Era Pasca |
- Gempar! Perogol Di Bebas, Mahasiswa Tidur Di Dataran Di Penjara?
- Pecah Berita! Isu Tanah, Tok Guru Nik Aziz Bakal Saman RM 100 Juta Bloger Fitnah Pisaunet Dari Umno!!
- VIDEO : PENGAKUAN ORANG SUNGAI PETANI SENDIRI! PANEH!
- Ranking Terkini top10 Blog Blog Politik Di Malaysia!
- Live streaming Jelajah Merdeka Rakyat Suara Anak Muda Petaling Jaya Selatan
Gempar! Perogol Di Bebas, Mahasiswa Tidur Di Dataran Di Penjara? Posted: 21 Dec 2012 02:45 AM PST Kuala Lumpur - by @tiewnama. kedengaran seperti malaysia sudah kembali kezaman batu bilamana yang kuat dan berkuasa boleh menghalalkan suatu dan mengharamkan suatu mengikut kehendak nafsu dan kuasa mereka saja. tahniah di ucapkan kepada polis dan mahkamah serta dewan bandaraya kuala lumpur kerana keADILan anda semua dalam menghukum yang bersesuaian dengan kehendak pemimpin Barisan Nasional yang gila kuasa. mahasiswa tahun akhir yang dijatuhkan hukuman penjara sebulan dan denda RM 1 ribu ketika occupy dataran mendesak mansuhkan PTPTN, atas alasan mengganggu penjawat awam DBKL dan Hakim Mahkamah Kanggaru Malaysia tidak benarkan rayuan walaupun DPP tiada bantahan, Peguambela cuba sedaya upaya mengusahakan permohonan penangguhan tetapi tidak pernah di layan dan kini sedang dibawa ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. mahkamah Majistret Kuala Lumpur telah menjatuhi hukuman penjara sebulan dan denda RM1 ribu terhadap mahasiswa Occupy Dataran iaitu Umar Mohd Azmi atas alasan menghalang pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menjalankan tugas, 23 April lalu. Umar didakwa mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang Mohd Masran Mamat daripada menangkap dan mengiringi aktivis Mohd Fahmi Reza Mohd Zarin ketika berkhemah di Dataran Merdeka jam 8 pagi 22 April lalu. Sekumpulan mahasiswa berkhemah sebagai bantahan terhadap Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional atau PTPTN yang tidak adil. Suasana ini berbeza dengan keputusan kes seorang pemain boling tenpin kebangsaan iaitu Noor Afizal Azizan yang mungkin adalah ahli umno telah dibebaskan Mahkamah Sesyen walaupun mengaku bersalah merogol gadis bawah umur Ogos lalu. malaysia adalah negara bolehland! penjenayah di bebaskan asalkan anda ahli UMNO dan penegak kebenaran akan di penjarakan. Ubah Sekarang Selamatkan Malaysia! #TumbangBN Malaysia Sejahtera insyaallah! amin..
by @tiewnama - Mahasiswa berkhemah kena penjara, perogol dibebas. Malaysia Ku Hancur Kerana Barisan Nasional kahkahkahkah Created by Klik untuk dapatkan | ||||||||
Posted: 21 Dec 2012 01:36 AM PST Kuala Lumpur - by @tiewnama #TumbangBN Malaysia Sejahtera #KL112 Tuduhan Salah Guna Kuasa : Fitnah Nyata Terhadap YAB MB Kelantan... Saya telah diarahkan oleh YAB Tuan Guru Menteri Besar Kelantan untuk membuat sedikit penjelasan berkenaan isu sekeping tanah seluas tanah 10,526 hektar milik kerajaan negeri Kelantan yang didakwa sebagai habuan kepada pemimpin DAP Perak agar mereka sudi menyerahkan kerusi Menteri Besar Perak kepada PAS selepas pilihanraya umum 2008. Ia dilaporkan di dalam blog pisau.net yang kemudiannya dijadikan asas kepada laporan polis oleh sebuah badan bukan kerajaan Barisan Bersatu Nambikkai (Nambikkai) pada 19 Mac 2012. Ia juga turut dilaporkan oleh Utusan Malaysia pada 20 Disember 2012. Hakikatnya, ini satu lagi fitnah UMNO/Barisan Nasional yang cuba memperdayakan rakyat dengan isu-isu ciptaan mereka khususnya menjelang pilihanraya umum yang ke13. Peluru-peluru terakhir UMNO/BN ini kelihatan berterabur kerana dilancarkan dalam keadaan panik dan kelam kabut ekoran kebimbangan akan terlucut kuasa selepas pilihanraya nanti. Barangkali UMNO lupa bahawa merekalah yang telah menukar status tanah rizab melayu di bandar Baru Kubang Kerian ketika memerintah Kelantan. Ini boleh dirujuk melalui Warta Kerajaan Kelantan 22 April 1990 (ketika Kelantan masih diperintah oleh Barisan Nasional). Ini hanya sekelumit dari 'jasa baik' UMNO terhadap tanah rezab Melayu. Dalam isu tanah seluas 10,526 hektar yang didakwa sebagai habuan kepada pemimpin DAP Perak, suka untuk dinyatakan bahawa kawasan tersebut yang terletak di Hutan Simpan Relai, Gua Musang telah diluluskan kepada Yayasan Islam Kelantan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan yang bersidang pada 13 September 2000. Ia bertujuan untuk menjana pendapatan YIK bagi tujuan menampung urusan pengajaran dan pembelajaran anak-anak di sekolah-sekolah Yayasan Islam Kelantan. Perlu diingatkan bahawa pada tahun 2000, Pakatan Rakyat masih belum wujud dan masih belum membentuk kerajaan di Perak. Pada Disember 2000, Yayasan Islam Kelantan telah bersetuju menawarkan Projek Usahasama memajukan tanah ini kepada sebuah syarikat. Bagaimanapun syarikat tersebut ternyata tidak mampu untuk melaksanakan kerja-kerja memajukan tanah terbabit dan ini menyebabkan Mesyuarat Lembaga Yayasan Islam Kelantan pada 18 Ogos 2004 membuat keputusan agar tawaran projek ladang hutan ini ditarik balik dan dibatalkan. Tawaran kepada syarikat Upayapadu Sdn Bhd (pada masa itu dipengerusikan oleh Dato Seri Wong Yeon Chai) pula dibuat melalui surat Yayasan Islam Kelantan bertarikh 28 Ogos 2005 manakala perjanjian ditandatangani pada 3 Mei 2006, hampir dua tahun sebelum pilihanraya umum 2008. Ia merupakan usahasama projek melalui konsep pajakan dan perjanjian selama 50 tahun dengan diberikan leasehold dan bukannya hak milik. Ia juga menjana pendapatan YIK melalui kadar sewaan RM100.00 seekar setahun untuk kawasan getah klon dan RM150.00 seekar setahun untuk kawasan kelapa sawit. Pertukaran komposisi pengarah dan pegangan saham dalam Upayapadu Plantation Sdn Bhd telah dimaklumkan kepada Yayasan Islam Kelantan pada Mei 2012 di mana ekoran pertukaran tersebut, pihak syarikat dikehendaki membayar sumbangan kepada YIK sebanyak RM1.5 juta. Berasakan kepada kronologi di atas, dapatlah dibuat kesimpulan bahawa 1. Dakwaan yang menyatakan YAB Menteri Besar Kelantan telah memberikan 'habuan' kepada pemimpin DAP Perak agar memberikan laluan kepada calon PAS mengisis kerusi Menteri Besar adalah fitnah sama sekali. Tarikh perjanjian dengan Upayapadu Sdn Bhd yang ditandatangani pada 3 Mei 2006 dan pertukaran komposisi pada Mei 2012 adalah tidak relevan dengan tarikh pilihanraya umum 8 Mac 2008 yang menyaksikan Barisan Nasional hilang kuasa di Perak. 2. Dakwaan blog pisau.net bahawa 'sekelip mata mereka memperolehi 10,526 ekar dengan nilai pasaran melebihi 30 juta ringgit' juga adalah dakwaan yang tersasar. Ini kerana tanah tersebut hanya dipajak dan tidak diberikan hak milik. Pajakan pula hanya dalam tempoh 50 tahun sahaja. Blogger terbabit wajib mendatangkan salinan geran tanah sebagai bukti bahawa tanah tersebut telah dipindah milik. 3. Segala urusan perjanjian, pajakan dan transaksi dibuat dan dilaporkan di dalam mesyuarat samada Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Kewangan, Tender, Pembangunan dan Pelaburan YIK atau Mesyuarat Lembaga YIK. Ia dilakukan melalui prosedur yang sah dan tidak bertentangan dengan undang-undang. Saya kira, fitnah terbaru ini tentunya akan menyaksikan satu lagi episod saman yang akan difailkan di mahkamah. Ia jelas merupakan satu fitnah besar terhadap YAB Tuan Guru Menteri Besar Kelantan. UMNO hakikatnya sudah hilang punca untuk menonjolkan diri sebagai pejuang Melayu sedangkan pada hakikatnya, merekalah pengkhianat kepada tanah rezab Melayu. Di Selangor misalnya, UMNO Bahagian Puchong telah cuba menjual sebidang tanah rezab Melayu kepada sebuah syarikat Lagi Gemilang Development Sdn Bhd yang mana pemiliknya adalah 75 peratus bukan bumiputra. Ia disyorkan ditolak oleh Pengarah Tanah dan Galian Selangor Darul Ehsan melalui sepucuk surat kepada Menteri Besar Selangor pada 25 Januari 2010. Inilah dia wajah UMNO yang sebenar! Barangkali, UMNO meletakkan pihak lain seperti mereka di mana setiap perkara memerlukan habuan dan balasan. Dalam hal ini, menarik juga untuk dibincangkan apakah habuan yang diperolehi oleh UMNO ketika memberikan laluan kepada parti GERAKAN untuk mengisi kerusi Ketua Menteri Pulau Pinang satu ketika dulu... Daripada AHMAD FADHLI SHAARI, Setiausaha Akhbar YAB Menteri Besar Kelantan. by @tiewnama - tinggal sepender saja lah bloger sampah dan lucah serta fitnah dari umno dan Barisan Nasional nampaknya. kahkahkahkah Created by Klik untuk dapatkan | ||||||||
VIDEO : PENGAKUAN ORANG SUNGAI PETANI SENDIRI! PANEH! Posted: 20 Dec 2012 07:24 PM PST
Sah Fb Ayahanda-ayahanda SG Petani nih PENIPU malah cuba menaikan semangat ketegangan kaum. ini lah di nama kan rasis. Bila tang India di beri nama xtreme india. geng 35 bagai, tang Melayu yang kita sendiri tak tahu apa cerita sebenar Melayu Islam. Puit! Kenapa perlu tidak adil sampai begini? Nak gua printscreen dari para blogger dan FB UMNO? huh tak payahlah, mereka punya sembang lagi haramjadah..... Kunon2 nak ajak Melayu bersatu la sangat... Ptuih... Terrrr Sepatutnya Pergaduhan Gengster Melayu dan Pailang India. bukan pergaduhan kaum tapi pergaduhan puak. Untuk mangsa keadaan (dalam gambar), seperti biasa, kami doakan anda akan sihat secepat mungkin. Anda berada di tempat yang salah dam pada masa yang salah.. takdir... Tonton video pengakuan orang2 SP di bawah. Created by Klik untuk dapatkan | ||||||||
Ranking Terkini top10 Blog Blog Politik Di Malaysia! Posted: 20 Dec 2012 08:13 AM PST Kuala Lumpur - by @tiewnama kedudukan TerNow Ranking Top10 Blog Blog Politik di Seluruh Malaysia yang di ketahui hasil dari carian di rating malaysia di website alexa.com top500 blog blog politik ini terdiri daripada haluan kanan kepada Pakatan Rakyat dan haluan kiri kanan dari Barisan Nasional, berikut senarai senarainya dan anda boleh layari dengan sejahtera lagi aman damai. Perhatian : Blog Barisan Nasional adalah Blog Lucah dan tidak sesuai untuk anak anak anda menonton atau membacanya kerana di khuatiri akan menyemai sikap keruntuhan akhlak yang sangat membinasa islam dari dalam. sekian terima kasih. 1. ameno world - 243 - Pakatan Rakyat. 2. era pasca - 328 - Pakatan Rakyat. 3. mpp - 339 - Barisan Nasional atau Untuk Melayu No Otak atau UMNO. 4. anak sungai derhaka - 359 - Pakatan Rakyat. 5. pilihan anda - 465 - Barisan Nasional Untuk Melayu No Otak atau UMNO. 6. novandri - 470 - Barisan Nasional Untuk Melayu No Otak atau UMNO. 7. gomo - 489 - Barisan Nasional Untuk Melayu No Otak atau UMNO. 8. kedah ke kl - 501 - Barisan Nasional Untuk Melayu No Otak atau UMNO. 9. addin - 519 - Pakatan Rakyat. 10. greeboc - 545 - Pakatan Rakyat. by @tiewnama - #TumbangBN Malaysia Sejahtera! kahkahkahkah Created by Klik untuk dapatkan | ||||||||
Live streaming Jelajah Merdeka Rakyat Suara Anak Muda Petaling Jaya Selatan Posted: 20 Dec 2012 05:03 AM PST |
You are subscribed to email updates from Era Pasca To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan