Era Pasca |
- Gempar! Lajim Ukin Buat Akuan Sumpah Skandal Rasuah RM 40 Juta Umno Sabah!
- Panas! 6 Amaran Keras Rakyat Malaysia Pada Pakatan Rakyat Jika Mereka Jadi Kerajaan Pusat!
- Panas! Ibrahim Ali Minta Restu Muhyiddin Yassin Untuk Masuk UMNO?
- Pecah Berita! Bagaimana Musa Hassan Hanya Ada Sijil Saja Menjadi Ketua Polis Negara?
- Pecah Berita! Kedai Najib 1Family makan Tidak Halal!?
- Berhati-hati dengan kedai ini! [Kedai Makanan RAJU]
- Sultan Pahang bersama Wanita Pertama mencemar duli
- Pecah Berita! Adik Sultan Pahang Sokong Pakatan Rakyat!!
Gempar! Lajim Ukin Buat Akuan Sumpah Skandal Rasuah RM 40 Juta Umno Sabah! Posted: 11 Dec 2012 12:54 AM PST Kuala Lumpur - by @tiewnama sabah di gegarkan lagi dengan pengakuan sumpah bekas timbalan ketua menteri sabah yang telah meletak jawatan dan keluar dari umno mengenai skandal rasuah balak membabitkan wang haram rm 40 juta yang di dakwa di terima oleh ketua menteri sabah berikutan menteri pecah lubang isu rasuah di sabah. berikut adalah akuan sumpahnya. Saya Lajim Ukin (550615-12-5069) yang beralamat di Pejabat Perhubungan Pertubuhan Pakatan Perubahan Sabah (PPPS), Lot 18 & 19, Tingkat 1 & 2, Blok C, Millenium Centre, Jalan Lintas Kepayan, Penampang 88200 Kota Kinabalu, Sabah, dengan sesungguhnya dan sebenarnya membuat perakuan berikut: 1. Saya adalah seorang ahli politik yang telah memegang pelbagai jawatan kanan di dalam Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (Umno) iaitu parti yang telah memerintah Malaysia sejak merdeka dalam tahun 1957, 2. Saya telah memikul tanggungjawab sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah sehingga tahun 2004 dan telah menjadi wakil rakyat bagi beberapa kerusi Dewan Undangan Negeri dan Parlimen sejak 1994. Jawatan terakhir saya di dalam Kerajaan Malaysia adalah sebagai Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, 3. Saya meninggalkan Kerajaan Malaysia dalam bulan Ogos 2012 berhubung perbezaan pendapat dan rasa tidak setuju mengenai pelbagai perkara terutamanya nasib rakyat Sabah yang telah lama diabaikan oleh Kerajaan Malaysia, 4. Sepanjang penglibatan saya dengan Umno, saya telah dipilih sebagai ahli Majlis Tertinggi Umno sejak tahun 2000. Majlis Tertinggi Umno adalah badan pembuat keputusan yang tertinggi di dalam Umno dan bertanggungjawab terhadap segala keputusan Umno, termasuklah hal ehwal kewangannya, 5. Saya juga menganggotai Badan Perhubungan Umno Sabah yang bertanggungjawab terhadap segala keputusan Umno di peringkat negeri, termasuklah hal ehwal kewangannya, 6. Pada 9 Oktober 2012, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Seri Nazri Aziz mengejutkan Parlimen apabila beliau mengumumkan bahawa dakwaan rasuah terhadap Ketua Menteri Sabah, Dato' Seri Musa Aman (berhubung dakwaan wang rasuah berjumlah RM40 juta yang dikaitkan dengan beliau) telah digugurkan, 7. Menteri berkenaan telah juga mengumumkan bahawa pihak berkuasa turut menggugurkan dakwaan rasuah terhadap seorang niagawan balak dari Sabah bernama Michael Chia, yang sebelum ini dikaitkan dengan tuduhan rasuah berhubung lesen pembalakan melibatkan Dato' Seri Musa Aman. 8. Menurut kenyataan menteri tersebut di Parlimen, dakwaan rasuah terhadap Dato' Seri Musa Aman dan Michael Chia digugurkan atas alasan wang RM40 juta yang disiasat itu merupakan derma politik kepada Umno Sabah dan bukannya untuk kegunaan peribadi Ketua Menteri. 9. Saya dengan ini mengisytiharkan bahawa sepanjang penglibatan dan pengalaman saya dalam pelbagai kedudukan kepimpinan dan pengurusan di dalam Umno di peringkat pusat dan negeri, saya tidak pernah tahu atau diberitahu mengenai, i. Sebarang perbincangan yang berlaku di peringkat Majlis Tertinggi Umno atau Badan Perhubungan Umno Sabah mengenai usaha mendapatkan derma politik sebesar jumlah RM 40 juta seperti yang didakwa menteri berkenaan di Parlimen, ii. Sebarang pengisytiharan yang dibuat di peringkat Majlis Tertinggi Umno atau Badan Perhubungan Umno Sabah bahawa derma politik sejumlah RM 40 juta telah dibuat kepada Umno Sabah seperti yang didakwa menteri berkenaan di Parlimen, iii. Sebarang bukti urusniaga, transaksi atau urusan yang dibentangkan kepada Majlis Tertinggi Umno atau Badan Perhubungan Umno Sabah yang boleh membuktikan bahawa Umno Sabah adalah penerima derma politik RM 40 juta itu dan iv. Sebarang laporan atau bukti yang dibentangkan kepada Majlis Tertinggi Umno atau Badan Perhubungan Umno Sabah bahawa Umno telah mendapat manfaat dari derma politik RM 40 juta itu, 10. Oleh yang demikian saya menyimpulkan bahawa kenyataan menteri berkenaan kepada Parlimen adalah tidak benar, menyeleweng dan berniat untuk menutup isu yang lebih besar iaitu dakwaan salahguna kuasa dalam anugerah lesen pembalakan di Sabah yang hanya menguntungkan beberapa orang sedang rakyat dan negeri Sabah tidak mendapat pulangan setimpal, 11. Buat sekian lama, pembalakan telah menjadi sumber untuk mengkayakan diri bagi segelintir ahli politik dan pemimpin kerajaan Sabah. Dari pengalaman saya sendiri sebagai Timbalan Ketua Menteri, saya mengesyaki bahawa lesen pembalakan sering dianugerahkan kepada individu yang rapat dengan pemimpin kerajaan Sabah, 12. Wang haram dari kegiatan rasuah ini disyaki disimpan di luar negara menggunakan ejen yang mengendalikan penjualan balak pada harga yang rendah dan merugikan Kerajaan Negeri. Keuntungan dari penjualan balak pada harga rendah ini kemudiannya disalurkan sebagai rasuah dan dimasukkan ke pelbagai akaun di luar negara, yang akhirnya dipindahkan semula untuk manfaat ahli politik utama dan pemimpin kerajaan Sabah, 13. Saya bersedia untuk memberi kenyataan kepada mana mana pihak berkuasa dari mana mana negara yang menyiasat perkara ini untuk menghentikan jaringan rasuah yang melibatkan anugerah lesen pembalakan yang telah lama merugikan rakyat Sabah, 14. Saya yakin pengalaman, pengetahuan dan maklumat dalaman yang saya ada mengenai perjalanan Umno dan kerajaan di peringkat pusat dan negeri akan membantu siasatan, Dan saya membuat Surat Akuan Sumpah ini dengan kepercayaan bahawa apa apa yang tersebut di dalamnya adalah benar serta menurut Akta Akuan Berkanun 1960. Diperbuat dengan sebenarnya dan diakui oleh yang tersebut namanya di atas di Kota Kinabalu dalam negeri Sabah pada 10 haribulan Disember, 2012 LAJIM BIN UKIN Dihadapan saya PESURUHJAYA SUMPAH berkaitan rasuah umno sabah anda juga boleh klik Nazri Aziz Pembohong Isu Rasuah rm 40 juta Nazri Aziz Pembohong Bersiri Anak Nazri Aziz dapat hadiah dari perasuah sabah Nazri Aziz Cuba tutup kes rasuah umno sabah Nazri Aziz di dakwa terima rm 3 juta dari perasuah umno sabah by @tiewnama - rasuah jika di negara komunis china, hukumnya pancung atau TEMBAK sampai mati. tetapi di malaysia. hukumnya denda rm 1000 penjara 1 hari. kahkahkahkah Created by Klik untuk dapatkan | ||||
Panas! 6 Amaran Keras Rakyat Malaysia Pada Pakatan Rakyat Jika Mereka Jadi Kerajaan Pusat! Posted: 10 Dec 2012 08:03 AM PST Kuala Lumpur - by @tiewnama anak muda dan rakyat malaysia mengingatkan amaran kepada Pakatan Rakyat yang mana mereka sedia menjadikan Pakatan Rakyat sebagai pemerintah yang baru bagi menggantikan pemerintah yang terlalu lama memerintah iaitu Barisan Nasional. tetapi mandat itu mempunyai kata kata dasar untuk di laksanakannya, Pertama adalah di atas dasar cintakan negaraiaitu tidak perlu lagi menjadi anak didik kepada british kerana tidak ramai yang tahu bahawa perjanjian di antara malaysia dan british adalah selama 50 tahun untuk malaysia tidak mempunyai apa apa kekacauan dan peperangan antara kaum dan menggunapakai perlembagaan sekular. perlembagaan sekular bermakna mengasingkan agama atau cara hidup dengan politik yang di amalkan di negara israel dan negara negara sekular yang lain. perjanjian itu telah terhapus 5 tahun yang lalu dan kini malaysia adalah negara yang bebas membentuk perlembagaannya sendiri tanpa adanya lagi campurtangan dari kerajaan british. Kedua adalah amalan rasuah yang wajib di hapuskan terusbagi membina sebuah tamadun manusia yang bebas dari gejala yang hanya meruntuhkan iman dan amalan, jika di dapati adanya di kalangan Pakatan Rakyat yang terlibat dalam rasuah sesudah mandat di beri oleh anak muda kepada mereka selepas ini, maka pemimpin itu wajib di hukum penjara seumur hidup dan di rotan di khalayak ramai! sebagai langkah pengajaran kepada semua pemimpin negara serta rakyat malaysia. Ketiga adalah dasar menurunkan harga barangandengan mana minyak petrol adalah asas kepada kesemua kenaikan yang mendadak hingga memaksa anak muda masa kini bahkan orang tua sekalipun merasa bahang kenaikan yang cukup memeritkan serta meyeksakan. langkah yang utama adalah menurunkan harga minyak seperti yang di janjikan, walaupun anwar ibrahim memberikan tempoh 1 hari saja untuk menurunkan harga minyak, akan tetapi anak muda memberikan sedikit ruang kepadanya selama 1 bulan untuk menurunkan minyak petrol tersebut. andai tidak mampu di laksanakan, anwar ibrahim bolehlah meletak jawatan sebelum anak muda menggulingkannya! Keempat adalah menyediakan keperluan asasbagi semua kehidupan iaitu sebuah rumah dan bukan rumah kotak burung atau rumah pangsapuri kerana ianya bukanlah jalan terbaik, tetapi rumah teres 1 tingkat adalah rumah yang sesuai untuk kehidupan, jangan memberikan alasan malaysia tidak memiliki tanah yang besar untuk di didirikan rumah. itu bukan alasan tetapi haruslah membuka sebidang tanah seluas yang mungkin untuk membina sekurangnya 300 ribu buah rumah untuk yang sudah berkeluarga dengan bayaran ansuran serendah rm 150 saja sebulan dan yang paling utama adalah 1 rumah untuk 2 penama suami dan isteri dan hanya boleh di beli untuk sekali saja. itu baru di namakan wang kembali kepada rakyat. harta kekayaan negara di kongsikan bersama. Kelima adalah menghapuskan sistem saman ekor polis dan jpjkerana berdasarkan fakta ianya tidak membantu meringankan beban rakyat tetapi menambah sengsara lagi wang rakyat kerana di aniaya dengan pelbagai kesalahan yang sengaja di cari oleh pihak penguasa. andai ini tidak dapat di lakukan maka tidak mustahil anak muda akan kejalanraya bagi menggulingkan pemerintah yang sedia ada. -------------------------------------------------------------------------------------- jika Pakatan Rakyat dapat membuat rombakan dan pembaharuan ke enam enam dasar asas ini maka anak muda akan terus menghormati institusi kerajaan yang ada ketika itu, tetapi andaikata Pakatan Rakyat sudah berkuasa kelak dan sombong serta angkuh seperti kerajaan yang ada pada hari ini. tidak mustahil kami akan memberikan semula kepada Barisan Nasional kemenangan mutlak pada pru 14 nanti! Ubah Sekarang Selamatkan Malaysia! anak muda bersama mu selagi mana engkau tidak menyusahkan mereka dengan pelbagai akta sekatan dan pelbagai helah untuk memaksa wang dari poket mereka keluar untuk perkara yang segaja di cari salah dah silap yang kononnya untuk memacu ekonomi negara dan keselamatan menipu. by @tiewnama - 1 saman AES 1 undi kepada Pakatan Rakyat. kahkahkahkah Created by Klik untuk dapatkan | ||||
Panas! Ibrahim Ali Minta Restu Muhyiddin Yassin Untuk Masuk UMNO? Posted: 10 Dec 2012 07:45 AM PST Created by Klik untuk dapatkan | ||||
Pecah Berita! Bagaimana Musa Hassan Hanya Ada Sijil Saja Menjadi Ketua Polis Negara? Posted: 10 Dec 2012 07:41 AM PST
Bekas Ketua Polis Negara Musa Hassan adalah orang yang tidak boleh dipercayai dan terbukti sepanjang masanya dalam pasukan polis - Ramli Yusuff. Musa Hassan telah menarik perhatian dengan menuduh menteri kabinet dan ahli politik mengganggu siasatan dan tangkapan polis serta menamakan menteri dalam negeri Hishammuddin Hussein. motifnya menjadi tanda tanya memandangkan masa pendedahannya semasa berkhidmat sebagai KPN selama 4 tahun dan tiada satu perkataan pun yang keluar kepada orang ramai mengenai campurtangan menteri yang didakwa. pengumuman mengejutkan telah dibuat pada malam pembukaan perhimpunan agung umno, hatta Hishamuddin Hussien mengatakan bahawa ia adalah hanya satu cubaan untuk mengalihkan orang ramai daripada isu yang dibincangkan semasa perhimpunan. bekas pengarah jabatan siasatan jenayah komersial atau CCID Ramli Yusuff yang paling dikenali kerana peranannya dalam penyiasatan urusan Copgate berasa sangsi pada watak Musa dengan pembongkaran isu lama membabitkan bekas KPN itu. berikut ulasan penuh bekas orang nombor 3 dalam sistem polis di raja malaysia. Musa berkhidmat di bawah saya selama hampir 6 tahun, saya adalah bertanggungjawab sebahagiannya bagi promosinya pada tahun 1995 dari jawatan penguasa junior untuk menjadi pembantu saya dan pada akhirnya dia mengenakan saya, jadi adakah anda berfikir wataknya boleh dipercayai? saya samakan dia melepaskan anjing tersepit, musa datang menangis kepada saya memberitahu saya tentang kesusahan anak yang masih bersekolah sangat berpuas hati, jadi saya mengesyorkan beliau kerana beliau berkhidmat di bawah saya pada tahun 1987 sebagai salah satu pegawai saya di kolej polis di kuala kubu baru. jadi pada masa itu dia adalah seorang lelaki yang baik dan saya percaya dia, sepanjang perbicaraan saya di sabah, seorang hakim mahkamah seksyen dalam penghakiman beliau mengulas bahawa Musa adalah saksi luar biasa kerana dia bercanggah dengan bukti pegawainya sendiri, dan hakim lebih percaya bukti kesalahan pegawai pegawai bawahan Musa bukannya dia dan beliau ketika itu masih berkhidmat sebagai KPN, malu Musa berbohong mengenai kelayakan akademik beliau, dia tidak boleh dipercayai kerana apabila beliau memberi keterangan kepada suruhanjaya siasatan diraja apabila mereka bertanya kepadanya tentang kelayakan beliau, beliau berkata diploma lanjutan dalam bidang undang undang, yang sebenarnya dia hanya mempunyai sijil dalam bidang undang undang dari kursus satu tahun yang dia ambil dalam undang undang, sijil saja, satu diploma lanjutan adalah sama dengan ijazah, anda tahu? Created by Klik untuk dapatkan | ||||
Pecah Berita! Kedai Najib 1Family makan Tidak Halal!? Posted: 10 Dec 2012 05:11 AM PST Kuala Lumpur - by @tiewnama Pada 25 November yang lalu JAKIM telah menyerbu Restoran Raju ini di mana restoran ini telah menggunakan tanda HALAL yang diragui statusnya, separuh dari pelanggannya setiap hari adalah orang melayu yang beragama islam. pemeriksaan juga menemui sijil halal tetapi dari pihak swasta yang sememangnya tidak pernah diiktiraf oleh jakim dan kerajaan, sijil itu pula telah pun tamat sejak setahun yang lalu, atas kesalahan itu pemilik restoran ini telah dikenakan tindakan di bawah Seksyen 15 (1) akta perihal dagangan 1972 yang boleh membawa hukuman maksimum sehingga RM 250 ribu jika sabit kesalahan. semua logo logo Halal itu wajib DITANGGALKAN dan tidak lagi dipamirkan di premis itu, RUJUK [SINI] Operasi ini diketuai penolong pengarah hub halal jakim Ustaz Mohd Amri Abdullah bersama anggota dan pegawai Jakim dan KPDNKK Selangor. Dan semalam dengan bangganya Najib Razak dan Rosmah Mansor bersama keluarga serta penyokong penyokongnya makan disitu, Jamil Khir tidak bagi tahu Najib Razak ke jangan makan situ kerana ianya tidak halal? Adakah Jamil Khir sendiri memang tidak tahu restoran tu diserbu baru baru ni dan tunggu masa pemiliknya dihadapkan ke mahkamah?
Menurut kajian, demi kuasa, Najib Razak pernah berkata bahawa kita akan mempertahankan putrajaya dengan apa cara sekalipun, menurut analisa dari kata kata itu sudah jelas sekali bahawa keluarga Najib Razak tidak memikirkan Halal dan Haram, semuanya boleh di langgar sajaNajib Razak dan Rosmah Mansor juga cuba menipu model kerakyatan dari pimpinan rakyat Pakatan Rakyat yang mana mereka lebih mesra rakyat kerana mereka adalah rakyat itu sendiri. inilah contoh contohnya. anda fikirkan dan selamat membuat keputusan. Ubah Sekarang Selamatkan Malaysia!
@erapasca - Halal Haram mana ada kira punya bagi Barisan Nasional! Created by Klik untuk dapatkan | ||||
Berhati-hati dengan kedai ini! [Kedai Makanan RAJU] Posted: 10 Dec 2012 04:33 AM PST Petaling JayaSelangor25 Nov 201011 pagi Ini adalah butiran kes di bawah. Entry ini khas buat renungan anda di hari Jumaat yang mulia ini. Kali ini, satu lagi taktik mengelirukan umat Islam berjaya dibongkar. Sebenarnya, ianya berlaku tanpa disedari oleh orang Islam kerana logo halal Jakim sebenarnya mempunyai nilai yang komersial yang amat tinggi sehingga mampu membuatkan peniaga mengaut keuntungan. Kes yang dipaparkan ini menunjukkan , pelbagai alasan boleh diberikan oleh peniaga untuk cuba melepaskan diri dari tindakan undang-undang. Tiada yang salah pada logo itu, malah Nescafe memang mempunyai kelulusan sijil Halal sejak sekian lama. Lihat juga logo Halal Jakim pada susu dipapantanda itu – ia juga tiada kesalahan pada logo itu, kerana produk itu memang mempunyai kelulusan yang sah dan diperakui. Benar, udang boleh dimakan, hatta tanpa logo halalpun, kita tahu udang bukan haiwan yang haram dimakan. Jawapannya amat mudah , kanak-kanakpun boleh menjawab – sebab Nescafe memang disahkan halal oleh Jakim, maka logo halal diletakkan di situ. Anda masih tak faham maksud saya? Maksudnya di sini – anda telah menggunakan logo halal milik pihak lain, tetapi di masa sama, anda memanipulasi logo itu untuk kepentingan anda. Sekali imbas, tiada yang salah. Tapi tahukah anda, dengan logo halal itu diletakkan di situ, seolah-olah memberikan gambaran kepada pengguna Islam, bahawa restoran anda mempunyai sijil halal malah tanpa ragu-ragu, datanglah menjamu selera di sini. Masih tak faham? Suka hatilah, kerana ia memerlukan hati dan deria yang tajam untuk memahami maksud yang tersurat dan tersirat ini. Seorang warga emas merangkap pesara sebuah syarikat swasta, sempat saya tanya (beliau enggan dirakamkan fotonya). Dia mengakui, telah makan dan minum di restoran ini sejak bertahun-tahun lalu. Semuanya kerana logo halal yang dipaparkan pada papantanda itu, sekaligus membuang rasa curiga dan was-wasnya untuk makan. Akhirnya, setelah menyedari taktik itu, setelah kehadiran pihak berkuasa semasa serbuan ini, dia tidak akan lagi menjejakkan kaki di sini. Restoran ini begitu maju, malah amat terkenal terutama kepada penduduk sekitar Petaling Jaya. Tidak pernah yang meletakkan perasaan curiga pada operasi restoran ini. Namun, apabila sudah terang lagi bersuluh, ada yang tetap membutakan mata, hati dan perasaan untuk tetap menjadi pelanggan di sini. Pemilik restoran ini sudah terang-terang bukan berugama Islam. Malah difahamkan, sebahagian besarnya, bukan warganegara Malaysia. Sebarang pengesahan sijil halal Jakim juga, tidak ada ditampal di mana-mana bahagian restoran ini. Tetapi ia bukanlah sebagai sebab dan musabab untuk tidak menerangkan yang ada di depan mata. Pemeriksaan juga menemui perkara ini – restoran ada memiliki sijil halal, tetapi dari pihak swasta yang sememangnya tidak pernah diiktiraf oleh Jakim @ kerajaan. Mau tau lagi ? Sijil itu pula telahpun tamat sejak setahun lalu. Atas kesalahan itu, pemilik dikenakan tindakan di bawah Seksyen 15 (1) Akta Perihal Dagangan 1972 yang boleh membawa hukuman maksimum sehingga RM250,000 jika sabit kesalahan. Dan semua logo-logo Halal itu diwajibkan tidak lagi dipamirkan di premis ini. Ataupun, perlukah anda menyalahkan pihak berkuasa, Jakim, media atau ondscene, akan isu seperti ini, dan terpaksa saya padamkan lampu supaya anda tidak lagi perlu bersuluh – redah sahajalah apa yang ada di depan mata. Mujurlah ada hamba Allah yang tergerak hati membuat laporan yang menjurus kepada risikan dan siasatan sehingga terbongkarnya perkara ini. Jadi, adakah masih ada yang tidak faham akan taktik ini dan juga apakah sebenarnya peranan kita sebagai pengguna Islam untuk menjauhkan perkara sebegini? Perlukah kita menyalahkan 100 peratus kepada peniaga sedangkan memang itu tugas peniaga untuk memperdaya anda yang sudah lama lalai dalam bab-bab ini, sebaliknya sibuk menyalahkan pihak lain. Sebab itu, saya berani mengatakan, kita kena salahkan diri sendiri dahulu sebelum menuding jari kepada pihak lain. Dalam teori ekonomi ianya ibarat DD = SS (Demand = Supply). Atau dalam bahasa mudah, tiada Permintaan, tiadanya Penawaran. 1- Perlu sangat kah saya dedahkan nama restoran ini – sedangkan anda sebenarnya tidak perlupun datang ke sini kerana bersepah lagi restoran yang tidak diragui statusnya untuk menikmati hidangannya. 2- Bagaimanakah status ayam dan puyuh ini? Adakah ia diperolehi dari sumber yang sah dan disembelih dengan cara Islam, atau?… 3-Bersebelahan restoran ini, terdapat sebuah lagi restoran India, yang tiada sebarang logo halal. Tiada pelanggan Islam datang menjamu selera di situ. Mengapa?… Operasi ini diketuai Penolong Pengarah Hub Halal Jakim, Ustaz Mohd Amri Abdullah bersama anggota dan pegawai Jakim dan KPDNKK Selangor. Entry ini selesai disediakan pada Jumaat, 26 Nov 2010, jam 3.35 pagi. Bagaimanapun, semuanya terpulang kepada diri sendiri – tepuk dada tanya selera… SUMBER SINI Created by Klik untuk dapatkan | ||||
Sultan Pahang bersama Wanita Pertama mencemar duli Posted: 10 Dec 2012 04:21 AM PST
Kuala Lumpur - @erapasca. Buku Biografi Rosmah Mansor berharga RM 150 dan buku biografi suami perdana menteri malaysia yang keenam ini didatangkan dalam 164 muka surat serta diterbitkan oleh yayasan amanah perdana malaysia, buku ini menceritakan pengalaman dan liku liku kehidupan suami kepada yang amat berhormat perdana menteri iaitu Rosmah Mansor semenjak dari zaman kanak kanak, anak dara, janda, berlaki semula hingga kini ianya di rasmikan oleh ketua agama islam pahang iaitu sultan pahang yang mana sambutan 1881 hari lahirnya begitu meriah sekali kerana di serikan lagi dengan alunan nasyid dan anak anak yatim serta mufti mufta dan juga ulama ulama umno. buku ini juga bagi menangkis fitnah siapakah rosmah mansor iaitu adakah rosmah mansor janda sebelum berkahwin dengan najib razak? adakah deepak adalah adik angkat kepada rosmah mansor, adakah rosmah mansor di lahirkan di kuala pilah di rumah chegu bad? buku ini juga bagi memberikan penjelasan mengenai cincin rm 24 juta rosmah mansor dan kemana hilangnya dokumen kemasukan altantuya ke malaysia sebelum di bomb c4kan serta berkaitan bakal menantunya yang di katakan menipu rm 60 juta di amerika, buku ini juga di khabarkan untuk menahan fitnah pembangkang iaitu adakah rosmah mansor perdana menteri malaysia? dan adakah rosmah mansor first lady of malaysia? serta bagi membersihkan namanya kerana di dakwa menjadi wanita paling kaya dalam dunia. P/s : Moral of the story dari buku ini ialah "Cara-Cara belajar menabung dari kecil" dan menjawab persoalan orang ramai "Siapa pula Deepak pada RM". kahkahkah BELUM SEPENGGAL PUN DATO SRI NAJIB TUN RAZAK MENJADI PM, ISTERI BELIAU SUDAH PUN MENERBITKAN BUKU BIOGRAFI KISAH HIDUP BELIAU.ISHHHH SEPATUTNYA TUN DR SITI HASMAH YG LEBIH BERKELAYAKAN TAPI APA NAK DIKATA KAN LAGI KAN... SENDIRI MAHU INGAT LAH SIAPA WANITA PERTAMA Created by Klik untuk dapatkan | ||||
Pecah Berita! Adik Sultan Pahang Sokong Pakatan Rakyat!! Posted: 10 Dec 2012 04:13 AM PST Kuala Lumpur by @tiewnama MP Jerantut dari umno Tengku Azlan Sultan Abu Bakar yang juga ketua umno bahagian jerantut mengakui menyokong perjuangan Pakatan Rakyat, adik kepada Sultan Pahang juga yakin dengan hala tuju Pakatan Rakyat yang disifatkannya lebih berani bertemu rakyat bagi menerangkan dasar mereka untuk memenangi pilihan raya umum ke 13, tindakan mesra rakyat itu bukan saja berjaya meraih undi untuk Pakatan Rakyat malah lebih senang mendekati pengundi dengan tawaran menarik. berikut ulasan adik sultan pahang ini. mereka cuba terangkan apa yang boleh diberikan kepada rakyat dan negara jika menang dalam pilihan raya, ini tak ada masalah, tak betul, saya hanya berundur tapi bukan keluar umno, belum terlintas lagi, belum lagi, Amanah untuk selamatkan negara untuk tolong rakyat miskin. insyaallah, tapi bukan tahun ini lagi pun sudah hujung tahun, saya sokong perjuangan Amanah, Amanah untuk membantu masyarakat lebih maju, bagi laluanlah kepada orang muda, saya kena buat pembaharuan, tapi orang muda jangan hanya pandai bercakap mesti bertindak, tunaikan melalui perbuatan untuk kebaikan orang muda juga, by @tiewnama - Pahang nasib lah kalau Barisan Nasional boleh menang, bentong potong telinga, pekan bom c4kan penduduk, kuantan bom radioaktif, tinggal felda jengka saja lah BN nampak gayanya. kahkahkahkah Created by Klik untuk dapatkan |
You are subscribed to email updates from Era Pasca To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan