Ahad, 2 Disember 2012

dollah yankee

dollah yankee


Kah..Kah..Kah..

Posted: 02 Dec 2012 05:59 AM PST

Pak mentua masih tetap dok syiokk tidur,masih syiokk lena sampai tak sedar, sampai tak tau apa yang dok jadi ..

Oleh Nomy Nozwir
KUALA LUMPUR, 1 Dis — Umno dilihat lebih bersedia menghadapi pilihan raya berdasarkan ucapan penggulungan Presiden Datuk Seri Najib Razak, menurut delegasi.

Bekas perdana menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi berkata, semangat perwakilan dapat dirasai dalam perhimpunan kali ini.
"Lain daripada beberapa bulan yang lalu, saya lihat Umno kini lebih bersedia.
"Saya yakin Umno mampu mencapai lebih baik dari terdahulu," katanya selepas ditemui selepas perhimpunan tamat.

Manakal menantu pula, yang suatu ketika dulu atau 'once upon a time' pernah menjadi orang yang paling berkuasa dan paling ditakuti sekali dalam Malaysia, telah berterus terang dan tidak mahu tipu diri sendiri ...
Oleh Md Izwan
KUALA LUMPUR, 1 Dis — Umno akan ditewaskan dalam pilihan raya umum (PRU) Ke-13 nanti oleh ahlinya sendiri kata ketua pemuda parti tersebut, Khairy Jamaluddin. 
"Yang boleh akan menewaskan kita (Umno) adalah diri kita sendiri," kata Khairy selepas berakhir Perhimpunan Agung Umno ke-66 hari ini di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
dollah yankee - Baru sekali ni dengar KJ bercakap betul!

Tiada ulasan: