Sabtu, 1 Disember 2012

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Allah Juga Pilih DAP Di Penang, PKR Di Selangor, PAS Di Kedah & Kelantan untuk berkuasa...

Posted: 01 Dec 2012 12:31 AM PST

Allah Pilih UMNO Untuk Berkuasa.

Kalau dah terdesak, Tuhan juga diheret sama bagi mempertahankan hujah yang sememangnya tidak masuk akal.

Begitulah gelagat yang dilihat dalam perhimpunan agung Umno (PAU) apabila seorang perwakilan mempertahankan Umno daripada usaha PAS yang menganjurkan doa bagi kehancuran parti berkenaan dengan alasan bahawa Allah memilih Umno untuk diberi amanah dah kuasa bagi melakukan kerja Islah di negara ini.

Perwakilan Pemuda Umno, Reezal Merican Naina Merican dalam ucapannya juga berkata, soal menentukan kuasa pentadbiran sesebuah negara adalah hak Allah.

"Dalam soal kuasa, sepanjang 55 tahun, Dia memilih Umno yang memerdekakan tanah air.

"Umno dah diberi amanah, diberi kuasa.... Apa yang dilakukan? Umno buat pelbagai Islah (perubahan), keluarkan daripada penjajahan kepada kemerdekaan yang lebih mulia, memuliakan Melayu, memberi identiti dan meletakkan Islam di sisi Melayu," katanya.

Dalam ucapannya, Reezal turut mempersoalkan gelaran "Mursyidul Am" yang diberikan PAS kepada pemimpinnya, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Gelaran "mursyid" itu bermaksud "petunjuk", tetapi Nik Aziz sebelum ini didakwa memberi gambaran bahawa Umno merupakan parti murtad, kata Reezal.

"(Sebaliknya) ini 'Mudhilul 'Am, penyesat nombor satu," katanya sambil mambaca sepotong ayat Al-Quran yang menceritakan tentang kisah nabi Musa dan Fir'aun.

Turut menjadi sasarannya ialah Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang disifatkannya sebagai "pengkhianat" atas beberapa kenyataan ketua umum KEADILAN itu yang didakwanya menyokong keselamatan Israel.

"Barack Obama, David Cameron tidak (pernah) mengeluarkan (kenyataan).... Tidak ada keluar melainkan ketua pembangkang. Bukankah itu (dikatakan) pengkhianat?," kata Reezal.

Perwakilan lain yang mengikuti ucapan Reezal dilihat ada yang keluar sebaik sahaja dia menghina menteri besar Kelantan itu dengan gelaran yang tidak sepatutnya dituturkan oleh seorang pemimpin.- jalan pulang

Adun BN Batang Kali Didapati Bersalah Keluar Kenyataan Berbaur Seksis

Posted: 01 Dec 2012 12:01 AM PST

Dewan Negeri Selangor (DNS) hari ini mendapati Datuk Mohd Isa Abu Kasim (BN-Batang Kali) bersalah mengeluarkan kenyataan berbaur seksis terhadap Exco Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar, Elizabeth Wong pada 22 November lalu.

Ekoran itu, Isa dikenakan denda sebanyak RM1,000 melalui potongan Elaun Khas Ahli Dewan Negeri.

Keputusan itu ditetapkan Speaker DNS, Datuk Teng Chang Khim setelah mengambil kira persetujuan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dalam usul pindaan berhubung mengenakan denda kepada Isa.

"Bahawasanya dewan yang mulia ini mengambil ketetapan untuk mengenakan denda RM1,000 yang akan dipotong dari Elaun Khas Ahli Dewan Negeri ke atas Adun Kawasan Batang Kali terhadap kenyataan seksis yang dikeluarkan oleh beliau terhadap Adun Bukit Lanjan pada 22 November 2012 semasa sesi penggulungan Yang Berhormat Bukit Lanjan yang berbunyi "…(Tapi) jangan sampai terlupa jaga hutan kita sendiri"," katanya.

Bagaimanapun, keputusan itu dipertikaikan Isa dengan mendakwa Speaker tidak berlaku adil terhadapnya ekoran kenyataannya tempoh hari tidak melanggar mana-mana peraturan tetap dewan.

Namun, Teng menegaskan tindakan itu adalah adil berdasarkan Peraturan 36(4) di mana Adun dilarang untuk menggunakan bahasa biadap.

"Bagi saya itu mencukupi untuk membuktikan kenyataan yang dikeluarkan adalah berbaur seksis," ujarnya.

Usul berkenaan dibawa Gan Pei Nei (PKR-Rawang) dan disokong oleh kumpulan penyokong Kerajaan Pakatan Rakyat.

Tidak puashati dengan keputusan usul tersebut Adun-adun BN bertindak keluar dewan sebaik Speaker membacakan keputusannya. -selangorku

Tiada Maaf Jika Tidak Bayar Royalti Kelantan - Husam

Posted: 30 Nov 2012 09:04 PM PST

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak perlu mengumumkan penyerahan wang royalti Kelantan sekiranya beliau benar-benar jujur dan ikhlas memohon maaf kepada rakyat.

Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa berkata, Islam menetapkan mereka yang memohon maaf perlu memulangkan perkara yang diambil selain tidak mengulangi kesalahan yang dilakukan.

"Dalam kes wang royalti, permohonan maaf tidak boleh diterima kerana wang Kelantan terus diambil oleh Kerajaan Pusat.

"Jadi beliau hanya minta maaf untuk mempermainkan rakyat Kelantan dan ini tidak lebih dari retorik menjelang pilihan raya," katanya kepada pemberita, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Najib pada ucapan dasar Perhimpunan Agung Umno semalam, yang meminta maaf bagi pihak pimpinan Umno dan kerajaan atas segala kesalahan yang dilakukan.

Najib, Presiden Umno, turut berikrar beliau bersama-sama pimpinan Umno akan terus mengutamakan kesejahteraan rakyat dan menaikkan martabat orang Melayu.

Pada Ogos 2010 Kerajaan Kelantan telah memfaikan writ saman terhadap Petronas di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 30 Ogos 2009 setelah Kerajaan Pusat enggan menyerahkan wang royalti.

Kerajaan Persekutuan kemudiannya menfailkan permohonan untuk menjadi defenden kedua.

Namun Ogos lalu, Perdana Menteri menubuhkan sebuah jawatankuasa khas yang akan mengkaji secara adil dan telus berhubung isu bayaran tunai daripada hasil petroleum kepada negeri-negeri di Pantai Timur Semenanjung Malaysia.

Jawatankuasa itu akan dipengerusikan oleh bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad dan akan dianggotai oleh pakar undang-undang dari dalam dan luar negara, wakil dari kerajaan negeri Pahang, Kelantan dan Terengganu yang diperkenan Sultan negeri-negeri berkenaan. -SH



Rakyat Bentong Bangkit Untuk Pastikan Telinga Adnan Dipotong!

Posted: 30 Nov 2012 06:44 PM PST


Rakyat Bentong bangkit dan berarak ke seluruh kawasan parlimen sebagai tindakbalas kepada kenyataan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob yang "mempertaruhkan" telinganya jika DAP menang di Bentong.

Di dalam satu jawapan yang cukup dasyat Adnan Yaakob berkata:

"... DAP tidak boleh menang di Bentong. Tidak boleh menang. Jika DAP menang di Bentong, anda potong teliga saya, saya terjun Sungai Pahang. (DAP) tidak boleh menang," katanya.

Malah beliau dengan sombong dan angkuhnya berkata bahawa sekalipun Lim Guan Eng bertanding di Bentong, beliau akan kalah.

Berikut ialah laporan dan video mengenainya:

MB: 'Potong telinga saya jika DAP menang Bentong'

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob percaya loji Lynas merupakan isu di Kuantan sahaja dan tidak akan menjejaskan peluang BN di Pahang dalam pilihan raya umum akan datang.

Beliau memberi contoh kawasannya di Bentong yang menurutnya tidak boleh dimenangi DAP.

"... DAP tidak boleh menang di Bentong. Tidak boleh menang. Jika DAP menang di Bentong, anda potong teliga saya, saya terjun Sungai Pahang. (DAP) tidak boleh menang," katanya.

Adnan adalah ADUN Pelangai - satu lagi kerusi DUN dalam Parlimen Bentong.

Ditanya sama ada referendum mengenai Lynas itu hanya terhadap di Kuantan, Adnan menjawab: "...jika kita menang di Kuantan, selesai. Lynas bukan isu lagi.

" Adnan yang juga pengerusi BN dan Umno Pahang menegaskan demikian ketika ditemui pemberita di perhimpunan agung Umno di PWTC hari ini.

Ditanya mengenai tahap keyakinannya dalam pilihan raya umum akan datang, Adnan berkata:

"Sangat, sangat yakin. (Kalau Lim) Guan Eng datang pun dia akan kalah. Betul. Jika MCA kalah di Bentong, MCA mesti tutup kedai.

"MCA adalah perimeter di Pahang, jika MCA kalah kepada DAP, lebih baik tutup kedai. Tapi jika MCA menang, DAP kena tutup kedai di Pahang," tegasnya.


"Haramjadah" Najib Terus Menimpa Saham Felda. Ditutup Menyamai Harga IPO!

Posted: 30 Nov 2012 04:18 PM PST


Hari ini dalam sejarah - harga saham Felda Global Ventures Holdings Berhad pertama kalinya ditutup pada paras harga penyenaraiannya (RM4.55).

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan tiba-tiba melenting dengan berkata, selain kejatuhan harga komoditi sawit, laporan negatif terhadap Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) merupakan antara punca harga saham syarikat gergasi perladangan itu jatuh.

"Ini (laporan negatif) antara puncalah. Hari itu tuduh Genting ada RM400 juta saham dalam Felda. Saham ini bergantung pada emosi juga, malaysiakini dipetik.

"...di antara saya sebut (laporan negatif punca saham jatuh). Selain daripada pasaran sawit dunia. Mereka ini jahat betul. Saya tak pernah tengok dalam dunia manusia sejahat mereka ini.

"Saudara pernah jumpa? Malaysiakini pernah (jumpa)?," katanya dalam sidang media selepas persidangan Perhimpunan Agung Umno ke-66 di PWTC hari ini.

Ahmad yang juga ketua penerangan Umno berkata demikian ketika mengulas soalan pemberita berhubung kemerosotan harga sahamyang dibangkitkan oleh kumpulan yang menentang penyenaraian FGV.

TETAPI AHMAD MASLAN TIDAK PULA MENGULAS BAGAIMANA CELUPARNYA PM, NAJIB TUN RAZAK YANG TELAH MENGHARAMJADAHKAN PARA PENEROKA, DAN KINI APA YANG BERLAKU IALAH HARAMJADAH ITU BERBALIK MENIMPANYA SEMULA! - GB

Malaysiakini pada 12 November lalu melaporkan saham FGVH buat pertama kalinya diniagakan di bawah paras harga penyenaraian RM4.55 ke paras RM4.53.

Pada hari ini, harga saham berkenaan hari ini susut empat sen, atau 0.87 peratus kepada RM4.55 sehingga pukul 11.33 pagi setelah penganalisis menjangka keputusan suku ketiga yang kurang memberangsangkan untuk FGV.

Laporan Bernama hari ini memetik kenyataan seorang penganalisis yang berkata unjuran keputusan suku ketiga yang kurang memberangsangkan itu disebabkan oleh harga minyak sawit mentah (MSM) yang lemah dan pengeluaran tandan buah segar (FFB) yang rendah semasa tiga bulan dalam kajian.

Menurut penganalisis itu lagi, FGVH juga mungkin berhadapan dengan masalah pokok sawit tua - sebanyak 53 peratus daripada 320,000 hektar ladang sawitnya.

[DEDAH] Najib PM Paling Boros Belanja Duit Petronas

Posted: 30 Nov 2012 07:01 AM PST

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak merupakan Menteri Kewangan paling boros sehingga memaksa Petronas menyumbang dividen pada kadar paling tinggi dalam sejarah negara.

Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali mendedah, tidak pernah ada Menteri Kewangan atau Perdana Menteri yang paling banyak menggunakan dana Petronas kecuali Najib.

Berdasarkan sumber Kementerian Kewangan dan Jabatan Statistik memaparkan, sepanjang Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan, Petronas menyumbang dividen pada kadar RM3.1 bilion dari tahun 1992 sehingga tahun 1997.

Jumlah dividen yang disumbangkan Petronas semasa Tun Abdullah Badawi menjadi Menteri Kewangan pula, sebanyak RM9.1 bilion disumbangkan pada tahun 2004, RM11.0 bilion bagi tahun 2005, RM18.0 bagi tahun 2006 dan RM24.0 bilion untuk tahun 2007.

Sementara itu, ketika zaman Najib pula, sebanyak RM30.0 bilion dividen disumbangkan secara konsisten dari tahun 2009 hingga tahun 2011.

"Tatkala Anwar berusaha mengurangkan hutang negara, berbelanja secara berhemah sehingga pendapatan mengatasi perbelanjaan tanpa membebankan Petronas dan memacu pertumbuhan ekonomi sehingga 10 peratus, Datuk Seri Najib mengambil 10 kali ganda lebih banyak wang Petronas.

"Hutang negara meningkat lima kali ganda, bajet defisit berlarutan selama 14 tahun dan pertumbuhan ekonomi tetap lembap pada kadar sekitar empat hingga lima peratus sahaja," katanya pada satu sidang media di Ibu Pejabat PKR.

Azmin tampil hari ini mempertahankan kreadibiliti dan kemampuan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengemudi ekonomi negara ekoran serangan Najib semalam dalam perhimpunan agung Umno.

Jelas Azmin, pencapaian ekonomi Najib tidak pernah sekalipun mengatasi pencapaian Anwar yang berjaya memacu pertumbuhan ekonomi negara sehingga mencecah 9-10 peratus dalam tempoh menjadi Menteri Kewangan.

Manakala Najib yang mula menjawat jawatan Menteri Kewangan sejak tahun 2009 membawa ekonomi ke arah sebaliknya dan menjurus kepada kegawatan sedangkan negara jiran seperti Indonesia kekal berkembang pesat.

Selain itu, Najib Razak juga gagal mengatasi masalah hutang walaupun ditinggalkan Anwar dalam keadaan cukup baik.

Azmin turut menegaskan, modus operandi serangan terhadap Anwar mengenai kreadibiliti pentadbiran ekonomi kembali digunapakai menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) untuk menakut-nakutkan rakyat kononnya negara akan muflis jika Umno-BN tidak diberikan kuasa memerintah.

"PRU-13 rakyat tetap memilih Pakatan Rakyat. Maknanya rakyat yang matang tidak akan terpengaruh dengan propaganda politik Umno-BN yang meremehkan keupayaan rakyat untuk menilai pencapaian ekonomi negara dibawah kepimpinan Anwar sebagai Menteri Kewangan.

"Sekali lagi saya yakin rakyat pastinya menolak 'politics of fear' yang dibawa oleh Presiden Umno," katanya.




Najib Perlu Berundur Jika Benar-benar Insaf

Posted: 30 Nov 2012 04:10 AM PST


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak digesa berundur jika perdana menteri itu bebar-benar sudah menginsafi segala kelemahannya.

Menurut Bendahari Dewan Pemuda PAS Perak Fakhrulrazi Mokhtar, Najib tidak boleh menganggap kesilapannya adalah perkara biasa dan berasa cukup dengan hanya meminta maaf.

Sebaliknya katanya, permohonan maaf itu perlu disusuli dengan meletakkan jawatan dan memberikan peluang kepada mereka yang lebih baik untuk menerajui negara.

"Permohonan maaf tersebut menggambarkan pelbagai kezaliman yang telah Umno lakukan sebelum ini dan Najib melihat perkara ini sangat kecil dan mudah dimaafkan.

"Najib seharusnya berundur dan melepaskan jawatannya jika beliau benar-benar insaf akan perbuatannya seperti yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin di Negara lain,"
kata beliau kepada Harakahdaily.

Sementara itu, mengulas Perhimpunan Agong Umno (PAU) kali ini beliau berpendapat ianya seoalah-olah tiada arah tuju.

Menurutnya, pimpinan dan perwakilan Umno menggunakan perhimpunan kali ini lebih kepada medan untuk menghentam dan memfitnah Pakatan Rakyat.

Katanya, pimpinan Umno hanya sibuk menghentam Pakatan Rakyat dan tiada langsung usaha gerak kerja dan strategi yang dicadangkan serta dibincangkan untuk menghadapi PRU13.

"Semua perwakilan daripada pemuda, wanita dan pimpinan tertinggi hanya menghentam dan memfitnah sebaliknya tiada langsung idea, strategi, dan gerak kerja yang bernas dilontarkan daripada perwakilan," katanya ketika ditemui Harakahdaily hari ini.

Menurutnya, perwakilan seharusnya menggunakan perhimpunan kali ini untuk memuhasabah diri dan mencari punca kenapa sokongan masyarakat kepada parti itu semakin berkurang.

Fakhrulrazi berkata, pemimpin Umno seolah-olah meragui akan kesetiaan ahli sendiri apabila terus menyarankan agar tidak mempercayai agenda Pakatan Rakyat.

"Mereka seolah-olah tidak yakin dengan sokongan ahli sendiri dan berusaha untuk memberi kepercayaan tinggi ahli kepada Umno," kata beliau lagi.

Beliau yang juga Timbalan Pengarah Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia menjelaskan, suasana ini menggambarkan Umno semakin terdesak untuk meraih sokongan termasuk ahli sendiri.

Tiada ulasan: