Ahad, 30 Disember 2012

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Jom Tengok Muka-Muka Mereka Yang Suruh Haji Hadi Bertaubat

Posted: 30 Dec 2012 06:06 AM PST

http://sphotos-c.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-prn1/12622_527435693956221_380114555_n.jpg 

bertaubatttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttt......

Nik Amar Jawab Isu Amanat Haji Hadi. Orang Umno Boleh Tengok! Jangan Buta Hati!

Posted: 29 Dec 2012 07:06 PM PST



Video streaming by Ustream


Perkasa selar Mohd. Amar perlekeh TPM dalam kuliah agama

KOTA BHARU 29 Dis. - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menyelar tindakan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah negeri, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah memperlekehkan Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika menyampaikan kuliah Jumaat di pekarangan Pejabat Pas Kelantan di sini semalam.

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, tindakan Mohd. Amar itu mencemar kesucian Islam kerana menggunakan pentas agama untuk menghina dan mengutuk Timbalan Perdana Menteri.

"Nik Amar bercakap atas platform kuliah agama, tetapi bercakap mengenai politik serta mengata orang. Adakah ini nilai orang yang belajar agama dan cerdik apabila sanggup menghina orang lain.

"Timbalan Perdana Menteri amat berhati-hati dalam setiap tutur katanya. Beliau menegur sekiranya perlu sahaja, beliau menegur Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat celupar selepas Menteri Besar itu sering mengeluarkan kenyataan yang merosakkan perpaduan serta mengelirukan orang ramai.

"Ini menunjukkan keperibadian Muhyiddin dan Nik Abdul Aziz amat berbeza, jauh langit dengan bumi," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai tindakan Mohd. Amar yang menyelar dan menyifatkan Muhyiddin celupar ketika menyampaikan kuliah Jumaat bagi menggantikan Nik Abdul Aziz semalam.

Ia ekoran tindakan Muhyiddin menyifatkan Nik Abdul Aziz celupar kerana menyatakan menyokong UMNO satu perbuatan yang mungkar.

Dalam kuliah tersebut, Mohd. Amar turut menyelar Ibrahim kerana mendakwa Ahli Parlimen Pasir Mas itu memberikan maklumat yang salah mengenai isu tanah balak yang membabitkan dua pemimpin DAP Perak.

Sementara itu, Ibrahim menegaskan beliau hanya mempersoalkan tindakan Kerajaan Pas Kelantan kerana memberi pajakan yang terlalu lama kepada syarikat bukan bumiputera dari luar Kelantan.

"Benar tanah ini tidak bertukar milik, tetapi kita persoal kenapa pajakan tersebut diberikan kepada syarikat bukan bumiputera dari luar negeri ini dan ia dalam tempoh berpuluh tahun. Dalam masa sama Kerajaan Pas Kelantan tidak mendedahkan jumlah premium yang diberikan oleh syarikat terbabit.

"Setakat hendak tebang balak, anak-anak Kelantan pun boleh lakukan, ada gergaji dengan lori semuanya dapat dilaksanakan. Kerajaan Pusat juga ada mengambil pelabur luar, tetapi dalam industri berteknologi tinggi yang tidak mampu dilakukan oleh rakyat tempatan.

"Saya percaya ini ada kena mengena dengan komisen yang diperoleh pihak tertentu. Kalau kerajaan Pas Kelantan jujur dan betul, dedah semua sekali senarai tanah-tanah yang dipajak termasuk kawasan balak, pamer dan tunjuk senarai itu kepada rakyat," katanya.
© Utusan Melayu (M) Bhd

Serban Dia Kalah TG Haji Hadi, Patut La Dia Bangkang

Posted: 29 Dec 2012 06:20 PM PST

http://www.utusan.com.my/pix/2012/1230/Utusan_Malaysia/Politik/po_02.1.jpg


KUALA LUMPUR 29 Dis. - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak berhak meletakkan sebarang syarat kepada kerajaan untuk memberi penjelasan tentang amanatnya pada 1981 yang mengkafirkan UMNO, kerana perkara itu melibatkan soal akidah.

Bekas ahli seumur hidup dan aktivis Pas, Zainon Ismail (gambar) atau lebih dikenali sebagai C.N. Al-Afghani berkata, beliau hairan dengan tindakan Abdul Hadi meletakkan syarat untuk menjelaskan amanat tersebut tetapi tidak pula memberi sebarang syarat ketika amanat itu dibuat 31 tahun lalu.

Katanya, tindakan Abdul Hadi meletakkan syarat menunjukkan Presiden Pas itu lebih mengutamakan politik daripada meletakkan kepentingan akidah umat Islam yang terpengaruh dengan amanat beliau sehingga sanggup mengkafirkan keluarga sendiri.


Hebat la sumber utusan ni. Kalah Haji Hadi

Utusan Ke TG Haji Hadi Yang Berdolak Dalik Sekarang?

Posted: 29 Dec 2012 06:17 PM PST

Presiden Pas berdolak-dalik
Oleh RADHUAN HUSSAIN
pengarang@utusan.com.my

 http://www.utusan.com.my/pix/2012/1230/Utusan_Malaysia/Politik/po_01.1.jpg

ABDUL HADI AWANG

MARANG 29 Dis. - Setelah sekian lama menyepi, akhirnya Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini tampil memberikan reaksinya berhubung isu Amanat Haji Hadi yang dicetuskan beliau pada 1981, tetapi dengan satu syarat.

Jelas Abdul Hadi, beliau hanya akan menjelaskan mengenai amanat itu sekiranya kerajaan memberinya peluang selama sejam menerusi siaran RTM atau TV3 untuk berbuat demikian.

Menurutnya, beliau hanya akan menyatakan pendiriannya sama ada menarik balik atau mempertahankan Amanat Haji Hadi sekiranya permintaan itu dipenuhi.

"Saya minta supaya diberi peluang sejam oleh RTM dan TV3 secara live (langsung). Saya percaya kalau jawab di sini akan diputar belit.

"Biar satu jam berikan pada saya untuk saya jelaskan, lepas itu baru masyarakat boleh menilai. Tak kira bila kerajaan nak beri, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan akan beri arahan," katanya selepas melancarkan satu program Pas di Rusila dekat sini hari ini.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20121230/po_01/Presiden-Pas-berdolak-dalik#ixzz2GUuU6AFT
© Utusan Melayu (M) Bhd

kalau dah buta hati!

Abang ipar TKM Sabah ketuai 136 ahli Umno sertai KEADILAN

Posted: 29 Dec 2012 06:10 PM PST

http://www.keadilandaily.com/wp-content/uploads/2012/12/IMG_2113.jpg

(Balqis Abdullah)

KOTA KINABALU 30 DISEMBER: Abang ipar kepada Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Yahya Hussin mengetuai 136 ahli Umno dari Dewan Undangan Negeri Petagas, menyertai KEADILAN.

Ahmad Yunin menyerahkan borang keahlian kepada Datuk Seri Anwar
Ibrahim selepas Ketua Umum KEADILAN itu berucap di pusat beli-belah Tanjung Aru Plaza di sini, malam tadi.

Ahmad adalah abang kepada Datin Seri Jouyah Yunin – isteri Yahya.

Beliau yang juga Pengerusi Sukarelawan Petagas turut menyerahkan cek RM10,000 untuk misi bantuan di Gaza pada majlis itu.

Program anjuran Wanita KEADILAN Sabah yang dihadiri lebih 1,000 penduduk tempatan itu sebahagian daripada siri Jelajah Demi Rakyat di Sabah.

Keadilan Daily difahamkan, pidato Anwar itu adalah adalah pertama kali dijalankan dalam sesebuah pusat beli-belah di negeri berkenaan.

Sabah yang dianggap fixed deposit Umno BN, hampir pasti ditawan Pakatan Rakyat pada PRU 13.

Ia berikutan ramai pemimpin berpengaruh di kalangan masyarakat Islam dan Kristian di Negeri Di Bawah Bayu itu mengisytihar sokongan kepada Pakatan, beberapa bulan lalu.

Tiada ulasan: