Muslimeen United |
- 15,000 penuhi stadium dalam hujan
- 1 Juta Ke Grand Finale Himpunan Kebangkitan Rakyat 12 Jan 2013
- 10 juta rakyat Mesir demo sokong Morsi
- Suasana Bicara Selebriti di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV
- Awas.!! Hati-hati dengan lakonan Mantan KPN Tan Sri Musa Hassan.
- UMNO Akui Akan Dikalahkan Oleh Ahlinya Sendiri
- TG Hadi Awang : Himpunan Kebangkitan Rakyat Johor
- Lakonan Pejuang Melayu Bermula Semalam
15,000 penuhi stadium dalam hujan Posted: 02 Dec 2012 06:26 AM PST (Para penal dan moderator Bicara Selebriti - 7) KOTA BHARU: Biarpun hujan turun dengan lebatnya, namun program Bicara Selebriti siri ke-7 (BS-7) berjaya menghimpunkan lebih 15,000 penonton. Malah ianya merupakan sejarah kejayaan paling besar sejak program itu dilaksanakan dua tahun lalu bermula di KB Mall. Aura selebriti dakwah Ustaz Azhar Idrus, pelakon Malaysia Heliza Helmi dan selebriti dari Indonesia filem Ketika Cinta Bertasbih, Meyda Sefira, membuatkan penonton tidak berganjak untuk terus mengikuti program ilmu terutama hujan turun kali kedua dengan lebatnya. Tikar yang digunakan untuk solat Maghrib dan Isyak berjemaah sebelum ini, akhirnya mereka jadikan tempat berteduh sehingga habis program. Pengarah Program Ustaz Ahmad Baihaqi ketika ditemui pada majlis itu, memberitahu keistimewaan yang ada pada pesenaliti panelis ini membuatkan program itu diadakan di stadium. "Andainya kita adakan di dewan biasa sudah tentu ianya tidak akan mencukupi, memandangkan sebelum inipun lebih 6,000 penonton hadir pada satu-satu majlis,"ujarnya. Katanya, beliau bersyukur kerana walaupun keadaan hujan di saat program bermula dan seterusnya di akhir program, namun penonton tidak berganjak untuk terus mengikuti. Bagi meneruskan program panelis yang dimodoretorkan oleh personality TV Al Hijrah, Amin Idris, mereka terpaksa dipayungi bagi melicinkan program. Meyda Sefira ketika ditemui selepas program melahirkan rasa terharu dan terkejut dengan perkembangan itu. "Memang saya tidak pernah berhadapan dengan penonton yang begitu ramai, malah sebaliknya dalam keadaan hujan mereka tidak mundur,"ujarnya dengan gembira. Heliza pula mengucapkan tahniah pada penganjur dan mengharapkan program sebegini terus diadakan dari semasa ke semasa. "Andainya sebelum ini kita pernah mendengar perkaraan 'segalanya bermula di sini' (mengambil contoh pengacara pada satu program) , kita juga boleh mengatakan' segalanya bermula di Kelantan,"ujarnya. Ustaz Nur Azariza Mohd Alawi sebelum ini menggantikan sementara tugas Amin Idris peringkat awal, berjaya menghidupkan suasana dengan 'joke'nya membuatkan penonton tidak kering gusi. Pusingan kedua Amin Idris mengambil alih, kelewatannya kerana masaalah teknikal. -Hrkh |
1 Juta Ke Grand Finale Himpunan Kebangkitan Rakyat 12 Jan 2013 Posted: 02 Dec 2012 06:21 AM PST Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu mensasarkan sejuta orang turun ke Himpunan Kebangkitan Rakyat di Kuala Lumpur, 12 Januari tahun hadapan. Beliau berkata, bagi mencapai sasaran itu, semua orang harus memainkan peranan menyampaikan maklumat berhubung himpunan yang merupakan kemuncak kepada himpunan-himpunan yang diadakan di setiap negeri. "Grand finale himpunan kebangkitan rakyat, kita akan bersama-sama turun ke Kuala Lumpur bagi menuntut pilihan raya yang bersih. "Yang ada depan saya ini, mesti sampaikan perkara ini kepada mereka yang tidak tahu, ajak mereka bersama-sama kita demi pilihan raya yang bersih," kata beliau sewaktu berucap di Himpunan Kebangkitan Rakyat di Parit Salleh Ros, Parit Raja, dekat sini malam ini. Sebelum itu, Ahli Jawatankuasa Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) menyeru perkara yang sama kerana mendakwa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan terus melakukan penipuan dalam pilihan raya bagi menyelamatkan Umno BN. "54 tahun Umno menipu kita, tuntutan Bersih tidak dipedulikan. Pilihan raya ini adalah pilihan raya yang akan ditipu. "Yang rakyat lawan bukan Umno atau BN tapi satu sistem yang dikeluarkan SPR untuk menipu rakyat. "Selagi SPR yang ada ini wujud, selagi itu pilihan raya akan ditipu," katanya di hadapan lebih 30 ribu hadirin. Himpunan malam ini merupakan himpunan yang ketiga selepas kali pertama di Seremban dan kali kedua di Kelantan. |
10 juta rakyat Mesir demo sokong Morsi Posted: 02 Dec 2012 06:19 AM PST (Sebahagian rakyat Mesir yang berdemo menyokong Morsi) KAHERAH: Dianggarkan 10 juta rakyat Mesir berhimpun di seluruh Mesir semalam, untuk menyokong pindaan Perlembagaan baru yang diusahakan Presiden Mohammed Morsi bagi menggantikan Perlembagaan di zaman Hosni Mubarak. Pindaan Perlembagaan diusahakan kerajaan baru Mesir di bawah kepimpinan Ikhwanul Muslimin, melalui Parti Kebebasan dan Keadilan yang menang dalam Pilihan Raya Umum, Jun lepas. Selepas dilantik menjadi Presiden Mesir, Morsi membentuk sebuah jawatankuasa khas bagi merangka Perlembagaan rakyat untuk menggantikan Perlembagaan lama yang dianggap zalim dan diktator. Draf cadangan Perlembagaan baru tersebut sudah dikemukakan ke pejabat Presiden semalam dan Morsi sudah membuat pengumuman untuk menyerahkan Perlembagaan tersebut kepada rakyat menerusi referendum 15 Disember depan. Bagaimanapun usaha Morsi mendapat tentangan hebat golongan fulul, iaitu saki baki kroni Hosni Mubarak dalam kerajaan diktator yang digulingkan menerusi kebangkitan rakyat 25 Januari 2011. Kumpulan ini menguasai kuasa kehakiman iaitu Peguam Negara, Abdul Majid Mahmoud yang sudah ditukar jawatan sebulan lepas, untuk dihantar sebagai Duta ke Vatican. Namun Abdul Majid menukar persetujuan beliau akibat tekanan pihak pembangkang yang berkepentingan untuk mensabotaj kerajaan baru. Morsi kini berhadapan sekumpulan hakim-hakim tegar yang berusaha menghalang referendum rakyat. Namun, perhimpunan terbesar dalam sejarah Mesir ini tunjangi sekitar 5 juta rakyat yang berhimpun di hadapan Universiti Kaherah, dekat sini, merencatkan rancangan pembangkang. Perhimpunan terbesar rakyat Mesir menyokong Morsi bagaimanapun cuba disembunyikan media pro Barat yang hanya menunjukkan ketegaran segelintir penyokong pembangkang di Dataran Tahrir. Setakat ini Mesir berada dalam keadaan yang amat aman, Morsi berjaya mengawal keselamatan dengan baik dan himpunan pembangkang yang ditaja Barat gagal mendapat sambutan. -Hrkh |
Suasana Bicara Selebriti di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV Posted: 01 Dec 2012 03:10 PM PST |
Awas.!! Hati-hati dengan lakonan Mantan KPN Tan Sri Musa Hassan. Posted: 01 Dec 2012 02:44 PM PST Hasil khidmat bantuan mereka berdua membantu Mahathir menyumbat Anwar dalam penjara telah mendapat imbuhan yang cukup besar, Ghani Patail dapat menjawat Peguam Negera manakala Musa Hasan dengan sekelip mata dapat menjawat Ketua Polis Negara... Rasanya ramai yang ingat bagaimana kisah Musa menjadi KP Johor, bermacam laporan dan dakwaan dicerita selepas belaiu menjawat KPN,,, apakah laporan-laporan tersebut berfakta dan benar menyebabkan Musa Hasan tidak disambungkan lagi khidmatnya... Cuma aku duk terfikir, kenapa dah pencen baru nak cerita kisah lamanya,, patut semasa dalam khidmat dahulu bertegas, apa nak takut... Apa yang aku duk bimbang,,, apakah si Musa ni nak pancing atau ambik perhatian pemimpin Pakatan Rakyat,, ingat tak sebelum ini, Musa ni pernah keluar kenyataan yang beliau ditawar masuk politik,, tapi dia tak berminat,,, phiirahh.. Harus kita ingat perangai si Musa ni, sewaktu dalam perkhidmatan Polis , jauh berbeza dengan latar belakang Dato Fauzi bekas Pengarah Siasatan jenayah yang masuk PAS,, Begitu juga latar belakang keluarganya,, siapa bapanya sekadar guru tajwid yang cukup popular satu ketika dulu tetapi anak-anaknya ada jadi pelakon Jalaludin Hasan, dan Pemimpin UMNO Fuad Hasan.. Kesimpulan,,, harus hati-hati,, Najib dengan penasihat Yahudi APCO ada berbagai helah dan cara untuk meranapkan Pakatan Rakyat... Sejarah lampau Musa Hasan harus di nilai semula sebelum sesuatu masalah besar boleh berlaku,, Seorang pegawai kanan polis Haji Osman Abd Rauf (dah bersara dah pun) pernah bersuara pada aku sewaktu kes Anwar 1998, ia berasa hairan, kerana sebelum ini ia pernah solat berjemaah sebanyak dua kali, Musa Hasan yang jadi imam,, tup-tup ia sanngup jadi pencacai Mahathir untuk dakwa Anwar hingga ke penjara... Kalau Augutine Paul sebagai Hakim tu orang kafir,, tak tahu hari balasan dunia akhirat,, tetapi Musa ni orang islam sanggup jadi begitu... Apakah Musa Hasan seorang pelakon handalan. - Manjongmari |
UMNO Akui Akan Dikalahkan Oleh Ahlinya Sendiri Posted: 01 Dec 2012 02:39 PM PST Najib: 'Saya khuatir sikit soal kita sesama kita' Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak tidak dapat menyembunyikan kekhuatiran terhadap kemungkinan 'tindak balas' dari anggota yang tidak terpilih sebagai calon dalam pilihan raya umum akan datang. Walau percaya bahawa sokongan umum akan memihak kepada BN, Najib tetap bimbang bahawa beliau akan menghadapi tindakan sedemikian daripada pemimpin Umno yang tidak dipilih sebagai calon. "Saya percaya musuh kita tidak kuat.... saya yakin orang ramai akan memihak kepada BN... yang saya khuatir satu sahaja... sikit sahaja... soal kita sesama kita," tegasnya dalam ucapan penggulungannya di perhimpunan agung Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) petang ini. Sepertimana dalam perhimpunan terdahulu, Najib turut meminta perwakilan membacakan ikrar agar taat kepada parti serta bekerja demi kemenangan dalam pilihan raya umum akan datang. Tapi bezanya para perwakilan kali ini diminta menjawab soalan cepu emasnya – sama ada akan menyokong calon pilihan Umno sekiranya mereka sendiri tidak terpilih. "Saya beri lima kemungkinan. Pertama sokong sepenuhnya calon yang dipilih parti; kedua, sokong; ketiga, tidak bekerja; keempat, sabotaj dan kelima lompat parti," katanya. Tambahnya, soalan berkenan lebih penting untuk dijawab daripada kajian yang menunjukkan sokongan besar pada BN - seperti dikemukakan naib presidennya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebelumnya. "Sebab itu dalam perhimpunan ini kita mesti kata kita mesti dengan suara yang cukup hebat bahawa jawapan yang kita hendak 'adalah saya tetap akan sokong BN'," kata Najib yang disambut laungan "Boleh" sebanyak tiga kali oleh para perwakilan. "Kalau itu jawapannya yang sebenarnya dalam hati kita, Insya-Allah, akan memberi kemenangan kepada Umno dan BN (dalam pilihan raya umum)," tambahnya. Najib seterusnya meminta para perwakilan membawa soalan itu pulang untuk difikir secara mendalam dan mengawasi golongan penghasut - yang digelarkan "tukang kipas dan "batu ronson" di dalam parti. "... dalam kereta, dalam bas ekspres, cuba tepuk dada tanya selera.... Kita nak bawa semangat ini, kita nak menghayati semangat ini, (apabila) kita nak jumpa penyokong kita bila balik," katanya. Sekiranya ahli berkenaan tidak kuat iman, "sokongan penuh" kepada calon berkenaan mungkin akan menyebabkan mereka berubah pandangan sehingga melakukan sabotaj ke atas parti, kata Najib. "Jangan lupa ada juga bekas menteri, bekas timbalan menteri yang telah mengkhianati parti... kerana gila jawatan, kerana dirasuk orang tertentu sekarang jadi orang yang menentang Umno dan BN," katanya. -mk Umno akan ditewaskan oleh ahli sendiri, kata Khairy KUALA LUMPUR, 1 Dis — Umno akan ditewaskan dalam pilihan raya umum (PRU) Ke-13 nanti oleh ahlinya sendiri kata ketua pemuda parti tersebut, Khairy Jamaluddin sambil menggesa semua pihak supaya setia kepada Datuk Seri Mohd Najib Razak. |
TG Hadi Awang : Himpunan Kebangkitan Rakyat Johor Posted: 01 Dec 2012 02:36 PM PST |
Lakonan Pejuang Melayu Bermula Semalam Posted: 01 Dec 2012 02:35 PM PST Seperti dijangka Umno akan jadikan persidangan Umno kali ini sebagai peluang untuk membelasah Pakatan Rakyat. Maklumlah parti yang sedang hendak menuju ajal, mengelupor seperti lembu yang hendak mati. Umno terpaksa berlakon sebagai pejuang Melayu dan Agama. Walau pun hakikatnya pengkhianatan berlaku angkara 55 tahun Umno memerintah. Umno sekarang sudah hilang ideologi dan idealisma perjuangan. Mereka sudah kehilangan sokongan Melayu yang celik maklumat dan celik agama. Cuma Umno disokong oleh ahli yang ada kepentingan projek sahaja. Pemimpin Umno tahu bahawa Melayu akan mengundi dengan emosi, maka ini yang menjadi strategi Umno. Ucapan pemimpinnya penuh dengan emosi bahawa Melayu akan hilang jika Umno tumbang. Pada hal yang mengkhianat sesama Melayu ialah Umno. Mereka diberi kuasa, dengan kuasa mereka menindas Melayu. Terlalu banyak jika hendak disenaraikan dosa Umno kepada Melayu. Tetapi Umno membaling batu sembunyi tangan atau pun seperti pencuri menjerit pencuri. Umno fikir dengan bersandarkan Melayu maka ia boleh menipu rakyat. Andaiannya, Umno boleh buat apa sahaja kerana dia Melayu. Seolah-olah Melayu maksum, walaupun perasuah, penindas sesama Melayu, asalkan daripada kelompok Umno. Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yasin membaca doa ketika merasmikan Persidangan Pemuda, Wanita dan Puteri agar jauhkan Umno daripada menjahanamkan sesama sendiri . Walau pun hakikatnya Umno hanya pandai berdoa, tetapi pemimpin merekalah menjahanam sesama bangsa dan agama. Penapian hak kepada Kelantan, mematikan institusi masjid dengan melantik mereka yang bukan ahli masjid, menukar guru yang tidak sokong Umno contoh suami Cikgu Normala Sudirman, menyekat projek kepada orang tidak sealiran dengan Umno. Apakah ini bukan menjahanam sesama sendiri?- Idris Ahmad |
You are subscribed to email updates from Muslimeen United To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan