Muslimeen United |
- Puluhan ribu mula penuhi HKR Terengganu
- Bersih 2.0: Kerajaan Diperintah Bayar RM70,000 Kepada Mahfuz & Salehuddin Setiap Seorang
- Berita Gembira Ni Pasti Tak Di Siarkan Media Pencacai Umno..
- PAS utus surat kepada Perdana Menteri Palestin
- Utusan Kalah Lagi, Diperintah Bayar RM50K Kepada Karpal Kerana Fitnah
- Musuh Najib Makin Ramai Dalam Umno
- Zinedine Zidane: Solat Bikin Hatiku Tenang
Posted: 14 Dec 2012 07:00 AM PST |
Puluhan ribu mula penuhi HKR Terengganu Posted: 14 Dec 2012 06:55 AM PST (Orang ramai memenuhi Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) Terengganu di Kuala Paka - Foto Nurulslah) DUNGUN: Berpuluh ribu pendokong Pakatan Rakyat membanjiri Kuala Paka malam ini bagi menyertai Himpunan Kebangkitan Rakyat peringkat negeri Terengganu. Beberapa NGO termasuk dari kumpulan pendesak menuntut Royalti, 'R', membentangkan kes mereka kepada orang di perhimpunan ini. Antara yang awal memberikan ucapan adalah bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Kadir Sheikh Fadzil. Beliau menceritakan kecelaruan yang berlaku dalam Umno sekarang. Himpunan kali ini adalah yang ke 7 selepas Seremban, Kota Bharu, Batu Pahat, Alor Setar, Melaka dan Pahang. Esok, himpunan PAS Ganti Umno (PGU) pula akan diadakan di tapak yang sama. Menurut wartawan Harakahdaily di tapak perhimpunan, lebih 20,000 rakyat hadir untuk mendengar amanat pimpinan. Antara yang berucap wakil anti Lynas, wakil Anak, wakil royalti pusat dan Terengganu, wakil waris, Tan Sri Kadir Sheikh Fadzil, Datuk Saifuddin Nasution, Eng Chai Heng (DAP Terengganu), Azan Ismail (PKR Terengganu). Tuurt akan berucap malam ini adalah Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu, Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Berikut adalah gambar-gambar awal perhimpunan ini. -Hrkh (Sebahagian orang ramai yang menyertai HKR Terengganu - Foto Nurulslah) (AJK PAS Pusat, Datuk Abu Bakar Chik dengan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifudin Nasution - Foto Nurulslah) (Wakil R Kelantan juga datang untuk membentangkan kes mereka- foto Nurulislah) |
Bersih 2.0: Kerajaan Diperintah Bayar RM70,000 Kepada Mahfuz & Salehuddin Setiap Seorang Posted: 14 Dec 2012 06:54 AM PST Kuala Lumpur: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memutuskan penangkapan terhadap dua Naib Presiden pas, Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub pada hari Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu adalah salah. Gambar fail Sehubungan itu mahkamah mengarahkan kerajaan membayar gantirugi kepada kedua-dua mereka masing-masing RM70,000. Mahfuz dan Salahudin sebelum ini memfailkan saman malu terhadap empat pihak ekoran penangkapan salah terhadap mereka itu. Saman itu difailkan terhadap Kerajaan Malaysia, Ketua Polis Negara, Ketua Polis Daerah Brickfields dan seorang anggota polis, Inspektor Mohd Zaid. Mereka menuntut ganti rugi am, ganti rugi teruk dan gantirugi teladan, kos serta lain-lain relif atau perintah yang difikirkan sesuai oleh mahkamah. Pada 9 Julai lalu, mereka ditahan di Stesen Sentral Kuala Lumpur ketika perhimpunan Bersih 2.0. Penahanan tersebut adalah di luar kawasan yang diwartakan polis sebagai kawasan larangan untuk dimasuki oleh beberapa individu termasuk mereka. Mereka ditangkap kira-kira pukul 11.50 pagi sebelum ditahan hampir 10 jam di lokap polis di Balai Polis Jinjang. -HD 2 MP PAS berjaya tuntut gantirugi kes BERSIH 2.0 |
Berita Gembira Ni Pasti Tak Di Siarkan Media Pencacai Umno.. Posted: 14 Dec 2012 06:52 AM PST Seramai 24 penduduk Kampung Buah Pala menerima rumah teres dua tingkat yang bernilai kira-kira RM500,000 selepas kemelut yang melanda kampung itu dua tahun lalu. Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, pemberian itu adalah hasil kerja keras banyak pihak termasuk Kerajaan Negeri yang sentiasa prihatin terhadap hak penduduk kampung berkenaan. "Kita bukannya menganiaya mereka seperti yang dituduh pihak tidak bertanggungjawab. Kini penduduk tidak perlu risau kerana sudah dapat hak mereka dan ini juga bukti kita tunaikan apa yang dijanji. "Saya bersyukur kerana Kampung Buah Pala masih kekal di sini bersama penduduknya walaupun namanya kini ditukar kepada Taman Buah Pala. Keadaannya juga seperti dahulu cuma rumah yang dibina lebih selesa. "Saya bersyukur kerana Kampung Buah Pala masih kekal di sini bersama penduduknya walaupun namanya kini ditukar kepada Taman Buah Pala. Keadaannya juga seperti dahulu cuma rumah yang dibina lebih selesa. "Saya harap penduduk gembira kerana penyerahan kunci dibuat tiga hari sebelum menyambut Deepavali," katanya kepada media pada Majlis Penyerahan Kunci Rumah Taman Buah Pala, semalam. Menurutnya, pihaknya dan beberapa individu lain antaranya Adun Sri Delima, S N Rayer, Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh bersungguh-sungguh membela nasib penduduk kampung itu namun hampa berikutan sembilan penduduk lagi berkeras enggan menandatangani perjanjian penyerahan rumah baru. "Pada 2009, Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa penjualan tanah kampung ini adalah sah dan pemaju berhak meneruskan projek mereka. Suka tidak suka, kita perlu terima bagi menghormati undang-undang. "Namun Kerajaan Negeri mengambil inisiatif berunding dengan pemaju untuk mendapatkan pampasan buat penduduk dan kita bernasib baik kerana mereka menerima cadangan Kerajaan Negeri. "Setelah berunding, seramai 24 keluarga bersetuju untuk menerima pampasan yang diberikan namun sembilan lagi tidak mahu menerimanya. Mereka mengatakan kita buat janji kosong dan menipu," katanya. Sementara itu, seorang penduduk, Annie Rose Micheal, 75, berkata, dia lega penantian selama dua tahun akhirnya berbaloi apabila diberikan sebuah rumah teres dua tingkat yang selesa untuk didiami bersama anak-anak. "Selama ini saya hanya menyewa di sebuah rumah berdekatan kawasan ini selepas rumah saya dirobohkan dua tahun lalu,. Saya gembira dengan pemberian ini," katanya. Pada majlis berkenaan, Guan Eng menyampaikan kunci rumah kepada semua penduduk kampung itu termasuk sembilan keluarga Melayu. ~kd |
PAS utus surat kepada Perdana Menteri Palestin Posted: 13 Dec 2012 11:53 PM PST Tuan Guru Abdul Hadi menyerahkan surat daripada PAS kepada ketua rombongan Yayasan Amal Malaysia, Dr Suhazeli untuk disampaikan kepada Ismail Haniyeh. MARANG: Komitmen PAS terhadap nasib dan perjuangan umat di Gaza, Palestin tidak pernah padam bagi menyatakan sokongan moral serta rasa kebersamaan dalam gerakan Islam. Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yakin dan percaya dengan bantuan yang penuh barakah dari umat Islam di negara ini akan memberi kekuatan kepada umat Islam di Gaza. Katanya, PAS menyediakan bantuan kepada penduduk Gaza dan rakyat Palestin mengikut kadar kemampuan. "Hari ini, kita melancarkan rombongan kita untuk menyampaikan bantuan ke Gaza, bantuan kita sekadar kemampuan. "Saya menulis surat kepada Perdana Menterinya, Ismail Haniyeh dan menyatakan itulah sekadar kemampuan yang mampu diberikan kepada penduduk di Gaza dan rakyat Palestin. "Kita yakin dan percaya dengan bantuan yang 'barakah' ini menjadi kekuatan kepada mereka. Di samping bantuan-bantuan dari rakan-rakan seluruh pelosok dunia," ujarnya. Beliau berkata demikian pada Majlis Pelepasan Rombongan Yayasan Amal Malaysia bagi Misi Perubatan dan Kemanusiaan ke Gaza, Palestin di pekarangan Masjid Rusila, Marang, hari ini. Katanya, PAS bersama-sama dengan badan bukan kerajaan (NGO) Islam lain sentiasa memberi perhatian terhadap isu kekejaman Zionis-Israel terhadap rakyat Palestin. Ustaz Abdul Hadi yang juga Ahli Majlis Syura Muassasah al-Quds menegaskan misi ke Palestin, PAS mempunyai tanggungjawab bagi mempertahankan kerajaan Islam Hamas. Menurutnya, Parti Islam Hamas telah berjaya dalam pilihan raya yang sah empat tahun lalu tetapi kemenangan itu tidak diiktiraf oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) serta dikebanyakan negara Arab. -Hrkh |
Utusan Kalah Lagi, Diperintah Bayar RM50K Kepada Karpal Kerana Fitnah Posted: 13 Dec 2012 11:52 PM PST Mahkamah dapati artikel Utusan 'berniat jahat', Karpal terima RM50,000 KUALA LUMPUR, 14 Dis — Mahkamah Tinggi hari ini menganugerahkan RM50,000 kepada Karpal Singh dalam bentuk ganti rugi setelah mendapati Utusan Malaysia memfitnah beliau dalam artikel pada tahun 2008 dimana akhbar tersebut mengatakan pengerusi DAP itu menolak Islam. Hakim Nik Hasmat Nik Mohamad, semasa membaca hujah penghakimannya berkata, walaupun akhbar berbahasa Melayu itu sudah menarik balik dan memohon maaf dalam tempoh 24 jam selepas penerbitan, artikel itu menimbulkan rasa benci orang ramai kepada Karpal. Beliau berkata, tarikh penerbitan artikel tersebut pada 25 Ogos, 2008 — sehari sebelum pilihan raya kecil Permatang Pauh, dan disiarkan oleh media arus perdana itu menunjukkan ia "berniat jahat". "Pada pandangan plaintif, sebagai pemimpin dalam Pakatan Rakyat (PR), dan pada masa artikel itu diterbitkan, ia dilihat sebagai cuba merosakkan peluang kemenangan," kata hakim tersebut. Karpal memfailkan saman RM10 juta kepada Utusan Malaysia pada 2008, dengan berkata kenyataan beliau disalah tafsir dalam artikel yang ditulis oleh pengarang berita Zulkifli Jalil. Dalam artikel "DAP diingat jangan bakar perasaan Melayu" berdasarkan kepada ucapan Karpal pada Konvenyen Nasional DAP ke 15 pada tahun itu dimana Zulkifli sengaja mengatakan ahli politik tersebut menolak Islam sebagai agama Persekutuan. -TMI |
Musuh Najib Makin Ramai Dalam Umno Posted: 13 Dec 2012 07:24 PM PST Jika dihitung, masa sudah tidak banyak berada di pihak presiden Umno, Najib Altantuya untuk memulihkan kembali semangat ahli parti itu menjelang pilihanraya umum akan datang.Kempen dan roadshow yang biasanya disalahgunakan perdana menteri beberapa bulan sebelum pilihanraya umum bagi menunjukkan keprihatinannya kini umpama 'senjata makan tuan' apabila kakitangan kerajaan dan agensi di bawahnya dikerah hadir semata-mata mahu menunjukkan ramai yang masih memberi sokongan walau ia dusta belaka. Tidak lama selepas pulang dari Pulau Pinang dengan nota memalukan, satu demi satu imejnya dan suaminya, Rosmah Mansor dicalarkan dengan siri pendedahan Deepak Jaikishan, Musa Hassan dan skandal yang membabitkan ketua menteri Sabah, Musa Aman. Musuh Najib Altantuya semakin lama semakin ramai menyebabkan timbul persoalan bagaimana Umno mahu mengepalai Barisan Nasional (BN) menghadapi Pakatan Rakyat yang terus mendapat sokongan rakyat walau sedikit terjejas dek kerana mainan politik jahat MCA di Kelantan. Dijangka, Najib Altantuya akan keseorangan menghadapi semua ini tanpa bantuan ketiga-tiga orang Naib Presiden Umno yang digelarnya 'ekor' (merujuk kepada bilangan haiwan) dalam perhimpunan agung parti reput itu akhir bulan lalu. Kini, masa sudah semakin suntuk buat Najib Altantuya membaiki kerosakan yang dilakukannya sendiri berikutan pengakuan Deepak bahawa mereka berdua pening kepala bagaimana mahu menyelesaikan tuntutan bekas penyiasat persendirian, P Balasubramaniam pada malam akuan bersumpah pertama terbongkar di Sri Satria, kediaman rasmi timbalan perdana menteri ketika itu. Rosmah yang bertindak selaku 'pengarah' meminta isterinya Najib Altantuya menghubungi adiknya, Nazim Razak bagi menyelesaikan tuntutan Bala sebanyak RM5 juta dan menghilangkan diri bersama keluarga ke India tidak lama selepas itu. Tambah memeritkan lagi, tindakan Muhyiddin Yassin yang terus 'buat bodoh' biarpun sudah diminta membantu Najib Altantuya sudah cukup memberi isyarat bahawa kepimpinannya sudah tidak lagi diperlukan Umno yang sudah dianggap 'bernafas dalam lumpur' menghitung hari dihukum rakyat yang sudah tidak tahan lagi dengan kenaikan harga barang dan kos hidup yang semakin meningkat. Kini, yang menjadi pertentangan bukan lagi Mahathir dan Najib Altantuya tetapi Mahathir dan Rosmah yang dianggapnya 'lebih sudu dari kuah' menguasai segenap pelusuk hal ehwal pentadbiran negara, pun akibat kelemahan Najib Altantuya sendiri yang cukup takut dengan suaminya hingga boleh merosakkan negara dalam jangka masa panjang. Harapnya ahli Umno boleh menerima hakikat bahawa perjuangan mereka sudah tidak lagi relevan dengan kehendak semasa yang mahukan kerajaan yang bebas rasuah, boleh memberi peluang pekerjaaan yang lebih baik selain mampu mengurangkan beban hidup mereka terutama di bandar besar seperti Kuala Lumpur dan Johor Bharu yang indeks harga barangan meningkat hingga lebih 7.5 peratus sekarang. Umno mesti bertanggungjawab di atas kerosakan yang dialami negara dan cara penyelesaiannya bukan setakat menurunkan Najib Altantuya dan Rosmah tetapi menumbangkan Umno dan BN dalam pilihanraya umum yang cuma tinggal empat bulan dari sekarang. ~jalanpulang |
Zinedine Zidane: Solat Bikin Hatiku Tenang Posted: 13 Dec 2012 07:21 PM PST Tidak ada yang meragukan bila Zinedine Yazid Zidane adalah pemain bola sepak Muslim paling berjaya di Eropah, bahkan dunia. Meski ramai pemain bola sepak Muslim yang berjaya mengadu nasib di liga-liga Eropah, tapi belum ada yang mampu menyamai prestasi Zidane di kancah sepak bola Benua Biru. Ya, tak sedikit yang memuji penampilan Zidane. Bahkan Pengarah Teknik UEFA, Andy Roxburgh menyanjung lelaki keturunan Algeria tersebut adalah pengeluaran dari syurga. (Baca: Zinedine Zidane Pengeluaran dari Syurga). "Saya percaya di kepalanya (Zidane) ada tulisan 'made in heaven'. Dia benar-benar anugerah dari Tuhan," ujar Andy di satu kesempatan. Bekas pengatur serangan Les Bleus ini dikenali sebagai pemilik gaya menggiring bola sambil meliukkan badan. Tidak seperti Lionel Messi atau Cristiano Ronaldo yang ketika mendapat peluang langsung menggiring si kulit bundar menusuk ke jantung pertahanan lawan kemudian menceploskan bola. Zidane tampil laiknya maestro seniman lapangan dengan memperagakan penampilan elegan dan indah. Namun, lawan dibuat tidak berkutik lantaran sukar merebut bola dari kakinya. Lelaki yang kini menjabat Pengarah sukan Real Madrid ini merupakan sosok playmaker yang sempurna bagi kelab mahupun timnas. Pada masanya, hanya Ronaldo Luiz Nazario de Lima yang boleh dikatakan sejajar dengannya. Lelaki berbangsa Perancis itu mampu mengolah bola dengan baik dan memberikan operan maut yang boleh menembusi pertahanan lawan. Kemampuannya mengocek bola membuat lawan terpana, sebab seolah-seolah bola melekat di kakinya. Alhasil hampir semua kejohanan, baik di kelab mahupun timnas berjaya direbut bekas pemain Juventus ini. Tak heran bila Zidane mampu meraih gelar tiga kali Pemain Terbaik Dunia FIFA (1998, 2000, dan 2003). Peminat bola sepak dunia pasti masih ingat dengan puncak Liga Champions 2001/2002, yang mempertemukan Madrid kontra Bayer Leverkusen. Skor ketika itu sama kuat, 1-1. Menerima umpan dari Roberto Carlos yang menyisir sisi kanan pertahanan Leverkusen, Zidane melakukan tendangan first time dan membuat kedudukan menjadi 2-1. Madrid meraih gelar Liga Champions kesembilan.Gol tersebut dinilai gelandang Chelsea dan Timnas Inggeris, Frank Lampard sebagai gol terbaik sepanjang masa. Meski capaiannya di lapangan luar biasa, namun Zidane tidak lupa untuk meletakkan dirinya sebagai seorang Muslim. Ia disebut-sebut sebagai atlet dunia yang taat menjalankan kewajipan solat lima waktu. Dengan menunaikan perintah yang menjadi tiang agama tersebut maka Zidane mengaku penampilannya di lapangan bisa semakin baik. "Solat adalah sumber kekuatanku. Kerana setelah solat, hati serasa tenang, " Prestasi Zidane: Scudetto Liga Itali Serie-A musim 1996/1997 dan 1997/1998 bersama Juventus Piala Dunia 1998 bersama pasukan Perancis Piala Eropah 2000 bersama pasukan Perancis Liga Champions 2002 bersama Real Madrid Piala Toyota (sekarang Piala Dunia Antara kelab) pada 1996 (bersama Juventus) dan 2002 (Bersama Madrid) La Liga Sepanyol musim 2002/2003 bersama Madrid Runner Up Piala Dunia 2006 bersama pasukan Perancis Pemain Terbaik Dunia FIFA pada 1998, 2000, dan 2003. Pemain Terbaik Eropah pada 1998 -republika |
You are subscribed to email updates from Muslimeen United To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan