MIMPI SENJA |
- DAP bimbang tangkapan khalwat ke atas bukan Islam
- Guan Eng bakal saman mamak ni ...
- Motif Musa Hassan ... perlu diawasi
DAP bimbang tangkapan khalwat ke atas bukan Islam Posted: 07 Dec 2012 11:01 PM PST Md Izwan, The Malaysian Insider DAP menyuarakan kebimbangan ekoran tangkapan khalwat ke atas pasangan bukan Islam baru-baru ini di Kelantan sambil menggesa kerajaan PAS di negeri tersebut mengambil langkah sewajarnya untuk menangani isu tersebut dengan secepat mungkin. Dalam satu kenyataan hari ini, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mempersoalkan sikap penguatkuasa agama di negeri tersebut dan berharap tindakan segera diambil. "Jika kerajaan PAS Kelantan gagal mengambil tindakan ke atas tindakan penguatkuasa itu yang mengeluarkan saman kepada pasangan bukan Islam tersebut, ia adalah membelakangi prinsip dalam Pakatan Rakyat (PR) yang menghormati kebebasan beragama," kata Lim (gambar). "Ia juga akan merosakkan hubungan dalam PR." Dalam laporan The Star hari ini, empat orang bukan Islam ditangkap di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra dan dikenakan saman kerana "tingkahlaku kurang sopan". "Walaupun saman itu adalah kerana 'tingkahkalu kurang sopan', parti lawan (Barisan Nasional) dan media pro-kerajaan telah memutar-belitkan isu ini sebagai khalwat dan mengatakan undang-undang Islam cuba dikenakan kepada bukan Islam," tambah ketua menteri Pulau Pinang itu. Lim dalam kenyataan itu lagi juga mengecam penguatkuasa negeri tersebut kerana menyalahguna kuasa apabila meminta wang untuk menyelesaikan hal itu daripada empat orang bukan Muslim tersebut. "Pengerusi kelab penyokong PAS, Hu Pang Chaw, berkata mangsa lelaki telah mengadu kepadanya dengan mengatakan pegawai penguatkuasa telah meminta RM500 daripada mereka untuk 'selesaikan masalah'," kata Lim. "Ini jelas pegawai itu salahguna kuasa dan tindakan segera perlu diambil ke atas mereka yang bertanggungjawab dalam isu ini," jelasnya lagi. Selain beliau, ketua pemuda MCA negeri Gan Han Chuan juga bertindak mengecam langkah oleh penguatkuasa kerajaan negeri Kelantan tersebut. Beliau mendakwa kerajaan PAS cuba mengenakan hukum hudud kepada bukan Islam. "Ini adalah kali pertama dalam sejarah apabila bukan Islam dikenakan saman kerana berkhalwat," kata beliau dalam akhbar pro-kerajaan, The Star hari ini. Insiden ini adalah yang kedua selepas berlaku pertikaian ke atas denda yang dikenakan kepada pengendali salun yang membenarkan pendandan memotong rambut berlainan jantina tidak kira individu tersebut adalah orang Islam ataupun tidak. Kebanyakkan peruntukkan undang-undang tersebut memberikan kesan buruk kepada peniaga salun bukan Islam khususnya di Kelantan. |
Guan Eng bakal saman mamak ni ... Posted: 07 Dec 2012 08:29 PM PST Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang, Shaik Hussein Mydin terpaksa membuktikan dakwaannya di mahkamah kononnya Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menerima rasuah daripada Kuala Lumpur International Dental Centre (KLIDC). Dalam kenyaatan akhbarnya hari ini, Pegawai Khas Undang-undang Ketua Menteri Pulau Pinang, Andrew Yong berkata, Guan Eng akan membuktikan dakwaan itu di mahkamah bahawa beliau tidak korup seperti Ketua-ketua Menteri BN yang dikait dengan skandal sumbangan RM40 juta atau memiliki kekayaan luar biasa. "Kerana terdesak untuk kekal berkuasa, UMNO terpaksa menggunakan fitnah dan kawalan ke atas media untuk menyebarkan fitnah terhadap Lim. Maka, Lim tidak mempunyai pilihan lain melainkan menyaman Shaik Hussein dan BN dalam mahkamah kerana fitnah," ujar beliau. Menurut beliau, Shaik Hussein, Pemuda UMNO dan BN negeri mendakwa bahawa KLIDC menawarkan wang kepada Guan Eng bagi menyokong tender untuk tanah seluas 1.1 ekar di Taman Manggis untuk pembinaan hospital swasta. "KLIDC tidak menerima apa-apa bantuan dalam pembidaan mereka untuk tanah berkenaan kerana ia ditawarkan kepada umum melalui tender terbuka. Pembida tertinggi sudah dipilih," kata beliau sambil menambah bahawa BN tidak mengamalkan tender terbuka demi memperkayakan kroni. Beliau menambah bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang pimpinan Pakatan Rakyat mengambil pendirian tegas terhadap rasuah. Pulau Pinang adalah negeri pertama yang melaksanakan tender terbuka, membuat pengisytiharan harta Ketua Menteri dan Ahli EXCO, melarang ahli keluarga daripada berurus niaga dengan kerajaan negeri serta melarang wakil rakyat dan ahli majlis daripada memhon tanah kerajaan. Andrew turut menambah bahawa tiada guna membazirkan masa untuk memenuhi undangan dialog umum oleh Shaik Hussein kerana itu hanya menunjukkan Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang itu tidak berani membuktikan tuduhannya di mahkamah, sambil menambah bahawa Guan Eng mempunyai hak untuk menyaman Shaik Hussein kerana membuat tuduhan fitnah tanpa bukti. "Kebebasan bersuara dan kebebasan media tidak memberi hak kepada seseorang untuk memfitnah dan membuat kenyataan palsu," ujar beliau lagi. |
Motif Musa Hassan ... perlu diawasi Posted: 07 Dec 2012 07:37 PM PST 8 DIS — Kemunculan secara aktif bekas Ketua Polis Negara, Musa Hassan bercakap mengenai beberapa tindakan jabatan atau pasukan yang pernah dipegangnya, Polis Di Raja Malaysia (PDRM) ke belakangan ini menimbul sedikit tanda tanya. Apa lagi penglibatan beliau itu memberi kesan negatif kepada PDRM dan terutamanya mereka yang bertanggungjawab dalam menjaga hal ehwal polis. Orang menjadi sasaran beliau ialah Menteri Dalam Negeri, Hishammuddin Hussein sendiri. Kritikan itu dilihat sebagai satu keberanian yang pelik kerana jarang bekas pegawai tinggi kerajaan yang sedang menikmati kemudahan selepas bersara membuat kritikan terbuka seperti itu. Selalunya adalah sesuatu yang berlaku, pelik.. kerana kalau tidak masakan tempua bersarang rendah. Apa ditimbulkan Musa kononnya Hishammuddin mencampuri urusan polis dengan memberi arahan kepada pegawai junior polis dan seorang ketua polis negeri melakukan sesuatu tanpa memaklumkan kepadanya. Perbuatan Hishammuddin itu dianggap mencampuri urusan polis dan salah mengikut akta polis. Lantaran itu ada orang bertanggapan beliau berbuat begitu kerana dendam disebabkan kontreknya kali kedua sebagai KP tidak disambung oleh Hishammuddin. Bagaimana pun beliau menafikan, apa dilakukan untuk memperbetulkan sesuatu yang salah dalam pasukan itu demi menjad imej dan intergriti polis. Pendirian dan pengakuan itu ada munasbaah dan boleh diterima. Tetapi ia tetap menjadi persaolan kenapa Musa tidak berbuat begitu semasa dia masih menjadi ketua polis? Apakah sekiranya dia sambung kontrek dia juga akan berdiam diri dan terus bersubahat dengan kekotoran itu? Kalau begitu adalah baik pegawai tinggi kerajaan tidak diberi kontrek (sambung jawatan) untuk menyaksikan berlaku pendedahan keburukan sesuatu jabatan? Dalam hubungan di atas kalau difahami Musa tidak mengkritik PDRM tetapi mengkritik menteri yang menjaga hal ehwal dan urusan kepolisan negara. Ini juga menimbulkan tanda tanya, kenapa? Harus difahami Umno selain daripada sedang mengheret dada untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13, parti itu juga akan berdepan dengan pemilihan pemimpin pada tahun depan. Apakah Musa melakukan itu bagi mempastikan Hishammuddin terguling dari kedudukannya sebagai salah seorang Naib Presiden Umno kini. Bahawa Musa ada nawaitu memprojekkan seseorang untuk mengambil alih tempat itu atau memberi keselesaan kepada dua lagi Naib Presiden, Ahmad Zahid Hamidi dan Shafei Afdal? Apakah Musa sedang berkempen untuk menyelamatkan Zahidi yang dikatakan kurang selamat sekiranya Muhyiddin Yassin menjadi Presiden akan datang, begitukah? Zahid kini sedang mencatur kedudukannya sendiri di dalam Umno yang semakin kabur kini. Pastilah bila ada ubi tentu ada batasnya, bila ada budi pastilah ianya diharap atau fahm-faham agar dibalas. Mungkinkah ada kerjasama di antara Musa dengan Zahid dalam soal ini secara faham memahami? Oph... ini hanya andaian tetapi ada kemungkinan ia berlaku. Politik itu serba mungkin. Juga, sebelum Musa membuat pendedahan yang boleh memburukkan reputasi Hishammuddin beliau telah melakukan sesuatu yang mengejutkan orang ramai bila mana menarik balik saman malu ke atas Anwar Ibrahim tanpa semena-mena. Musa bertindak menyaman Anwar kerana menuduhnya mereka-reka fakta atau menyembunyikan fakta sebenar dalam siasatan kes mata lebam melibatkan Anwar. Dalam satu laporan polis oleh Anwar terhadap Musa dan Peguam Negara, Abdul Gani Patail, menuduh Musa bersubahat dengan Gani melakukan kekejian itu. Laporan polis Anwar itu ekoran penemuan maklumat baru daripada bekas pegawai tinggi polis Mat Zain Ismail yang ketika itu menjadi ketua penyiasat kes itu. Bagaimana pun Musa menafikan dan merasa malu dengan tuduhan lantas mengemukakan saman kepada Anwar. Menjeutkan seluruh umat, tiba-tiba saat kes itu hendak dibicarakan Musa menarik balik saman itu tanpa ada apa-apa perundingan ketat dengan Anwar terlebih dahulu? Tindakan Musa itu dianggap anih dan songsang dan ia mula menjadi perhatian umum. Tindakan Musa itu menyebabkan timbul berbagai andaian dan lenggang lengguk politik negara menjadi semakin menarik. Walaupun Anwar menafikan tiada apa-apa kepentingan atas tindakan Musa itu, tetapi bila dengan senang beliau "memaafkan" Musa menyebabkan orang menyuluh dengan berbagai suluhan dan membuat spekulasi berhubung kejadian itu. Tindakan itu memelikkan kerana sebelum ini orang melihat dan menganggap Musa adalah musuh nombor satu Anwar dari species polis. Apa lagi Musa juga dilihat sebagai timbalan kepada Abdul Rahim Nor yang paling setia melaksanakan tugas-tugasnya mencengah kebangkitan refomasi. Ekoran kesetiaan Musa kepada tugas itu menyebabkan timbul kebencian amat sangat kepadanya, sampai ada yang meludah melihat gambar-gambarnya di akhbar atau di skrin TV. Jadi apabila tiba-tiba Musa berubah rasa dan tindakan menyebabkan ada orang sangsi dan mencari apakah motif disebalik "keikhlasan" Musa itu. Paling skeptikal mungkin dia ada niat tidak baik ke atas Anwar untuk meneruskan kerjanya selama ini. Ada juga beranggapan Musa terpaksa membuat koner 360 darjah kerana sudah dapat membaca situasi politik Malaysia didalam pilihan raya umum akan datang yang BN akan kalah teruk dan Umno akan kehilangan kuasa. Jadi untuk menyelamatkan dirinya dia harus berbuat sesuatu (menanam budi) bagi mengelak akan dikenakan tindakan. Kemungkinan ini bukan tidak ada, ada. Sebab akhir-akhir ini bukan saja Musa tetapi beberapa orang bekas ketua polis negara dan pegawai tinggi polis lain juga aktif mengambil bahagian dalam percaturan politik hari ini. Semacam ada satu strategi bersama di kalangan mereka. Rahim Nor, Norain Mai, Hanif Omar juga telah dan sedang memainkan peranan masing-masing. Acap kali juga Rahim mengeluar pandangan dan kebimbangan beliau terhadap kebangkitan rakyat warga Tionghua mengadakan siri-siri perarakan dan tunjuk perasaan. Dengan penuh tektikal Rahim mengeluarkan kenyataan perarakan komuniti Cina itu berunsur komunis. Apakah tujuan kenyataan begitu? Rahim yang dikenal sebagai orang terbabit rundingan membawa ke meja perundingan bekas komunis Malaya dengan kerajaan, menggunakan isu ini untuk menimbulkan ketakutan kepada orang Melayu. Jelas kenyataan Rahim itu berunsur hasutan dan cuba memencilkan orang Tionghua dari bersama Melayu. Kalau tidak silap lebih dua kali beliau cuba mengaitkan himpunan Cina sebagai berunsur komunis dan termasuk juga Bersih 3.0 yang didominasi Cina. Begitu juga bekas KPN, Hanif Omar yang sesekali muncul dengan kenyataan dan pandangan serong dan buruk ke atas Anwar Ibrahim. Semacam dia juga diberi peranan agar terus damagekan Anwar. Baik Rahim dan Hanif sependapat bahawa pengaruh Anwar berbahaya kepada masa depan Umno dan Melayu. Manakala Norain Mai pula tidak sezahir mereka berdua tetapi beliau juga ikut sama terlibat dalam mencaturkan agar kuasa politik Melayu (Umno) kekal. Baru-baru ini ketiga-tiga mereka ini menghadiri satu perjumpaan bersama intelektual terpilih Melayu di rumah veteran Umno di pinggir ibu kota. Tujuan kehadirannya untuk membincang mengenai nasib Melayu dan beriktiar agar Melayu bersatu. Hasil daripada pertemuan itu seorang bekas pegagai tinggi polis telah diminta berjumpa dengan Nik Abdul Aziz Nik Mat membincang mengenai perpaduan Melayu. Khabarnya dalam perbincangan itu ia cenderong mengajak Nik Aziz (PAS) agar duduk bersama Umno. Bagaimana pun perbincangan itu gagak memecat nekad Nik Aziz untuk terus bersama Pakatan. Berdasarkan kepada latar peristiwa dan kenyataan-kenyataan serta aksi bekas-bekas ketua polis ini jelas mereka terlibat dalam mencaturkan game politik di negara ini. Jadi berdasarkan kepada situasi itulah maka timbul di benak saya, apakah tindakan tanduk Musa Hassan itu juga termasuk dalam pakej bekas-bekas ketua polis negara itu? Kita menghormati mereka kalau ikhlas dan dibuat dengan penuh keadilan. Tetapi kalau usaha itu bertujuan memecahkan apa yang sedang dibuat oleh Anwar, Nik Aziz, Abdul Hadi Awang bersama DAP menerusi Pakatan Rakyat kini untuk membawa perubahan politik di Malaysia ia sangat dikesali dan kerja-kerja itu begitu jelek sekali. Mereka tidak bertindak atas prisinp keadilan dan berpijak pada paksi politik demokrasi. Saya telah menyatakan sebelum ini usaha mendapaikan politik orang Melayu demi mencari perpaduan Melayu akan sia-sia saja sekiranya Anwar Ibrahim dikecualikan. Perpaduan Melayu tidak akan berlaku kalau hanya di antara Umno dengan PAS. Suka atau tidak usaha itu perlu menarik sama Anwar Ibrahim ke meja perundingan itu. Apakah Musa Hassan diberi peranan itu? Dalam melihat dan mencari motif bekas-bekas ketua polis ini terutamanya Musa Hassan perlu diawasi. Mungkin mereka sedang memintal-mintal jerat untuk menjeruk kaki dan leher tokoh-tokoh Melayu dalam Pakatan untuk membolehkan pelanduk bernama Umno terlepas dan hidup seronok semula di hutan belantara. Mereka perlu diwaspadai. —msomelayu.blogspot.com |
You are subscribed to email updates from MIMPI SENJA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan