Isnin, 3 Disember 2012

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Google+ Hangout Oleh Anwar Ibrahim Menerima Lebih Paparan Berbanding Najib Razak

Posted: 03 Dec 2012 03:21 PM PST


Google+ Hangout boleh dikatakan semakin popular akhir-akhir ini, apatah lagi setelah ia digunakan oleh ketua parti politik pembangkang dan juga perdana menteri kita sendiri baru-baru ini.

Pada acara Google – The Next Billion yang diadakan hari ini, pihak Google berkongsi mengatakan yang mana acara Google+ Hangout yang diadakan oleh Anwar Ibrahim pada bulan Ogos lepas menerima lebih daripada 22,000 paparan langsung, dan lebih 100,000 paparan secara keseluruhannya.

Angka yang diterima oleh Najib Razak tidak diumumkan, tetapi dikatakan tidak jauh dibelakang, mungkin dalam perbezaan yang sedikit berbanding yang dikendalikan oleh Anwar Ibrahim.

Di negara-negara membangun, internet merupakan salah satu platform yang digunakan dalam menghubungkan para pengguna antara satu sama lain, disamping Google Hangout yang mana digunakan oleh para pemimpin dalam berinteraksi dan berhubung dengan rakyat.

Najib takut bantah campur tangan Mahathir - Anwar

Posted: 03 Dec 2012 03:51 AM PST


Dec 3 2012 / Keadilan Daily

(Oleh Aedi Asri)

PETALING JAYA 3 Dis: Datuk Seri Najib Razak gagal menunjukkan keberanian sebagai pemimpin apabila hanya membiarkan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad campur tangan dalam urusan pentadbiran kerajaan.

"Orang di sekeliling Perdana Menteri mahupun beliau sendiri tidak suka dengan cara Mahathir campur tangan dalam (urusan) kerajaan, tetapi saya tidak fikir Najib berani bertegas.

"Sebab itu Mahathir masih panggil pimpinan Umno dan beri arahan kepada mereka," kata Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Najib tidak boleh bertindak tegas terhadap bekas Menteri Wanita, Datuk Seri Shahrizat Jalil (ketika terlibat dalam skandal National Feedlot Corporation), jadi saya tak boleh bayangkan beliau boleh bertegas dengan Mahathir," katanya pada sidang media di ibu pejabat parti, hari ini.

Anwar berkata, beliau tahu tentang pertemuan Mahathir dengan pimpinan Umno peringkat negeri dan meminta mereka menangguhkan rancangan menjatuhkan Najib sehingga selesai Pilihan Raya Umum ke-13.

"Ia disampaikan kepada hampir semua pimpinan Umno negeri. Sebab itu saya fikir Najib rasa kedudukan peribadinya dalam Umno tidak selamat," kata Anwar.

Najib dalam ucapan penggulungannya di Perhimpunan Agung Umno memuji dasar Wawasan 2020 serta berterima kasih kepada Mahathir kerana 'sukarela' berkempen untuk Umno.

Ketika melancarkan Perhimpunan Agung Tahunan Parti Progresif Rakyat (PPP) semalam, Najib dilaporkan turut mengakui Mahathir masih memiliki pengaruh kuat dalam pentadbiran Umno BN.

Politik kebencian, ketakutan Najib dan Umno

Posted: 02 Dec 2012 10:38 PM PST

Dalam tempoh PRU13 yang kian hampir, Umno telah menunjukkan tanda-tanda ketidakyakinan dalam mempertahankan kuasa mereka. Jelas mereka tidak mampu untuk menangkis setiap idea dan dasar kami, lantas menyerang dengan membenih politik kebencian dan ketakutan.

Dengan media arus perdana yang semakin ketandusan isu, Umno sedang memaksimakan setiap helah yang ada untuk memasung agenda perkauman dan ketakutan dalam kalangan rakyat demi mengelak balasan yang bakal menimpa mereka jika Pakatan Rakyat berkuasa kelak.

Perhimpunan Agung Umno yang baru selesai itu adalah pelantar untuk meningkatkan lagi serangan yang berbentuk penipuan dan penghinaan diketuai oleh Perdana Menteri iaitu Presiden Umno sendiri, Dato’ Seri Najib Razak. Kami mengecam kenyataan tidak bertanggungjawab beliau bahawa Malaysia akan hilang kedaulatannya dalam tiga tahun pertama Pakatan Rakyat memerintah.

Ideanya mudah; memperbodoh-bodohkan rakyat dengan menyuburkan idea bahawa pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat adalah pengkhianat yang akan menggadaikan maruah negara demi kepentingan politik. Malah lebih malang lagi apabila idea itu tidak disokong dengan fakta dan hujah yang empirikal, kenyataan Najib adalah kenyataan yang tidak masuk akal dan hanya dibuat oleh orang yang tidak punya maruah dan moral sama sekali.

Senario simptom ketakutan hilang kuasa ini dimulakan momokkan insiden 13 Mei sekiranya Pakatan Rakyat memegang tampuk pemerintahan. Kami mengerti bahawa Ketua Wanita Umno cuba untuk menghidupkan semula kareer politik beliau yang telah pupus akibat didesak untuk meletakkan jawatan dalam skandal ratusan juta NFC. Tetapi dengan menggunakan hujah picisan sebegitu adalah tidak munasabah.

Tindakan menyeru kembali ‘hantu’ 13 Mei itu adalah untuk menimbulkan kebencian antara masyarakat Melayu dengan bukan Melayu, seterusnya menyemai budaya ketakutan dalam kalangan rakyat bahawa pertumpahan darah akan berlaku sekiranya Umno kehilangan kuasa. Hujah tersebut bukan sahaja biadap, malah boleh dianggap sebagai hasutan dan dikategorikan sebagai satu jenayah.

Jelas sekali bahawa Pakatan Rakyat telah muncul sebagai ancaman utama kepada hegemoni Umno-Barisan Nasional, dan ini menyebabkan mereka melancarkan tuduhan liar tentang pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat, terutamanya saya sebagai proksi kepada kedua-dua kuasa asing Amerika Syarikat dan China dalam satu masa!

Kenyataan tidak masuk akal itu mungkin lucu, tetapi dengan pengawalan sepenuhnya media cetak dan elektronik, Umno sedang menyebarkan agenda penipuan yang mampu membanggakan Goebbels. Menggunapakai taktik pengulangan ‘penipuan besar’ ini, media mereka bertujuan untuk menggambarkan kewangan atau perberhandaraan negara mungkin dikawal oleh kuasa luar sekiranya Pakatan Rakyat memerintah.

Media Umno juga keterlaluan dengan membakar api perkauman dan agama dengan menyiarkan kenyataan-kenyataan berbaur ekstremis dan rasis daripada perwakilan. Menurut Umno, hanya mereka sahaja yang mampu menjuarai Islam; bukan KEADILAN mahupun PAS. Justeru itu mereka berhujah bahawa gejala murtad akan dilestarikan dan Malaysia akan ditransformasikan menjadi negara Kristian jika Umno pupus pada pilihanraya akan datang.

Ucapan pembukaan Najib dalam Perhimpunan Agung Umno dipenuhi dengan serangan terhadap pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat, terutamanya ke atas saya dan di dalam gaya bahasa yang tidak sewajarnya dilafazkan oleh seorang yang negarawan. Adakah wajar bagi rakyat untuk terus mempertahankan pemimpin yang tidak mempunyai kaliber seperti itu? Apakah dasar baru yang dibentangkan demi kemajuan negara?

Mana idea untuk ekonomi dan keadilan sosial, kesihatan, perumahan dan pendidikan? Jikalau beliau punyai alasan yang kukuh untuk menyaingi Pakatan Rakyat, beliau sepatutnya menyahut cabaran saya untuk bersemuka dan berbahas, supaya rakyat dapat menilai dengan sebaiknya siapa yang bercakap benar dan siapa yang gemar menipu. Janganlah berselindung di sebalik jentera propaganda murahan kamu dan jadilah anak jantan sebenar sebagai Perdana Menteri dan turun berdebat dengan saya di dalam gelanggang!

Anwar Ibrahim
Ketua Umum KEADILAN

3 Disember 2012

Hebatnya Pemimpin Umno Johor Urus Longkang. Tak Sama Macam TG Nik Aziz

Posted: 02 Dec 2012 10:17 PM PST

Jumlah mangsa banjir di NS meningkat, Johor kembali dilanda

KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir di pusat pemindahan di Negeri Sembilan hari ini meningkat berbanding malam tadi, dengan Johor kembali dilanda banjir.

Menurut laman portal banjir Majlis Keselamatan Negara (MKN), Negeri Sembilan merekodkan peningkatan jumlah mangsa iaitu 112 orang membabitkan 27 keluarga diikuti dengan Johor seramai 21 orang membabitkan enam keluarga.

Portal MKN turut melaporkan banjir di Negeri Sembilan melanda kawasan FELDA Jelai 4, Gemas di daerah Tampin dengan kesemua mangsa ditempatkan di pusat pemindahan Sekolah Agama Rakyat FELDA Jelai 4, Gemas manakala di sekitar Segamat, Johor, semua mangsa ditempatkan di pusat pemindahan banjir di Balairaya Spang Loi dan Balairaya Kampung Awat.

Sementara itu, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) meminta penduduk di beberapa kawasan rendah di Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Pahang, Sarawak dan Kedah berjaga-jaga berikutan bacaan paras air di beberapa sungai utama melebihi paras amaran.

Ini berikutan paras air di Sungai Bernam di jambatan SKC, Hulu Selangor dan Sungai Selangor di Rantau Panjang, Kuala Selangor masing-masing mencatat 18.57 meter dan 7.17meter, Sungai Serting di Serting Ulu, Jempol (73.88m), Sungai Muar di Pekan Rompin, Gemas (34.47m), Sungai Rembau di Titian Bintangor, Rembau (6.45m).

Paras air di Sungai Muar di Buloh Kasap, Segamat pula mencatat bacaan 9m. manakala empangan Repas, Bentong dan Sungai Triang di Triang, Bera pula masing-masing mencatat bacaan 113.67m dan 33.94m.

Paras air di Sarawak Maritime, Sibu pula 2.78m manakala Sungai Chepir di Batu 5, Sik, Kedah pula 32.89m. - BERNAMA

Tiada ulasan: