Jumaat, 7 Disember 2012

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Jangan Berlagak Jika Ada Ilmu Silat - Pengasas Silat Pusaka Gayong

Posted: 06 Dec 2012 11:47 PM PST

Jangan salah guna ilmu silat – Pengasas Silat Pusaka Gayong

rang yang menyalah guna ilmu persilatan akan dilaknat ikrar yang dilafazkannya, kata pengasas Pertubuhan Silat Pusaka Gayong Malaysia, Cikgu Abdul Majid Mat Isa.

"Pesilat sentiasa berwuduk, baca ayat surah at-Taubah dan bersumpah laknat. Sebab itu tak boleh tunjuk lagak.

"Ilmu silat ada pantang-larangnya. Kalau berlagak, kita tak selamat. Allah yang akan balas," katanya kepada Keadilan Daily.

Beliau merujuk kejadian 4 Disember lalu apabila dua penyokong Pakatan cedera diserang samseng Umno termasuk pesilat Lincah di Dataran Sharuddin, Batu 8 1/2, Kampung Gombak Utara.

Seorang daripada mereka cedera ditikam kerambit manakala seorang lagi luka di kepala akibat dibaling pasu.

Cikgu Majid adalah Pengarah dan Gurulatih Utama Pusaka Gayong Malaysia masih mengekalkan gelaran 'Cikgu' meskipun beliau bertaraf mahaguru dalam dunia persilatan.

Beliau adalah murid kanan pengasas Gayong Malaysia, Allahyarham Datuk Meor Abdul Rahman.

Kata Cikgu Majid, silat untuk mempertahan diri jika diancam, bukannya untuk menyerang orang yang tidak bersalah dan tidak bersenjata.

"Jangan sengaja tunjuk kelebihan. Saya keluarkan arahan kepada semua guru Gayong dan anak buah, jangan sembarangan tunjuk lagak.

"Mereka yang melakukan kesalahan wajib bertaubat," katanya.

Beliau juga mengarahkan pesilat Gayong bersiap-sedia menghadapi kemungkinan gangguan berikutan program Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Suka Menanti, Alor Setar Kedah, 7 Disember ini.

[VIDEO] Tak Lama Jadi Kerajaan Jika Amal & Biarkan Politik Samseng - Musa Hassan

Posted: 06 Dec 2012 10:02 PM PST

Musa: Tak lama jadi k'jaan jika biar politik ganas Mantan Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan memberi amaran bahawa kerajaan yang membiarkan keganasan politik berleluasa mengundang risiko digulingkan melalui cara yang sama.

Katanya, beliau berkata demikian atas perhatiannya bahawa situasi politik pada masa ini "mewujudkan generasi yang bertindak ala samseng".

"Kalau awak (kerajaan) menggalakkan keganasan politik, saya merasakan kerajaan itu tak lama akan menjadi kerajaan kerana ia juga akan dijatuhkan melalui keganasan.

"Ini kerana hate politics atau politik kebencian telah mewujudkan generasi yang bertindak ala samseng.

"Ini saya rasa orang politik kita perlu menentukan penyokong mereka dikawal kerana kadangkala apabila mereka tidak mengawal penyokong mereka, ini yang berlaku," katanya dalam satu forum di Shah Alam hari ini.

Menurut pemerhatiannya lagi, ini berbeza dengan keadaan politik semasa pilihan raya sebelum ini.

"Kita tengok dahulu pilihan raya macam pesta semua keluar bersama-sama.

"Pihak pembangkang dan parti kerajaan sama-sama berjalan tak ada masalah. Sekarang tak boleh," katanya.

Beliau seterusnya menggesa agar proses membina negara dijadikan keutamaan oleh penyokong dan ahli politik selain daripada berkempen untuk parti masing-masing.

"Selepas habis pilihan raya, kita patut duduk sama-sama tanpa mengira parti sekalipun, bina negara ini sama-sama," katanya.

Ingatan itu disampaikan Musa pada forum "Politik Samseng: Di Mana Maruah Kita" yang berlangsung di Auditorium Kompleks Media Kumpulan Karangkraf, Shah Alam petang tadi.

Pemimpin kena kawal diri

Turut memberi pandangan ialah MP Hulu Selangor, P Kamalanathan yang menggesa pemimpin politik agar mengawal diri terlebih dahulu sebagai teladan yang baik buat pengikut-pengikut mereka.

"Sebelum kawal penyokong, kita kena kawal diri kita dahulu.

"Kita tak boleh jadi pencetus masalah. Kita kena jadi pemimpin untuk selesaikan masalah," katanya.

Seorang lagi pembicara forum, ahli jawatankuasa PAS Pusat, Muhamed Hanipa Maidin meningkah pendapat Kamalanathan.

"Masalahnya di Malaysia ini, (sesetengah) pemimpin itu (sendiri) adalah masalahnya.

"Jadi, cara untuk masalah ini adalah dengan membuang pemimpin itu sendiri," katanya tanpa memperincikan siapa pemimpin yang dimaksudkan.

Beliau mentakrifkan "politik samseng" yang menjadi fokus perbincangan mereka sebagai: "keadaan apabila mereka yang terlibat dalam kesamsengan ini berpunca daripada kegagalan menerima kepelbagaian pandangan dalam politik".

Forum petang tadi dimudahcara oleh penganalisis politik Universiti Malaya, Datuk Mohamad Abu Bakar turut disertai presiden Institut Integriti Malaysia, Datuk Dr Mohd Tap Salleh.

Ceroboh tapak ceramah suatu kesalahan – Musa Hassan

SHAH ALAM 6 DIS: Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan menyifatkan serangan samseng Umno yang diketuai Pemuda Umno Gombak, Datuk Megat Zulkarnain Omardin sebagai suatu bentuk pencerobohan.

"Apabila ada satu pihak menceroboh masuk, tugas polis ialah jangan sampai ada pertumbahan darah. Kalau nampak dia masuk, jangan benarkan," katanya tanpa menyebut Pemuda Umno pada forum 'Wacana Sinar Harian: Politik Samseng Di Mana Maruah Kita' hari ini.

Beliau merujuk keganasan samseng Umno pada ceramah di Gombak Utara, 4 Disember lalu yang menyebabkan seorang lelaki cedera tikam manakala Ketua Pas Cawangan Gombak Utara, Haider Samsudin luka di kepala akibat dibaling pasu.

Musa berkata, mana-mana pihak termasuk parti pembangkang berhak mengadakan ceramah di tempat terbuka, apatah lagi dalam premis persendirian.

"Hanya bagi notis. Kalau di tempat awam, ada permit. Tempat sendiri tak perlu. (Kalau) saya, tak letak berdekatan. Sebelum berlaku, cegah dulu," katanya.

"Polis kena adil jalankan tugas. Adakah timbulkan keadaan tak tenteram. Kita tak mahu orang berceramah bersebelahan.

"Tugas polis untuk tentukan keselamatan orang awam. Bukan bertembung dan bergaduh. Keselamatan penting. Malu bila tengok politik bertikam," katanya.

Pada sidang media pula, Musa sempat berpesan supaya polis tidak perlu menghantar pegawai Cawangan Khas (SB) bagi mengekori pergerakannya.

"Tak payahlah ikut-ikut saya. Banyak kerja lain yang boleh dibuat pihak berkuasa. Saya hanya minta betulkan," katanya merujuk teguran dibuatnya kepada Menteri Dalam Negeri.

Minggu lalu, Musa mendedahkan Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang juga sepupu Perdana Menteri, campur tangan dalam institusi polis ketika pasukan itu diketuai beliau.
-KD




Laporan sebelum ini
klik untuk baca

Ulasan GB

Apa yang disebutkan oleh Tan Sri Musa Hassan itu bertepatan dengan apa yang GB tuliskan semalam bahawa:

Tiada ada petunjuk yang lebih jelas tentang kehancuran dan kemusnahan UMNO selain dari gelagat dan perlakuan samseng yang mereka lakukan terhadap penyokong Pakatan Rakyat. Sekalipun nampaknya rakyat begitu kecewa dengan sikap polis yang double-standard, membiarkan politik ganas a.k.a. samseng UMNO bermaharajala, namun hukum kebenaran dan keadilan akan tetap berlaku - bahawa UMNO akan tetap menerima hukumannya lantaran politik ganas atau samseng yang mereka bawa.

[VIDEO] Wajah Samseng UMNO Yang Tikam Petugas PR Berjaya Dirakam

Posted: 06 Dec 2012 06:52 PM PST

Inilah Wajah Samseng Umno Yang Tikam Petugas Pakatan Rakyat

Dalam insiden 'ceramah berdarah' di Gombak pada 5 Disember 2012 yang lalu, seorang petugas dari Pakatan Rakyat telah mengalami kecederaan akibat ditusuk dengan objek tajam.

Menurutnya beliau ditusuk ketika cuba menghentikan provokasi dan menghalang serta menasihati penyokong-penyokong kedua-dua belah pihak agar bertenang.

Malangnya beliau telah ditikam.

. Dan malang juga pemuda yang menikam petugas Pakatan Rakyat itu kerana tanpa disedarinya perbuatannya itu telah terakam oleh seseorang.

Perhatikan video di bawah.

Pada minit ke 1:38 kelihatan seorang pemuda memakai helmet dari arah penyokong UMNO meluru ke arah penyokong Pakatan Rakyat dan menikam salah seorang penyokong Pakatan Rakyat kemudian ditarik kebelakang oleh Penyokong UMNO.

Lihat video ini:.


~pemudagombak.com

Kisah Kejam Aisyah Dirogol Di Kilang Gula

Posted: 06 Dec 2012 03:40 PM PST

Kisah ini diceritakan dari seorang gadis Sunni (Ahli Sunnah wal Jama'ah) bernama Aisyah di sebuah Hospital di Istanbul Turki. Maklumat lengkap dari salah seorang saksi hidup yang selamat.

Tarikh: 15 – 28 Jun 2011
Lokasi: Kilang Gula Jisr Al-Shughour, Syria Utara, bandar Sunni, 20km dari Turki, sempadan Syria.

Pada tarikh 14 Jun, pasukan Basyar mengelilingi Jisr Al-Shughour dengan formasi 3000 tentera dan 300 kereta kebal, untuk menyerbu bandar pada keesokan harinya, iaitu tarikh 15 Jun.

Berita terkini dari bandar tersebut adalah, hampir 30 orang dibunuh dan dikuburkan di Kilang Gula kemudian di atasnya dilapisi simen. Hari berikutnya sehingga 28 Jun, berita mengenai peristiwa di Jisr Al-Shughour disembunyikan dari dunia.

Berita tersebut mula bocor selepas 13 hari kemudian iaitu pada 28 Jun, ketika tentera Assad meninggalkan kota itu untuk menyerbu bandar lain.

Pada hari Jumaat tarikh 17 Jun 2011, para jeneral Assad membunuh lebih kurang 30 pemuda dan menguburkannya di Kilang Gula, lalu melapisinya dengan simen. Tapi ketika malam tiba, para jeneral itu tiada tempat yang lebih baik untuk tidur kecuali Kilang Gula ini, sehingga mereka memutuskan untuk menggunakannya sebagai markas semasa operasi serangan ke atas bandar.

Untuk menghidupkan suasana, sebuah idea sadis melintas di benak para jeneral itu. Mereka ingin beberapa budak Sunni telanjang untuk hiburan! Mereka memerintahkan menangkap gadis-gadis tercantik di bandar termasuk Aisyah dan seramai lebih kurang 20 orang gadis.

"Pertama kali kami memasuki kilang, kami ditelanjangi dan menjadi sasaran gangguan dan pemukulan, kemudian para jeneral itu memerintahkan tenteranya untuk berhenti memukul kerana mereka ingin menikmati daging putih bersih kami," kata Aisyah.

"Selepas beberapa hari, saya pasrah tentang perkosaan tersebut. Sudah menjadi sebahagian daripada hidup saya. Tapi jika menggunakan tubuh saya pun untuk menyiapkan sarapan, makan tengah hari dan makan malam serta menghidangkan teh dan kopi, sekurang-kurangnya mereka memakaikan sehelai baju di tubuh saya. Saya benci menjadi budak telanjang. Saya hanya berharap mereka menutupi tubuh saya, "kata Aisyah.

"Gangguan ditujukan pada Aisyah. Maka ketika para jeneral itu kembali dari peperangan, mereka memerintahkan kami berbaris dan menjilat kasut booth mereka sampai bersih sebagai rasa terima kasih kepada mereka. Mereka bilang, mereka akan membunuh pemberontak dan melindungi kami dari pemerkosaan. Mereka biasa mengatakan, "Aisyah ….... Kemari. Jilati booth ku "," Aisyah …...Bawa kopiku "," Aisyah …... Siapa Allah-mu sekarang? "Dan hal-hal sangat buruk yang lain," kata Aisyah.

"Saya sudah tahu apa yang akan berlaku sejak diberitahu bahawa yang ditangkap adalah gadis-gadis cantik yang muda. Tapi saya tidak pernah tahu mereka memilih kami kerana nama kami sehingga keesokan harinya apabila mereka mula memanggil kami semua sebagai Aisyah dan mengganggu kami dengan pelbagai cara. Barulah kami faham apa yang mereka inginkan "kata Aisyah.

"Hari pertama dia menyuntik sesuatu ke kaki saya sehingga kami tidak mampu berdiri. Saya berharap dia membunuh saya saja malam itu, namun mereka tidak pernah menyuntik kami lagi."

"Pada hari ke-3 mereka membunuh salah seorang gadis yang melawan salah seorang tentera itu. Mereka memotong putingnya kerana dia menentangnya. Lalu kami tahu dari perbincangan para tentera itu bahawa mereka memperkosanya kemudian membunuhnya dan menguburnya bersama 'yang lain' di bawah kilang! supaya dapat menakutkan para gadis agar tidak ada lagi yang berfikir untuk menentangnya, "kata saksi mata yang selamat.

"Kami takut, kami membahagiakan mereka, dan kami memuaskan seksual mereka walaupun di depan orang ramai. Mereka 'main' dengan kami bahkan di atas meja apabila mereka sedang merancang bagaimana memindahkan tank-tank mereka untuk menghancurkan bandar kami. Satu-satunya yang biasa membuat kami selesa adalah apabila kami memasak untuk mereka. Tentu saja kami dilarang saling berbicara ataupun saling berjumpa. Tapi kami menikmati makanan enak sejak kami memasaknya, "kata Aisyah.

"Selepas hari ke-10 mereka bangun dan hilang begitu saja. Kami telanjang. Kami sendirian di kilang. Kami tidak berani melarikan diri. Kami tidak berani bertanya apakah kami sudah boleh berbual atau tidak. Kami benar-benar takut. Lalu beberapa lelaki dari kampung kami datang dan menyelamatkan kami "kata Aisyah.

"Alhamdulillah, saya telah keguguran dan dapat berjalan lebih baik sekarang.< Saya masih ingat wajah-wajah mereka, nama-nama mereka dan bandar-bandar asal mereka. Saya bersumpah akan membalas dendam. Hanya abang saya yang tahu cerita keseluruhannya yang tidak mungkin saya paparkan kepada keluarga saya kerana mereka tidak akan lagi mengiktiraf saya sebagai anak mereka setelah orang Syiah memperkosa saya. Tidak ada lelaki akan berkahwin dengan saya kerana saya seorang budak.

Saya akan cuba menukar nama saya dan tidak akan ada seorang pun mengenali saya, "kata Aisyah Diterjemahkan dari sumber arrahmah

Detik Islam

Politik Samseng Petanda Jelas UMNO/BN Sedang Menuju Kemusnahan (KO)!

Posted: 06 Dec 2012 07:00 AM PST


Politik ganas, salah siapa?

PETALING JAYA: Insiden 'berdarah' di Gombak bukan baru dalam sejarah politik negara khususnya di kalangan orang Melayu.

Banyak lagi insiden yang lebih besar serta memakan korban.

Pendek kata orang Melayu sanggup melakukan apa saja untuk kuasa politik. Malangnya pertempuran politik negara lebih banyak sesama sendiri – orang Melayu melawan Melayu.

Jika disenaraikan begitu banyak peristiwa berdarah yang boleh dikaitkan dengan kuasa politik.

Peristiwa Memali yang mengorbankan Ibrahim Libya kerana politik.

Pembunuhan speaker dewan undangan negeri (DUN) Negeri Sembilan oleh bekas menteri belia dan sukan, Datuk Mokhtar Hashim juga kerana poltik.

Tetapi mulai penghujung tahun 1990-an, Datuk Seri Anwar Ibrahim mula menguasai politik. Pemecatannya dari jawatan timbalan perdana menteri dan timbalan presiden Umno oleh Tun Dr Mahathir pada pada September 1998.

Mulai detik itu, politik negara tidak lagi sunyi – menjadi lebih panas sepanjang masa.

Jadi serangan Pemuda Umno terhadap program Anwar di Gombak itu merupakan ulangan kepada beberapa serangan terdahulu. Bas PKR disimbah cat merah di Kota Baru, Johor Baru dan Melaka.

Manakala beberapa program ceramah Anwar yang lain pula diganggu.


Mengapa perkara ini berlaku?

Ketika diminta mengulas, pengerusi Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS), Sohaimi Shahdan berkata, politik kasar dan ganas tidak menguntungkan rakyat.

Sebaliknya, kata beliau biar rakyat menilai sama ada BN mahupun Pakatan Rakyat yang lebih baik.

'Kebangkitan Arab'

"Kita memerlukan politik matang …kita tidak perlu kebangkitan Arab," tambah beliau.

Bagaimanapun, Sohaimi berkata, keganasan di program ceramah atau acara-acara yang membabitkan politik adalah disebabkan oleh provokasi pihak tertentu.

Katanya, apabila orang muda berkumpul dan dan jika ada pihak yang cuba mencabar, pergaduhan dan kekasaran mudah tercetus.

Sehubungan itu, kata Sohaimi, rakyat perlu saling menghormati, mengawal emosi serta tidak melakukan provokasi yang boleh mencetuskan kejadian yang tidak diingini.

Manakala seorang peguam dari Temerloh, Nizam Hamid menegaskan politik ganas ini bermula dari perancangan Umno untuk menghapuskan musuh politiknya.

"Umno menggunakan kekasaran untuk menakut-nakutkan musuh politiknya.

"Kita bimbang politik sebegini akan terus berlaku jika pemimpin Umno memberi restu kepada ahli dan penyokongnya,"
kata beliau lagi.

Nizam berkata, politik menakutkan lawan adalah sesuatu yang memalukan kerana sepatutnya politik ialah hujah lawan hujah.

Katanya, sepatutnya pihak keselamatan mengambil langkah tegas menangani masalah politik yang ganas itu.

Insiden berdarah Gombak: Najib suburkan budaya samseng – Azmin

KUALA LUMPUR 6 Dis: Serangan Pemuda Umno pada Ceramah Merdeka Rakyat Gombak bukti budaya samseng di negara ini disuburkan oleh presiden parti itu, Datuk Seri Najib Razak, kata Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali.

"Tindakan samseng Umno menikam rakyat dan membaling batu, pasu bunga dan pelbagai objek keras membuktikan Najib menyuburkan budaya samseng sedangkan mereka datang hanya untuk mendengar ceramah," kata Ahli Parlimen Gombak itu.

Dalam serangan samseng Umno di Dataran Sharuddin, Batu 8 1/2, Gombak malam semalam, sekurang-kurangnya dua penyokong Pakatan Rakyat cedera.

Mangsa pertama, seorang lelaki cedera di bahu kiri dipercayai ditikam dengan objek tajam manakala seorang lagi Haider Samsudin cedera di kepala akibat dibaling objek keras dipercayai pasu.

"Mereka ini bersifat kebinatangan apabila melontar kayu, batu-bata dan pasu bunga kepada penduduk yang tidak berdosa dan ia pertama kali berlaku di kampung ini.

"Mereka menjerit, memaki, bertindak ganas dan biadab termasuk membawa objek tajam dan menikam petugas.

Kalau mereka hendak naikkan bendera, kita tak ada masalah, tetapi jangan biadab dan ganggu rakyat," kata Azmin pada sidang media sejurus selepas program itu.

Provokasi dimulakan Pemuda Umno yang berlagak mat rempit dengan berkonvoi pada 8.30 malam menuju ke lokasi ceramah Pakatan.

Mereka yang membuat provokasi ke hulu ke hilir tanpa helmet sambil mengibar bendera BN menyebabkan jalan menuju ke tapak ceramah sesak.

Pemandu kenderaan terpaksa membunyikan hon bagi meminta laluan, namun suasana bertambah kecoh.

Sebaik Azmin mengambil tempat ceramah, samseng Umno menjerit-jerit menganggu program, namun rakyat tidak menghiraukannya.

Pujian juga harus diberikan kepada petugas keselamatan Pakatan yang sabar melayan karenah samseng itu.

Anwar tiba kira-kira 11 malam dan rakyat berpusu-pusu memenuhi setiap ruang tapak ceramah untuk mendengar ucapan bakal Perdana Menteri itu.

Umno yang tertekan dengan situasi tersebut bertindak biadab memasang pembesar suara dan menghalakannya ke tapak ceramah.

Anwar memulakan ceramah dengan ayat suci al-Quran dan berbicara mengenai Hijrah Rasulullah SAW, namun disambut makian dan kata-kata lucah oleh samseng Umno.

Jeritan samseng Umno yang tidak sampai 100 orang itu akhirnya tenggelam oleh laungan reformasi hampir 4,000 penyokong Pakatan.

Sementara itu, beberapa peniaga Melayu Muslim terpaksa menutup kedai kerana khemah mereka bocor dan beberapa peralatan rosak akibat serangan samseng Umno ketika cuba merempuh dan memasuki tapak ceramah.



Ulasan GB

Tiada ada penjelasan lain terhadap politik ganas atau samseng yang dilakukan UMNO terhadap Pakatan Rakyat selain dari kerana irihati dan cemburu terhadap sambutan rakyat yang semakin melimpahruah terhadap PR.

Memang provokasi samseng itu UMNO yang mulakan. Masakan tidak apabila rentetan peristiwa membukti dengan sahih bahawa ahli UMNO yang menyimbah cat bas jelajah merdeka PKR, UMNO terlibat membaling batu dan objek keras ke arah majlis-majlis PR, malah dimana PR mengadakan program, UMNO akan sama menganjurkan program yang berdekatan untuk menimbulkan kekacauan.

Tiada ada petunjuk yang lebih jelas tentang kehancuran dan kemusnahan UMNO selain dari gelagat dan perlakuan samseng yang mereka lakukan terhadap penyokong Pakatan Rakyat.

Sekalipun nampaknya rakyat begitu kecewa dengan sikap polis yang double-standard, membiarkan politik ganas a.k.a. samseng UMNO bermaharajala, namun hukum kebenaran dan keadilan akan tetap berlaku - bahawa UMNO akan tetap menerima hukumannya lantaran politik ganas atau samseng yang mereka bawa.

BUKTINYA: Dalam keadaan polis bersikap double standard, seorang pegawai tertingginya menyertai PAS iaitu Datuk Fauzi Shaari, mantan Pengarah Siasatan Jenayah PDRM!

Terkini bekas KPN sendiri, Tan Sri Musa Hassan muncul dengan pembongkaran salahguna kuasa menteri KDN yang campurtangan dalam urusan PDRM.

Setiap kejahatan dan kebatilan tidak akan menang sekalipun seluruh polis dan seluruh agensi kerajaan pusat memberikan perlindungan kepadanya.

Usah ragu dan usah bimbang, hukum kebenaran dan keadilan - sunnatullah - tetap berjalan.


Tiada ulasan: