Sabtu, 29 Disember 2012

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Pembelian RM30 Juta Saham Astacanggih Oleh LTAT : Zahid Hamidi Perlu Beri Penjelasan

Posted: 29 Dec 2012 07:52 PM PST


Sunday, 30 December 20Tun Izhalmi

E-mailPrint
alt
PETALING JAYA, 30 Dis - Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli mendakwa penggunaan wang Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) bernilai RM160 juta dibuat semata-mata ingin menutup mulut ahli perniagaan permaidani, Deepak Jaikishen berhubung pendedahan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terbabit dalam akuan bersumpah kedua P Balasubramanian.

Beliau menyatakan, urusniaga mengejut melibatkan pembayaran RM30 juta membeli 80 peratus saham terbitan Astacanggih dan RM130 juta untuk membeli 200 ekar dari Awan Megah Sdn Bhd adalah satu salahguna kuasa oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi dan Najib Razak.

"Urusniaga ini dibiayai sepenuhnya oleh Bakti Wira Development Sdn Bhd, sebuah syarikat pelaburan hartanah yang dimiliki sepenuhnya oleh Bousted Holdings Berhad, milik LTAT," katanya dalam satu sidang media di ibupejabat PKR hari ini.

Keraguan timbul memandangkan urusniaga ini tidak menepati garis panduan pelaburan baik kerana berdasarkan semakan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Astacanggih adalah sebuah syarikat yang tidak pernah memfailkan penyata kewangan dan mempunyai modal berbayar sebanyak RM20 juta.

Mengikut rekod SSM juga, syarikat ini juga dibebankan dengan hutang sebanyak RM98 juta dari Kuwait Finance House.

Jelasnya, Zahid Hamidi perlu berhati-hati dalam memastikan pelaburan baik dibuat oleh Wira Bakti Development Sdn Bhd kerana melibatkan kepentingan anggota tentera, memandangkan modal dan aktiviti Boustead Holdings berhad banyak bergantung kepada caruman dari potongan gaji mereka yang disalurkan melalui LTAT.

"Nilaian RM30 juta bagi 80 peratus saham terbitan Astacanggih itu tidak ada asas. Kenyataan Bousted Holdings Berhad bahawa nilaian RM30 juta dicapai atas persetujuan bersama pembeli dan penjual membuktikan urusniaga ini dibuat berdasarkan pertimbangan politik, bukannya pelaburan komersil.

"Pembayaran RM130 juta terhadap 200 ekar tanah yang statusnya masih belum dipindahmilik kepada Awan Megah Sdn Bhd bermakna Zahid Hamidi mengambil wang sebanyak RM130 juta dari caruman anggota tentera untuk membayar syarikat milik pimpinan Umno tanpa ada sebarang pertukaran aset kerana masih belum dipindahmilik selain tidak menggunakan penilaian bebas," katanya lagi.

Walau bagaimanapun, pengumuman rasmi Bousted Holdings Berhad kepada Bursa Malaysia memberikan alasan bahawa pembelian tanah itu bertepatan dengan bank tanah sedia ada milik anak syarikat Boustead iaitu Jendela Nikmat Sdn Bhd di kawasan Bukit Raja, Klang.

"Semakan rekod menunjukkan tanah seluas 236 hektar yang dipindahmilik kepada Jendela Hikmat Sdn Bhd dinilai pada RM230 juta pada akhir tahun 2005.

"Ini bermakna, tanah sekitar kawasan yang sudah dimiliki oleh Boustead Holdings dinilai sekitar RM390,000 seekar berbanding urusniaga terkini melibatkan Awan Megah yang membayuar RM650,000 seekar ke atas tanah yang statusnya belum dipindahmilik," ujar beliau lagi.

Sehubungan itu, Rafizi akan meneliti semula semua pembayaran dibuat Deepak kepada pihak tertentu yang mempunyai kaitan kepada Najib Razak memandangkan dakwaan sebelum itu ada kreadibiliti dan kebenarannya.

Datuk Seri Zahid Hamidi pada 30 November 2012 mengumumkan kepada media untuk menjawab dakwaan Deepak terhadap Najib Razak semasa Perhimpunan Agung Umno namun beliau gagal berbuat demikian keesokkan harinya.

hahaha Chua Soi Lek pun menyampah dengan blogger Umno

Posted: 29 Dec 2012 08:29 AM PST


KUALA LUMPUR, 29 Dis — Datuk Seri Chua Soi Lek hari ini mengecam tindakan blogger Umno memutar belit kenyataannya ketika pertemuan dengan mereka Rabu lalu, dan menuduh blogger pro Umno itu tidak beretika. 
Presiden MCA itu menegaskan, beliau kecewa dengan tindakan segelintir blogger tersebut yang mendedahkan butiran perjumpaan mereka malah menegaskan beliau tidak akan berjumpa dengan mereka lagi kerana dakwanya ingin menghancurkan MCA. 
"Saya sangat kecewa dengan blogger pro Umno ... mereka tidak ikhlas tentang apa yang telah dibincangkan. 
"Ia perjumpaan tertutup dan saya ada bercakap tentang persiapan MCA hadapi pilihan raya umum ... Ada sesetengahnya hanya gurauan dan tidak patut didedahkan," jelasnya menyuarakan rasa kecewa dengan tindakan blogger Umno tersebut.
"Mereka tiada etika melaporkan dan kefahaman dalam apa yang dibincangkan ... mereka melanggar janji itu," tegasnya kepada pemberita ketika sidang media selepas majlis makan malam bersama NGO dari Bandar Tun Razak di sini. 
Soi Lek (gambar) bagaimanapun turut menegaskan beliau tidak akan mengambil sebarang tindakan terhadap mereka serta tidak lagi akan melayan sebarang permintaan daripada blogger tersebut selepas ini. 
"Jangan datang dan kacau saya lagi, mereka lebih suka 'spin' daripada membantu MCA. 
"Saya telah dimainkan oleh blogger pro Umno," katanya lagi, dan menambah, akan lebih berhati-hati dengan blogger Umno. 
"Saya akan lebih berhati-hati, saya mempertikaikan tujuan mereka ... adakah mereka mahu bantu MCA atau hancurkan MCA," tegasnya. 
Ketika pertemuan dengan blogger pro Umno Rabu lalu, Dr Chua dilaporkan berkata Ong menggunakan "faktornya" untuk mendapatkan sokongan di Melaka bagi mensabotaj beliau. 
Menurut Syed Akbar Ali, blogger pro-Umno yang menghadiri pertemuan itu, presiden MCA itu turut menjangkakan Ong akan meninggalkan parti jika berlaku penggantungan Parlimen. 
"Melihat kembali isu kurangnya sokongan dan beliau berbicara tentang Ong Tee Keat cuba mensabotajnya di Melaka. Dr Chua merasakan jika berlakunya penggantungan Parlimen selepas pilihan raya, Ong Tee Keat mungkin akan mengemas begnya dan pergi. Seperti Chua Jui Ming," kata Syed Akbar dalam blognya.

Hadi tak pernah memurtadkan sesiapa - TGNA

Posted: 29 Dec 2012 12:57 AM PST


Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat
Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat
SHAH ALAM - Di sebalik polemik mengenai isu Amanat Haji Hadi yang berterusan termasuk desakan Umno mahu ia ditarik balik, Murysidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan, Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak pernah "memurtadkan sesiapa."

Sebaliknya kata Nik Aziz, Hadi hanya menjelaskan batasan iman dan kufur sahaja.

"Tuan Guru Haji Hadi tidak pernah memurtadkan sesiapa, beliau hanya menjelaskan batasan iman dan kufur sahaja," kata beliau antara entri terbaru laman sosial Facebook.

Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, seseorang Muslim tetap murtad apabila terbatal syahadahnya sekalipun tanpa Amanat Haji Hadi.


"Dalam perjalanan ke Seremban dari KLIA, membaca akhbar hari ini (semalam) masih menyebut tentang Amanat Haji Hadi. Perlu diketahui bahawa seorang pesakit tetap sakit sekalipun tidak diberitahu oleh doktor.

"Seorang Muslim tetap jatuh murtad apabila terbatal syahadahnya sekalipun tanpa Amanat Haji Hadi," kata beliau yang malam tadi menghadiri majlis kutipan dana Pas menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13.

Tiada ulasan: