Rabu, 12 Disember 2012

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Parlimen Indonesia Kecam Zainuddin Maidin Dan Utusan Malaysia

Posted: 12 Dec 2012 12:20 AM PST


DMetrotvnews.com, Jakarta: Rapat paripurna DPR, Selasa (11/12), diwarnai interupsi. Pernyataan mantan Menteri Penerangan Malaysia Zainuddin Maidin yang menjadi soal. Zainuddin menyebut mantan Presiden BJ Habibie dan Anwar Ibrahim sebagai anjing penjajah. DPR pun akan mengirim surat kecaman kepada Malaysia.

Teguh Juwarno, anggota DPR dari Fraksi Partai Amanat Nasional salah satu yang menginterupsi. "Koran (akhbar) Utusan Malaysia edisi 10 Desember 2012, seorang menteri penerangan Malaysia Zainuddin Maidin telah menulis dengan sangat vulgar di akhir kalimatnya mengatakan mantan Kepala Negara Indonesia Presiden Habbibie disamakan dengan Anwar Ibrahim sebagai anjing dari imperalisme, a dog of imperialism," ungkapnya.

Teguh menyatakan pernyataan Zainuddin tidak bisa dibiarkan. Sebab bagaimanapun Habibie pernah menjadi kepala negara yang patut dihormati dalam tata hubungan di ASEAN. "Ini tindakan yang harus diberi kecaman. Kita sebagai Parlemen perlu mengirim pernyataan keras dan tegas bahwa yang dilakukan seorang pejabat publik sekelas menteri di Malaysia betul-betul sudah menghina bangsa Indonesia," kata Teguh.

Pimpinan rapat paripurna Pramono Anung sepakat dengan pernyataan Teguh. "Kami usulkan DPR mengirim surat secara langsung pada PM Malaysia untuk memberi teguran dan kecaman sekaligus apakah disetujui?," tanya Pramono. Setuju jawab anggota DPR serentak.(Andhini)

Koran (Akhbar) Malaysia Sebut Habibie Pengkhianat dan Anjing Imperialisme

Jakarta, Indonesianway.com - Artikel Tajuk Rencana atau Editorial di sebuah akhbar milik Malaysia, 'Utusan Malaysia' yang terbit pada Isnin (10/12/2012) menyebut mantan presiden Indonesia, BJ Habibie sebagai 'pengkhianat bangsa' dan 'the dog of imperialism' atau terjemahannya, anjing imperialisme.

Artikel yang ditulis bekas Menteri Penerangan Malaysia Zainudin Maidin itu mengupas soal persamaan Habbibie dengan tokoh oposisi Anwar Ibrahim. Di salah satu bahagian tulisan itu dikatakan, Habibie merupakan sosok egois dan memualkan.

Akhbar ini merupakan salah satu media yang dikawal langsung oleh pemerintah Malaysia.

Zainuddin menuding Habibie sebagai "'Presiden Indonesia ketiga yang mencatatkan sejarah sebagai Presiden Indonesia paling tersingkat, tersingkir karena mengkhianati negaranya".

Selain itu, katanya, Habibie telah 'menggunting dalam lipatan' pemerintah Soeharto.

Apa yang dilakukan Habibie, menurut Zainudin, sama dengan yang dilakukan Anwar terhadap pemerintahan Mahathir Mohammad.

Ia mengatakan, Habibie menjadi pengkhianat bangsa dengan menuruti kehendak Barat untuk melepas Timor Timur. Sementara Anwar dituduh pengkhianat karena keinginannya menyerahkan persoalan ekonomi kepada IMF.

"Habibie sempat menjadi Presiden dan mengkhianati bangsa dan negaranya setelah menjadi Presiden, tetapi Anwar mahu menyerahkan negara ini kepada IMF dan New Imperialis sebelum sempat menjadi Perdana Menteri. Allah telah menyelamatkan rakyat Malaysia," tulisnya.

Ia pun menyebut, "Pada hakikatnya mereka berdua tidak lebih daripada "The Dog Of Imperialism."

Untuk diketahui, memang Habibie dan Anwar memiliki kedekatan. Anwar — yang hendak mengikuti Pilihanraya Umum Malaysia 2013 — mengundang Habibie berbicara ke Universitas Selangor pada Kamis, (6/12/2012) lalu. Sementara pada Rabu, (28/11/2012), Anwar datang ke Jakarta untuk menghadiri 'Celebrating The Habibie Center's 13th Anniversary and Democracy Take-Off? The BJ Habibie Period.
(RD)
Ulasan GB

Hukum kebenaran dan keadilan p[un berjalan.

Kerana terlalu ghairah untuk menghentam Anwar, Utusan yang menyiarkan tulisan Zainuddin Maidin telah menyemarakkan lagi kemarahan rakyat Indonesia terhadap Malaysia yang sebelum ini disebabkan angkara dakwaan kes tiga orang polis merogol seorang amah Indonesia.

Laporan terkini mendapati Utusan sudah memadamkan tulisan berkenaan dari pautan akhbar onlinenya, tetapi yang bercetak akan tetap ada sebagai saksi dan buktinya.

Memang kedua-dua (zainuddin dan Utusan) yang merupakan lidah UMNO itu akan terus terhukum lantaran fitnah dan kebatilan yang mereka bawa...

...apabila kebenaran telah datang, yang batil pasti lenyap.....

Utusan dan UMNO BN tetap binasa!

Isu Khalwat: The Star Jatuh Martabat Macam Utusan Malaysia

Posted: 11 Dec 2012 09:30 PM PST

Akhbar milik MCA, The Star sudah sama tarafnya dengan Utusan Malaysia apabila ia mensensasikan berita yang mengelirukan bertujuan untuk menakutkan pembaca khusus di kalangan masyarakat bukan Islam.

Ia berikutan tajuk muka depan akhbar itu semalam 'Khalwat issue heats up' dengan liputan tiga muka surat bertujuan memberi persepsi negatif terhadap pentadbiran beramanah Kerajaan Negeri Kelantan yang diterajui Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Setiusaha Antarabangsa DAP, Liew Chin Tong berkata, perkara sebenar yang berlaku hanya berkaitan perlakuan tidak bermoral di kawasan awam di mana tindakan akan dikenakan melalui peraturan pihak berkuasa tempatan sedia ada dan langsung tidak ada kaitan dengan undang-undang Islam seperti yang didakwa akhbar berkenaan.

Katanya, tindakan The Star itu adalah satu perbuatan yang memalukan, tidak bermoral dan penuh muslihat.

"Mereka cuma mahu menggambarkan kepada orang bukan Islam bahawa PAS adalah parti politik yang ekstrim, begitu juga Utusan Malaysia yang menakutkan orang Melayu terhadap DAP," kata Ahli Parlimen Bukit Bendera itu lagi.

Eksploitasi isu itu, tambah Chin Tong secara langsung menjatuhkan wibawa dan maruah The Star kerana membenarkan diri mereka dijadikan alat propaganda jahat politik menyebar api kebencian dan perkauman sama seperti Utusan Malaysia,

"The Star mengeksploitasi kekeliruan pembaca di kalangan bukan Islam mengenai perbezaan ketara antara hudud, undang-undang kekeluargaan Islam, khalwat dan peraturan oleh pihak berkuasa tempatan.

"Sepatutnya sudah tidak ada isu yang boleh dibangkitkan lagi kerana ia sudah dijawab dengan sangat jelas oleh Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali bahawa tidak ada sebarang kes khalwat berlaku." ujarnya.

Menyifatkan ia sebagai taktik kotor BN untuk menang pilihan raya, Chin Tong berkata, media kawalan BN sudah bersedia mencipta dan mensensasikan berita dengan membelakangkan fakta dan kebenaran menjelang pilihan raya umum akan datang.

Untuk itu, beliau berharap seluruh pendokong parti dalam Pakatan Rakyat berpegang teguh kepada Kerangka Dasar Bersama dan Buku Jingga agar tidak mudah dikelirukan atau terperangkap dengan jerat BN.

-Roketkini

Pahang Dan Terengganu Berebut Kawasan Telaga Minyak Bertam

Posted: 11 Dec 2012 06:56 PM PST


Telaga Bertam milik Pahang atau Terengganu, soal Pas

SHAH ALAM - Pas mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjelaskan kedudukan sebenar kawasan telaga minyak PM307-Bertam sama ada ia berada dalam perairan Pahang atau Terengganu kerana ia turut dituntut oleh Kerajaan Negeri Terengganu.

Parti itu mendakwa Najib pada Oktober lalu ada mengumumkan bahawa penemuan medan Bertam sebagai hak Pahang.

Ketua Penerangan Pas Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, berdasarkan perkembangan pada sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu semalam, maklumat baru timbul menyatakan bahawa telaga minyak tersebut dijumpai di perairan Terengganu dan bukannya Pahang.

"Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said berkata syarikat cari gali minyak di kawasan berkenaan iaitu Lundin Oil mengesahkan tentang penemuan itu dan menyatakan ia berada di kawasan negeri ini (Terengganu).

"Kita tidak mahu Perdana Menteri mengeluarkan kenyataan yang tidak tepat... kerana ini tidak sepatutnya berlaku dan memalukan negara," kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Beliau yang juga Pesuruhjaya Pas Pahang berkata, Perdana Menteri bukan sahaja mengumumkan penemuan kawasan telaga baru tersebut, bahkan turut menyatakan dengan penuh komitmen bahawa Pahang akan diberi wang ihsan sebanyak RM100 juta setahun.

"Pengumuman ini dilihat satu perkembangan baru yang menarik, untuk usaha penerokaan kawasan minyak di Pahang yang turut disahkan mempunyai kawasan minyak dan gas.

"Pas Pahang berharap Perdana Menteri tidak bermain politik dalam hal ini. Penegasan dari beliau akan meredakan ketegangan antara dua negeri yang turut menuntut medan Bertam sebagai hak negeri mereka," katanya lagi.

Tuan Ibrahim berkata, Kerajaan Pahang seharusnya turut menjalankan kajian bagi pengesahan kawasan penemuan minyak tersebut, dan sekiranya benar ia berada di perairan Pahang, wajar menuntut pembayaran dari Petronas dan Kerajaan Pusat mengikut Perjanjian Petroleum 1974 sebagai royalti.

Semalam, Ahmad berkata, kawasan medan minyak yang baru di Blok PM 307 Bertam di luar pantai Semenanjung antara Terengganu dan Pahang adalah milik Terengganu.

Ahmad berkata, kerajaan negeri telah menulis surat secara rasmi kepada Petronas untuk mendapatkan penjelasan mengenai penemuan minyak di blok berkenaan dan setakat ini jawapan rasmi masih belum diperoleh.

"Kita menerima surat dari syarikat Lundin Oil (syarikat carigali yang berpangkalan di Sweden) yang melaksanakan kerja-kerja carigali di kawasan berkenaan (dengan kerjasama Petronas Carigali) mengesahkan bahawa ia adalah di kawasan perairan Terengganu," katanya.

[VIDEO] Berniat Menentang Islam Tetapi Akhirnya Memeluk Islam

Posted: 11 Dec 2012 03:11 PM PST

Ibrahim Killington, semula ingin menyertai tentera untuk melawan Islam, tapi kemudian hatinya terpaut oleh Al Quran dan Islam! Berikut ini adalah kisah seorang mualaf asal Inggeris. Berpunca dari keinginan untuk mengkaji paganisme dan "bahkan" berniat bergabung dalam tentera untuk melawan Islam, namun akhirnya boleh mencari cahaya dan hidayah Islam, ini kisahnya: Nama saya ialah Ibrahim Killington.

Sebelum saya menuju Islam, hidup saya benar-benar tertumpu pada minuman (mabuk-mabukan), ubat-ubatan (ganja, dadah, ekstasy), dan bersenang-senang semata.

Seluruh tujuan hidup saya hanya untuk bersenang-senang, ketawa, dan tidak ada yang dilakukan lagi selain bersenang-senang, mungkin sampai mati, dan berkumpul dengan orang-orang yang mempunyai kebiasaan yang sama, dan tentunya itu tidak membuat diri menjadi semakin lebih baik.

Pengalaman pertama saya mengenal Islam adalah pada saat terjadi serangan 9/11. (Lihat juga video kami pada bahagian video,-Salah satu video terbaik-memberikan bukti, "Konspirasi Tragedi WTC dan bukti dilakukan" orang dalam "sendiri).

Saya ingat saya masih sangat muda pada waktu itu, saya tidak sepenuhnya menyedari apa yang sedang berlaku. Bahkan, saya berlari ke teman-teman saya setelah melihat laporan berita itu, dan saya mengatakan kepada mereka bahawa "Pelancong" (salah pengucapan = orang yang melancong / Berliburan ke suatu tempat) telah menyatakan perang terhadap Amerika ... kerana saya belum pernah mendengar tentang pengganas sebelumnya.

Dan ketika perang itu berlangsung, saya melihat semakin banyak maklumat tentang perang di Afghanistan, saya mula memahami bahawa orang-orang "yang diperangi ini" adalah Muslim. Kaum Muslim melakukan kekejaman dahsyat di seluruh dunia, begitu katanya yang terus di "bombardment" (= bertubi-tubi) di gencarkan oleh media-media. Saya mula sangat membenci Islam. bahkan saya cuba untuk bergabung dengan tentera sebayak tiga kali dengan maksud agar boleh pergi ke sana (Afghanistan), dan membunuh banyak muslim yang saya boleh, sebagai bahagian demi membela negara serta melindungi dan memberi rasa aman bagi keluarga saya. Saya fikir pada masa itu mereka adalah jenayah besar dunia.

Mencari Islam

Saya selanjutnya mula mendengar lebih banyak tentang Islam, kali terakhir saya melamar tentera, saya datang ke stesen radio, pada waktu itu saya mendengar radio yang mendedahkan tentang teori konspirasi, dan seumpamanya. Stesen radio itu membicarakan tentang suatu perang melawan keganasan dan tentang kehidupan Nabi Muhammad (sallallahu alaihi wa sallam).

Ini sangat tidak masuk akal bagi saya, bagaimana orang-orang itu "percaya" dan "mengikuti" Nabi ini, setelah semua macam saya dengar perihal "evil things" (hal-hal jahat) yang "mereka katakan" tentang dia. Jadi, saya mula mempersoalkan apa yang diyakini Muslim pada waktu itu, dan 'ketika itu pun' saya sedang tertarik untuk mengetahui hal-hal keagamaan ..

Pada saat saya sedang mencari Norse Mythology, (kepercayaan terhadap mitos, legenda dan kekuatan supranatural), and Paganism (penyembahan terhadap berhala), Salah satu teman saya mengatakan kepada saya sebelum saya memutuskan mengkaji paganisme ada baiknya saya melihat-lihat ajaran spiritual yang lain.

Oleh sebab itu, menjadi terfikir buat saya untuk mencari maklumat tentang Muslim di Internet. Saya fikir salah satu muslim pertama yang saya lihat di Internet adalah Baba Ali (muallaf, pembuat filem-filem keislaman yang ditanyangkan dalam "Islam channel" Inggeris).

Dia mematahkan stereotaip tentang Islam bagi saya. Saya terkejut bahawa orang ini lucu (tidak berdarah dingin) dan pembawaannya tenang. Dia tidak seperti apa yang "mereka" tuduhkan perihal muslim dari apa yang pernah saya dengar.

Bagi memenuhi kehausan saya akan Islam, saya membuat keputusan untuk meminjam Al-Quran dari tempat saya kuliah (kampus). Ketika saya memegangnya, saya fikir ini adalah "Buku Pegangan pengganas," dalam gemgaman saya, dan saya khuatir bahawa agen MI5 (Agen rahsia Inggeris) akan datang untuk menahan saya. Saya memutuskan untuk cepat-cepat keluar dari perpustakaan dan membawa pulang Al-Quran yang saya pinjam.

Tapi begitu mulai saya membaca Al-Quran (terjemahan), " it hits me immediately", itu menghentam saya, ... dan saya tidak dapat menghentikan untuk tidak membacanya; itu benar-benar menjunam jauh ke dalam hati saya; Saat saya membaca surat-surat yang ada di Al Quran, Saya tak sengaja membaca tentang orang-orang di neraka yang keadaannya meminum air mendidih sehingga membakar tekak mereka. Membaca ini, hati saya bergetar, seakan-akan saya boleh merasakan tekak saya terbakar, dan saya boleh merasakan bagaimana sebenarnya hal ini, sehingga saya memutuskan saya perlu berubah.

Dalam usaha untuk berubah, hal pertama yang saya lakukan adalah saya pergi ke masjid, saya menghabiskan sepanjang hari di sana dengan membaca. Bahkan ibu saya menelefon di malam hari dan bertanya di mana saya berada sepanjang hari. Saya katakan "Saya sedang berada di masjid! …" Dengan terkejut Ibu saya mengatakan, "Tidak, kamu tidak boleh di Masjid, kamu seorang Kristian. Kristian tidak pergi ke masjid.

" Ibu saya sangat terkejut dan sangat yakin bahawa saya akan menyusuri jalan yang buruk.

Itu reaksi ibu saya yang wajar, (mengingat gencarnya media dalam melakukan stereotaip negatif tentang islam "war on terror"). namun setelah beberapa waktu, dia mula dapat menerimanya. Dia banyak menangis. Saya tidak terlalu yakin mengapa dia menangis, saya fikir dia merasa saya menolak semua yang diajarinya ke saya selama ini.

Banyak orang mengatakan bahawa ketika mereka mencari Islam, seolah-olah mereka sudah pulang ke rumah asalnya. Dan itulah perasaan yang saya dapatkan. Saya di masa lalu bukanlah saya yang sesungguhnya, saat itu bukanlah diri saya yang sebenarnya. Dan inilah sekarang diri saya sebenarnya.! Saya menjadi diri yang lebih baik setelah saya masuk Islam.

Dan saran saya bagi orang lain (non muslim) yang berfikir / meragukan Islam, Janganlah mencari hanya di internet untuk mengetahuinya, tapi datangilah ke masjid dan berbicara dengan orang yang mempunyai pengetahuan tentang hal itu. kerana terdapat banyak propaganda dan fitnah-fitnah dari laman-laman web anti Islam yang tidak benar. dan jika anda tidak tahu apa-apa tentang Islam. Anda akan kesulitan untuk menilai mana yang benar dan mana yang dusta. Jadi jauh lebih baik untuk bercakap dengan seseorang yang paham dan berilmu.

Dan jangan takut dengan apa yang akan difikirkan keluarga anda; banyak orang bahkan saya sendiri pada mulanya bimbang tentang apa yang akan orang tua saya fikirkan, namun setelah masuk Islam. justeru saya berharap yang terbaik bagi kedua-dua orang tua. bahawa mereka akan mengikuti jejak saya untuk segera memeluk Islam.



Sumber globalmuslim.web.id

Musa Hassan Perlu Buat Laporan Polis Terhadap Ismail & Phang - Jingga 13

Posted: 11 Dec 2012 06:55 AM PST

Sebuah badan bukan kerajaan (NGO) mahu laporan polis dibuat terhadap Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Ismail Omar dan bekas penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Robert Phang atas kesalahan jenayah.

Ketua Penyelaras Jingga 13, Fariz Musa dalam satu kenyataan media hari ini menggesa bekas KPN Tan Sri Musa Hassan membuat laporan polis terhadap mereka berdua.

"Tindakan Phang dan Ismail adalah merupakan satu tindakan jenayah yang amat serius.

Sebagai warganegara yang bertanggungjawab dan bekas KPN, Musa Hassan seharusnya lebih memahami peraturan undang-undang negara.

"Musa wajar dipersalahkan sekiranya beliau gagal bertindak melaporkan kepada pihak polis dan SPRM terhadap perlakuan jenayah yang dilakukan oleh Phang dan Ismail," Tegas Fariz.

Semalam Musa mendedahkan bahawa beberapa pegawai polis di Bukit Aman telah dipindahkan apabila tidak memberi kelulusan untuk projek pembekalan alat komunikasi mudah alih yang gagal bernilai RM1 bilion sekitar penghujung tahun 2008.

Beliau turut mendedahkan bahawa Phang menjadi juru runding di dalam projek dan bertindak sebagai orang tengah di antara pihak polis dan syarikat telekomunikasi tersebut.


Semasa sidang media semalam Musa mendakwa bahawa Phang mengugut untuk memindahkan pasukan teknikal polis dalam usaha mendapatkan kelulusan dan Phang juga menawarkan dirinya sebagai penasihat tetapi tawaran itu ditolak.

"Beliau yang mempunyai maklumat yang cukup lengkap untuk melakukan tindakan yang sewajarnya lebih-lebih lagi ianya melibatkan dana awam bernilai ratusan juta ringgit iaitu projek komunikasi Motorola dari sistem analog ke digital PDRM.

"Projek itu disub-kontrakkan kepada syarikat bernama Asiasoft Malaysia. Dua pemegang saham dalam syarikat berkenaan ialah B System Sdn Bhd dan Asiasoft PLC. Asiasoft PLC didaftar di Singapura, dikuasai oleh Asiasoft Global PLC yang berpangkalan di Israel," kata Fariz. -FMT

Laporan sebelum ini
klik untuk baca



[BOM MELETUP] Lajim Buat Akuan Bersumpah Umno Sabah Tak Pernah Terima RM 40 Juta

Posted: 11 Dec 2012 05:10 AM PST

Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Seri Lajim Ukin mengisytiharkan Umno Sabah tidak pernah menerima derma politik RM40 juta dari ahli perniagaan, Michael Chia.

Pengisyiharan itu bercanggah dengan dakwaan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz Oktober lalu yang wang tersebut adalah untuk Umno Sabah.

Perisytiharan tersebut dibuat dalam satu akuan bersumpah (SD) bertarikh 10 Disember 2012, di pejabat Pesuruhjaya Sumpah Malaysia, Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu, Sabah.

Menurut Lajim dalam SD tersebut, dakwaan Nazri di dalam Parlimen adalah supaya pendakwaan rasuah melibatkan skandal konsesi balak terhadap Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman dan Micheal terpaksa digugurkan.

Pada 9 Oktober lalu dalam persidangan Dewan Rakyat, Nazri memberitahu, RM 40 juta yang disalurkan Micheal kepada Musa merupakan sumbangan politik kepada Umno Sabah dan bukannya untuk Musa secara peribadi.

Nazri membuat kenyataan itu selepas terdapat laporan media bahawa Michael ditangkap di Lapangan Terbang Hong Kong disyaki cuba menyeludup keluar wang haram berjumlah S$16 juta (RM 40 juta).

Menurut laporan media ketika itu, Michael mendakwa wang tersebut milik Musa.

Lajim pernah menduduki jawatan Timbalan Ketua Menteri Sabah sehingga tahun 2004 dan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan sehingga Ogos 2012.

Beliau merupakan bekas anggota Badan Perhubungan Umno Sabah.

Beliau berkata tidak pernah berlaku sebarang perbincangan, perisytiharan, sebarang bukti urusniaga, transaksi atau urusan, laporan penyata atau bukti bahawa Umno Sabah ada menerima manfaat dari derma RM 40 juta itu.

"Oleh demikian, saya menyimpulkan bahawa kenyataan menteri berkenaan kepada parlimen adalah tidak benar, menyeleweng dan berniat menutup isu lebih besar.

"Iaitu dakwaan salahguna kuasa dalam anugerah lesen pembalakan di Sabah yang hanya menguntungkan beberapa orang sedangkan rakyat dan Negeri Sabah tidak mendapat pulangan setimpal," menurut Lajim dalam SD itu.

Lajim yang mengesyaki lesen pembalakan di Sabah sering dianugerahkan kepada individu yang rapat dengan pemimpin Kerajaan Sabah.

Lajim juga mengesyaki wang haram tersebut disimpan di luar negara dengan menggunakan ajen tertentu sebelum disalurkan semula kepada pemimpin-pemimpin utama politik di Sabah.

Lajim berkata beliau bersedia tampil membantu siasatan mana-mana pihak dalam skandal pembalakan ini.

"Saya yakin pengalamaan, pengetahuan dan maklumat dalaman yang saya ada mengenai perjalanan Umno dan kerajaan di peringkat pusat dan negeri akan membantu siasatan," ujar Lajim dalam SD itu.

Sementara itu, Pengarah Startegi PKR, Rafizi Ramli memberitahu media, SD tersebut merupakan salah satu bukti yang akan diserahkan kepada Suruhanjaya Bebas Anti Rasuah Hong Kong (ICAC) untuk memulakan siasatan skandal tersebut.

"Kedudukan beliau sebagai Ahli Majlis Tertinggi Umno dan Badan Perhubungan Umno Sabah sepatutnya menjamin bahawa beliau juga akan dimaklumkan sekiranya ada sumbangan sebesar itu kepada Umno Sabah," ujar Rafizi di dalam sidang media di ibu pejabat PKR hari ini. -KD

Saya, Lajim Ukin (550615-12-5069) yang beralamat di Pejabat Perhubungan Pertubuhan Pakatan Perubahan Sabah (PPPS), Lot 18 & 19, Tingkat 1 & 2, Blok C, Millenium Centre, Jalan Lintas Kepayan, Penampang 88200 Kota Kinabalu, Sabah, dengan sesungguhnya dan sebenarnya membuat perakuan berikut: 1. Saya adalah seorang ahli politik yang telah memegang pelbagai jawatan kanan di dalam Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (Umno) iaitu parti yang telah memerintah Malaysia sejak merdeka dalam tahun 1957;

2. Saya telah memikul tanggungjawab sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah sehingga tahun 2004 dan telah menjadi wakil rakyat bagi beberapa kerusi Dewan Undangan Negeri dan Parlimen sejak 1994. Jawatan terakhir saya di dalam Kerajaan Malaysia adalah sebagai Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan;

3. Saya meninggalkan Kerajaan Malaysia dalam bulan Ogos 2012 berhubung perbezaan pendapat dan rasa tidak setuju mengenai pelbagai perkara terutamanya nasib rakyat Sabah yang telah lama diabaikan oleh Kerajaan Malaysia;

4. Sepanjang penglibatan saya dengan Umno, saya telah dipilih sebagai ahli Majlis Tertinggi Umno sejak tahun 2000. Majlis Tertinggi Umno adalah badan pembuat keputusan yang tertinggi di dalam Umno dan bertanggungjawab terhadap segala keputusan Umno, termasuklah hal ehwal kewangannya;

5. Saya juga menganggotai Badan Perhubungan Umno Sabah yang bertanggungjawab terhadap segala keputusan Umno di peringkat negeri, termasuklah hal ehwal kewangannya;

6. Pada 9 Oktober 2012, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Seri Nazri Aziz mengejutkan Parlimen apabila beliau mengumumkan bahawa dakwaan rasuah terhadap Ketua Menteri Sabah, Dato' Seri Musa Aman (berhubung dakwaan wang rasuah berjumlah RM40 juta yang dikaitkan dengan beliau) telah digugurkan;

7. Menteri berkenaan telah juga mengumumkan bahawa pihak berkuasa turut menggugurkan dakwaan rasuah terhadap seorang niagawan balak dari Sabah bernama Michael Chia, yang sebelum ini dikaitkan dengan tuduhan rasuah berhubung lesen pembalakan melibatkan Dato' Seri Musa Aman;

8. Menurut kenyataan menteri tersebut di Parlimen, dakwaan rasuah terhadap Dato' Seri Musa Aman dan Michael Chia digugurkan atas alasan wang RM40 juta yang disiasat itu merupakan derma politik kepada Umno Sabah dan bukannya untuk kegunaan peribadi Ketua Menteri;

9. Saya dengan ini mengisytiharkan bahawa sepanjang penglibatan dan pengalaman saya dalam pelbagai kedudukan kepimpinan dan pengurusan di dalam Umno di peringkat pusat dan negeri, saya tidak pernah tahu atau diberitahu mengenai:

i. Sebarang perbincangan yang berlaku di peringkat Majlis Tertinggi Umno atau Badan Perhubungan Umno Sabah mengenai usaha mendapatkan derma politik sebesar jumlah RM40 juta, seperti yang didakwa menteri berkenaan di Parlimen;

ii. Sebarang pengisytiharan yang dibuat di peringkat Majlis Tertinggi Umno atau Badan Perhubungan Umno Sabah bahawa derma politik sejumlah RM40 juta telah dibuat kepada Umno Sabah, seperti yang didakwa menteri berkenaan di Parlimen;

iii. Sebarang bukti urusniaga, transaksi atau urusan yang dibentangkan kepada Majlis Tertinggi Umno atau Badan Perhubungan Umno Sabah yang boleh membuktikan bahawa Umno Sabah adalah penerima derma politik RM40 juta itu;

dan iv. Sebarang laporan atau bukti yang dibentangkan kepada Majlis Tertinggi Umno atau Badan Perhubungan Umno Sabah bahawa Umno telah mendapat manfaat dari derma politik RM40 juta itu;

10. Oleh yang demikian, saya menyimpulkan bahawa kenyataan menteri berkenaan kepada Parlimen adalah tidak benar, menyeleweng dan berniat untuk menutup isu yang lebih besar iaitu dakwaan salahguna kuasa dalam anugerah lesen pembalakan di Sabah yang hanya menguntungkan beberapa orang sedang rakyat dan negeri Sabah tidak mendapat pulangan setimpal;

11. Buat sekian lama, pembalakan telah menjadi sumber untuk mengkayakan diri bagi segelintir ahli politik dan pemimpin kerajaan Sabah. Dari pengalaman saya sendiri sebagai Timbalan Ketua Menteri, saya mengesyaki bahawa lesen pembalakan sering dianugerahkan kepada individu yang rapat dengan pemimpin kerajaan Sabah;

12. Wang haram dari kegiatan rasuah ini disyaki disimpan di luar negara menggunakan ejen yang mengendalikan penjualan balak pada harga yang rendah dan merugikan Kerajaan Negeri. Keuntungan dari penjualan balak pada harga rendah ini kemudiannya disalurkan sebagai rasuah dan dimasukkan ke pelbagai akaun di luar negara, yang akhirnya dipindahkan semula untuk manfaat ahli politik utama dan pemimpin kerajaan Sabah;

13. Saya bersedia untuk memberi kenyataan kepada mana-mana pihak berkuasa dari mana-mana negara yang menyiasat perkara ini untuk menghentikan jaringan rasuah yang melibatkan anugerah lesen pembalakan yang telah lama merugikan rakyat Sabah;

14. Saya yakin pengalaman, pengetahuan dan maklumat dalaman yang saya ada mengenai perjalanan Umno dan kerajaan di peringkat pusat dan negeri akan membantu siasatan.

Dan saya membuat Surat Akuan Sumpah ini dengan kepercayaan bahawa apa-apa yang tersebut di dalamnya adalah benar serta menurut Akta Akuan Berkanun 1960.

Diperbuat dengan sebenarnya dan
diakui oleh yang tersebut namanya
di atas di Kota Kinabalu
dalam negeri Sabah
pada 10 haribulan Disember, 2012

………………………………
LAJIM BIN UKIN

Dihadapan saya,

…………………………………….
PESURUHJAYA SUMPAH



Bekas KPN Sendiri Ragu Statistik Sebenar Jenayah

Posted: 11 Dec 2012 02:43 AM PST

Musa minta SB tumpu jenayah bukan politik

Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan meminta agar pegawai Cawangan Khas (SB) polis memberi lebih tumpuan kepada isu-isu jenayah dan tidak hanya tertumpu kepada isu politik sahaja.

"Saya harap SB ini berikan tumpuan kepada isu-isu untuk banteras jenayah dan jangan terlalu lebih beri tumpuan kepada isu-isu politik.

"Biarlah kerja-kerja siasatan politik ini dijalankan oleh mereka yang berada di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM), kerja polis untuk memastikan kadar jenayah terus berkurangan dan rakyat lebih terjamin keselamatan mereka," sambung beliau lagi.

Beliau yang berkata demikian pada sidang media anjuran Pasukan Bertindak Pemantau Jenayah Malaysia (MyWatch) di sebuah hotel di Petaling Jaya petang tadi.

Isu polis terlalu memberikan tumpuan kepada politik menjadi panas baru-baru ini sehingga menyebabkan anggota Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar berkata polis sudah cukup tetapi silap tumpuan.

Ia dijawab oleh pihak polis dengan berkata bilangan anggota polis berkurangan dari yang sepatutnya.

Namun dengan permintaan bekas orang nombor satu polis ini, isu kekurangan anggota boleh diselesaikan dengan cara polis memberikan tumpuan kepada jenayah bukannya kerja-kerja menjadi alat orang politik.

Dedah statistik jenayah

Musa juga meminta Kementerian Dalam Negeri (KDN) mendedahkan angka statistik yang sebenar jenayah negara ini bagi mengelakkan berlakunya kekeliruan.

Musa menyatakan, angka statistik yang diumumkan sebelum ini hanya merujuk kepada jenayah jalanan sahaja tetapi tidak merangkumi jenayah-jenayah lain.

"Kita melihat pada NKRA kerajaan hanya mengumumkan kadar statistik jenayah yang melibatkan jenayah jalanan sahaja iaitu seperti ragut dan sebagainya.

"Tetapi apa yang berlaku pada jenayah-jenayah lain seperti pecah rumah mahupun bentuk-bentuk jenayah yang lain, apakah kadar statistik jenayah tersebut,"
jelasnya.

Menurut beliau, rakyat sebenar keliru dengan kadar statistik yang diumumkan apabila kerajaan mengatakan kadar jenayah telah menurun sedangan rakyat terus mempersoalkan jenayah yang sering berlaku disekeliling mereka.

"Kerajaan perlu mendedahkan yang sebenar tentang kadar statistik jenayah biar semua tahu dan rakyat akan mengetahui kedudukan mereka dalam situasi jenayah negara," kata beliau lagi.

Beliau yang mengulangi masih menyayangi Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dan berharap agensi tersebut dapat mengembalikan semula kepercayaan rakyat.

Tiada ulasan: