Ahad, 2 Disember 2012

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Seorang Lagi Ketua Bahagian Umno Buntingkan Anak Dara

Posted: 02 Dec 2012 04:23 AM PST

MSO
 
Siang tadi semasa menghadiri majlis kenduri di Bukit Puteri di Rawang Selangor saya dibisikan sesuatu berita yang tidak berapa menyeronokkan. Berita ini kontras dengan apa yang sedang berlaku di dewan merdeka PWTC di mana di situ ahli Umno sedang membincangkan dan mencari makenisme macam mana hendak mengekalkan kuasa parti berkenaan sebagai kerajaan.

Sebaliknya berita yang dibisikan kepada saya itu sungguh memeranjuatkan, iaini berhubung perbuatan maksiat seorang ketua Umno bahagian di Kelantan yang didakwa telah membuntingkan seorang mahasiswa tahun dua yang menuntut di IPTA di Ibu Kota.

Katanya gadis itu telah dibuntingkan empat bulan. Ibu bapa gadis mahasiswa berkenaan katanya telah membuat laporan polis berhubung kejadian itu. Keluarga gadis berkenaan katanya marah dan malu dengan kejadian itu dan telah mendesak ketua Umno bahagian itu mengahwini gadis tersebut.

Kerana desakan itu ketua bahagian berkenaan sanggup mengahwini gadis berkenaan. Laporan polis yang dibuat kemudian ditarik setelah ketua bahagian Umno itu sanggup menikahinya.
 
Menurut kawan yang membisikan berita itu, kejadian ini terbongkar apabila seorang kakitangan di Pejabat Pendidikan Daerah secara tidak sengaja menceritakan kejadian berkenaan kepada seseorang dan terlatas ke telinganya. 

Kejadian ini sungguh mengaibkan Umno dan katanya menjadi liabiliti kepada Umno bahagian berkenaan khasnya. Ekoran kejadian ini sudah sudah orang ketua bahagian Umno yang bermukah dengan sehingga bunting. Sebelum ini dilaporkan seorang ketua bahagian telah bermukah dengan seorang ahli puteri dan mengandung. Bagaimana pun puteri berkenaan mengakui telah mengugurkan kandungannya.

Dalam pada itu seorang ahli Umno Kelantan memberi tahu dia ada mendengar kejadian itu tetapi tidak ada apa-apa tindakan di kalangan Umno bahagian. Beliau secara peribadi mengharap Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Mustapa Mohamed supaya menimbang sebaik mungkin sebelum ketua baahagian itu atau mana-mana ketua bahagia melakukan maksiat dari dipilih untuk menjadi calon dalam pilihan raya akan datang sekiranya Umno mahu menang.

Kedua-dua ketua bahagian itu disebut-sebut akan diletakkan bertanding dikerusi parlimen. Berita lanjut akan menyusur.

Tiada pilihan jika Parlimen bubar Mac 2013 - Khalid

Posted: 02 Dec 2012 04:04 AM PST

Harakahdaily,
KUALA LUMPUR: Kerajaan Negeri Selangor tidak mempunyai pilihan lain selain turut membubarkan Dewan Negeri sekirannya Kerajaan Pusat memilih membubarkan Parlimen pada Mac 2013.

 Demikian menurut Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika menyampaikan ucapan penangguhan DNS semalam.

"Saya tak nampak Parlimen dibubarkan pada Disember ini, jadi kalau dibubarkan pada Mac depan Selangor tiada pilihan lain," ujar beliau dipetik Selangorku.

Terdahulu, Abdul Khalid dalam satu kenyataannya berkata, kerajaan negeri tidak ikut membubarkan Dun sekiranya Parlimen dibubarkan sebelum keputusan kajian dari program 'Selangorku Bersih' diperolehi.

Program Selangorku Bersih merupakan satu program yang mengkaji kesahihan pengundi-pengundi yang berdaftar di Selangor.

Sementara itu, Speaker, Datuk Teng Chang Kim ketika menutup persidangan berkata, beliau berpuas hati dengan prestasi dan kerjasama yang ditunjukan Adun-adun Negeri Selangor.

Analisis: Najib perlu menang 2/3 elak dilema

Posted: 02 Dec 2012 03:56 AM PST

G MANIMARAN

AGM Umno
IKRAR TAAT SETIA... Perwakilan bersama-sama melafazkan ikrar taat setia pada sesi penggulungan Perhimpunan Agung Umno, semalam. - Foto Bernama
 
ANALISIS - Dalam ucapan penggulungan setahun lalu, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak menyentuh aspek keyakinan bahawa partinya akan memperolehi majoriti dua pertiga di Parlimen. Mana nada itu tidak didengar sepanjang setahun lalu kecuali kenyataan, pandangan dan keprihatinan untuk menang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Bagaimanapun situasi yang berbeza disaksikan sekitar jam 7 petang semalam.

Selaku Perdana Menteri dan Presiden Umno, Najib melahirkan keyakinan akan memperoleh majoriti dua pertiga dengan syarat tiada unsur sabotaj dalam parti. Parti yang dimaksudkan Umno. Umno salah satu komponen Barisan Nasional (BN). Maknanya, ia merangkumi komponen-komponen perikatan itu secara keseluruhan.

Hari ini, beliau memberi peringatan kepada komponen BN.

Seminggu sebelum Perhimpunan Agung Umno, Timbalan Pengerusi Majlis Profesor Negara, Profesor Ulung Datuk Shamsul Amri Baharuddin memberitahu bahawa BN akan memperoleh kerusi minimum 120 jika PRU diadakan sekarang.

Ia akan mengalami peningkatan apabila PRU13 dipanggil kemudian, katanya dengan merujuk kepada kajian beliau. PRU13 sudah jelas hanya akan diadakan tahun depan. Bukannya dalam tempoh 28 hari akan datang.

Seorang lagi penganalisis memberitahu bahawa kerusi selamat bagi BN bawah 100.

Melihat kepada pandangan-pandangan itu, Pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel), Profesor Datuk Dr. Mohammad Redzuan Othman berpandangan BN pimpinan Najib perlu memperoleh majoriti dua pertiga untuk merekodkan "kemenangan moral."

"Najib kena menang besar. Jika tidak sukar bagi beliau, beliau perlu dua pertiga untuk kemenangan moral, lebih baik berbanding apa yang kita saksikan pada tahun 2008, masa Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi)," kata beliau Sinar Harian Online menjelang Perhimpunan Agung Umno.

Najib seolah-olah sudah yakin akan sampai ke angka itu selepas melaksanakan program trasformasi ekonomi dan politik sejak 2009.

PRU 2008 menyaksikan BN yang memperoleh 140 kerusi manakala 82 jatuh ke tangan pembangkang.

Pandangan itu juga tidak diketepikan oleh Pengarah Eksekutif Merdeka Center, Ibrahim Suffian.

Kata Ibrahim, "itu (menang dua pertiga kerusi Parlimen) KPI Najib."

"Saya melihat beliau hendak mencapai satu keputusan yang lebih baik berbanding ketika era Pak Lah. Saya rasa akan timbul satu harapan yang tinggi untuk memperoleh keputusan itu," kata beliau ketika dihubungi.

Di sebalik ucapan semalam, Najib memperlihatkan bahawa beliau yakin, tetapi sebenarnya beliau juga khuatir dan risau.

"Dalam ruang yang semakin sempit (menjelang PRU13), dan dalam keadaan pilihan raya umum ini sangat penting, saya rasa Najib perlu menyuntik keyakinan bahawa kita ada kemampuan untuk melakukan," kata Ibrahim lagi.

Jelas Ibrahim, Najib juga sedar bahawa beliau sudah tidak ada masa untuk hanya mengetengahkan masalah-masalah yang wujud di hadapan perwakilan Umno.

"Jadi, beliau menyuntik semangat dengan mengatakan boleh mencapai dua pertiga jika tiada sabotaj... ini suntikan semangat," katanya.

Berkongsi suasana persidangan dan perbahasan, ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, Najib terpaksa mengetengahkan soalan cepumas apabila perwakilan tidak melontarkan ketegasan bahawa pihaknya akan 'menghukum' jika ada mana-mana pihak mensabotaj parti.

[BANCIAN ONLINE: Menjawab soalan cepumas DS Najib di AGM Umno, jika anda ahli Umno, pilihan anda:]

"Pada pandangan saya, kemungkinan Datuk Seri Najib telah mengharapkan perwakilan akan menyampaikan satu mesej bahawa jika ada mana-mana pihak mensabotaj, mereka akan menghukum... misalnya mereka tidak akan mengundi dalam pemilihan parti.

"Dan, saya merasakan, apabila ini tidak ada, beliau terpaksa menimbulkan soalan cepumas," katanya yang melihat ia akan mengikat mereka  dalam melahirkan sokongan padu kepada parti meskipun tidak dipilih sebagai calon kelak.

Pertengahan tahun ini, Umno menubuhkan panel khas untuk mengambil tindakan tegas ke atas mereka yang sabotaj parti sebelum PRU13. Ia diketuai oleh pengerusi jawatankuasa disiplin.

Tahun lalu, ahli-ahli Umno berakhir dengan mengambil ikrar taat setia seperti yang ditekankan oleh Timbalan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Kali ini, Muhyiddin menggariskan tujuh rukun untuk menang pilihan raya.

Ia disusuli dengan aspek "sikit khuatir" yang dibangkitkan oleh Najib dan beliau mahu kekhuatiran itu diatasi dengan menjawab soalan cepumas - yang diberikan lima pilihan.

Beliau dan penyokongnya sedar bahawa beliau tidak boleh kembali ke Dewan Merdeka tahun dengan hanya kemenangan tipis.

Sebab itu beliau menyasarkan majoriti dua pertiga seperti disebutkan semalam.

Najib, yang juga Pengerusi BN memerlukan kemenangan moral untuk terus mengetuai perikatan 13 parti itu dan Umno dengan selesa, kukuh dan stabil. Jika tidak beliau dalam dilema.

Beliau mahu mengelakkan nasib dialami Pak Lah.

Penganalisis: Sabotaj budaya lama Umno sukar dihakis

Posted: 02 Dec 2012 03:55 AM PST

SALMIAH DRUHAMAD DRAHSIN

Najib Tun Razak - AGM Umno
Najib Tun Razak mengetengahkan soalan cepumas ketika menggulung perbahasan Perhimpunan Agung Umno semalam. - Foto Sinar Harian
 
SHAH ALAM - Budaya lama Umno yang masih memikirkan habuan dan imbuhan yang bakal terlepas sekiranya tidak dipilih menjadi calon pilihan raya merupakan salah satu punca kepada perbuatan sabotaj yang berlaku dalam sesebuah parti.

Hal ini, menurut Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa, Prof Madya Dr Yusof Muhammad, masih berlaku dalam Umno - yang menjadi kerisauan Presidennya, Datuk Seri Najib Razak - masih berlaku dan terbukti berdasarkan pengalamannya sendiri.

"Masalah sekarang, ketua-ketua bahagian hendak bertanding. Kalau tak diberi tempat dia sabotaj... saya pun aktif di bahagian, bila sabotaj ini, jentera tak akan turun habis.

"Bila jadi ahli jawatankuasa bahagian ini, mereka fikir hendak dapat projek, jadi bila tidak dipilih ini, bila ramai-ramai ni (masa perhimpunan agung) semangatlah, tapi bila balik mula terfikir, apa yang saya dapat?" katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online hari ini.

Semalam Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional berkata, Barisan Nasional (BN) akan memperoleh kemenangan kerusi dua pertiga jika ahli Umno sendiri tidak sabotaj terhadap parti itu dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

"Saya percaya bahawa musuh tidak kuat, saya percaya bahawa orang ramai akan memihak kepada Umno dan Barisan Nasional, yang saya khuatir, sikit... apa itu?" katanya.

Kemudian sambung Najib "Sikit yang dikhuatiri itu, yang saya khuatir, soal kita, kita sesama kita (dalam parti)."

Najib kemudian mengemukakan satu soalan cepumas kepada ahli-ahli Umno menjelang pilihan raya yang paling genting ini.

Mengulas lanjut, Yusof berkata, budaya lama Umno ini perlu diperangi sekuat mungkin apatah lagi masa sudah suntuk kini.

"Jangan bagi amaran sahaja, jika ada bukti terus sahaja pecat. Kalau bagi amaran sahaja tak akan jadi apa dalam keadaan kita hendak berperang sekarang," katanya sambil menambah, "kalau tak ada sabotaj, insya-ALLAH, mudah untuk Umno-BN menang dengan majoriti."

Sehubungan itu, beliau menggesa seluruh ahli Umno mengambil iktibar daripada kejatuhan kerajaan-kerajaan terdahulu dan semangat juang di zaman Rasulullah s.a.w, di mana tidak semestinya ketua yang akan mengetuai bala tentera di dalam sesebuah perperangan seperti dalam kisah Khalid al Walid.

Meski dilucutkan kuasa, namun terus berjuang atas nama Islam.

Sementara itu, penganalisis politik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr Shamsul Adabi Mamat berkata, perkara paling penting kini ialah kebijaksanaan pemimpin tertinggi untuk meletakkan siapa 'winnable candidate' itu bagi mengelakkan daripada berlakunya sabotaj.

"Kalau kita lihat zaman (bekas Presiden Umno dan Perdana Menteri) Tun Dr Mahathir (Mohamad) dulu beliau amat bijak meletakkan calon, walaupun beliau meletakkan calon yang tidak dikenali di kawasan itu, beliau berjaya meyakinkan di peringkat bahagian. Ketua bahagian diberikan peranan lain," ujar beliau.

Mengakui tidak ada mana-mana parti yang seratus peratus sempurna, Shamsul berkata, penerapan budaya politik dalam Umno yang berubah mengikut peredaran zaman adalah resepi Umno kejayaan parti itu yang harus dikekalkan.

"Mengurus sebuah parti dengan keahlian lebih tiga juta, di mana-mana bahagian dalam dunia ini akan mengalami masalah tetapi Umno sehingga kini mampu mengendalikannnya.

"Jika budaya (mengutamakan parti) dapat dikekalkan, itulah sebenarnya transformasi baru dalam parti itu sendiri untuk  bergerak ke hadapan. Kepentingan diri menjadi nombor dua dan parti diutamakan," kata Shamsul.

Beliau mengambil contoh bagaimana peralihan kuasa berlaku dari zaman Dr Mahathir kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi dan seterusnya kepada Najib.

Ditanya mengenai keyakinan Najib bahawa Umno-Barisan Nasional akan menang majoriti dua pertiga dalam PRU13 nanti, Shamsul berkata, "jika tidak ada sabotaj, Umno-BN akan memperoleh kemenangan berganda."

Saifuddin Abdullah respons soalan cepumas kajian Najib

Posted: 02 Dec 2012 03:50 AM PST

Wartawan Sinar Harian

Saifuddin Abdullah
Datuk Saifuddin Abdullah
 
SHAH ALAM - Soalan cepumas Datuk Seri Najib Tun Razak sudah mendapat respons daripada ahli-ahli Umno, termasuk Ahli Majlis Tertinggi, Datuk Saifuddin Abdullah yang mengakui beliau telah menjawab 'kajian' Presidennya itu dengan memilih pilihan satu iaitu menyokong parti meskipun tidak menjadi calon Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Katanya, ahli-ahli parti harus menyokong senarai calon yang dipilih kepimpinan tertinggi parti.

"Saya lihat Presiden mengulangi soal ketaatan kepada parti. Beliau tahu bahawa kesetiaan ahli dan pemimpin akar umbi tidak diragui sama sekali.

"Tapi saya rasa beliau bimbang dengan setengah pemimpin Umno, terutamanya wakil rakyat kini. Sebab itu beliau luahkan soalan cepumas itu," kata Saifuddin yang juga Timbalan Menteri Pengajian Tinggi.

Kata beliau, sebagai wakil rakyat, "kita perlu secara peribadi dengan beliau dan secara terbuka umumkan jawapan kita supaya beliau mudah buat pemilihan calon."

Katanya, beliau telah memaklumkan pendiriannya kepada Najib semalam selepas berakhirnya Perhimpunan Agung Umno .

"Justeru, masa bersalam dengannya selepas ucapannya, saya jawab padanya, "sir, untuk soalan cepumas itu, jawapan saya ialah nombor satu iaitu sekiranya saya tidak dipilih bertanding, saya akan sokong sepenuhnya calon yang dipilih oleh 'you' (Datuk Seri)'," katanya.

Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Temerloh turut memaklumkan responsnya itu menerusi Twitter semalam.

Dalam pada itu, Najib menerusi Twitter malam tadi berkata, "terima kasih kepada semua yang jayakan Perhimpunan Agung Umno 2012. Bawalah semangat yang membara serta berkhidmat kepada rakyat."

Perdana Menteri semalam melontarkan soalan 'cepumas' penuh bermakna bagi menguji tahap kesediaan anggota Umno untuk menyokong parti sekiranya mereka tidak terpilih sebagai calon PRU13.

Menyifatkannya sebagai soalan yang penting dan perlu dibuat kaji selidik, Presiden Umno itu mengajak para pejuang parti untuk memikirkan persoalan itu kerana ia bakal menentukan kalah menang parti pada pilihan raya umum itu.

Lima kemungkinan ditawarkan Najib bagi menjawab soalan cepumas yang sarat dengan mesej itu -- sokong sepenuhnya calon dipilih parti; sokong; tidak bekerja; sabotaj; atau lompat parti.

"Ini survey penting...tanya diri sendiri. Kita tidak akan edar borang dalam dewan ini, jangan bimbang...tetapi saya nak tuan puan sekalian dalam dewan ini, dalam perjalanan balik nanti, dalam kereta nanti, dalam bas ekspres nanti, cuba tepuk dada, tanya selera," katanya disambut tepukan gemuruh anggota perwakilan.

Khairy kalah teruk di tangan Nasrudin, terhangat

Posted: 02 Dec 2012 03:46 AM PST

Harakahdaily,


KUALA LUMPUR: Berita Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin tewas teruk di tangan Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan di dalam satu pengundian bebas untuk "menilai siapa lebih tokoh dan berwibawa" yang dibuat di kalangan ahli kelab fan page Merah Tinta MSO menjadi  artikel terhangat Facebook dan Twitter Harakahdaily bagi minggu ke 47.

Di tangga kedua ialah gambar blog yang bakal mengejutkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan bekas Presiden MIC Samy Vellu di mana warga India menyertai Dewan Himpunan Penyokong PAS  di Air Kuning Tapah Perak paparan http://naimnikmat.blogspot.com.
Artikel bertajuk "Aduh..! Memang tak patut betul Dr Asri ni..." paparan blog  http://manjongmari.blogspot.com menduduki tempat ketiga.

Di tangga keempat ialah tulisan Mohd Sayuti Omar yang mendesak agar Menteri Dalam Negeri, Hishammuddin Hussein ditahan untuk siasatan atas dakwaan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan kononnya beliau mencampuri urusan polis.

Di tangga kelima ialah artikel Detik Islam yang mendakwa bahawa tentera Israel ramai mati bunuh diri dari berperang. Dari laporan data bahagian pemulihan tentera Israel, harian Ibrani Maariv melaporkan pada tahun 2003 jumlah tentera yahudi lanatullah yang bunuh diri meningkat lebih tinggi berbanding mereka yang terbunuh dalam serangan tentera di Tebing Barat dan Genting Gaza.
.
Berikut ialah 10 artikel terhangat Facebook dan Twitter Harakahdaily bagi minggu, 25 November hingga 1 Disember, 2012.

1
Khairy kalah teruk di tangan Nasrudin Tantawi
2
Najib dan Samy Vellu tak boleh tidur lena bila tengok gambar ni
3
Aduh..! Memang tak patut betul Dr Asri ni...
4
Desak tangkap Hishammuddin Hussein
5
Tentera Israel ramai mati bunuh diri dari berperang
6
Kantoi! Menyanggah fakta dan ramalan pilihanraya Shamsul Amri!
7
PRU13 Bulan Depan!!! Apakah Najib Hilang Akal?
8
Cerita sebenar Deepak Jaikishan kawan Rosmah
9
Guru dipecat kerana dengar ceramah Pakatan
10
Penjelasan Ustaz Azhar Idrus isu gambar, terhangat

1 juta ke Grand Finale Himpunan Kebangkitan Rakyat

Posted: 02 Dec 2012 03:44 AM PST

Hazayani Zakaria

(Mohamad Sabu menerima limau tanda permulaan himpunan)

BATU PAHAT: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu mensasarkan sejuta orang turun ke Himpunan Kebangkitan Rakyat di Kuala Lumpur, 12 Januari tahun hadapan.

Beliau berkata, bagi mencapai sasaran itu, semua orang harus memainkan peranan menyampaikan maklumat berhubung himpunan yang merupakan kemuncak kepada himpunan-himpunan yang diadakan di setiap negeri.

"Grand finale himpunan kebangkitan rakyat, kita akan bersama-sama turun ke Kuala Lumpur bagi menuntut pilihan raya yang bersih.

"Yang ada depan saya ini, mesti sampaikan perkara ini kepada mereka yang tidak tahu, ajak mereka bersama-sama kita demi pilihan raya yang bersih," kata beliau sewaktu berucap di Himpunan Kebangkitan Rakyat di Parit Salleh Ros, Parit Raja, dekat sini malam ini.

Sebelum itu, Ahli Jawatankuasa Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) menyeru perkara yang sama kerana mendakwa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan terus melakukan penipuan dalam pilihan raya bagi menyelamatkan Umno BN.

"54 tahun Umno menipu kita, tuntutan Bersih tidak dipedulikan. Pilihan raya ini adalah pilihan raya yang akan ditipu.

"Yang rakyat lawan bukan Umno atau BN tapi satu sistem yang dikeluarkan SPR untuk menipu rakyat.

"Selagi SPR yang ada ini wujud, selagi itu pilihan raya akan ditipu," katanya di hadapan lebih 30 ribu hadirin.

Himpunan malam ini merupakan himpunan yang ketiga selepas kali pertama di Seremban dan kali kedua di Kelantan.

Pemimpin Umno kaut keuntungan jual tanah di P Pinang

Posted: 02 Dec 2012 03:42 AM PST

Zairil Khir Johari,
Perhimpunan Agung UMNO yang baru berakhir semalam akan selamanya diingati sebagai perhimpunan raja lawak.

Macam-macam adegan lucu yang timbul daripada para perwakilan di PWTC, seperti perwakilan Sabah yang memperlekehkan penyeludupan wang tunai RM40 juta yang menjadi sumbangan politik Umno Sabah sebagai "jumlah yang kecil" malah tidak mencukupi, serta perwakilan Pemuda Umno yang menghebahkan dengan megahnya bahawa Umno telah dipilih oleh Tuhan untuk diberi amanah dan kuasa untuk memerintah negara Malaysia.

Jika benar Umno itu parti terpilih Tuhan, maka tidak perlulah Umno bertanding dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang. Apakah gunanya mandat rakyat jika kemenangan Umno sudah ditakdirkan Yang Maha Esa?

Satu lagi lawak besar yang muncul dari PWTC adalah kenyataan perwakilan Pulau Pinang Datuk Rahim Saibu yang dilaporkan oleh media sebagai berkata bahawa masyarakat Melayu Pulau Pinang telah dimangsakan melalui "pembersihan etnik melalui pemajuan hartanah".

Beliau juga mendakwa dalam sesi perdebatan bahawa keperluan rakyat untuk perumahan mampu milik tidak dipedulikan langsung dan "tiada ada sebiji pun" rumah mampu milik yang dibina oleh kerajaan negeri.

Umno sememangnya tiada modal lain selain mengulangi fitnah-fitnah yang sama. Umum sudah mengetahui bahawa kerajaan negeri Pakatan Rakyat di Pulau Pinang telah menyediakan tabung perumahan mampu milik yang berjumlah RM500 juta, iaitu tabung perumahan terbesar yang pernah diperuntukkan oleh mana-mana kerajaan negeri di Malaysia.

Selain daripada itu, kerajaan negeri Pulau Pinang juga giat berusaha untuk memenuhi keperluan perumahan bagi rakyatnya.

Sejak tahun 2008, sebanyak 11,596 unit perumahan kos rendah dan kos sederhana rendah telah pun diluluskan untuk pemajuan oleh pihak swasta dan juga kerajaan negeri melalui agensi-agensinya.

Tambahan kepada 11,596 unit tersebut, kerajaan negeri juga telah memperuntukkan 277 ekar tanah di serata negeri merangkumi setiap daerah untuk pembinaan 18,000 unit perumahan mampu milik baru, termasuk lebih kurang 1,320 unit yang akan dibangunkan di Jalan SP Chelliah di perkarangan pusat bandar Geoge Town.


Justeru, dakwaan bahawa kerajaan negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang tidak memenuhi keperluan perumahan rakyat adalah tidak berasas langsung.

Datuk Rahim sepatutnya akur bahawa penyelewengan tanah Melayu selama ini telah dilakukan oleh Umno sendiri, seperti dalam kes Kampung Terang, Balik Pulau, di mana 10 ekar tanah yang dimiliki 31 orang pemilik Melayu telah dijual kepada syarikat kepunyaan dua pemimpin kanan Umno negeri iaitu Datuk Musa Sheikh Fadzir dan Datuk Omar Faudzar.

Tanah yang dibeli daripada pemilik-pemilik Melayu tersebut dengan jumlah harga RM8.6 juta kemudiannya telah dijual kepada sebuah pemaju swasta pada harga RM13.5 juta.

Dalam erti kata lain, dengan mengambil kesempatan ke atas pemilik-pemilik Melayu tersebut, Datuk Musa dan Datuk Omar telah mengaut keuntungan "atas angin" yang berjumlah hampir RM5 juta.

Bukankah ini contoh jelas penyelewengan amanah di mana tanah Melayu telah digadai demi keuntungan peribadi pemimpin-pemimpin Umno, apatah lagi apabila orang Melayu dikatakan sudah ketandusan tanah khususnya di bahagian pulau?

Hakikatnya, sekiranya benar Melayu Pulau Pinang terjerut dalam keadaan tidak bertanah, bukankah ini salah pentadbiran Umno-Barisan Nasional selama 50 tahun di Pulau Pinang? Tidak mungkin keadaan sebegini boleh terjadi dalam sekelip mata.

Dasar kerajaan Pakatan Rakyat di negeri Pulau Pinang adalah bertujuan bukan untuk menghapuskan kepentingan mana-mana masyarakat tetapi untuk menghapuskan gejala sosioekonomi seperti kemiskinan melalui Agenda Ekonomi Saksama yang akan memastikan tiada satu pun keluarga di Pulau Pinang yang mempunyai pendapatan kurang daripada garis kemiskinan kebangsaan bagi Semenanjung Malaysia menjelang akhir tahun 2013.

Usaha ini adalah ekoran daripada kejayaan kerajaan negeri untuk membasmi kemiskinan tegar pada tahun 2009 setelah setahun mengambil alih pucuk kepimpinan negeri.

Jelas, dasar kerajaan Pakatan Rakyat adalah bertujuan untuk menjaga kepentingan rakyat dan bukan untuk menggadai kepentingan rakyat demi keuntungan diri sendiri.

Datuk Rahman Maidin umum sertai PAS

Posted: 02 Dec 2012 03:37 AM PST

Nazri Abdullah







(Rahman menyerahkan borang PAS kepada Ustaz Hadi malam tadi)







BATU PAHAT: Bekas Pengerusi konglomerat media negara, MRCB, Datuk Abdul Rahman Maidin mengumumkan pernyertaannya ke dalam PAS malam tadi.

Beliau yang juga bekas Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) mengumumkan penyertaan itu bersama tiga lagi bekas pegawai kanan kerajaan dalam Himpunan Kebangkitan Rakyat Negeri Johor malam tadi.

Turut serta adalah bekas Pengarah Eksekutif Felda Plantation Haji Mohd Sais Joned.

(Haji Mohd Sais menyerahkan borang kepada Ustaz Hadi dengan diperhatikan Pesuruhjaya PAS Johor, Datuk Dr Mahfodz)

Dua lagi adalah masing-masing bekas Pengarah Pelajaran Johor Hj Ramlan Sariman dan Timbalan Pengarah institur Perguruan Batu Pahat Haji Nasir Abdullah.
Kesemua mereka menyerahkan borang meyertai PAS kepada presiden parti itu Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan disaksikan hampir 30,000 hadirin.


(Haji Ramlan serahkan borang)

Penyertaan mereka ini yang semuanya pegawai-pegawai tinggi kerajaan, dilihat satu lagi tamparan hebat kepada Umno yang baru sahaja selesai bersidang hari ini.

Tekanan juga pastinya dirasai Felda yang diterajui Tan Sri Isa Samad, yang kini sedang terpalit dengan pelbagai masalah khususnya isu penyenaraian Felda Global Venture Holding Bhd (FGVH).

Presiden Persatuan Anak-anak Peneroka Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman ketika mengulas kemasukan Mohd Sais ke dalam PAS berkata, ianya satu kekuatan baru kepada NGO itu untuk terus mendedahkan segala kepincangan yang sedang berlaku dalam Felda ketika ini.

"Penyertaan bekas pegawai kanan Felda ini akan lebih menguatkan perjuangan kita untuk terus membetulkan kepincangan dan salah urus Felda pada waktu ini," katanya.


(Gambar: Haji Nasir)

Turut hadir dalam himpunan di Dataran Rakyat, Parit Haji Salleh Ros, Parit Raja, di sini malam ini termasuk Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta Timbalan Pengerusi DAP, Dr. Tan Seng Giaw.

Selain mereka, turut hadir Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, Naib Presiden PAS Salahudin Ayub, Pesuruhjaya PAS Johor Datuk Dr. Mahfodz Mohamed dan pemimpin PKR, DAP di peringkat negeri.

Maaf diterima jika Umno tukar dasar - TGNA

Posted: 02 Dec 2012 03:06 AM PST

Salmiyah Harun,


KUALA LUMPUR: Mursyidul Am PAS Tuan Guru Nik Abdul Aziz (gambar) berkata, Umno boleh dimaafkan atas segala kesalahannya selama ini dengan syarat Umno harus tukar dasarnya terlebih dahlulu.

Katanya, Umno harus tukar dari dasar berjuang atas nama kebangsaan Melayu kepada Islam yang syumul selari dengan tuntutan biro Ulama Umno tahun 1951 dulu.

Nik Aziz berkata demikian bagi mengulas kenyataan Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak meminta maaf atas segala kesalahan dilakukan sebelum ini, dalam Perhimpunan Agung Umno 2012 yang berakhir semalam.

Syarat kedua, jelas Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan, kesemua peruntukan pembangunan hendaklah disalurkan kepada kerajaan negeri bukannya Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP).

Dan syarat ketiga, katanya, hak rakyat Kelantan hendaklah ditunaikan dengan membayar royalti kepada kerajaan negeri.

"Jika tidak sanggup buat tiga perkara ini, maka tiada maaf bagimu," katanya dalam satu kenyataan melalui Setiausaha Politiknya Wan Nik Wan Yussof.

Beliau turut menyifatkan Perhimpunan Agung Umno kali ini dijadikan medan memaki hamun apatah lagi ucapan perwakilannya yang bernada permusuhan, kebencian dan mengguris perasaan kaum lain.

"Persidangan kali ini jadi medan segala maki hamun. Lagak dan isi ucapan perwakilannya 'sikit habuk' orang tak boleh tumpang. Apatah lagi masyarakat bukan Islam, lebih-lebih masyarakat Cina, kerana ada ucapan bernada permusuhan, kebencian dan mengguris perasaan kaum lain. Yang pasti akhlak Islam sudah diketepikan," katanya.

Malah dalam ucapan pimpinan Umno sewaktu penggulungan juga mengajak rakyat mengenang jasa-jasa Umno selama ini.

Bagaimanapun soal Nik Aziz, apakah Umno sahaja yang berjasa? Seolah-olah memberi gambaran Umno sahaja yang berjasa.

Katanya, PAS di Kelantan pun banyak berjasa antaranya pengurusan kewangan kerajaan Kelantan yang acap kali mendapat pujian Ketua Audit Negara.

Sekali gus katanya, membuktikan jasa PAS yang mentadbir amanah rakyat tanpa ketirisan, rasuah dan penyelewengan apatah lagi menerusi pendekatan pentadbiran Islam, PAS berjaya mengubah pemikiran rakyat Kelantan berpandukan agama iaitu "orang-orang yang diberi nikmat oleh Allah" (allazina an'am ta'alaihim)

"Kesannya ramai wanita sudah mengamalkan ajaran agama termasuklah Wanita dan Puteri Umno pun sudah ramai bertudung (tutup aurat), berkat jasa Kerajaan Negeri di bawah PAS melaksanakan kempen berpakaian menutup aurat. Seharusnya pemimpin Umno bersikap terbuka, kenanglah juga jasa pihak lain," katanya.

Johor, Negeri Sembilan kembali dilanda banjir

Posted: 02 Dec 2012 03:05 AM PST

SINAR HARIAN

KUALA LUMPUR - Johor dan Negeri Sembilan antara tiga negeri yang kembali dilanda banjir dengan merekodkan jumlah mangsa sehingga pagi ini seramai 150 orang termasuk mangsa di Selangor.
  
Menurut laman portal banjir Majlis Keselamatan Negara (MKN), Negeri Sembilan merekodkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 71 orang melibatkan 27 keluarga diikuti dengan Selangor 58 orang melibatkan 17 keluarga manakala di Johor seramai 21 orang melibatkan enam keluarga.
  
Portal MKN turut melaporkan banjir di Negeri Sembilan melibatkan kawasan di Kampung Jimah Lama, Port Dickson dengan sebuah pusat pemindahan dibuka di Sekolah Rendah Kebangsaan Jimah Lama.
 
Di Selangor banjir melibatkan kawasan di Jalan Kebun dan Bukit Changgang, Kuala Langat dan sebuah pusat pemindahan dibuka di Dewan Genting Sanyen, Kuala Langat manakala di Johor melibatkan banjir di kawasan Kampung Spang Loi dan Kampung Awat, Segamat    dengan sebuah pusat pemindahan dibuka di Balai Raya masing-masing, menurut portal itu.
  
Sementara itu, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) meminta penduduk di beberapa kawasan di Perak, Negeri Sembilan, Johor, Pahang berjaga-jaga berikutan bacaan paras air sungai melebihi aras amaran.
  
Kawasan terbabit ialah sekitar Sungai Plus di Kampung Lintang, Kuala Kangsar di Perak, Sungai Rembau di Titian Bintangor, Rembau di Negeri Sembilan, Sungai Muar di Buloh Kasap, Segamat di Johor, Empangan Repas, Bentong dan Sungai Triang di Triang, Bera di Pahang.
  
Setakat 9.30 pagi ini, bacaan Sungai Plus di Kampung Lintang, Kuala Kangsar 54.53 meter, Sungai Rembau di Titian Bintangor, Rembau 6.53 meter, Sungai Muar di Buloh Kasap, Segamat 8.77 meter, Empangan Repas, Bentong dan Sungai Triang di Triang, Bera mencatat 113.67 meter dan 34.10 meter iaitu masing-masing telah melebihi aras amaran.  - Bernama

Salang: Siasatan dibuat jika ada bukti netbook 1Malaysia dijual

Posted: 02 Dec 2012 03:03 AM PST

SINAR HARIAN

Datuk Joseph Salang
Datuk Joseph Salang 
 
SARIKEI - Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Joseph Salang berkata terdapat dakwaan sebelum ini ada pihak yang menawarkan untuk menjual netbook 1Malaysia.
  
Tetapi beliau berkata tiada bukti untuk mengesahkan tindakan mereka itu dan untuk menjalankan siasatan.
  
"Dan sekarang dakwaan itu berbangkit semula dan dipaparkan di Facebook di mana mereka menawarkan untuk menjual netbook antara RM100 dan RM300.
  
"Saya tidak tahu sama ada ini adalah benar sebab sesiapa sahaja boleh paparkan jualan di Facebook. Ini boleh jadi penipuan. Bagaimana seseorang boleh mempunyai banyak netbook untuk dijual?," katanya kepada pemberita apabila diminta mengulas isu itu di sini malam tadi yang dibangkitkan oleh Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Dr Yee Moh Chai baru-baru ini.
  
Salang berkata netbook itu diberi kepada rakyat yang memerlukannya.
 
"Saya tidak fikir mereka yang berkenaan harus mengambil jalan pintas untuk mendapat beberapa ratus ringgit, kerana mereka tidak akan dapat nilai daripada manfaat memiliki netbook itu," katanya.
  
Terdahulu ketika menghadiri majlis '1Malaysia Bersama Pemimpin' di Rh. Geramong di Nanga Ayam, Julau, Salang berkata Barisan Nasional (BN) adalah kerajaan yang berjiwa rakyat yang berhak mendapat sokongan mereka pada pilihan raya akan datang.
  
"Ia telah mencapai banyak kejayaan untuk negara, memenuhi harapan dan permintaan rakyat dan banyak lagi yang sedang dan akan dilakukan.
  
"Para pengundi harus memberi (BN) peluang sekali lagi terutama untuk memenuhi semua janji kerajaan," katanya.
  
Katanya rakyat tidak perlu membazirkan undi mereka mengundi individu yang mewakili parti politik pembangkang yang tidak mempunyai agenda praktikal untuk rakyat walaupun calon tersebut adalah saudara atau rakan-rakan mereka.
  
Pada sebelah petangnya beliau menghadiri perhimpunan yang dianjurkan oleh guru-guru yang berkhidmat di sekolah luar bandar di Julau di mana mereka berjanji memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi terhadap beliau dan kerajaan BN.  - Bernama

Nik Aziz: 'Saya masih sihat, mampu tadbir negeri'

Posted: 02 Dec 2012 03:01 AM PST

ROSMIZA KASIM

Nik Aziz: 'Saya masih sihat, mampu tadbir negeri'
Nik Aziz bersama Timbalannya, Datuk Ahmad Yaacub ketika menerima kunjungan Heliza dan Meyda Sefira di kediaman rasminya semalam.
 
KOTA BHARU - Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kecewa dengan tindakan pihak tertentu yang menyebarkan khabar angin beliau dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah hospital swasta di sini, Rabu lalu.

Nik Abdul Aziz berkata, setakat ini beliau berada dalam keadaan baik dan kesihatannya juga tidak terganggu biarpun sibuk dengan pelbagai tugasan mahupun baru sahaja selesai dengan Muktamar Tahunan Pas kali ke-58 baru-baru ini.

Beliau turut menyifatkan, tindakan menyebarkan berita mengenai kesihatannya yang tidak betul itu adalah satu ikhtiar terakhir (fitnah) pihak tertentu terhadap dirinya.

"Itu ikhtiar (tuduhan) yang paling akhir oleh orang yang tiada ikhtiar. Saya sihat dan sekarang ini pun saya sihatlah.

"Saya masih sihat dan mampu meneruskan kerja-kerja pentadbiran negeri," katanya dalam nada gembira ketika ditemui media di JKR 10 di sini, semalam.

Beliau berkata demikian bagi menjawab persoalan mengenai tahap kesihatannya setelah terdapat pihak tertentu termasuk blog melaporkan Mursyidul Am Pas itu menerima rawatan di ICU.

Terdahulu beliau menerima kunjungan rombongan dari Singapura dan pelakon Indonesia, Meyda Sefira yang membintangi filem Ketika Cinta Bertasbih serta selebriti terkenal, Heliza Helmi di kediaman rasminya sebelum mengadakan Hari Hiburan Islam di sini pada sebelah malamnya.

Penjelasan Nik Abdul Aziz itu juga sekali gus menafikan kesahihan laporan sebuah blog Rabu lalu yang memaparkan berita beliau dikejarkan ke sebuah hospital swasta kira-kira jam 6.30 pagi kerana serangan sakit jantung.

Memetik laporan itu, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi  Awang dan Pengerusi Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed juga turut melawat Nik Abdul Aziz yang dirawat di hospital berkenaan.

Pada Rabu lalu ketika desas-desus mengenai kesihatan Nik Abdul Aziz tersebar sedangkan pada sebelah paginya beliau mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri.

Nik Abdul Aziz, 81, yang memegang jawatan Menteri Besar sejak 1990 mempunyai masalah kesihatan jantung, darah tinggi dan gastrik.

Pada Ogos 2010, Nik Abdul Aziz menerima rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia kerana saluran jantungnya tersumbat, manakala pada 8 Disember lalu beliau juga dimasukkan ke hospital sama lebih lima hari disebabkan masalah tulang belakang.

Kemudian beliau dimasukkan ke hospital sama, pada bulan sama selepas mengadu mengalami keletihan dan pada penghujung September tahun ini beliau dinasihatkan berehat beberapa hari di HUSM.

AES: Syarikat konsesi tidak boleh pasang ikut suka hati

Posted: 02 Dec 2012 02:59 AM PST

SINAR HARIAN
Kong Cho Ha
Kong Cho Ha

SERI MANJUNG - Syarikat penyedia Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) tidak mempunyai kuasa untuk memasang sistem kamera berkenaan di mana-mana kawasan sewenang-wenangnya, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha.

Beliau berkata, sebaliknya pemasangan sistem itu tertakluk kepada pemerhatian, analisis dan kajian oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) serta berdasarkan data kemalangan dan cadangan pihak polis.

"Kita mempunyai kawasan tertentu yang telah dipastikan atau dicadangkan oleh polis berdasarkan data kemalangan yang pernah berlaku. Kawasan itu pula akan dikaji oleh MIROS, selepas itu barulah kita akan pastikan mana-mana tempat yang patut ada sistem itu," katanya kepada pemberita selepas menutup program 1Komuniti 1Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Dewan Merdeka Manjung di sini hari ini.

Beliau sekaligus menepis dakwaan pihak tertentu yang mengatakan sistem itu boleh dipasang syarikat berkenaan di mana-mana sahaja dengan sewenang-wenangnya apabila berkata pemerhatian dan analisis kawasan perlu dijalankan terlebih dahulu sebelum melaksanakan pemasangan sistem AES.

Katanya sejak sistem AES dipasang di 14 lokasi mulai September lepas, ada kawasan yang merekodkan penurunan dramatik antara 60 dan 70 peratus jumlah pesalah memandu melebihi had laju dan melanggar arahan lampu isyarat.

"Apa yang penting sistem AES perlu dilaksanakan di seluruh negara supaya kita akan dapat melihat keberkesanannya. Pada masa ini hanya ada 14 lokasi sahaja jadi adalah masih awal kalau kita mahu mengatakan ia berkesan.

Tidak adil kita menjangka sesuatu keajaiban berlaku," katanya.

Kong berkata jumlah kemalangan di negara ini masih tinggi berbanding negara Asia Tenggara yang lain disebabkan dua faktor iaitu jumlah penduduk yang tinggi dan jumlah kenderaan yang tinggi iaitu setakat ini sebanyak 23 juta kenderaan berdaftar dengan JPJ.

Dalam perkembangan lain, beliau turut membidas tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang tidak mahu bekerjasama dengan kerajaan persekutuan berhubung masalah Tanjung City Marina yang diabaikan dan projek Swettenham Pier.

Beliau berkata banyak perkara tidak boleh diselesaikan disebabkan tindakan kerajaan negeri itu dan kenyataan Lim berhubung dua projek berkenaan adalah tidak semua benar.

"Pengerusi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) sebelum ini (Tan Cheng Liang) telah melawat dan membuat kenyataan media. Jadi ketua menteri tidak semua betul...kerana banyak perkara tidak dapat dilakukan kerana mereka tidak bekerjasama," katanya.

Baru-baru ini akhbar melaporkan Tanjung City Marina yang diabaikan dan terminal kapal persiaran antarabangsa Swettenham Pier yang tidak mendapat sijil layak menduduki (CF) dari Majlis Perbandaran Pulau Pinang.

Bekas pengerusi SPPP Tan Cheng Liang dilaporkan mendedahkan Lim telah membatalkan permohonan SPPP untuk memperbaharui lesen hak milik tanah selepas enam bulan mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri pada 2008.- Bernama

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Hi! Do you know if they make any plugins to assist with SEO?
I'm trying to get my blog to rank for some targeted keywords but I'm not seeing
very good results. If you know of any please share.

Many thanks!
Feel free to visit my website ... captain black