Ahad, 2 Disember 2012

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


DAP Jamin Kuasa Melayu Kekal Jika PR Perintah Negara

Posted: 02 Dec 2012 04:02 AM PST

Kon Yeow (kanan) mengibarkan bendera ketika menyanyikan lagu parti pada Konvensyen Tahunan DAP hari ini.

[SH] GEORGETOWN - DAP memberi jaminan orang Melayu tidak akan hilang kuasa di tanah air sendiri meskipun Pakatan Rakyat (PR), yang turut dianggotai parti itu, memerintah negara ini.

Sebaliknya, hanya Umno dan Barisan Nasional (BN) yang akan hilang kuasa dalam arena politik.

Jaminan itu diberikan Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow ketika berucap padaKonvensyen Tahunan DAP negeri di sini, hari ini.

Beliau berkata, Umno dan BN juga sedar pihaknya perlu menghadapi pilihan raya yang sengit kali ini apabila menjadikan Perhimpunan Agung Umno 2012, yang berakhir semalam, sebagai medan menyerang PR.

Menurutnya, Umno masih menggunakan sentimen perkauman untuk mengapi-apikan agar orang Melayu menentang PR.

"Pengundi bukan Melayu juga ditakut-takutkan dengan ugutan bahawa jika orang Melayu hilang kuasa, negara ini akan menjadi porak-peranda.


"Kita mahu meyakinkan orang Melayu bahawa mereka tidak akan hilang kuasa di tanah air sendiri. Cuma Umno yang akan hilang kuasa dalam arena politik Malaysia. Orang Melayu masih boleh pegang kuasa dalam aturan politik baru yang dipelopori oleh PR," katanya.

Kon Yeow berkata, DAP perlu menghadapi Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) dengan penuh yakin walaupun menghadapi Umno dan BN yang tidak rela menyerah kuasa pemerintahan dengan begitu mudah.

Beliau berkata, semua ahli parti perlu berganding bahu dan bekerja keras dalam menghapuskan Umno dan BN untuk menakluki Putrajaya.

"Ramalan yang terbaru menunjukkan BN masih di hadapan kita, mereka diramalkan akan menang 120 kerusi berbanding 100 kerusi PR jika pilihan raya diadakan sekarang.

"Oleh kerana pilihan raya masih belum diadakan, kita masih ada masa untuk melipatgandakan usaha untuk menggugat Umno dan BN. Kita perlu menggunakan 50 hingga 100 hari akan datang untuk menentang BN habis-habisan," katanya.

Dalam pada itu, Kon Yeow yakin kebolehan DAP dan PR untuk mempertahankan pemerintahan Kerajaan Negeri kerana BN di bawah kepimpinan yang baru, tidak akan dapat sokongan pengundi kerana masih tidak berubah cara dan pemikiran mereka.


Tiada ulasan: