Isnin, 3 Disember 2012

Era Pasca

Era Pasca


Rela di gelar anjing dan babi dari menjadi barua UMNO

Posted: 03 Dec 2012 01:41 AM PST

Salute lu bro! 


Gua pon sama dengan lu bro. Barua UMNO adalah sejijik-jijik manusia, demi mempertahankan kuasa sanggup lakukan apa saja, menghalalkan yg haram, mengharamkan yg halal, merompak harta orang juga tanpa rasa bersalah. harap bro ini (Mohd Saiful Ismail) membaca sedikit komen gua ini..

selanjutnya baca sini supaya paham kepada yg tak paham. [SINI]


COUNTDOWN JANGKA HAYAT UMNO BN

7 Dec 2012 Himpunan Kebangkitan Rakyat Peringkat Kedah sasar 50 000

Posted: 03 Dec 2012 01:32 AM PST



ALOR SETAR - Lebih 50,000 orang dijangka hadir pada Perhimpunan Kebangkitan Rakyat Negeri Kedah yang akan diadakan pada 7 Disember 2012 di Stadium Sultan Abdul Halim, Jalan Suka Menanti, di sini.

Pengerusi DAP Kedah yang juga pengerusi bersama program, YB. Lee Guan Aik berkata, perhimpunan yang bermula pada jam 2 petang itu akan menghimpunkan ahli-ahli dari PAS, DAP dan Pakatan Rakyat (PKR).
"Bas Jelajah Merdeka Rakyat juga akan turut serta dalam perhimpunan yang diadakan itu selain ucapan daripada Cikgu Bad pada jam 5 petang," ujarnya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita sempena majlis Perhimpunan Kebangkitan Rakyat Negeri Kedah di Wisma Darul Aman, di sini.

Menurutnya, semua pemuda dari PKR akan turut menyampaikan ucapan dan perhimpunan secara besar-besaran akan bermula pada jam 8 malam.
"Pada jam 2 petang akan diadakan majlis Bicara Wanita Pakatan Rakyat di samping persembahan kebudayaan pelbagai kaum melibatkan tarian singa, chingay, silambam dan silat gayong pada jam 3 petang," katanya.
Beliau memberitahu, konvoi anak muda juga turut diadakan di samping persembahan pentas yang menampilkan Cikgu Bad, Ketua Pemuda PAS, Keadilan dan DAP Kedah.
"Pada jam 5 petang akan berlangsung kuliah santai oleh Ustaz Azhar Idrus serta penampilan Leman Raja Lawak dan Radhi Mat Din," katanya.
Beliau menjelaskan, Menteri Besar yang juga Pengerusi Majlis Perhimpunan itu dijangka hadir pada program yang diadakan itu.

"Pemimpin tertinggi iaitu Lim Kit Siang, Anwar Ibrahim dan Tuan Guru Haji Hadi Awang turut menyampaikan ucapan pada majlis itu," ujarnya.

Tambahnya, perhimpunan yang diadakan pada kali ini dijangka akan dihadiri lebih daripada 50,000 orang kerana ia adalah program Peringkat Negeri.
"Kita akan adakan program seperti ini secara berterusan di negeri ini dalam menghadapi pilihanraya umum ke-13 tidak lama lagi," katanya.
Menurutnya, Pakatan Rakyat (PR) akan memberikan tentangan hebat kepada Barisan Nasional (BN) dan UMNO dalam menghadapi pilihanraya akan datang.
"Kehadiran rakyat yang begitu ramai pada perhimpunan ini secara tidak langsung akan membimbangkan UMNO yang akan menjadi penentu kepada nasib BN," katanya.
Pihaknya percaya rakyat yang akan menentukan pada pilihanraya yang akan diadakan nanti dan ia juga diharap akan mewujudkan perhimpunan lain di negeri ini.

Sementara itu, Setiausaha Perhubungan PAS Kedah, Ustaz Musoddak Ahmad berkata, minimun seramai 2,000 ahli PAS dalam setiap kawasan yang melibatkan 15 kawasan di negeri ini dijangka menghantar ahli-ahli mereka untuk menyertai perhimpunan ini.

"Tema pakaian pada perhimpunan ini ialah kuning, hijau, oren dan merah dan kita berharap perhimpunan yang diadakan ini akan berjaya sepertimana perhimpunan yang diadakan di negeri Kelantan dan Johor sebelum ini," katanya.

Turut hadir ialah Ketua Angkatan Muda Keadilan Negeri Kedah, Cikgu Azman Nasrudin.


COUNTDOWN JANGKA HAYAT UMNO BN

18xx pastikan kanak2 sudah tido.: Hubungan sulit Boss dengan setiausahanya

Posted: 02 Dec 2012 08:09 AM PST



Ini bukan anak menteri tapi anak setan yang di kenali. Bapa dia kata die tak tido nan anak die, mana die tau anak die wat pe.. kankankan

Seorang boss mempunyai hubungan sulit dengan setiausahanya. Suatu hari, selesai waktu pejabat, mereka terus ke rumah setiausaha tersebut. Mereka bergurau senda, bermesra, dan bermain papan jongket sampai akhirnya mereka tertidur.

Boss tersebut tersedar jam 8 malam. kelam kabut menyarung kembali pakaiannya. pasti isterinya akan bertanya ke mana dia pergi.. Dia lantas menyuruh setiausahanya membawa kasutnya keluar, mengotorkan kasut itu dengan rumput dan lumpur.

Selepas menyarung kasutnya yang kotor itu, boss itu segera pulang ke rumah.

Di rumah, isterinya sedang menunggu di muka pintu dengan muka yang marah…
"ke mana abang pergi hah?..malam baru ingat nak balik?. tanya isteri
"Abang tak mahu berbohong… sebenarnya abang ada hubungan sulit dengan setiausaha abang. Abang ke rumahnya tadi. Kami tertidur sehingga malam"
jelas boss itu, menceritakan hal yang sebenarnya.

Si isteri memandang dari atas ke bawah..terpandang kasut suaminya yang kotor.
"Bohong.gg… ni mesti abang pergi main golf la kan?… ..
-TaMMaT- ekekekek -

COUNTDOWN JANGKA HAYAT UMNO BN

EPL: Himpunan Hijau PAS Kawasan Lipis

Posted: 02 Dec 2012 05:47 AM PST


Ceramah Himpunan Hijau di Lipis Pahang oleh Parti Islam Semalaysia (PAS)



Live Video app for Facebook by Ustream


COUNTDOWN JANGKA HAYAT UMNO BN

Tiada ulasan: