DUNIACACAMARBA |
Baru Berusia 9 Bulan, Bayi Kembar Sudah Pandai Berenang Posted: 11 Dec 2012 04:00 AM PST [HM] GLOUSTERSHIRE: Mereka terlalu muda untuk berjalan dan bercakap tetapi bayi kembar, William dan Ellenita Trykush boleh berenang sejauh 25 meter pada usia hanya sembilan bulan. Kembar berkenaan gemar berenang sambil menendang kaki mereka di dalam air. Dan gambar menarik ini memaparkan mereka tersenyum sambil berenang. Pencapaian itu menjadi lebih menarik memandangkan kedua-duanya dilahirkan secara caesarean enam minggu lebih awal. Bakat luar biasa pasangan kembar itu mula dilihat ketika bercuti bersama keluarga di Cyprus Oktober lalu apabila mereka mula berenang tanpa bantuan. Sekembalinya ke Cirenster, Gloustershire, ibu mereka, Charlotte, 3,5 membawa pasangan berkenaan ke kolam bayi tempatan apabila mereka tiba-tiba berenang. "Ia amat mengejutkan. Mulanya mereka berenang lima meter dan kemudian tujuh meter sebelum berenang sepanjang 12 meter," kata Charlotte, wanita kelahiran Perancis yang juga bekas jurulatih renang. "Memandangkan tidak ada orang di kolam dewasa, saya mencadangkan guru mereka mencuba di kolam renang besar itu. "Mereka begitu riang. Mereka mula berenang sepanjang kolam itu dengan saya berenang di bawah mereka bagi memastikan kedua-duanya tidak menghadapi masalah dan memandu mereka jika tersalah arah. "Ellie adalah yang pertama. William kelihatan meniru kakaknya. Kami sungguh gembira. Penyambut tetamu dan jurulatih renang datang melihat dan turut kagum. Seorang jurulatih yang sudah mengajar selama 20 tahun berkata, ini kali pertama dia melihat keadaan seperti itu. "Saya yakin ia semula jadi kerena mereka terlalu kecil untuk belajar berenang." kata Charlotte. - DM
| ||
Ahli Politik Indonesia Cerai Isteri Didakwa TIADA Dara Posted: 10 Dec 2012 07:22 PM PST [HM] JAKARTA: Seorang ahli politik meninggalkan isterinya, Fani Oktora, 18, empat hari selepas mereka berkahwin kerana dikatakan sudah tiada dara ketika kali pertama mereka mengadakan hubungan seks. Ketua Daerah Garut di barat Jawa, Aceng Fikri berkata:"Saya rasa dia sudah tiada dara kerana tidak berdarah ketika kami mengadakan hubungan seks buat kali pertama." Katanya, dia mahu berkahwin dengan wanita yang cantik di luar dan dalam. Ahli politik berusia 40 tahun itu berkata, dia bersama isteri keduanya Fani Oktora sekali saja selepas membelanjakan Rp250 juta (RM79,550) untuk majlis perkahwinan mereka pada 14 Julai lalu. "Tidur dengan artis pun tidak semahal itu dan selepas saya 'membelinya' saya dapati dia tidaklah seperti yang 'diiklankan' jadi saya pulangkan dia," kata Aceng. Perbuatan Aceng itu menyebabkan kemarahan orang ramai yang kebanyakannya pelajar dan aktivis hak wanita dan mereka berhimpun di hadapan Pejabat Majlis Perundangan Garut (DPRD) dan menuntut supaya dia meletak jawatan. Malah, Presiden Susilo Bambang Yudhoyono juga menyatakan rasa bimbang terhadap perbuatan Aceng sementara Menteri Dalam Negara, Gamawan Fauzi mengarahkan rakan sekerjanya, Gabenor Jawa Barat, Ahmad Heryawan untuk menegur Ketua Daerah itu. - JP |
You are subscribed to email updates from DUNIACACAMARBA (DCM) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan