Selasa, 11 Disember 2012

Muslimeen United

Muslimeen United


[BOM MELETUP] Lajim Buat Akuan Bersumpah Umno Sabah Tak Pernah Terima RM 40 Juta

Posted: 11 Dec 2012 06:59 AM PST


Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Seri Lajim Ukin mengisytiharkan Umno Sabah tidak pernah menerima derma politik RM40 juta dari ahli perniagaan, Michael Chia.

Pengisyiharan itu bercanggah dengan dakwaan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz Oktober lalu yang wang tersebut adalah untuk Umno Sabah.

Perisytiharan tersebut dibuat dalam satu akuan bersumpah (SD) bertarikh 10 Disember 2012, di pejabat Pesuruhjaya Sumpah Malaysia, Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu, Sabah.

Menurut Lajim dalam SD tersebut, dakwaan Nazri di dalam Parlimen adalah supaya pendakwaan rasuah melibatkan skandal konsesi balak terhadap Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman dan Micheal terpaksa digugurkan.

Pada 9 Oktober lalu dalam persidangan Dewan Rakyat, Nazri memberitahu, RM 40 juta yang disalurkan Micheal kepada Musa merupakan sumbangan politik kepada Umno Sabah dan bukannya untuk Musa secara peribadi.

Nazri membuat kenyataan itu selepas terdapat laporan media bahawa Michael ditangkap di Lapangan Terbang Hong Kong disyaki cuba menyeludup keluar wang haram berjumlah S$16 juta (RM 40 juta).

Menurut laporan media ketika itu, Michael mendakwa wang tersebut milik Musa.

Lajim pernah menduduki jawatan Timbalan Ketua Menteri Sabah sehingga tahun 2004 dan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan sehingga Ogos 2012.

Beliau merupakan bekas anggota Badan Perhubungan Umno Sabah.

Beliau berkata tidak pernah berlaku sebarang perbincangan, perisytiharan, sebarang bukti urusniaga, transaksi atau urusan, laporan penyata atau bukti bahawa Umno Sabah ada menerima manfaat dari derma RM 40 juta itu.

"Oleh demikian, saya menyimpulkan bahawa kenyataan menteri berkenaan kepada parlimen adalah tidak benar, menyeleweng dan berniat menutup isu lebih besar.

"Iaitu dakwaan salahguna kuasa dalam anugerah lesen pembalakan di Sabah yang hanya menguntungkan beberapa orang sedangkan rakyat dan Negeri Sabah tidak mendapat pulangan setimpal," menurut Lajim dalam SD itu.

Lajim yang mengesyaki lesen pembalakan di Sabah sering dianugerahkan kepada individu yang rapat dengan pemimpin Kerajaan Sabah.

Lajim juga mengesyaki wang haram tersebut disimpan di luar negara dengan menggunakan ajen tertentu sebelum disalurkan semula kepada pemimpin-pemimpin utama politik di Sabah.

Lajim berkata beliau bersedia tampil membantu siasatan mana-mana pihak dalam skandal pembalakan ini.

"Saya yakin pengalamaan, pengetahuan dan maklumat dalaman yang saya ada mengenai perjalanan Umno dan kerajaan di peringkat pusat dan negeri akan membantu siasatan," ujar Lajim dalam SD itu.

Sementara itu, Pengarah Startegi PKR, Rafizi Ramli memberitahu media, SD tersebut merupakan salah satu bukti yang akan diserahkan kepada Suruhanjaya Bebas Anti Rasuah Hong Kong (ICAC) untuk memulakan siasatan skandal tersebut.

"Kedudukan beliau sebagai Ahli Majlis Tertinggi Umno dan Badan Perhubungan Umno Sabah sepatutnya menjamin bahawa beliau juga akan dimaklumkan sekiranya ada sumbangan sebesar itu kepada Umno Sabah," ujar Rafizi di dalam sidang media di ibu pejabat PKR hari ini. -KD


Saya, Lajim Ukin (550615-12-5069) yang beralamat di Pejabat Perhubungan Pertubuhan Pakatan Perubahan Sabah (PPPS), Lot 18 & 19, Tingkat 1 & 2, Blok C, Millenium Centre, Jalan Lintas Kepayan, Penampang 88200 Kota Kinabalu, Sabah, dengan sesungguhnya dan sebenarnya membuat perakuan berikut: 1. Saya adalah seorang ahli politik yang telah memegang pelbagai jawatan kanan di dalam Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (Umno) iaitu parti yang telah memerintah Malaysia sejak merdeka dalam tahun 1957;

2. Saya telah memikul tanggungjawab sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah sehingga tahun 2004 dan telah menjadi wakil rakyat bagi beberapa kerusi Dewan Undangan Negeri dan Parlimen sejak 1994. Jawatan terakhir saya di dalam Kerajaan Malaysia adalah sebagai Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan;

3. Saya meninggalkan Kerajaan Malaysia dalam bulan Ogos 2012 berhubung perbezaan pendapat dan rasa tidak setuju mengenai pelbagai perkara terutamanya nasib rakyat Sabah yang telah lama diabaikan oleh Kerajaan Malaysia;

4. Sepanjang penglibatan saya dengan Umno, saya telah dipilih sebagai ahli Majlis Tertinggi Umno sejak tahun 2000. Majlis Tertinggi Umno adalah badan pembuat keputusan yang tertinggi di dalam Umno dan bertanggungjawab terhadap segala keputusan Umno, termasuklah hal ehwal kewangannya;

5. Saya juga menganggotai Badan Perhubungan Umno Sabah yang bertanggungjawab terhadap segala keputusan Umno di peringkat negeri, termasuklah hal ehwal kewangannya;

6. Pada 9 Oktober 2012, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Seri Nazri Aziz mengejutkan Parlimen apabila beliau mengumumkan bahawa dakwaan rasuah terhadap Ketua Menteri Sabah, Dato' Seri Musa Aman (berhubung dakwaan wang rasuah berjumlah RM40 juta yang dikaitkan dengan beliau) telah digugurkan;

7. Menteri berkenaan telah juga mengumumkan bahawa pihak berkuasa turut menggugurkan dakwaan rasuah terhadap seorang niagawan balak dari Sabah bernama Michael Chia, yang sebelum ini dikaitkan dengan tuduhan rasuah berhubung lesen pembalakan melibatkan Dato' Seri Musa Aman;

8. Menurut kenyataan menteri tersebut di Parlimen, dakwaan rasuah terhadap Dato' Seri Musa Aman dan Michael Chia digugurkan atas alasan wang RM40 juta yang disiasat itu merupakan derma politik kepada Umno Sabah dan bukannya untuk kegunaan peribadi Ketua Menteri;

9. Saya dengan ini mengisytiharkan bahawa sepanjang penglibatan dan pengalaman saya dalam pelbagai kedudukan kepimpinan dan pengurusan di dalam Umno di peringkat pusat dan negeri, saya tidak pernah tahu atau diberitahu mengenai:

i. Sebarang perbincangan yang berlaku di peringkat Majlis Tertinggi Umno atau Badan Perhubungan Umno Sabah mengenai usaha mendapatkan derma politik sebesar jumlah RM40 juta, seperti yang didakwa menteri berkenaan di Parlimen;

ii. Sebarang pengisytiharan yang dibuat di peringkat Majlis Tertinggi Umno atau Badan Perhubungan Umno Sabah bahawa derma politik sejumlah RM40 juta telah dibuat kepada Umno Sabah, seperti yang didakwa menteri berkenaan di Parlimen;

iii. Sebarang bukti urusniaga, transaksi atau urusan yang dibentangkan kepada Majlis Tertinggi Umno atau Badan Perhubungan Umno Sabah yang boleh membuktikan bahawa Umno Sabah adalah penerima derma politik RM40 juta itu;

dan iv. Sebarang laporan atau bukti yang dibentangkan kepada Majlis Tertinggi Umno atau Badan Perhubungan Umno Sabah bahawa Umno telah mendapat manfaat dari derma politik RM40 juta itu;

10. Oleh yang demikian, saya menyimpulkan bahawa kenyataan menteri berkenaan kepada Parlimen adalah tidak benar, menyeleweng dan berniat untuk menutup isu yang lebih besar iaitu dakwaan salahguna kuasa dalam anugerah lesen pembalakan di Sabah yang hanya menguntungkan beberapa orang sedang rakyat dan negeri Sabah tidak mendapat pulangan setimpal;

11. Buat sekian lama, pembalakan telah menjadi sumber untuk mengkayakan diri bagi segelintir ahli politik dan pemimpin kerajaan Sabah. Dari pengalaman saya sendiri sebagai Timbalan Ketua Menteri, saya mengesyaki bahawa lesen pembalakan sering dianugerahkan kepada individu yang rapat dengan pemimpin kerajaan Sabah;

12. Wang haram dari kegiatan rasuah ini disyaki disimpan di luar negara menggunakan ejen yang mengendalikan penjualan balak pada harga yang rendah dan merugikan Kerajaan Negeri. Keuntungan dari penjualan balak pada harga rendah ini kemudiannya disalurkan sebagai rasuah dan dimasukkan ke pelbagai akaun di luar negara, yang akhirnya dipindahkan semula untuk manfaat ahli politik utama dan pemimpin kerajaan Sabah;

13. Saya bersedia untuk memberi kenyataan kepada mana-mana pihak berkuasa dari mana-mana negara yang menyiasat perkara ini untuk menghentikan jaringan rasuah yang melibatkan anugerah lesen pembalakan yang telah lama merugikan rakyat Sabah;

14. Saya yakin pengalaman, pengetahuan dan maklumat dalaman yang saya ada mengenai perjalanan Umno dan kerajaan di peringkat pusat dan negeri akan membantu siasatan.

Dan saya membuat Surat Akuan Sumpah ini dengan kepercayaan bahawa apa-apa yang tersebut di dalamnya adalah benar serta menurut Akta Akuan Berkanun 1960.

Diperbuat dengan sebenarnya dan
diakui oleh yang tersebut namanya
di atas di Kota Kinabalu
dalam negeri Sabah
pada 10 haribulan Disember, 2012

………………………………
LAJIM BIN UKIN

Dihadapan saya,

…………………………………….
PESURUHJAYA SUMPAH

Mahathir takut masuk penjara jika Pakatan menang? Apa nak ditakutkan kalau tak bersalah

Posted: 10 Dec 2012 08:44 PM PST

Mengapa Mahathir Terdesak, Terpaksa Turun Berkempen Ke Bahagian...



Bukan setakat Najib, Mahathir juga terdesak

Bukan setakat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang terpaksa bekerja keras memastikan Barisan Nasionl (BN) memperolehi majoriti dua pertiga pada PRU-13, tetapi Tun Dr Mahathir Mohamad juga turut berbuat demikian.

Ahli Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang, berkata Dr Mahathir yang sudah bersara akhir 2003 selepas 22 tahun menjadi Perdana Menteri juga terpaksa bekerja keras kerana bimbang Pakatan Rakyat menawan Putrajaya.
Mahathir berada di Sik untuk mengingatkan ahli UMNO bagi menghilangkan rasa tidak puas hati terhadap calon yang dipilih kepimpinan tertinggi UMNO/BN jika mahu lihat UMNO/BN kekal berkuasa selepas PRU-13.

Mahathir meminta ahli UMNO mengenepikan perbezaan dan memberi sokongan penuh kepada calon UMNO/BN yang terpilih kerana keutamaan sepatutnya untuk memastikan kejayaan supaya BN dapat menang besar dan membentuk kerajaan yang kuat.

"Perkara itu amat luar biasa tetapi kebiasaan Mahathirism yang mana Mahathir perlu memberi amaran mengenai penyakit "Melayu mudah lupa" sebagai punca tidak puas hati di dalam UMNO sehingga tidak menyokong calon yang terpilih, sedangkan Mahathir sendiri adalah gambaran terbaik penyakit "Melayu mudah lupa" apabila giat berkempen menentang Tun Abdullah sebagai Perdana Menteri pada PRU 2008," katanya.

Kit Siang yang juga Ketua Parlimen DAP berkata, jelas pada Mahathir, yang BN berada di hujung tanduk pada PRU-13 bukan soal jawatan Perdana Menteri Najib tetapi legasi Mahathir, dan tiada keraguan lagi yang mana satu akan mendapat keutamaan sekiranya berlaku pertembungan antara jawatan Perdana Menteri Najib dan legasi Mahathir.

"Itu sebabnya mengapa rakyat Malaysia mendapati kenyataan Najib dalam wawancara bersama Malay Mail Jumaat lalu bahawa beliau memerlukan mandat daripada pengundi untuk mereformasikan UMNO adalah mengejutkan.

"Pertama, hal itu terkena pada diri sendiri dalam Ucapan Dasar Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO ke-66 sepuluh hari lalu, mengakui kegagalan UMNO/BN pada PRU ke-12 2008 adalah "isyarat jelas rakyat Malaysia kepada UMNO dan rakan dalam BN untuk berubah, sesuai dengan selera, aspirasi dan jangkaan rakyat," katanya.

Apabila Najib mengatakan beliau memerlukan mandat pengundi pada PRU-13 untuk mereformasikan UMNO, sebenarnya Najib mengakui dia gagal mereformasikan UMNO meskipun "isyarat jelas" daripada rakyat pada PRU-12 bahawa UMNO mesti berubah – sebab yang mencukupi mengapa UMNO/BN mesti diganti dengan Pakatan Rakyat di Putrajaya pada PRU-13.

"Jika UMNO/BN mendapat majoriti dua pertiga pada PRU-13, jumlah kerusi Parlimen Pakatan Rakyat akan berkurang sekurang-kurangnya lapan kerusi, iaitu 74 daripada 82 kerusi yang dimenangi pada PRU-12 , memberi BN majoriti sekurang-kurangnya 74 kerusi.

"Bagaimanapun, sekiranya Pakatan Rakyat boleh memenangi majoriti yang banyak melalui empat juta pengundi atas pagar dalam daftar pemilih yang terdapat lebih 13 juta pengundi – terdiri daripada tiga juta pengundi baru dan satu juta pengundi atas pagar daripada PRU-12 – Pakatan Rakyat mampu mengalahkan UMNO/BN dan mendapat majoriti lebih 20 kerusi parlimen," ujarnya.

Kit Siang berkata, dalam senario terbaik itu, kemungkinan pembahagian kerusi Pakatan Rakyat di dalam Parlimen adalah 45 untuk PKR manakala DAP dan PAS masing-masing mendapat 40 kerusi – memberikan Pakatan Rakyat majoriti kecil 28 kerusi.

Bagaimanapun, parti Pakatan Rakyat mesti berkerja keras untuk memenangi pengundi atas pagar, memandangkan perkembangan beberapa bulan ini memberi sebab untuk pengundi atas pagar mula berasa ragu-ragu sama ada parti Pakatan Rakyat yang terdiri daripada PKR, PAS dan DAP betul-betul komited terhadap Kerangka Dasar Bersama PR dan Buku Jingga.

Keraguan yang diekploitasi habis-habisan oleh media perdana BN dan cybertrooper, perlu diatasi segera atau Pakatan Rakyat akan kehilangan peluang keemasan untuk memenangi Putrajaya pada PRU-13 dengan mudah.

PANAS! EMPAT Menteri BN Sudah Kena Kencing!

Posted: 10 Dec 2012 08:42 PM PST


Kebodohan empat menteri rejim Zionis Umno ini kian terserlah apabila dengan mudahnya dipermainkan syarikat asing yang mereka sendiri izinkan untuk bertapak di negara ini!

Keengganan syarikat Lynas Advance Material Plant (LAMP) mengeksport keluar sisa dari kilang mereka ke negara asal, Australia kini menjadi tanda tanya apabila rejim Zionis Umno tersepit dengan perjanjian yang sudah ditandatangani sebelum kilang tersebut dibina lagi.

Persoalannya apakah kesemua menteri kabinet Najib Altantuya ini sudah dibodohkan dengan mudah hingga terpaksa mengugut syarikat tersebut dengan perjanjian yang mereka sendiri tandatangani?

Penegasan rejim Zionis Umno bahawa pendirian syarikat Lynas Corporation Australia perlu mengeksport sisa yang terhasil daripada loji nadir bumi di Gebeng, Pahang untuk memenuhi syarat lesen pengendalian sementaranya (TOL) kini memakan diri.

Empat menteri kabinet dalam satu kenyataan bersama semalam menyatakan bahawa TOL itu boleh digantung atau dibatalkkan sekiranya syarat berkenaan tidak dipatuhi.

"TOL yang dikeluarkan kepada Lynas menetapkan syarat khusus bahawa syarikat Lynas perlu menghantar keluar dari Malaysia semua residu yang dihasilkan oleh LAMP.

"Ini termasuk semua produk yang diperbuat daripada sisa tersebut. Dalam hal ini, kabinet juga memperakukan syarat khusus tersebut.

"Sekiranya Lynas gagal mematuhi syarat khusus ini, Lembaga Pelesenan Atom mempunyai kuasa bawah Seksyen 22 Akta Pelesenan Tenaga Atom 1984 (Akta 304) untuk menggantung atau membatalkan TOL dan memerintah Lynas memberhentikan operasinya serta-merta," kenyataan itu dipetik.


Laporan akhbar Utusan Meloya yang jelas membodohkan rakyat Malaysia semalam

Kenyatan itu dikeluarkan bersama oleh menteri perdagangan antarabangsa dan industri, Mustapa Mohamed, menteri sains teknologi dan inovasi, Maximus Johnity Ongkili, menteri sumber asli dan alam sekitar, Douglas Unggah Embas dan menteri kesihatan, Liow Tiong Lai.

Menurut kenyataan itu, ia dikeluarkan "berikutan laporan media yang kurang tepat mengenai penghantaran keluar sisa yang dihasilkan LAMP".

Walaupun tidak menamakan mana-mana laporan khusus, ia dipercayai merujuk kepada laporan yang memetik kenyataan pengarah urusan Lynas Malaysia, Mashal Ahmad.

Dalam laporan Guang Ming Daily, Mashal menyatakan bahawa sisa berkenaan tidak boleh dieksport disebabkan undang-undang antarabangsa yang menghalang penghantaran bahan berbahaya.


Tidak mustahil pertikaian tersebut bakal diselesaikan di mahkamah tetapi akhirnya yang rugi adalah rakyat Malaysia sendiri disebabkan kebangangan menteri rejim sendiri!

BN Sabah Semakin Goyah.. Berita Ini Sebagai Bukti

Posted: 10 Dec 2012 08:41 PM PST


Setelah 68 penduduk Kampung Togop dalam DUN Kiulu di kawasan parlimen Tuaran beramai-ramai menyertai KEADILAN tiga hari lalu, kelmarin 36 lagi penduduk Kampung Guakon Baru di DUN Tamparuli, juga dalam parlimen yang sama menyertai komponen Pakatan Rakyat itu.
Kesemua borang permohonan itu diterima Ketua Cabang KEADILAN Tuaran, Ansari Abdullah semasa satu majlis penerangan dan penyerahan borang yang disampaikan wakil penduduk kepada Ansari sendiri.
Walaupun majis tersebut hanya bermula jam 4 petang tetapi penduduk kampung yang hadir sudah pun berada di kawasan tanah lapang perkarangan sebuah rumah di kampung itu sejak jam 1 tengah hari lagi, petanda penduduk kampung itu dahagakan perubahan terhadap nasib mereka yang diabaikan Umno dan Barisan Nasional (BN) lebih 40 tahun lalu.
Serentak dengan majlis itu, sebuah ranting KEADILAN kampung itu ditubuhkan di bawah pengawasan cabang Tuaran bagi memudahkan penyaluran bantuan serta maklumat berterusan diberikan kepada mereka.



Menurut Ansari dalam mesej di Facebook miliknya, pada pilihanraya umum lalu, kampung ini langsung tidak dapat ditembusi Pakatan Rakyat terutama KEADILAN sehinggalah pada awal tahun ini atas inisiatif jawatankuasa cabang Tuaran bersetuju untuk memberi perkhidmatan doktor dan pergigian percuma kepada penduduk kampung sehingga ke hari ini.

Dengan penerangan dan bantuan berterusan itulah maka penduduk kampung sendiri meminta Ansari memberikan borang keahlian menyertai KEADILAN hingga sanggup datang ke rumah beliau meminta supaya Ansari sendiri menunaikan hajat mereka.

Mereka juga meminta Ansari sendiri merasmikan penubuhan ranting KEADILAN baru di kampung mereka yang berjaya direalisasikan kelmarin sambil mendapat tepukan gemuruh penduduk kampung yang sudah percaya dengan perjuangan parti itu.

Buktinya, berikut catatan Ansari dari akaun Facebooknya di bawah:
Ansari Abdullah Semasa PRU 2008, kami tidak dapat masuk Kg Guakon. Awal tahun ini ada perkhidmatan untuk Khidmat Doktor Percuma dan Kami tunaikan. Selepas itu mereka datang kerumah saya meminta borang keahlian & mohon agar saya resmikan ranting mereka. Lebih 36 borang telah diserahkan pada 9.12.12. Jangan hina mereka sebagai golongan yang hanya datang untuk makan dan minum. Mustahil PBS biarkan penyokong mereka 'pook makan ' dengan pembangkang.

Difahamkan seorang bekas ahli Umno yang sudah tidak mendapat kepercayaan penduduk kampung juga turut menyertai KEADILAN kerana sudah tidak lagi diperlukan dalam parti reput itu yang kini saling berebut siapa yang akan bertanding dalam pilihanraya umum akan datang.

Perkembangan terbaru ini pastinya tambah meresahkan ketua menteri, Musa Aman kerana tugas untuk merampas semula parlimen Tuaran dan tiga DUN yang berada di dalamnya dijangka berdepan laluan sukar kerana Pakatan Rakyat semakin mendapat suntikan baru hasil daripada penyertaan beramai-ramai bekas ahli Umno, PBS, UPKO dan komponen BN yang memilih KEADILAN.

Ditambah lagi dengan keluarnya bekas timbalan presiden UPKO yang juga ahli parlimen Tuaran, Wilfred Bumburing awal Julai lalu tambah memeningkan kepala Musa selaku bos BN negeri.

Tahniah penduduk Kampung Guakon Baru, selamat datang ke dalam Pakatan Rakyat.
~jalanpulang

Tengku Azlan ikut Ku Li, 'berundur' dari Umno

Posted: 10 Dec 2012 08:37 PM PST



KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Jerantut, Tan Sri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar berkata beliau berhasrat untuk 'berundur' dari Umno.

Beliau yang juga Ketua Umno Bahagian Jerantut itu berkata, beliau berkemungkinan akan menyertai Amanah, sebuah NGO yang dipimpin oleh Tengku Razaleigh Hamzah.

Bagaimanapun katanya, tindakan itu tidak bermaksud beliau meninggalkan Umno secara total.

"Tak betul, saya hanya 'berundur', tapi bukan keluar Umno. Belum terlintas lagi. Belum lagi (masuk Amanah). 'Amanah' (saya) untuk selamatkan negara, untuk tolong rakyat miskin.

"InsyaAllah…(akan sertai Amanah) Tapi bukan tahun ini, lagi pun sudah hujung tahun. Saya sokong perjuangan Amanah. Amanah untuk membantu masyarakat lebih maju," jelas bekas Menteri Pengangkutan itu kepada lidah rasmi PKR, Keadilandaily.

Langkahnya itu dilihat sama dengan langkah  Tengku Razaleigh yang kini aktif dengan Amanah, mengkritik dasar kerajaan walaupun masih ahli Umno dan Ahli Parlimen Gua Musang.

Tengku Azlan juga memberitahu, beliau juga akan berundur dari menjadi calon PRU13 dan menyerahkan mandat kepada orang muda.

"Bagi laluanlah kepada orang muda…Saya kena buat pembaharuan. Tapi orang muda jangan hanya pandai bercakap, mesti bertindak. Tunaikan melalui perbuatan untuk kebaikan orang muda juga," tegas veteran Umno Pahang itu lagi.

Yakin kemampuan Pakatan

Dalam pada itu beliau yang juga adik kepada Sultan Pahang turut meyakini kemampuan Pakatan Rakyat untuk mendapat sokongan daripada rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.

Katanya, pendekatan berani Pakatan Rakyat bertemu rakyat bagi menerangkan dasar perjuangan mereka memperlihatkan kesungguhan untuk memenangi PRU13.

"Mereka (Pakatan) cuba terangkan apa yang boleh diberikan kepada rakyat dan negara jika menang dalam pilihan raya. Ini tak ada masalah," katanya.

Semalam sebuah akhbar Tamil, Makkal Osai melaporkan, Tengku Azlan akan keluar meninggalkan Umno.

Beliau dilaporkan tidak berpuashati dengan parti itu dan akan aktif dengan Amanah.

Makkal Osai melaporkan, Tengku Azlan akan menjadi Pengerusi Amanah negeri Pahang. -Hrkh

Terkepung 4 Punjuru - Najib Bakal Jatuh Dengan Sendirinya

Posted: 10 Dec 2012 08:37 PM PST



Datuk Seri Najib Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor didesak menjawab pendedahan ahli perniagaan Deepak Jaikishen mengenai penglibatan mereka dalam satu projek rasuah kementerian.

Ahli Biro Politik KEADILAN, Sivarasa Rasiah berkata, Perdana Menteri dan isteri tidak lagi boleh mengelak kerana kenyataan rakan karib Rosmah itu di mahkamah dan temubualnya bersama media menyatakan secara terang mengenai perkara tersebut.

"Kita desak agar Najib menafikan atau memberi penjelasan berhubung isu itu. Kenyataan Deepak membuktikan kaitan Najib dalam isu ini. Justeru beliau tidak boleh berdiam diri lagi," tegas Sivarasa ketika dihubungi.

Deepak sebelum ini mendedahkan keterlibatan Najib dalam satu projek rasuah kementerian semasa menjawat Menteri Pertahanan.

Menurut Deepak, beliau membayar keluarga Najib sejumlah wang yang tidak didedahkan untuk campurtangan Perdana Menteri bagi membolehkannya menjadi satu pihak dalam satu perjanjian projek Kementerian Pertahanan.

Menurut Sivarasa, Deepak memeterai satu perjanjian dengan syarikat milik seorang Ketua Wanita Umno Selangor, Raja Ropiaah Abdullah untuk menjadi pihak ketiga dalam projek tersebut.

Sebagai pertukaran bagi projek yang dianggar bernilai RM100 juta yang akan dibina oleh syarikat itu dengan pembiayaannya sendiri, syarikat tersebut akan dibayar RM20 juta oleh kerajaan dan akan memperolehi 223.3 ekar tanah kerajaan di Bukit Raja, Klang.

"Roopiah tidak boleh jual tanah itu tapi diberi kelulusan oleh Najib, dengan syarat beri rasuah, iaitu sejumlah wang besar kepada ahli keluarga Najib. Dan pihak kami percaya wang tersebut diberikan kepada Rosmah," jelas Sivarasa yang merupakan peguam Deepak dalam saman difailkan syarikat usahawan tersebut, Astana Canggih Sdn Bhd ke atas Awan Megah Sdn Bhd.

Seorang lagi peguam adalah, N Surendran.

Dalam pendengaran minggu lalu, Deepak memberi keterangan bahawa Najib memberi persetujuan ke atas pemindahan milik tanah seluas 223.3 ekar (89.332ha) di Bukit Raja, Selangor daripada Awan Megah kepada sebuah syarikat penama milik Deepak.

Bagaimanapun, Deepak tidak mendedahkan nama ahli keluarga Najib yang meraih komisen itu, tetapi spekulasi ada menyebut bahawa orang tersebut merupakan Rosmah, kerana beliau sering melibatkan diri dalam urusan perniagaan Najib. -SK

PANAS!! Najib makan di Restoran yang diragui status Halal nya...

Posted: 10 Dec 2012 03:12 PM PST


Menulislah seorang pencacai UMNO/BN bila Najib memandu sendiri ke sebuah Restoran Daun Pisang.. DATANG TIDAK BERPROTOKOL,TANPA KARPET MERAH ,MINUM DAN MAKAN SEPERTI RAKYAT BIASA KAT WARUNG MAMAK AJA-HEBAT PM, RAKYAT MENYAYANGIMU..

Mungkin yang menulis ayat di atas adalah pemilik Restoran itu sendiri.. Najib perlu diangkat setinggi mungkin untuk melindungi sesuatu sebenarnya.

Semala Najib telah dilaporkan memandu sendiri sebuah Merc, bukan Proton Preve yang dilancarkannya baru-baru ini.. ke sebuah Restoran atau Kedai mamak yang menyediakan makanan beralaskan daun pisang.


Bagaimanapun kehadirannya tidak dipedulikan oleh kebanyakkan rakyat Malaysia yang sedang menjamu selera di Restoran tersebut, hanya pekerja-pekerja Restoran tersebut mengerumuninya untuk bergambar.

Mungkin juga sebagai menunjukkan penghargaan kepada Najib yang telah memberikan mereka  MyKad kepada mereka dengan syarat menjadi pengundi kepada UMNO/BN.



Sebenarnya nama restoran yang Najib singgah untuk mentekedarah ini ialah sebuah Restoran yang menggunakan tanda HALAL yg diragui statusnya.

Ini kerana pada 25 November yang lalu JAKIM telah menyerbu Restoran Raju ini kerana menggunakan tanda HALAL yg diragui statusnya dan separuh dari pelanggannya setiap hari adalah orang melayu yang beragama islam.

Operasi ini diketuai penolong pengarah hub halal jakim Ustaz Mohd Amri Abdullah bersama anggota dan pegawai Jakim dan KPDNKK Selangor. 

Pemeriksaan juga menemui sijil halal tetapi dari pihak swasta yang sememangnya tidak pernah diiktiraf oleh jakim dan kerajaan, sijil itu pula telah pun tamat sejak setahun yang lalu, atas kesalahan itu pemilik restoran ini telah dikenakan tindakan di bawah Seksyen 15 (1) akta perihal dagangan 1972 yang boleh membawa hukuman maksimum sehingga RM 250 ribu jika sabit kesalahan.





Semua logo logo Halal itu wajib DITANGGALKAN dan tidak lagi dipamirkan di premis itu...

Laporan lebih lengkap mengenai Restoran yang Najib dan Rosmah singgah untuk mentekedarah ni sila lihat di ( SINI )

Suwey sungguh Najib dan Rosmah ni.. nak cari publisiti murahan kononnya mereka adalah pemimpin yang berjiwa rakyat tapi dah masuk silap kedai..

PANAS: Video pertembungan Dr Asri vs Ulamak Ameno

Posted: 10 Dec 2012 03:10 PM PST



Hayati video yang telah disunting neh.... Pertembungan pendapat antara Dr Asri (MAZA) dengan Ulamak Muda Umno tentang "Tiadanya Jihad di Bumi Palestin"
Nampak sangat Ust Amno ni la yang akan lari dulu kalau kita diserang...

Keselamatan Negara Terancam: Polis Diraja Malaysia (PDRM) TIDAK BOLIH DIPERCAYAI !!!

Posted: 10 Dec 2012 03:04 PM PST



Keselamatan Negara Terancam: Polis Diraja Malaysia (PDRM) TIDAK BOLIH DIPERCAYAI !!!
Tan Sri Musa Hassan mendedahkan, satu projek komunikasi Polis Diraja Malaysia (PDRM) bernilai ratusan juta ringgit mempunyai kaitan dengan perunding perhubungan awam, APCO Worldwide – syarikat Israel untuk menggilap imej peribadi Datuk Seri Najib Razak dan kerajaan di mata dunia.
Kata bekas Ketua Polis Negara itu, ia adalah projek komunikasi Motorola dari sistem analog ke digital PDRM.
"Projek tersebut diperolehi pada akhir 2009. (Hal) Apco dulu," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Menurut Musa, bekas anggota penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Robert Phang 'mengarahkan' pegawai polis untuk meluluskan projek tersebut.

Tan Sri Musa Hassan
"Saya tak tahu berapa jumlah projek. Tapi saya dimaklumkan oleh sumber-sumber tertentu bahawa projek komunikasi belum lengkap sepenuhnya, tetapi telah diminta untuk dikomisenkan (diluluskan) untuk beroperasi.
"Kalau pegawai komunikasi yang menjaga itu tadi tidak dikomisenkan, maka mereka tidak dibayar. Oleh itu dia (Robert) telah meminta untuk seorang pegawai yang menjaga komunikasi untuk komisenkan komunikasi itu," katanya.
Jelas Musa, pegawai yang tidak dinamakan tersebut tidak mahu meluluskan sistem komunikasi itu kerana spekifikasinya tidak lengkap.
"Sebab itu, dia (Robert) telah mengugut pegawai ini – kalau komunikasi tidak diluluskan, pegawai itu akan ditukar 24 jam.
"Kalau seorang awam boleh mengugut pegawai polis untuk ditukar kerana tidak meluluskan projek tadi, siapa yang berkuasa dalam polis?" soalnya.
Musa berkata, pegawai tersebut dipanggil Ketua Polis Negara ketika itu, Tan Sri Ismail Omar untuk menandatangani, namun masih enggan. Akibatnya pegawai tersebut ditukar 24 jam dan diganti dengan pegawai baru yang menandatangani surat kelulusan tersebut.
"Ia berlaku lepas saya bersara," jelas Musa sambil menambah isu tersebut telah lama dimaklumkan kepadanya.
"Ini salahguna kuasa yang perlu disiasat. Perkara ini dimaklumkan kepada saya oleh sumber polis.
"Kalau orang (Robert) macam ini boleh mengarah pegawai polis, bermakna dia berkuasa dalam pasukan (PDRM). Dia boleh serang orang lain yang dia tak suka," kata Musa.
Pada April 2010, Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan, kewujudan perisik Israel dalam PDRM melalui satu kontrak dengan nama APCO 425.
Projek itu disubkontrakkan kepada syarikat bernama Asiasoft Malaysia. Dua pemegang saham dalam syarikat berkenaan ialah B System Sdn Bhd dan Asiasoft PLC.
Asiasoft PLC didaftar di Singapura, dikuasai oleh Asiasoft Global  PLC (dan) yang berpangkalan di Israel.

Tiada ulasan: