MIMPI SENJA |
- Pelajar 14 tahun dirogol lebih 20 lelaki yang dikenali
- PANAS MALAM INI : Kes Menteri rogol amah dibuka semula di Indonesia
- Ambik kau Shahrizat .... hahahha
- Himpunan Kebangkitan Rakyat peringkat Kedah - 7 Disember 2012
Pelajar 14 tahun dirogol lebih 20 lelaki yang dikenali Posted: 03 Dec 2012 06:43 PM PST 4 Disember 2012 KULIM - Seorang pelajar perempuan berusia 14 tahun bersama rakannya ditahan berikutan penyalahgunaan dadah di sebuah rumah di sini, jam 2 pagi baru-baru ini. Dia yang hanya mahu dikenali dengan nama Ima mula terlibat dalam penyalahgunaan dadah jenis methamphetamine ketika berusia 13 tahun. Dari siasatan awal, Ima membuat pengakuan pernah dirogol lebih 20 remaja lelaki dan lima daripadanya merupakan murid sekolah berusia di antara 14 hingga 17 tahun. Mangsa turut memberikan kerjasama dengan mencatat nama suspek yang pernah merogolnya. Ima berkata, lebih malang, ada dalam kalangan mereka yang pernah cuba meliwatnya. "Saya berkawan dengan mat rempit. Mereka membawa saya ke sebuah rumah dan saya dirogol beramai-ramai. Lama kelamaan perlakuan itu berlanjutan," katanya. Menurutnya, kejadian terkini berlaku dua minggu lalu apabila dia dirogol lima remaja di sebuah rumah di jalan Kilang Lama. Suspek mengugut untuk mencederakannya sekiranya enggan melayani nafsu mereka. "Selain rumah tinggal dan bengkel, saya pernah dirogol bergilir-gilir oleh beberapa remaja di tengah padang permainan," katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, polis akan menyiasat aduan dibuat oleh mangsa dan mencadangkan supaya mangsa dapat diletakkan di bawah penyeliaan rumah perlindungan. "Melakukan hubungan seks dengan mana-mana remaja perempuan bawah umur diklasifikasikan sebagai rogol walaupun mangsa merelakan perlakuan itu dilakukan terhadap dirinya. "Mangsa juga memaklumkan bahawa dia mengenali kesemua suspek yang merogolnya. Dengan senarai nama suspek yang ditulis oleh mangsa sendiri ini memudahkan polis mengesan kesemua suspek terlibat," katanya. |
PANAS MALAM INI : Kes Menteri rogol amah dibuka semula di Indonesia Posted: 03 Dec 2012 07:00 AM PST Untuk pengetahuan menariknya kes rogol amah ini langsung tidak di bicarakan. Kuala Lumpur - by @tiewnama Malaysia di kejutkan dengan peristiwa yang menggemparkan negara dengan seorang menteri di dakwa merogol amah, tidak dapat di pastikan perkara ini betul atau pun salah, kerana segala sumber telah di padam dan telah di hapuskan. berbalik kepada tajuk di atas. di bawah ini di sertakan sebuah kes yang kertas siasatannya bakal di buka semula berkaitan rogol amah duta besar indonesia di malaysia dan polis indonesia berserta jabatan jabatan kerajaan yang lain akan membuka semula kertas siasatan baru atas dakwaan kes rogol amah dan rasuah yang di dakwa oleh NGO malaysia iaitu menteri penerangan komunikasi dan kebudayaan malaysia, Rais Yatim terhadap bekas pembantu rumahnya atau amahnya, puan Robengah yang memiliki rumah berharga rm 100 ribu di banjar negara indonesia dalam masa terdekat. Rumah MANGSA ROGOL rujuk sini [SINI] laporan tersebut diterima oleh kedutaan tersebut sebagai informasi baru untuk memulakan siasatan. kementerian kaunselor kedutaan indonesia saudara Suryana Sastradi redja dan polis kerjasama antarabangsa kedutaan indonesia, saudara Benny Iskandar telah mengesahkan untuk membuka siasatan terhadap Robengah dan juga majikannya iaitu Rais Yatim yang juga ahli parlimen Jelebu dan Menteri dari parti UMNO, Barisan Nasional. kes ini akan dirujuk kepada pihak berkuasa anti rasuah di Indonesia, berdasarkan maklumat terbaru, robengah sendiri menyatakan bahawa beliau telah diberi amaran oleh orang besar di malaysia yang melarang beliau dari membicarakan perkara ini, pada awal 2011, Malaysia digemparkan dengan pendedahan mengenai penglibatan seorang menteri kanan kerajaan yang di dakwa atau di fitnah dalam kes rogol melibatkan pembantu rumahnya, puan robengah yang berasal dari indonesia. robengah sebelum ini mendakwa di rogol majikannya di malaysia, sepertimana laporan NGO indonesia Migrant Care pada 23 Julai 2007. bagaimana pun robengah menafikan perkara itu dalam surat ditandatangani bertarikh 7 Januari 2011, menyatakan tidak menghadapi masalah sewaktu bekerja di malaysia dan begitu gembira tinggal di malaysia. dalam lawatan sebuah NGO malaysia di Banjar negara Oktober lalu mereka mendapati puan robengah hidup mewah dengan rumah dianggarkan bernilai RM 100,000, walaupun beliau dan suami tidak bekerja dan hanya duduk di rumah saja sambil bermain forex agaknya. pelbagai pihak sebelum ini membuat laporan polis berhubung kes itu namun sehingga kini tiada siasatan dilakukan kerana umum tahu di malaysia, Pemerintahan Barisan Nasional, KUASA mengatasi UNDANG UNDANG. dan malaysia juga di kenali sebagai BOLEHLAND! Seimbas berkenaan kes yang tidak di bicarakan ini, Bloger UMNO yang keluarkan isue ini di hentam bloger UMNO yang lain kerana membuka pekung UMNO. Kejadian berlaku ketika Pak Lah PM, dan mungkin perjanjian dengan Pok Jibby membuatkan kes ini di tutup di Malingsia Ubah Sekarang Selamatkan Malaysia, 1Malaysia Rakyat Di Dahulukan Pencapaian Entah Kemana. Hutang Negara Sudah Melebihi rm 480 billion by @tiewnama - wartawan berita pecah berita. kahkahkahkah ------------------------------------------------------------------------------------------------------- |
Ambik kau Shahrizat .... hahahha Posted: 03 Dec 2012 02:35 AM PST PR Jempol buat 6 laporan polis ke atas Shahrizat 3 Disember 2012 JEMPOL - Pakatan Rakyat (PR) Jempol hari ini buat enam laporan di Balai Polis Bandar Seri Jempol dekat sini berhubung kenyataan Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Jalil pada Perhimpunan Agung Umno, baru-baru ini. Laporan berkenaan membabitkan beberapa pemimpin PR setempat termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bahau, Teo Kok Seong. Kok Seong ketika ditemui semalam berkata, kenyataan Sharizat bahawa insiden 13 Mei akan berulang sekiranya Umno kalah pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan datang jelas cuba menakut-nakutkan rakyat negara ini dan polis perlu mengambil tindakan. Ia sebahagian daripada laporan polis dibuat di seluruh negara oleh ahli-ahli Pemuda Pas dan PR ke atas Shahrizat. |
Himpunan Kebangkitan Rakyat peringkat Kedah - 7 Disember 2012 Posted: 03 Dec 2012 01:44 AM PST ALOR SETAR - Lebih 50,000 orang dijangka hadir pada Perhimpunan Kebangkitan Rakyat Negeri Kedah yang akan diadakan pada 7 Disember 2012 di Stadium Sultan Abdul Halim, Jalan Suka Menanti, di sini. Pengerusi DAP Kedah yang juga pengerusi bersama program, YB. Lee Guan Aik berkata, perhimpunan yang bermula pada jam 2 petang itu akan menghimpunkan ahli-ahli dari PAS, DAP dan Pakatan Rakyat (PKR). "Bas Jelajah Merdeka Rakyat juga akan turut serta dalam perhimpunan yang diadakan itu selain ucapan daripada Cikgu Bad pada jam 5 petang," ujarnya. Beliau berkata demikian kepada pemberita sempena majlis Perhimpunan Kebangkitan Rakyat Negeri Kedah di Wisma Darul Aman, di sini. Menurutnya, semua pemuda dari PKR akan turut menyampaikan ucapan dan perhimpunan secara besar-besaran akan bermula pada jam 8 malam. "Pada jam 2 petang akan diadakan majlis Bicara Wanita Pakatan Rakyat di samping persembahan kebudayaan pelbagai kaum melibatkan tarian singa, chingay, silambam dan silat gayong pada jam 3 petang," katanya. Beliau memberitahu, konvoi anak muda juga turut diadakan di samping persembahan pentas yang menampilkan Cikgu Bad, Ketua Pemuda PAS, Keadilan dan DAP Kedah. "Pada jam 5 petang akan berlangsung kuliah santai oleh Ustaz Azhar Idrus serta penampilan Leman Raja Lawak dan Radhi Mat Din," katanya. Beliau menjelaskan, Menteri Besar yang juga Pengerusi Majlis Perhimpunan itu dijangka hadir pada program yang diadakan itu. "Pemimpin tertinggi iaitu Lim Kit Siang, Anwar Ibrahim dan Tuan Guru Haji Hadi Awang turut menyampaikan ucapan pada majlis itu," ujarnya. Tambahnya, perhimpunan yang diadakan pada kali ini dijangka akan dihadiri lebih daripada 50,000 orang kerana ia adalah program Peringkat Negeri. "Kita akan adakan program seperti ini secara berterusan di negeri ini dalam menghadapi pilihanraya umum ke-13 tidak lama lagi," katanya. Menurutnya, Pakatan Rakyat (PR) akan memberikan tentangan hebat kepada Barisan Nasional (BN) dan UMNO dalam menghadapi pilihanraya akan datang. "Kehadiran rakyat yang begitu ramai pada perhimpunan ini secara tidak langsung akan membimbangkan UMNO yang akan menjadi penentu kepada nasib BN," katanya. Pihaknya percaya rakyat yang akan menentukan pada pilihanraya yang akan diadakan nanti dan ia juga diharap akan mewujudkan perhimpunan lain di negeri ini. Sementara itu, Setiausaha Perhubungan PAS Kedah, Ustaz Musoddak Ahmad berkata, minimun seramai 2,000 ahli PAS dalam setiap kawasan yang melibatkan 15 kawasan di negeri ini dijangka menghantar ahli-ahli mereka untuk menyertai perhimpunan ini. "Tema pakaian pada perhimpunan ini ialah kuning, hijau, oren dan merah dan kita berharap perhimpunan yang diadakan ini akan berjaya sepertimana perhimpunan yang diadakan di negeriKelantan dan Johor sebelum ini," katanya. Turut hadir ialah Ketua Angkatan Muda Keadilan Negeri Kedah, Cikgu Azman Nasrudin. |
You are subscribed to email updates from MIMPI SENJA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan