.
Menurut seorang saksi, Zizan dengan spontan keluar dari bangunan tersebut setelah selesai mengacarakan rancangan hiburan 'Melodi' terbitan stesen itu bersama Awal Ashaari dan Ziana Zain kira-kira jam 1.45 tengah hari sambil membawa kertas berkenaan tanpa dipaksa sesiapa mahupun diarah oleh mana-mana pihak.
Sebelum ini, Zizan pernah menggemparkan seluruh negara apabila hadir mengacara bersama Ustaz Azhar Idrus dalam satu majlis sambutan tahun baru anjuran Kerajaan Selangor akhir tahun lalu.

Zizan yang berpasangan dengan rakannya dalam kumpulan lawak Jozan iaitu Johan Raja Lawak setakat ini tidak diberi amaran atau diminta memberi penjelasan oleh pihak atasan stesen kawalan Media Prima Berhad itu mahupun Astro yang dia dan Johan sedang menyertai sebuah pertandingan terbitan stesen tersebut.

Tahniah Zizan, anda sememangnya berani menegakkan kebenaran.

[GEMPAR] Pemimpin UMNO Mahu Tumpahkan Darah Semasa PRU?

Posted: 23 Dec 2012 02:52 PM PST



Rakaman gambar Abdul Rahman Bakar bekas Ahli Parlimen Marang, dengan beberapa ahli UMNO dengan bersenjatakan parang dan keris kononnya mau tawan DUN Manir, Parlimen Hulu Terengganu mengundang beberapa persoalan, kini berlegar ligat dialam siber.

Adakah beliau mau mengajak ahli, penyokong dan pendokong UMNO mau tawan/rampas DUN Manir dari tangan PAS secara pertumpahan darah?

Jika ini dimaksudkan maka ini sudah mengamalkan budaya politik yang cukup berbahaya. -wargamarhaen

Polis berdiam diri saja?

Jikalah yang memegang parang itu pemimpin-pemimpin dari Pakatan, berduyun agaknya FRU tiba.

Pernah satu ketika, penyokong Pakatan ditahan dan ditangkap hanya terbawa pisau lipat kecil yang ditemui di dalam kereta.

Wahai polis, mengapakah kamu tidak bersikap adil di dalam melaksanakan tanggungjawab?

Hukum kebenaran dan keadilan akan tetap mengambl tempatnya. Polis yang bersikap berat sebelah dan dwi-standard akhirnya akan menerima hukuman Tuhan. Tidakkah tuan-tuan polis semua melihat bagaimana mantan-mantan polis pangkat tertinggi akhirnya berpihak kepada kebenaran dan keadilan? Datuk Fauzi Shaari, bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman menyertai PAS, dan Tan Sri Musa Hassan, bekas Ketua Polis Negara sendiri melakukan pendedahan berani tentang campurtangan menteri KDN dan orang luar yang bernama Robert Phang terhadap urusan PDRM.

Pekung-pekung jenayah anggota polis pun banyak Allah dedahkan, yang merogol, yang buat harta semasa berkhidmat dan lain-lain. Itu hukum kebenaran dan keadilan apabila anda gagal menyempurnakan tugas dengan adil dan bertanggungjawab! -GB

Tiada ulasan: