DIALOG RAKYAT |
- [VIDEO] Najib Panggil Naib-naib Presiden UMNO "Tiga Ekor" Yang Patuh
- RM50,000 Untuk Persatuan Sukan OKU Selangor
- Pembinaan Dataran Anak Muda Diharap Lahir Jaguh Sukan Negara
- Tiada Islam lagi atas perlembagaan saja
- PR tekad baiki kedudukan CPI Malaysia ke-30 dan ke atas jika menang PRU-13 dan tadbir Putrajaya – Lim Guan Eng
- UMNO, dulu… kini… dan selamanya rasuah.
- fin de regime – AES paku terakhir keranda BN
- PROJEK TOP-UP RM23 JUTA, MUTU JALAN KERBAU?
- Penduduk Gombak Utara desak Umno mohon maaf
- Kembara Oren Selamatkan Felda di Besut dihalang
- Wanita Umno hanya berebut untuk jadi “calon”, kata Fuziah
- 7 agenda berkebajikan untuk anak muda
- PRU13: Pendekatan baru, elak cara perkauman Umno
- Najib akui konsep 1Malaysia dikaburkan
- Peruntukan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang RM181.83 Juta (2009-2012). Kenaikan 300%. Pengerusi BN Kritik DAP?
- Pas sedia dibubar
- Khalid: Bina pawagam di tangan MBSA, bukan sultan
- "Kami mahu Jenain datang bersemuka dengan ibu’'
- 'Ms Tow Truck' bukan lagi penyelaras BN Selayang
- PKR: 'Tanggungjawab polis kekal keamanan di perhimpunan Gombak'
- SPRM minta AG kaji semula keputusan terhadap Musa
- PM janji 20,000 rumah mampu milik, moneral jika perintah P Pinang
- Politik samseng: Elak peristiwa Kg Baruh Piyar 1969
- Perkasa: MoU calon-SPR sedap didengar, kurang berkesan
- Politik samseng: MoU tak perlu, kata SPR
[VIDEO] Najib Panggil Naib-naib Presiden UMNO "Tiga Ekor" Yang Patuh Posted: 08 Dec 2012 06:25 AM PST KELAB GREENBOC Heboh diperkatakan mengenai ucapan penggulungan presiden Umno, Najib yang memakan masa selama lebih dua setengah jam pada Sabtu lalu yang menggelar ketiga-tiga Naib Presiden parti reput itu menggunakan penjodoh bilangan yang salah sama ada disengajakan atau sebaliknya. Najib menggunakan bilangan "ekor" dan bukannya "orang" bagi menggantikan nama Zahid Hamidi, Shafie Apdal termasuk sepupunya sendiri Hishamuddin Hussein. Perwakilan yang hadir dalam perhimpunan itu seperti dijangka ketawa terbahak-bahak hingga ada yang menitiskan air mata kerana teramat lucu lawak jenaka yang dihidangkan kepada mereka. Bagaimanapun ada yang seakan tidak percaya melihat begini teruk hinaan yang dilakukan Najib walaupun mungkin niatnya sekadar lelucon semata-mata bagi meredakan keresahan perwakilan parti reput itu yang kini berada di ambang kehlilangan kekuasaan di Putrajaya. Ini bukan kali pertama Najib berucap dengan gaya tidak cerdik malah sehingga ke tahap memaki hamun apabila peneroka Felda yang bersimpati dengan Pakatan Rakyat digelarnya sebagai 'haram jadah' (haram zadah dalam bahasa Arab bermaksud anak haram) 8 Mei lalu di Jerantut, Pahang. Jika beginilah kelakuan yang ditunjukkan seorang pemimpin yang kunun mengutamakan Islam sebagai teras perjuangannya, jangan salahkan rakyat yang menyaksikan video di bawah ini menyokong Pakatan Rakyat disebabkan kebodohan Najib sendiri! -jalanpulang | ||||
RM50,000 Untuk Persatuan Sukan OKU Selangor Posted: 08 Dec 2012 06:18 AM PST KLANG : Kerajaan Selangor memberikan sumbangan berjumlah RM50,000 kepada Persatuan Sukan dan Rekreasi Orang Kelainan Upaya (OKU) Negeri Selangor (PESRON) yang diterima Pengerusinya, Sahidon Hamzah. Sumbangan ini bagi penajaan ke Kejohanan Sukan Paralimpik Peringkat Kebangsaan 2012 yang akan diadakan di Kuantan,Pahang. Cek sumbangan itu diserahkan oleh Exco Adat Melayu, Belia dan Sukan, Dr Yunus Hairi pada majlis yang diadakan di Kompleks Sukan Majlis Perbandaran Klang di sini. Dr Yunus Hairi dalam ucapannya berkata, konsep sukan untuk semua adalah usaha melahirkan masyarakat yang sihat dan cergas. Ujarnya, aktiviti sukan perlu dilakukan untuk semua peringkat kerana ia mampu memberikan sumbangan kepada kecemerlangan sukan negara. Dua orang atlet paralimpik yang berjaya dalam Sukan Paralimpik 2012 di London perlu dijadikan inspirasi kepada mereja untuk cemerlang dalam sukan. "Sukan bukan sekadar untuk menjaga kesihatan dan mendapat pingat tetapi keupayaan sebagai industri. "Sukan sebagai industri akan memberikan pulangan ekonomi yang bermakna," katanya. Beliau berkata demikian dalam Majlis Penutup Karnival Sukan OKU Peringkat Negeri Selangor. Majlis itu adalah anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor bersama Persatuan Sukan Dan Rekreasi Orang Kurang Upaya Negeri Selangor (PESRON). Sukan yang terlibat adalah Futsal,Bola Tampar Duduk,3 on 3 Basketball, Dart, Tenis Kerusi Roda, Tenpin Boling dan Karom. | ||||
Pembinaan Dataran Anak Muda Diharap Lahir Jaguh Sukan Negara Posted: 08 Dec 2012 06:16 AM PST TANJONG KARANG : Pembinaan Dataran Anak Muda di Kampung Parit Serong di sini diharapkan mampu melahirkan lebih ramai lagi jaguh sukan negara yang berkaliber dan mampu mengharumkan nama negara. Penyelaras Pusat Khidmat DUN Permatang, Yahya Sahri berkata, sebelum ini di kampung berkenaan muncul jaguh bolasepak negeri dan negara walaupun tiada kemudahan sukan yang memuaskan. Sebelum ini, Amri mewakili Selangor sejak tahun 2001 dan digelar sebagai budak emas apabila menjaringkan gol kemenangan Selangor pada perlawanan akhir Piala Malaysia 2002 menentang Sabah dan pada 2005, Amri membantu Selangor memenangi tiga piala. Kehebatan Amri terserlah selepas menjaringkan dua gol dalam perlawanan persahabatan Manchester United pada 18 Julai 2009. "Walaupun dulu tiada padang dan gelanggang futsal di sini tetapi boleh adanya jaguh sukan. "Hari ini kita sediakan gelanggang futsal maka kita mahu melihat dalam tempoh lima tahun ada jaguh yang muncul di sini," kata Yahya. Ujar beliau, anak muda perlu berani turun ke gelanggang dan bukan hanya melihat apa sahaja yang berlaku. Exco Adat Melayu, Belia dan Sukan, Dr Yunus Hairi berkata, pembinaan dataran anak muda di seluruh Dewan Negeri Selangor (DNS) melalui Geran Selangorku bagi menggalakkan aktiviti sihat di kalangan generasi muda. "Dataran Muda ini perlu digunakan sebaik mungkin oleh semua dengan aktiviti bermanfaat yang boleh digerakkan oleh pemimpin setempat dan penggerak belia tempatan," kata Yunus. Beliau berkata demikian semasa ucapan di Program Santai Desa D' Parit Serong yang diadakan di Dataran Anak Muda DUN Permatang Kampung Parit Serong di sini. Beliau juga mengharapkan kemudahan ini ditambah dengan sistem wifi percuma dan pelbagai program boleh diadakan di sini seperti program siaran secara langsung acara sukan dan program-program keagamaan. Pengerusi JKKK Kampung Parit Serong, Azahari Mardzuki berkata, Dataran Anak Muda yang dibina di sini penting untuk pembangunan sukan belia di sini yang sebelum tiada kemudahan tersebut. Ujarnya, dengan siapnya dataran anak muda itu membuktikan keprihatinan Kerajaan Negeri untuk menggerakkan generasi muda melaksanakan aktiviti yang berfaedah. "Polisi yang prorakyat ini memberikan manfaat kepada masyarakat di kampung ini," katanya. Dataran Anak Muda di situ dibina dengan peruntukkan RM160,000 yang menyediakan kemudahan gelanggang sepak takraw, badminton, bola tampar, futsal, pentas dan tandas. | ||||
Tiada Islam lagi atas perlembagaan saja Posted: 08 Dec 2012 06:11 AM PST TELAH cukup Islam UMNO itu mengikut ucapan pimpinannya termasuk Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Shafie Apdal di Perhimpunan Agungnya yang lepas kerana sudah tercatit dalam perlembagaan parti itu tentang kedudukan agama Islam dan apa yang wajar dilakukan mengenai Islam. Mungkin perlembagaan itu sudah merakamkan begitu sejak ia ditubuhkan oleh Dato Onn Jaafar 66 tahun lalu, tetapi ia tidak menghalang ulamanya keluara menubuhkan PAS kerana tidak puas hati dengan keislaman parti itu. Perlembagaan PAS lebih tegas tentang Islamnya. Perlembagaannya menyebut bahawa dasar PAS adalah Islam. Hukum tertingginya Islam dan Allahu Akbar salamnya. Tetapi tidak lengkap Islam PAS jika sekadar catitan dalam perlembagaannya. Ia benar-benar Islam apabila ia beramal dan bekerja untuk Islam. Samalah seperti indahnya isi Dasar Ekonomi Baru yang dibentang oleh al-Marhum Tun Razak sebaik menjadi Perdana Menteri, tetapi ia tidak jadi apa-apa apabila kerajaan dan Barisan Nasional tidak dapat melaksanakannya. Akhirnya dokuman Dasar Ekonomi Baru itu dibakul sampahkan oleh puteranya yang menjadi Perdana Menteri 40 tahun selepasnya. Ada pun perlembagaan itu adalah satu ikrar dan panduan, tidak jadi apa-apa makna jika ia tidak diisi dan ditunaikan. Jauhnya sempurnanya al-Quran dibandingkan dengan perlembagaan parti politik. Al-Quran itu adalah dustur umat Islam yang Allah turunkan kepada manusia. Amat sempurna mukjizat itu. Tetapi adakah setiap orang Islam itu telah taqwa dengan adanya al-Quran? Bagi orang Islam di kaki lima dan bekerja di kelab-kelab malam kosong Islamnya sekalipun ada al-Quran menjadi panduannya. Dapatkah kita terima tiap-tiap negara Islam sudah jadi negara Islam sempurna walaupun al-Quran ada tetapi disimpan dalam almari? Rata-rata negara Islam itu sama saja dengan Amerika dan Rusia apabila politik, ekonomi, undang-undang dan lain-lain tidak mengambil al-Quran sebagai panduan tetapi berpandu kepada perlembagaan yang mereka cipta sendiri. Tidak cukup Islam UMNO itu sekadar isi perlembagaannya saja jika apa yang ada pada perlembagaan itu tidak dilaksanakan. Orang tidak nilai UMNO dari apa yang tertulis dalam perlembagaannya. Orang nilai dari apa yang UMNO dan pemimpin UMNO buat. Apabila pemandu kepada aktres jelita membuat laporan polis dia memandu menteri UMNO berulang alik ke hotel yang didatangi aktres itu, maka itu ertinya menteri UMNO persetankan perlembagaan partinya. Ketua Ketua Pemudanya Khairy, UMNO jua mahu memperjuangkan hudud. Ia sedang di peringkat memberi kefahaman kepada rakyat. Sampai 54 tahun merdeka ia masih memberi kefahaman. Ertinya ia belum berjaya menyempurnakan arahan perlembagaan partinya. Jika ia belum berjaya, boleh tahan juga. Sekurang-kurang ia sudah buat, tetapi belum berjaya. Hal-hal yang gagal dijayakan tidak termasuk dalam kebanggaan perjuangan. Amat malang jika kegagalan itu kerana tidak ada niat dan tiada percubaan untuk membuatnya. Jika orang-orang belajar di England dan mendapat pendidikan barat berpandu kepada pepatah Inggeris ia tidak bangkitkan Islamnya berpandu kepada perlembagaan. Kata pepatah itu, jangan nilai sebuah buku dari kulitnya! Muhyiddin Yassin dan Shafie Apdal mengira Islam UMNO itu sempurna kerana catitan Islam itu dalam perlembagaan UMNO, samalah mereka menilai sebuah buku dari layout kulit buku itu. | ||||
Posted: 08 Dec 2012 06:06 AM PST Roketkini.com KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat dan DAP berjanji memperkenalkan reformasi terhadap perkara yang dicadang oleh Transparency International (TI) bagi memastikan Malaysia menduduki tangga ke-30 dan ke atas dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) sebaik memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) dan memerintah negara. Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, berkata DAP bersetuju dengan cadangan Transparency International untuk melakukan perubahan struktur bagi memerangi rasuah termasuk: 1. Reformasi politik untuk mengurangkan politik wang dan menyisihkan peluang yang mengakibatkan rasuah besar. 2. Memperkasakan institusi penguatkuasaan undang-undang seperti SPRM, badan kehakiman dan polis supaya benar-benar bebas demi meyakinkan rakyat. 3. Meluhurkan undang-undang tanpa takut atau memihak supaya "ikan besar" tidak imun (kebal) daripada dakwaan. 4. Membaik pulih Akta Rahsia Rasmi (OSA) dan memperkenalkan Akta Kebebasan Maklumat di peringkat persekutuan. 5. Tindakan tegas dan konsisten dalam menegakkan ketelusan dan kebertanggungjawab dalam kontrak kerajaan dan pemerolehan awam. 6. Menangani rasuah sistemik dengan bertumpu kepada sektor khusus melalui pembabitan semua pihak berkepentingan termasuk sektor swasta, awam dan masyarakat madani. 7. Memperbaiki perundangan untuk melindungi peniup wisel dan menggalakkan pemberian maklumat yang lebih. Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, rakyat Malaysia pasti berpuas hati dengan usaha membanteras rasuah hanya apabila "ikan besar" berjaya didakwa serta perubahan asas diperkenalkan untuk memerangi rasuah. CPI yang baru dikeluarkan Transparency International menunjukkan Malaysia meningkat dalam kedudukan daripada tangga ke-60 daripada 183 negara pada 2011 kepada kedudukan ke-54 daripada 176 negara tahun ini. "Walaupun peningkatan CPI dicapai, skandal seperti RM250 juta National Feedlot Corporation (NFC) tetap berterusan. "Baru sekarang kita dapat lihat penyalahgunaan kuasa yang berlaku dalam kerajaan Selangor terdahulu, di mana tanah yang kini bernilai RM300 juta dijual kepada parti komponen BN dengan harga RM1 sekaki persegi dan bagaimana wakil BN di Pulau Pinang menjual tanah primer di Tanjung Tokong, bersebelahan Gurney Drive pada harga RM1 sekaki persegi," katanya dalam kenyataan media semalam. Menurutnya, peningkatan keseluruhan dalam CPI mengaburi penemuan lain yang membimbangkan, seperti yang ditunjukkan dalam Kajian Pemberi Rasuah (Bribe Payer's Survey). Contohnya, Guan Eng berkata, apabila ditanya "adakah ia satu kelaziman bagi penjawat awam untuk meminta atau menerima rasuah?", Malaysia mencatat markah 4.1 daripada 5 (5 adalah markah paling teruk), iaitu sebahu dengan Indonesia yang menduduki tangga ke-118 dalam CPI. "Dan apabila ditanya, adakah satu kelaziman bagi penjawat awam, khususnya mereka yang berjawatan tinggi serta ahli politik untuk menyalahguna wang awam, Malaysia mencatat 4.3 daripada 5, markah yang lebih teruk berbanding Indonesia yang mendapat markah 4.2. "Yang paling membimbangkan adalah hakikat bahawa 50% responden percaya bahawa mereka kehilangan peluang perniagaan akibat rasuah, lantas meletakkan Malaysia pada kedudukan paling teruk daripada semua 31 negara yang dikaji dalam Kajian Pemberi Rasuah, lebih teruk daripada Indonesia (47%), Pakistan (42%) dan Rusia (39%). "Jika satu daripada teras utama NKRA Memerangi Rasuah – untuk mengukuhkan agensi penguatkuasaan, menangani rasuah besar serta mengurangkan ketirisan dalam pemerolehan kerajaan – dilaksanakan dengan betul, Malaysia sudah lama melonjak pada kedudukan ke-30 dan ke atas dalam CPI. Kegagalan mengambil tindakan ke atas "ikan besar" tidak meyakinkan rakyat terhadap kredibiliti SPRM atau komitmen politik kerajaan. "Pada masa yang sama, walaupun terdapat banyak laporan polis, dakwaan serta siasatan terhadap Ketua Menteri Sarawak dan Sabah, tiada tindakan diambil atau siasatan penuh dilakukan SPRM. Laporan Transparency International 2012 juga tidak merangkumi "sumbangan politik" RM40 juta kepada UMNO Sabah serta pendedahan ahli peniaga, Deepak Jaikishan mengenai urusan tanah yang mencurigakan. Deepak juga berkait secara tidak langsung kepada pembunuhan model Mongola Altantuya Shaaribuu," kata Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan.- Roketkini.com | ||||
UMNO, dulu… kini… dan selamanya rasuah. Posted: 08 Dec 2012 06:02 AM PST Oleh Adil Mat Selamat BARU-BARU ini politik tanah air digegarkan lagi dengan satu siri skandal 'projek rembat tanah rakyat' oleh UMNO-BN di negeri Selangor. Pendedahan itu dicetuskan oleh ADUN DAP Sekinchan, Ng Suee Lim ketika sesi Petrsidangan Dewan Undangan Negeri Selangor yang lalu. Beliau mendedahkan bahawa terdapat 24 bidang tanah 'dibeli' dengan harga murah oleh parti komponen Barisan Nasional (BN) di Selangor. Kemudian, Ahli Parlimen DAP Petaling Jaya Utara, Tony Pua, terus membongkar status tanah yang dijual dengan harga paling murah iaitu RM1 sekaki persegi yang kini dibangunkan dengan kondominium mewah yang dianggarkan bernilai ratusan juta ringgit. Kita difahamkan, terdapat banyak lagi bukti membabitkan beberapa lot tanah yang akan didedahkan kepada umum, satu persatu. Ketika ini UMNO sedang giat bertempik ke hulu ke hilir dengan slogan membela rakyat, slogan mendukung Islam dan memperjuangkan ekonomi rakyat. Rupa-rupanya dalam diam UMNO-BN Selangor selama ini membuat 'onar' kepada rakyat. Keinginan UMNO nak berubah, nampaknya hanya omong kosong. Perangai salahguna kuasa, culas pada tanggungjawab dan tidak amanah masih menjadi amalan harian mereka. Skandal ini ibarat petunjuk jelas kepada rakyat bahawa UMNO itu ..dulu..kini dan selamanya akan terus bergelumang dengan rasuah dan salahguna kuasa. Persoalan yang menarik di sini ialah; Bagaimana boleh tanah negeri (baca;rakyat) boleh diagih antara UMNO, MIC, MCA dan Gerakan sebegitu murah dan mudah? Mana pejabat tanah? Mana pejabat daerah? Adakah mereka juga bersengkongkol? atau terpaksa mengikut kehendak dan arahan UMNO-BN? Selepas diagih tanah berkenaan, ia dibangunkan (baca; jual kembali) dengan harga berlipat-lipat-lipat kali ganda. Siapa sebenarnya yang buat duit dengan projek itu? Sudah berapa ratus juta mereka 'meratah' wang daripada hak rakyat ini? Dan, ada berapa banyak tanahkan (projek sebegini) dikerjakan sejak UMNO-BN memerintah Selangor? 'Projek rembat tanah rakyat' UMNO-BN Selangor itu juga merupakan satu lagi bukti bagaimana kek ekonomi diagih megikut dasar politik UMNO. Ia juga menjadi indikasi bagaimana kek ekonomi negara dibahagikan kepada kroni masing-masing . Menurut laporan, daripada 24 bidang tanah yang dirembat UMNO-BN Selangor itu, 15 bidang tanah dimiliki UMNO Selangor, MCA (lima), MIC (tiga) dan Gerakan (satu). Inilah contoh dasar UMNO baik di peringkat negeri mahupun pusat. Beginilah UMNO memimpin parti komponen yang menjadi barua mereka selama ini dengan 'merasuah' MCA, MIC dan Gerakan. Itu belum kita lihat bagaimana UMNO merasuah parti di Sabah dan Sarawak. Tanah yang dibeli oleh UMNO Subang contohnya, ia membeli dengan harga premium RM1 sekaki persegi dan kini tanah berkenaan bernilai tidak kurang daripada RM200 sekaki persegi, dan kini ia juga dibangunkan menjadi kondominium mewah. Ini perniagaan apa ya? Adakah Donald Trump, usahawan hartanah di Amerika itu mampu membuat projek sebegini 'masyuk'? Tak lain tak bukan, inilah perniagaan yang dirintis UMNO. Inilah cara UMNO buat duit selama ini. Inilah cara Tun M menswastakan harta rakyat (negara). Inilah cara UMNO bernafas selama ini. UMNO memang semua boleh, duit haram boleh projek haram pun tak salah. Laporan Transpatrency International – Malaysia yang melaporkan baru-baru ini, ranking Malaysia sedikit meningkat tidak lain hanya membuktikan bahawa kerajaan BN sememangnya rasuah. Tidak ada apa-apa makna jika ranking naik tidak seberapa, bertempik pula ia hebat sedangkan tanah rakyat Selangor habis dirembat. Rupa-rupanya dalam diam, UMNO menjadi dalang menghisap darah rakyat. Mereka melalaikan orang Melayu dengan slogan perkauman dan menipu umat Islam dengan memperalatkan Islam menggunakan slogan agama yang syumul. Beginilah modus operandi mereka selama UMNO BN memerintah. Siang bertempik nak membela nasib orang Melayu dan nak menegakkan Islam, tetapi ketika malam, habis diligannya semua harta dan hak rakyat. Inilah UMNO, dulu kini dan selamanya rasuah! Tidak tahulah masih adakah rakyat yang boleh menerima perangai UMNO-BN macam itu dan sanggup lagi mengundi parti itu untuk terus memerintah negasra pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) nanti. Kalau ada pun mungkin kalangan ahli UMNO-BN yang mendapat bahagian sama 'merembat' hak rakyat terutama kroni yang mendapat projek mewah daripada kerajaan BN.- Roketkini.com | ||||
fin de regime – AES paku terakhir keranda BN Posted: 08 Dec 2012 05:56 AM PST Oleh Liew Chin Tong Fin de regime, dalam bahasa Perancis, mungkin boleh diterjemahkan sebagai "penghujung regim". Sebagaimana penggunaannya dalam fin de siècle, iaitu "di penghujung alaf", ia bermaksud zaman kemerosotan atau zaman penamat yang sukar dijelaskan. Sudah seramai 250,000 saman AES dikeluarkan sejak bulan September dan ramai telah diheret ke mahkamah termasuk seorang wanita berusia 80 umur. Pelbagai drama melibatkan orang ramai. Tertanyalah saya, adakah Kerajaan Barisan Nasional telah sampai hujung hayatnya sampai tidak terasa sentimen dan persepsi rakyat jelata? Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) adalah manifestasi masalah struktur yang mendalam dan berjangka panjang, malah keruntuhan sesebuah sistem. Saya melihat sekurang-kurangnya tiga persoalan timbul pada zaman penghujung regim ini, iaitu terasing dari realiti hidup rakyat, kekeliruan fungsi kerajaan dan aktiviti merentir (rent-seeking) atas nama dasar penswastaan. Tanda-tanda keruntuhan sistem Pada petang 21 November 2012, selepas bajet Kementerian Pengangkutan dan AES hangat diperbahaskan, Ahli-Ahli Parlimen Pakatan Rakyat meminta diadakan "undi belah bahagi", iaitu undi yang lebih sulit berbanding "undi suara" yang terbuka serta lumrah dilakukan. Ketika Dewan berhenti bersidang tatkala undi dihitung, masing-masing mengambil gambar dengan kamera, termasuk Speaker. Untuk dua tahun kebelakangan ini, hampir setiap kali sebelum persidangan Dewan Rakyat ditangguh, masing-masing akan mengucapkan selamat tinggal, mengandaikan pilihan raya umum akan diadakan tidak lama lagi. Situasi semestinya berbeza selepas PRU13. Ada yang menang, ada yang kalah. Barangkali tiada lagi persidangan selepas persidangan kali ini (walaupun kerajaan masih boleh mengadakan persidangan Parlimen pada Mac tahun depan.) Ruang kekosongan semasa menunggu undi dihitung bagai upacara selamat tinggal. Tetapi pengundian belah bahagi lantaran pertikaian AES telah memahat istilah fin de regime dalam otak saya – sesebuah kerajaan yang telah sekian lama memerintah, tetapi melakukan kesilapan demi kesilapan pada penghujung zaman pemerintahannya, sehingga isu sekecil AES boleh menonjolkan kebobrokan regim tersebut. AES zalim terhadap rakyat Dalam tempoh sebulan ini, ketika bersua muka dengan Ahli-Ahli Parlimen Barisan Nasional di kafe, koridor mahupun bilik air, mereka akan merungut bahawa hanya kerajaan yang "bodoh" dan "gila" akan melancarkan AES. Antaranya, Ahli Parlimen Sri Gading Mohamad Aziz paling keras membantah, malah ponteng semasa pengundian. Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin (Rembau) yang sebelum ini secara terbuka membantah AES, juga tidak selesa dan senyap ketika mengundi. Seandainya sejarah ditulis pada masa depan, barangkali AES adalah paku terakhir yang dipahat pada keranda atau final nail in the coffin untuk fin de regime ini. Dari dahulu hinggalah sekarang, penguasa yang tidak mempedulikan keperitan rakyat, enggan mengambil tahu rintihan jelatanya, sehingga terasing dari realiti hidup rakyat – akhirnya bakal menjurus kepada keruntuhan sesebuah regim. Ketika kerajaan mengagihkan BR1M bernilai RM500 kepada isi keluarga yang pendapatan bulanannya di bawah RM3,000, semestinya kerajaan ini sedar bahawa realiti hidup 60% isi keluarga yang serba kurang. Bayangkan, sekeping saman berharga RM300 yang tiada ruang untuk rundingan diskaun, adalah 10% daripada pendapatan bulanan untuk 60% keluarga di Malaysia. Apakah ia tidak mencungkil kemarahan rakyat jelata? Kerajaan BN makin keliru Kekeliruan fungsi kerajaan adalah bibit zaman penghujung regim. Jawapan oleh seorang Menteri boleh dijadikan contoh kekeliruan, kekecohan dan tiada penyelarasan dalam kerajaan BN. Ketika Menteri Pengangkutan Kong Cho Ha menjawab soalan di Parlimen – apabila isu Malaysia Airlines MAS) disentuh, maka dikatanya jawapan berada dalam lingkungan Kementerian Kewangan; ketika ditanya mengenai sistem pengangkutan awam, maka dikatakan pula ia adalah bidang kuasa Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) di bawah Jabatan Perdana Menteri; operasi pelabuhan juga di bawah Kementerian Kewangan. Apa yang beliau cuba katakan ialah Kementerian Pengangkutan sekadar berperanan sebagai pengawalselia atau regulator, kononnya. Begitu juga dengan lapangan kapal terbang yang dikatakannya dikendalikan oleh syarikat di bawah Kementerian Kewangan. Tanggungjawab kerajaan diserah kepada kroni swasta Keselamatan pengangkutan awam adalah tanggungjawab Kementerian Pengangkutan, tetapi tugas pelaksanaan undang-undang ini diserah kepada institusi swasta untuk mengaut keuntungan. Lebih-lebih lagi, AES bukan sistem baru yang menggantikan saman ekor oleh polis. Maka polis terus menyaman, kamera perangkap had laju polis juga terus menyaman. Dengan kata lain, polis terus dengan saman mereka, Kementerian Pengangkutan pula telah beri "sub-kontrak" saman mereka. Semua gembira saman-menyaman. Demikianlah pencukaian oleh kerajaan BN dengan kaedah yang berbeza, dan rakyat didahulukan untuk merasai penderitaannya. Malah, Kong Cho Ha cuba menggunakan Perlembagaan untuk memujuk agar kita menerima AES, kononnya AES dilancarkan kerana Perlembagaan menuntut kerajaan untuk menjamin keselamatan nyawa rakyat. Tetapi, dua pertiga daripada lebih 6,000 mangsa yang diragut nyawanya lantaran kemalangan jalan raya, adalah penunggang motosikal. Apakah yang dilakukan Kementerian Pengangkutan untuk penunggang motosikal? Adakah Kementerian Pengangkutan memastikan lorong motorsikal yang lebih selamat di sepanjang lebuh raya? Tidak, Kong Cho Ha akan memberi alasan, ini tanggungjawab Kementerian Kerja Raya. Adakah Kementerian Pengangkutan menjamin kelancaran dan keberkesanan sistem pengangkutan awam? Kerana hanya dengan ini, golongan miskin dalam masyarakat tidak perlu bergantung kepada motosikal, sebaliknya boleh menggunakan kemudahan pengangkutan awam. Jawapan Menteri semestinya berbunyi, pengangkutan awam di bawah bidang kuasa Jabatan Perdana Menteri. Negara manakah yang pengangkutan awamnya tidak di bawah bidang kuasa Kementerian Pengangkutan? Hanya Malaysia boleh. Penyelewengan dasar Akhirnya, hal sekecil AES juga menonjolkan penyelewengan dalam dasar penswastaan yang dilaksanakan Mahathir Mohamad sejak memegang tampuk kuasa pada awal tahun 1980-an. Menteri Dalam Negeri berkata, polis telah membeli 124 buah kamera perangkap had laju sejak tahun 1995, dengan jumlah perbelanjaan RM23.5 juta. Ahli Parlimen Pakatan Rakyat mendakwa harganya 10 kali ganda lebih mahal berbanding kamera yang hampir sama di bandar Amerika Syarikat; Timbalan Menteri pula membela bahawa perbelanjaan ini termasuk "kos perkhidmatan" seperti latihan. Kamera perangkap had laju polis pula lebih murah harganya berbanding AES. Sejauh manakah pelaburan kamera AES? Tiada orang yang mengetahuinya memandangkan kerajaan enggan mengumumkan kontrak. Kong Cho Ha menyenaraikan dengan panjang lebar perkara yang dipertanggungjawabkan kepada syarikat kontraktor, untuk menjelaskan mengapa harganya melangit tingginya. Persoalannya, bukankah kaedah Bina-Kendali-Serah (BOT) dalam dasar penswastaan sepanjang 30 tahun ini menjelaskan kepada kita, harganya ditentukan syarikat swasta, yang membayar adalah rakyat? Istilah "fin de regime" kekal berlegar-legar dalam otak saya. – Roketkini.com Liew Chin Tong adalah Ahli Parlimen Bukit Bendera yang mewakili Parti Tindakan Demokratik (DAP) | ||||
PROJEK TOP-UP RM23 JUTA, MUTU JALAN KERBAU? Posted: 08 Dec 2012 05:49 AM PST
| ||||
Penduduk Gombak Utara desak Umno mohon maaf Posted: 08 Dec 2012 05:41 AM PST PETALING JAYA: Sekumpulan penduduk Gombak Utara hari ini tampil menyatakan kekesalan mereka terhadap provokasi yang dicetuskan oleh kumpulan yang dikatakan Pemuda Umno pada program Jelajah Merdeka Rakyat di Gombak, baru-baru ini. Ketua Kampung Gombak Utara, Said Zakaria berkata penduduk kampung itu menerima dengan hati terbuka kehadiran Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat yang lain. Said mendakwa provokasi yang dicetuskan pada malam kejadian adalah angkara orang luar, bukannya penduduk tempatan. "Kami penduduk Gombak Utara berasa kesal di atas kekacauan yang dilakukan oleh Umno, khasnya daripada Pemuda Umno Gombak Utara yang telah membaling batu dan juga membuat bising ketika ucapan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan juga pemimpin-pemimpin (lain). "Kita rasa semua orang boleh datang dan boleh memberikan pandangan dan mendengar pendapat apa yang berlaku pada negeri Selangor. Tapi malangnya kekacauan telah dilakukan oleh Pemuda Umno dan perjalanan pada hari itu nampak tidak baik. Jadi kami penduduk Gombak Utara merasa kesal. "Lebih dari separuh dari kumpulan seramai 100–200 Pemuda Umno yang membuat kacau itu adalah orang luar," ujar Said pada sidang media di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini. Kecewa memandangkan Gombak Utara kini telah dicemari budaya samseng, Said menggesa Ketua Pemuda Umno Gombak, Datuk Megat Zulkarnain Omar Din untuk tampil memohon maaf kepada penduduk kampung atas perlakuan biadap anak-anak buahnya. "Gombak Utara sebelum ini tidak pernah berlaku budaya samseng tetapi kini telah dikotori oleh mereka-mereka yang mendakwa mereka adalah dari generasi yang tidak suka dengan kehadiran Datuk Seri (Anwar). "Padahal kami telah mengalu-alukan kedatangan beliau dan kami telah menantikan sekian lama..ingin dapatkan penjelasan dan juga apa yang telah dilakukan oleh kerajaan negeri dari segi kebaikan dan perubahan yang kita akan laksanakan. "Justeru, kami juga menyeru agar Ketua Pemuda Umno Gombak memohon maaf atas cubaan menyemai budaya samseng dan biadap kepada penduduk kampung dan mencalarkan imej kampung yang selama ini dikenali dengan budaya sopan santun dan berbudi pekerti," katanya. Rabu lalu, seorang penyokong Pakatan Rakyat cedera ditikam pada program Jelajah Merdeka Rakyat di Dataran Sharuddin, Batu 8 1/2, Parlimen Gombak. Mangsa luka di bahu kiri akibat tikaman yang dipercayai menggunakan senjata – kerambit. Kejadian itu berlaku selepas dikatakan sekumpulan individu yang memakai baju Barisan Nasional (BN) mengganggu majlis tersebut dengan berbuat bising dan melempar batu ke tapak ceramah. | ||||
Kembara Oren Selamatkan Felda di Besut dihalang Posted: 08 Dec 2012 02:40 AM PST
KUALA LUMPUR: Kembara Oren Selamatkan Felda dihalang masuk sewaktu sampai di Felda Selasih, Jabi, Besut Terengganu, semalam. Menurut Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman meskipun pihaknya mendapat kerjasama baik daripada polis; namun Umno dipercayai telah memperalatkan penduduk yang 90 peratus adalah remaja berusia sekitar 13 hingga 16 tahun. Berikut ialah coretan beliau yang dipetik daripada blog Gaya Peneroka http://gayapeneroka.blogspot.com. Kembara Oren Selamatkan Felda di halang masuk sewaktu sampai di Felda Selasih, Jabi. Meskipun kami mendapat kerjasama baik daripada pihak polis; namun Umno telah memperalatkan penduduk yg 90% adalah remaja berusia sekitar 13-16 tahun. Tidak berapa kelihatan peneroka Felda dan anak muda. Saya tidak tau apa yang di'upah' kepada bebudak itu yg tidak tahu hujung pangkal isu di felda. Bila kita sebut ' undur Isa Samad', bebudak ini jerit, hidup Isa Samad, kami sayang Isa Samad....alahai kesiannya! Budak2 sekolah pegang bendera Umno dan BN dan terpekik terlolong tak tentu pasal. Umno kehilangan sokongan, terpaksalah guna budak sekolah... Budak2 sekolah maki hamun depan Pengerusi JKK dan polis yg turut disertai OCPD Besut. Umno berjaya tarbiyyah bebudak bawah umur jadi samseng dan berakhlak buruk. Akhirnya, saya baca doa dan konvoi berundur utk meneruskan perjalanan ke destinasi terakhir, Felda Tenang. Saya dan pimpinan ANAK serta anggota kembara bersalaman dengan pegawai2 polis. Mereka sempat ucap tahniah dan menghargai kesabaran anggota kembara. Biarlah masyarakat menilai perangai hodoh pemimpin Umno.... | ||||
Wanita Umno hanya berebut untuk jadi “calon”, kata Fuziah Posted: 08 Dec 2012 02:38 AM PST Fuziah berkata ini adalah perbezaan ketara berbanding wanita Pakatan Rakyat (PR) yang berjuang demi martabat dan penghargaan untuk golongan tersebut. "Kita lihat dalam perhimpunan agung Umno lalu delegasi wanitanya meminta Najib untuk beri mereka kuota calon dalam pilihan raya. "Berbeza sama sekali dengan wanita dalam PR yang tidak pernah meminta untuk menjadi calon," kata ahli parlimen Kuantan itu apabila dihubungi semalam. Perkara tersebut membuktikan Wanita Umno sama dengan pemimpin lain dalam parti itu yang hanya mementingkan kuasa dan tidak mendengar suara rakyat. "Hal tersebut mencerminkan sikap sebenar mereka mementingkan kuasa. "Ia berbeza dengan kaum wanita di dalam PR yang mahu kerajaan mengiktiraf peranan dan memartabatkan golongan wanita khususnya," tambah beliau lagi. Sementara itu, pemimpin PKR itu juga membidas Wanita Umno sebagai tidak mempunyai hala tuju malahan ketuanya sendiri Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil juga bukan seorang yang mempunyai kredibiliti. "Mereka ini ada hala tuju ke? Sejak dari dulu lagi saya rasa mereka tiada hala tuju," kritik Fuziah. Berbeza dengan Wanita Umno, PR telah melancarkan Agenda Wanita Malaysia (AWM) September lalu yang menggariskan tujuh tuju - tumpu wanita sebagai usaha memperkasa dan memberdaya ekonomi, politik dan sosial golongan itu di negara ini. Dalam perhimpunan agung Umno minggu lalu, Shahrizat semasa berucap beberapa kali menggesa Najib supaya tidak mengenepikan golongan wanita dalam pilihan raya kelak. "Asas pertimbangan saya mudah, iaitu Wanita Umno sememangnya mempunyai ramai calon winnable atau pun boleh menang," kata beliau semasa ucapan penggulunggan tempoh hari. "Jangan lupa wanita juga mampu berpolitik, bukan hanya sebagai jentera di belakang tabir semata-mata." Malahan, Shahrizat walaupun dikaitkan dengan kes Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) semasa perhimpunan minggu lepas menyatakan hasratnya untuk bertanding sebagai ketua wanita sepenggal lagi jika diberi peluang. "Saya tidak dapat lihat kenapa saya tidak perlu tawarkan diri untuk penggal depan ... Insya'Allah, kamu faham maksud saya?" kata beliau lagi. Selain beliau, seorang lagi delegasi wanita Kelantan, Rita Sarbanon turut menyentuh mengenai isu calon apabilan mencadangkan agar presiden Umno, Najib memperuntukkan kuota calon 30 peratus kepada golongan wanita untuk bertanding dalam pilihan raya nanti. | ||||
7 agenda berkebajikan untuk anak muda Posted: 08 Dec 2012 02:31 AM PST
KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) akan mengumumkan tujuh agenda berkebajikan anak muda pada 1 Januari tahun hadapan. Ketuanya, Nasrudin Hassan berkata, tujuh agenda yang akan dilaksanakan selepas Pakatan Rakyat mengambil alih Putrajaya itu merupakan adunan daripada Dokumen Negara Berkebajikan PAS, Buku Jingga dan Belanjawan Pakatan Rakyat. "Kita akan umumkan tujuh agenda berkebajikan anak muda meliputi pendidikan, kebajikan, kos sara hidup dan lain-lain. "Ini rentetan daripada perbahasan pemuda di muktamar PAS baru-baru ini yang mahukan polisi yang mesra anak muda," kata beliau pada sidang media di Pejabat Agung PAS, dekat sini hari ini. Marathon 100 hari pemuda Nasrudin juga berkata, DPPM melancarkan marathon 100 hari pemuda sebagai pecutan terakhir sebelum pilihan raya umum ke-13. "Ini merupakan projek dalaman pemuda dan merupakan pengarahan rasmi kepada pemuda di semua peringkat. "Dalam tempoh 100 hari ini kita akan adakan program 'sentuh pengundi' kerana kita nak semua maklumat sampai kepada pengundi muda," katanya. Beliau juga berkata, DPPM akan memfokuskan pengundi muda di kawasan yang akan ditandingi calon DPPM. Bagaimanapun beliau tidak menyatakan kerusi-kerusi yang mungkin ditandingi pemuda. "Walaupun belum dimuktamadkan, tapi pemuda sudah ada kawasan-kawasan target," katanya. | ||||
PRU13: Pendekatan baru, elak cara perkauman Umno Posted: 08 Dec 2012 02:30 AM PST
Katanya, jika kempen penerangan parti membawa isu bersifat kepentingan kaum tertentu, sudah tentu akan wujud isu-isu sensitif yang boleh mengguris hati kaum lain. Bercakap pada Seminar Antara Budaya Masyarakat Malaysia di sini hari ini, beliau mencadangkan agar PAS menggunakan pendekatan 'usia' berbanding 'kaum'. Ini kerana, pendekatan melalui peringkat umur lebih memudahkan penerangan dengan isu yang lebih menjurus kepada golongan sasar tersebut. "Contohnya apakah isu penting buat orang muda baru bekerja dan dirikan rumah tangga. Apakah isu penting buat ibubapa yang bekerja dengan beban anak ramai. Apakah isu penting bagi mereka yang tua dan bersara? "Yang jelas, jawapan untuk soalan di atas merangkumi semua kaum dan telah mengurangkan risiko menyentuh perkara-perkara sensitif antara kaum," terangnya. Beliau berkata demikian ketika membentangkan kertas kerjanya yang bertajuk "Peranan penerangan dalam konteks mendekati Melayu dan bukan Melayu dalam PRU". Cadangan itu adalah antara pendekatan baru yang dicadangkan beliau untuk menghadapi PRU13. "Rakyat perlu keluar daripada permainan Umno, perlu keluar daripada kaca mata yang Umno pakaikan pada semua. "Jika kita melihat pengundi dari sudut lain, akan timbul soalan seperti membasmi kemiskinan seperti yang dicadangkan PAS yang merangkumi semua kaum," terangnya. | ||||
Najib akui konsep 1Malaysia dikaburkan Posted: 08 Dec 2012 02:28 AM PST Datuk Seri Najib Razak yang mengilhamkan konsep 1 Malaysia hari ini berkata beliau sengaja tidak mentakrifkan idea berkenaan supaya ianya boleh menyerap pandangan yang berbeza dari masa ke masa, walaupun beliau mengakui terdapat skeptis dari masyarakat bukan Melayu terhadap idea berkenaan apabila diterjemahkan ke dalam dasar kerajaan. "Saya tidak menentukan konsep tersebut dengan sangat jelas, tetapi ianya oleh 'reka bentuk'," kata Perdana Menteri itu dalam temu ramah bersama akhbar The Malay Mail yang disiarkan hari ini. Najib berkata, beliau memutuskan ia perlu mempunyai "unsur kekaburan strategik" apabila diperkenalkan tiga tahun lalu, supaya konsep itu boleh diperluas untuk menerima pandangan lain daripada orang ramai. Pemimpin berusia 59 tahun itu berkata konsep yang diutarakannya itu adalah untuk menggalakkan idea keterangkuman dari semua kaum diterjemahkan ke dalam dasar kini telah difahami dengan jelas walaupun pada permulaannya terdapat beberapa keraguan. "Mereka tidak boleh melihat 1Malaysia sebagai sesuatu yang diamalkan dalam seluruh sistem kerajaan. Tetapi sekali lagi rakyat mesti sedar ini adalah satu perjalanan," katanya kepada akhbar berbahasa Inggeris berkenaan sebagai respon kepada wujudnya keraguan daripada kaum minoriti di luar Barisan Nasional (BN), Umno. Beliau menambah ideanya adalah lebih menyeluruh daripada yang pernah dibayangkan oleh pemimpin-pemimpin terdahulu di negara ini sebagai mempromosikan prinsip-prinsip asas dan nilai-nilai keadilan, keterangkuman sosial, dan kesederhanaan. "Ini adalah kali pertama bahawa kita sedang cuba untuk benar-benar mentakrifkan ia dari segi prinsip-prinsip dan nilai-nilai yang berkaitan dengan 1Malaysia. "Pada masa lalu, orang ramai bercakap tentang bekerja bersama-sama, tetapi tidak ada definisi sebenar apa yang dimaksudkan," katanya dalam temu bual itu. Najib yang mencari mandat peribadi untuk memegang kuasa pada pilihan raya umum ke-13 akan datang sebelum ini berkata, konsep 1Malaysia berjanji untuk mengutamakan rakyat dengan peningkatan dalam penyampaian perkhidmatan awam dan pembaharuan ekonomi. Walau bagaimanapun, para pengkritik dan pemimpin-pemimpin pembangkang telah mengecam konsep 1Malaysia dan logo yang telah dicop pada hampir setiap produk kerajaan, bermula dari kedai barangan runcit seperti tin susu dan paket kampit beras kepada perkhidmatan penjagaan kesihatan, sebagai lebih kepada retorik dan slogan. "1Malaysia juga adalah produk dan perkhidmatan yang akan meringankan beban rakyat dan meningkatkan kualiti hidup mereka," kata Najib ketika majlis pelancaran perintis Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) di stesen LRT Kelana Jaya pada 22 Jun tahun lepas. | ||||
Posted: 08 Dec 2012 02:26 AM PST Di Pulau Pinang, berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Penang Institute untuk data tahun 2011 menunjukkan majoriti di Pulau Pinang adalah bangsa Cina dengan 41.5%, bangsa Melayu dengan 39.9% manakala India pula 10%. Apabila bercakap langskap bangsa Melayu bumiputera di Malaysia, apabila Melayu mesti Islam. Jadi mungkin atas pertimbangan ini & juga bilangan bangsa melayu Islam di Pulau Pinang, dengan jumlah dana lebih bagi yang dimiliki kerajaan negeri Pulau Pinang ditambah terdapat ruang sebenarnya untuk menambahbaik & agama Islam telah diangkat dan diberi lebih perhatian berbanding sebelum ini, oleh sebab itu peruntukkan hal ehwal agama Islam di Pulau Pinang dinaikkan.
PERUNTUKAN TAMBAHAN TAHUNAN UNTUK SEKOLAH AGAMA RAKYAT (SAR)
SUMBANGAN DAN PENGIKTIRAFAN AL-HUFFAZ(Penghafal al-Quran)
SUMBANGAN EHYA' RAMADAN (KEPADA SELURUH MASJID)
Dan disebabkan angka-angka seperti di atas inilah yang membangkitkan kemarahan pengerusi Barisan Nasional Pulau Pinang sehingga bertindak mengkritik kerajaan Pulau Pinang di bawah kendalian Lim Guan Eng. Adakah Pulau Pinang Ke Arah Islamisasi?
Jika kepada bangsa Melayu di akhbar berbahasa Melayu : DAP berkuasa dan menghapuskan kuasa Melayu & Islam semakin lemah di Pulau Pinang Kepada bukan Melayu di akhbar berbahasa Cina: Kerajaan Pulau Pinang kini menuju ke arah Islamisasi kerana peruntukan yang diberikan untuk hal ehwal agama Islam meningkat 300 peratus | ||||
Posted: 08 Dec 2012 02:23 AM PST KANGAR - Pas sedia dibubarkan dan semua ahlinya menyertai Umno jika parti itu melaksanakan hukum Islam di negara ini. Hashim Jasin (Pas-Sanglang) berkata, Mursyidul Am Pas (Datuk Nik Aziz Nik Mat) pernah menyebut jika Umno melaksanakan hukum Islam pada jam 12 tengah malam, Pas akan dibubarkan pada jam 12.05 tengah malam. Bagaimana pun, beliau berkata setakat ini tidak pernah terlintas dalam hatinya untuk menyertai Umno kerana ia masih gagal melaksanakan apa yang dikehendaki oleh Islam. "Saya tidak akan menyertai Umno kerana ia menolak hukum Islam," katanya ketika ketika perbahasan Bajet 2013 peringkat jawatankuasa, semalam. Beliau menjawab pertanyaan Datuk Seri Shahidan Kassim (BNTambun Tulang) yang ingin tahu sama ada wakil Pas itu akan menyertai Umno jika gagal dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang kerana doa mereka agar 'Umno KO' tidak dimakbulkan. Shahidan berkata, Umno akan terus meraih kemenangan cemerlang dalam PRU akan datang kerana ALLAH SWT merestui perjuangan selama ini. Hashim berkata, jika mahu menyertai Umno, beliau boleh berbuat demikian sejak dahulu lagi iaitu ketika berkhidmat dengan Pejabat Agung Pas di Kuala Lumpur. "Saya mempunyai ramai kawan dari Umno termasuk dalam kalangan timbalan menteri dan setiausaha parlimen (ketika itu). Mereka mengajak saya tetapi saya menolak kerana tidak dapat menerima perjuangannya. "Jadi saya tidak akan menyertai Umno walau apa pun yang terjadi," katanya. Sementara itu, Shahidan membidas Hashim kerana menuduh Umno menolak Islam sebaliknya menegasksn parti itu berjuang untuk agama, bangsa dan tanah air. "Biarlah Mursyidul Am Pas seorang yang menuduh Umno tolak Islam. Saya harap YB tidak terikut-ikut dengan keadaan itu. "Saya kesal Pas tidak konsisten dengan perjuangannya. Dulu Pas kata nak menegaskan negara Islam tetapi kini mahu melaksanakan negara berkebajikan," katanya. Menurutnya, Umno sudah lama memperjuangkan negara kebajikan dengan menyalurkan pelbagai kemudahan kepada rakyat sejak merdeka lagi. "Pas tidak berani mempertahankan perjuangannya disebabkan menghadapi tekanan dari rakan dalam Pakatan Rakyat iaitu DAP dan PKR," katanya. | ||||
Khalid: Bina pawagam di tangan MBSA, bukan sultan Posted: 08 Dec 2012 02:10 AM PST Ahli Parlimen, Khalid Abdul Samad berkata semalam bahawa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) masih perlu berunding dengan penduduk tempatan berhubung cadangan membina pawagam di situ walaupun Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah tidak membantahnya. Merujuk kepada sepucuk surat bertarikh 30 Januari 30 dari pejabat Sultan Selangor kepada Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Mohd Jaafar Mohd Atan yang menyatakan bahawa baginda 'tidak ada bangkangan' terhadap pembangunan kompleks Alam Avenue yang akan termasuk sebuah pawagam di Seksyen 16, Shah Alam, Khalid berkata, itu tidak bermakna satu persetujuan. "Datuk Bandar perlu memahami, ini bukan satu kelulusan, ia adalah hanya satu kenyataan bahawa tidak ada bangkangan. "MBSA masih perlu berunding dengan penduduk berhampiran projek dan mendapatkan pandangan mereka kerana itu adalah proses yang sewajarnya," katanya Khalid (kanan) membangkitkan aduan penduduk tempatan terhadap pembinaan pawagam dan pusat hiburan lain di dalam kompleks yang dirancang itu. Beliau menegaskan bahawa sudah terdapat pawagam berdekatan, iaitu di i-City dan Kota Raja. Katanya, baginda juga telah meminta supaya tempat seumpama itu tidak terletak terlalu dekat dengan tempat-tempat ibadat. "...dan pawagam yang dirancang itu hanyalah kira-kira 500m dari masjid Padang Jawa," katanya. | ||||
"Kami mahu Jenain datang bersemuka dengan ibu’' Posted: 08 Dec 2012 02:08 AM PST Menurut Aisyah, mereka sekeluarga sudah memaafkan Jenain dan redha dengan kejadian yang menimpa adiknya, Amirulrasyid. SHAH ALAM: "Kami mahu Jenain datang bersemuka dengan ibu dan cerita mengapa dia tergamak buat begitu," luah Aisyah Amzah iaitu kakak kepada Aminulrasyid, 15, yang ditembak mati pada kejadian dua tahun lalu. Aisyah yang turut hadir bersama ibu, Norsiah Mohammad dan kakak sulungnya Norazura Amzah sayu mengenangkan kejadian malang itu lebih-lebih lagi apabila mahkamah Tinggi Shah Alam pada Selasa lalu membebaskan Koperal Jenain Subi daripada hukuman penjara lima tahun berhubung kes menembak mati Aminulrasyid. Menurut Aisyah mereka sekeluarga sudah memaafkan Jenain dan redha dengan kejadian yang menimpa adiknya. Namun Aisyah menggesa agar Jenain bersemuka dan menemui ibunya untuk memohon maaf ke atas kejadian tersebut. Bagaimanapun, Norsiah yang ternyata sebak menceritakan kejadian dua tahun lalu itu berkata, sehingga kini Jenain tidak pernah menemuinya untuk membuat sebarang permohonan maaf. Malah beliau nyata terkilan kerana kematian anaknya tidak mendapat pembelaan yang sewajarnya. "Saya minta siasatan dibuka semula kerana keputusan yang dikeluarkan mengejutkan kami sekeluarga. Seolah-olah anak saya bersalah 100 peratus. Kesalahan hanya tiada lesen memandu tapi meninggal kerana tembakan. "Jenain juga tidak pernah datang kepada makcik untuk memohon maaf sehingga kini. Yang makcik tahu permohonan maaf itu dibuat melalui media sahaja. "Jika penghakiman kata dapat pengurangan kita boleh terima. Tapi tertuduh dilepaskan," katanya dengan nada terkilan sewaktu sidang media bersama Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad semalam. Jenain yang bertugas di Unit Kereta Peronda, Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, didakwa menyebabkan kematian Aminulrasyid antara 1.10 pagi dan 2 pagi, 26 April 2010 di Jalan Tarian 11/2, Seksyen 11 di sini. Pertuduhan mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara sehingga 30 tahun dan boleh dikenakan denda. Pertengahan September lalu, Mahkamah Sesyen menjatuhkan hukuman penjara lima tahun selepas mendapati Jenain bersalah menyebabkan kematian Aminulrasyid. Aminulrasyid disahkan meninggal dunia akibat luka tembakan di kepala. | ||||
'Ms Tow Truck' bukan lagi penyelaras BN Selayang Posted: 08 Dec 2012 02:01 AM PST MALAYSIA KINI Ketua Beliawanis MCA Selangor, Jessie Ooi tidak lagi menjadi penyelaras BN Selayang apabila dia tidak dilantik semula selepas tempoh jawatannya itu tamat enam bulan lalu.Ooi menjadi terkenal dan mendapat gelaran 'Ms Tow Truck' selepas meledakkan kemarahannya sewaktu debat umum antara Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng Februari lalu. Dalam genangan air mata, Ooi memberitahu satu sidang akhbar semalam bahawa dia gagal mendapat sokongan padu daripada pemimpin parti dan jawatannya sebagai penyelaras BN Selayang kemudiannya tidak dilanjutkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga pengerusi BN. Ooi, 33, dilihat sebagai calon pilihan presiden MCA untuk bertanding di Parlimen Selayang yang dirampas PKR dalam pilihan raya umum 2008. Bagaimanapun, Pengerusi MCA Selangor yang juga Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Donald Lim dikatakan turut berminat bertanding kerusi tersebut. Parlimen Selayang kini diwakili Bendahari PKR, William Leong, yang memenangi kerusi itu dengan majoriti 3,567 undi. BN menamakan pasukan penyelaras di kawasan-kawasan yang dikuasai Pakatan Rakyat selepas pilihan raya umum lepas dan menyediakan mereka dengan sumber dan peruntukan untuk membantu merampas kembali kerusi terbabit. Oleh itu, para penyelaras berkenaan, pada umumnya dilihat berpotensi menjadi calon di kawasan-kawasan berkenaan. Menurut laporan Nanyang Siang Pau, Ooi berkata beliau telah diarahkan oleh ketua bahagian MCA Selayang supaya berhenti menggunakan gelarannya sebagai penyelaras BN selepas beberapa ahli parti mengadu tempoh jawatannya telah tamat pada 14 Jun. "Malah, selepas tamat tempoh jawatan saya, saya membuat susulan isu tersebut dengan pemimpin parti dan diberitahu perdana menteri tidak akan melantik penyelaras baru kerana sudah hampir dengan pilihan raya. "Saya juga telah menerima surat daripada kerajaan persekutuan pada 11 November menjemput saya untuk menghadiri mesyuarat untuk penyelaras," katanya yang dipetik sebagai berkata, dia boleh terus berkhidmat dalam jawatan tersebut. Bagaimanapun, memandangkan tentangan dari dalam parti, Ooi berkata, dia memutuskan untuk tidak menggunakan jawatan penyelaras apabila memberi perkhidmatan dalam kawasan tersebut, satu tugas yang dia berjanji akan terus melakukan. Ooi mendakwa dia tidak fikir jawatan penyelaras BN secara automatik akan melayakkannya menjadi calon MCA dalam pilihan raya akan datang, tetapi setelah dia menjadi terkenal selepas debat umum Chua-Lim, beberapa pemimpin parti melihatnya sebagai satu ancaman. | ||||
PKR: 'Tanggungjawab polis kekal keamanan di perhimpunan Gombak' Posted: 08 Dec 2012 01:59 AM PST PKR berkata tidak kira alasan polis bahawa ia tidak lagi melaras perhimpunan dengan adanya Akta Perhimpunan Aman (PAA) 2012 berhubung pergaduhan di ceramah Pakatan Rakyat di Gombak, namun ia menjadi tanggungjawab polis untuk memastikan keamanan. ADUN Batu Caves, Amirudin Shari (kiri) berkata penganjur telah melakukan peranan mereka dalam mengawal penyokong selaras dengan PAA semasa ceramah pada malam 4 Disember. "Kita (pihak penganjur) telah mengawalselia perhimpunan malam itu, kita mempunyai 300 orang bertugas untuk menjaga keselamatan, keselamatan jalan raya dan logistik," tambahnya. Bagaimanapun, kata Amirudin, jika melihat video perhimpunan itu, pergaduhan hanya berlaku selepas pihak yang tidak bertanggungjawab masuk ke kawasan mereka. Apabila itu berlaku, katanya dalam satu sidang akhbar hari ini, pihak polis mesti bertanggungjawab, kerana pasukan itu yang mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan, dan bukan pihaknya. | ||||
SPRM minta AG kaji semula keputusan terhadap Musa Posted: 08 Dec 2012 01:57 AM PST Panel Semakan Operasi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah meminta peguam negara menyemak semula keputusannya berhubung kes RM40 juta dari Michael Chia yang didakwa disalurkan kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman. Perkara ini diumumkan oleh salah seorang anggota panel tersebut dalam sebuah forum awam yang diadakan oleh Majlis Peguam dan SPRM hari ini. Naib Presiden Majlis Peguam, Chris Leong menimbulkan soalan berkaitan pendedahan di Parlimen bahawa kes itu mungkin telah ditutup dan respon pihak berkuasa Hong Kong bahawa mereka tidak mendapat maklum balas dari Malaysia. "Panel Semakan Operasi SPRM telah menulis kepada peguam negara untuk mengkaji semula keputusannya," jawab Timbalan Pengarah Kanan bahagian Penyiasatan, Han Chee siasatan Rull ringkas. Laporan awal memetik pendakwaraya Hong Kong Kevin Zervos, sebagai berkata Suruhanjaya Bebas Menentang Rasuah (ICAC) itu bersedia membuka semula kes itu jika ada bukti baru. Pengarah strategik PKR Rafizi Ramli berlepas ke Hong Kong pada hari Selasa untuk menyediakan bukti transaksi dalam kes itu. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nazri Abdul Aziz telah menafikan sebarang salahlaku di pihak Musa. Beliau memberitahu Parlimen bahawa RM40 juta itu adalah "sumbangan politik" kepada Umno Sabah. | ||||
PM janji 20,000 rumah mampu milik, moneral jika perintah P Pinang Posted: 08 Dec 2012 01:53 AM PST Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berjanji untuk memberi dua hadiah besar kepada rakyat Pulau Pinang iaitu pembinaan 20,000 unit rumah mampu milik dan perkhidmatan monorel jika Barisan Nasional (BN) diberi mandat semula untuk memerintah negeri itu. Katanya, 10,000 unit rumah mampu milik itu akan dibina dalam masa terdekat di bawah program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) manakala baki 10,000 unit akan dibina oleh agensi-agensi kerajaan termasuk JKP Sdn Bhd, Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda) dan Syarikat Perumahan Nasional Berhad (SPNB). "Rumah-rumah itu akan dijual di bawah harga pasaran untuk rakyat Pulau Pinang, contohnya jika rumah itu harga pasarannya RM500,000 kita jual dengan harga RM300,000 sahaja," katanya ketika berucap melancarkan Program Jelajah Janji Ditepati di Universiti Sains Malaysia (USM) di Pulau Pinang. Lebih 20,000 orang termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon dan Tan Sri Nor Mohamed Yakcop dan Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen menghadiri majlis itu. Najib berkata pakatan pembangkang yang mengambil alih pemerintahan di Pulau Pinang gagal menyelesaikan masalah rakyat malah tidak membina rumah mampu milik dan rumah kos rendah di negeri ini. "Sebagai contohnya isu Kampung Buah Pala, semua pemimpin pembangkang meletak tangan di atas kepala seorang penduduk dan berjanji kononnya dalam masa dua minggu mereka akan menyelesaikan masalah. Tetapi mereka gagal dan akhirnya kerajaan BN juga menyelesaikan masalah baki 26 penduduk di kampung itu," katanya. Beliau berkata permohonan untuk PR1MA boleh dibuat melalui online yang dibuka hari ini dan cabutan (undian mendapatkan rumah) akan dibuat secara telus. Najib berkata satu lagi janji yang akan ditunaikan ialah pembinaan perkhidmatan monorel sebagai langkah mengatasi kesesakan lalulintas yang semakin serius. "Kita tahu rakyat Pulau Pinang dihantui dengan kesesakan lalulintas. Jadi, jika BN menang kita tengok macam mana nak selesai masalah ini dan akan membina sistem monorel sama seperti perkhidmatan LRT (transit aliran ringan) yang ada di Kuala Lumpur," katanya. Beliau berkata rakyat Pulau Pinang layak untuk menikmati sistem pengangkutan awam yang lebih baik lagi dan perkara ini akan menjadi kenyataan jika mereka memberi kepercayaan kepada BN. Perdana menteri itu juga berkata BN tidak akan membiarkan orang Melayu di negeri ini terpinggir dan dalam masa yang sama akan terus membela kaum Cina dan India. Beliau berkata setiap satu undi untuk BN adalah undi untuk kestabilan dan kemajuan manakala satu undi untuk PAS adalah untuk perpecahan, satu undi untuk PKR adalah untuk mencapai perjuangan peribadi seseorang dan satu undi untuk DAP adalah undi untuk masa depan yang tidak menentu. Najib juga berkata label BN 'Janji Ditepati' adalah bagi menggambarkan dan meyakinkan rakyat bahawa parti itu sebuah parti yang boleh diberi kepercayaan dan amanah serta apa sahaja yang dijanjikan kepada rakyat akan ditunaikan. "Kalau kita sudah buat satu janji kita anggap janji itu satu ikatan. Dengan satu ikatan itu rakyat akan tetapkan kepercayaan dan amanah kepada kita. Kerajaan Barisan Naasional walau apa-apa pun kita janji, kita akan tunaikan dan tepati," katanya.- Bernama | ||||
Politik samseng: Elak peristiwa Kg Baruh Piyar 1969 Posted: 07 Dec 2012 04:17 PM PST KOTA BHARU - Tindakan pihak tertentu yang menggunakan samseng dalam berpolitik mengingatkan masyarakat Kelantan terhadap peristiwa membakar jambatan di Kampung Baruh Piyar, Gual Periuk pada 1969. Timbalan Pesuruhjaya Pas Negeri, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, dalam situasi pada ketika itu, kumpulan samseng digunakan bagi menghalang kemaraan Pas di Kelantan. "Kumpulan samseng digunakan secara meluas terutamanya di Rantau Panjang sehingga mereka menghalang penduduk mahu keluar mengundi dengan membakar sebuah jambatan. "Malah mereka terpaksa dikawal anggota tentera untuk balik daripada mengundi di Gual Periuk pada 1969," katanya, semalam. Beliau berkata demikian sebagai mengulas kejadian pergaduhan di ceramah Pakatan Rakyat di Gombak sehingga ada penyokong parti yang cedera. Mohd Amar yang juga Exco Kerajaan Negeri berkata, tanda-tanda Umno kehilangan kuasa semakin jelas sehingga mereka melakukan sesuatu seperti orang hilang pedoman. "Mereka terlalu takut dengan kekalahan, oleh itu, rakyat mesti menolak parti yang mengamalkan budaya politik samseng termasuk mengganggu ceramah-ceramah Pakatan Rakyat," katanya. Dalam pada itu, Mohd Amar berkata, tindakan Umno melewat-lewatkan pilihan raya Umum ke-13 (PRU13) jelas menunjukkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak masih tidak yakin dengan keupayaannya. "Ini perkara luar biasa yang berlaku di negara kita sekarang. Ia menimbulkan persoalan besar kepada masyarakat. Tak pernah berlaku dalam sejarah Malaysia pilihan raya lewat macam ini," katanya. | ||||
Perkasa: MoU calon-SPR sedap didengar, kurang berkesan Posted: 07 Dec 2012 04:16 PM PST KUALA LUMPUR - Cadangan mengadakan memorandum persefahaman ( MoU) antara calon bertanding dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi mengelakkan budaya politik samseng ketika pilihan raya memang sedap didengar, tetapi pelaksanaan tidak akan berkesan, kata Perkasa. Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, memandangkan pihak-pihak yang terlibat dalam politik sudah tidak menghormati undang-undang yang ada sekarang, maka memang sukar untuk merealisasikan idea MoU, yang dicadangkan oleh Ahli Parlimen Hulu Selangor, P. Kamalanathan dari Barisan Nasional. "Undang-undang yang ada sekarang ini pun mereka langgar. "Anehnya pemimpin yang timbulkan keganasan itu adalah mereka yang bercakap nak wujud masyarakat madani, bercakap soal ketamadunan, perkara yang sedap dan manis didengar tetapi mereka yang bercakap itu sendiri yang melanggar. "Sebab emosi dah menguasai dirinya kerana mengejar kedudukan, pangkat dan kuasa," kata beliau kepada Sinar Harian Online. Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas berkata, keghairahan parti-parti politik untuk mengejar kuasa dan pangkat antara punca politik samseng sentiasa subur malah menjadi budaya di negara ini. Beliau berkata, apabila keghairahan ini gagal dibendung perasaan diri, ia menyumbang kepada provokasi. "Apabila berlaku provokasi, pasti akan berlakunya pergaduhan, inilah yang dikatakan dengan politik samseng," katanya. Mengulas lanjut, beliau melahirkan kebimbangan apabila keganasan yang wujud akibat ketaksuban membuta tuli kepada parti politik masing-masing dilihat sebagai budaya baru dalam masyarakat kita pada hari ini. Beliau berkata, sekiranya budaya songsang ini tidak dibendung segera, dikhuatiri akan memudaratkan keselamatan negara dan mengancam kesejahteraan rakyat. Tambah beliau, pihak berkuasa khususnya polis tidak berupaya membendung dan memastikan insiden ini tidak berlaku pada masa akan datang sekiranya tidak mendapat kerjasama daripada parti-parti politik untuk mengawal ahli dan penyokong mereka daripada bertindak di luar batasan. "Jika polis bertindak tegas, polis pula akan dituduh macam-macam," katanya. Dalam pada itu katanya, Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sebelum dimansuhkan menjadi satu instrumen pencegahan politik samseng daripada menular. "ISA adalah salah satu undang-undang yang secara psikologinya boleh membendung orang-orang politik daripada bertindak ganas. "Apabila ISA tiada, maka polis tidak ada mekanisme yang berkesan dari segi pencegahan," katanya. Tegasnya, penyokong parti politik juga sejak akhir-akhir ini tidak takut untuk didakwa di mahkamah kerana bukan mudah pihak polis dan pendakwaan untuk mengemukakan bukti kesalahan mereka. "Sudah ada pihak yang tidak takut dengan undang-undang, sudah tidak takut lagi untuk melakukan keganasan, mungkin mereka tengok undang-undang yang ada pun kalau mereka didapati bersalah denda itu tidak menjadi halangan bagi mereka," jelasnya. Insiden berdarah dalam siri Jelajah Merdeka Rakyat Pakatan Rakyat di Gombak Selasa lalu katanya, adalah contoh terdekat yang boleh dikaitkan dengan politik ganas. "Pihak Pakatan Rakyat tuduh Pemuda Umno kacau dan pihak Pemuda Umno pula tuduh pihak PKR buat provokasi. "Jadi kita tak tahu siapa yang benar, yang eloknya polis kurung, balun dua-dua," katanya. | ||||
Politik samseng: MoU tak perlu, kata SPR Posted: 07 Dec 2012 04:15 PM PST SHAH ALAM - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menegaskan peraturan dan perundangan sedia ada sudah memadai bagi membanteras gejala politik samseng sekiranya pemimpin politik dan penyokong mereka sedia mengikut garis panduan yang sudah ditetapkan. Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, malang sekali apabila kedua-dua parti sama ada pemerintah mahupun pembangkang tergamak melanggar peraturan dalam usaha mahu memenangkan parti masing-masing. "Kalau mereka ini mengikut undang-undang dalam akta kesalahan pilihan raya, dalam akta jenayah, ikut nasihat polis, ikut nasihat SPR, aman damailah pilihan raya kita tetapi keadaan itu tidak berlaku," ujar beliau kepada Sinar Harian Online. Menurut Aziz lagi, memang tidak ada dalam mana-mana perundangan yang membenarkan memorandum persefahaman (MoU) dicapai bagi mengelakkan budaya politik samseng dalam tempoh penting pilihan raya. Lagi pula katanya, kes-kes yang membabitkan gejala samseng ini terletak di bawah bidang kuasa pihak polis. "Pertama sekali perkara itu tidak ada dalam undang-undang dan ia berkaitan dengan jenayah, jadi ia di bawah kawalan polis," katanya. Aziz diminta mengulas pandangan Ahli Parlimen dari BN yang mencadangkan satu memorandum persefahaman (MoU) di antara calon-calon yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dengan pihak SPR supaya budaya politik samseng ini dapat dielakkan. Bercakap dalam Wacana Sinar Harian Siri ke-16 kelmarin, Ahli Parlimen Hulu Selangor, P. Kamalanathan berkata, dengan adanya MoU ini diharapkan calon-calon dan penyokong parti-parti politik yang bertanding boleh mengikuti tatacara dan undang-undang semasa PRU13. "Jika ada calon bersalah dan terlibat dalam politik samseng, kita sentiasa terbuka jika polis mengambil tindakan kepada mana-mana pemimpin yang bersalah," katanya. Menurut Aziz, budaya politik samseng terutama sekitar hari-hari penting proses pilihan raya sebenarnya dapat dielakkan sekiranya pemimpin parti memainkan peranan masing-masing. Bagaimanapun, keadaan sebaliknya pula berlaku dan menjadi lebih parah apabila pemimpin parti sendiri yang gagal mengawal diri mereka ketika musim pilihan raya. "Pemimpin-pemimpin parti politik ini kadang-kadang terlalu emosional sampai rupa pun macam orang yang tak sedar diri. Di antara sedar dengan tidak sedar. Lupa apa yang dia cakap, lupa apa yang dibuat," ujar beliau. "Kekasaran-kekasaran daripada perbuatan, dari segi perkataan, kadangkala pergaduhan, baling batu, baling botol, balik kayu, bertumbuk, berlawan, ini semua masing-masing hendak menunjukkan kekuatan. Penyokong-penyokong parti ini sudah diasuh seperti itu," kata Aziz. Malahan katanya, umpama sudah menjadi trend apabila parti politik membawa barisan peguam untuk mencabar tindak-tanduk SPR jika bertentangan dengan kehendak mereka di hari penamaan calon dan pengundian. "Dulu kalau kita kata jangan buat seperti ini, semua akan ikut sahaja tapi bukan sekarang. Sekarang ini ramai peguam-peguam akan tanya kita, di bawah peruntukan mana, di bawah undang-undang mana? "Maknanya masing-masing tidak menghormati undang-undang, tidak menghormati nasihat polis, nasihat SPR, sentiasa suka mencabar, melawan, sebab itulah jadinya begitu," jelas Aziz lagi. |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan