. |
Menyuluhi Musa Hassan: Apa Sebenarnya? Posted: 06 Dec 2012 07:54 PM PST ULASAN ISU Kemunculan secara aktif bekas Ketua Polis Negara, Musa Hassan bercakap mengenai beberapa tindakan jabatan atau pasukan yang pernah dipegangnya, Polis Di Raja Malaysia (PDRM) ke belakangan ini menimbul sedikit tanda tanya. Apa lagi penglibatan beliau itu memberi kesan negatif kepada PDRM dan terutamanya mereka yang bertanggungjawab dalam menjaga hal ehwal polis. Orang menjadi sasaran beliau ialah Menteri Dalam Negeri, Hishamuddin Hussein sendiri. Kritikan itu dilihat sebagai satu keberanian yang pelik kerana jarang bekas pegawai tinggi kerajaan yang sedang menikmati kemudahan selepas bersara membuat kritikan terbuka seperti itu. Selalunya adalah sesuatu yang berlaku, pelik.. kerana kalau tidak masakan tempua bersarang rendah.
Lantaran itu ada orang bertanggapan beliau berbuat begitu kerana dendam disebabkan kontreknya kali kedua sebagai KP tidak disambung oleh Hishmuddin. Bagaimana pun beliau menafikan, apa dilakukan untuk memperbetulkan sesuatu yang salah dalam pasukan itu demi menjad imej dan intergriti polis. Pendirian dan pengakuan itu ada munasbaah dan boleh diterima. Tetapi ia tetap menjadi persaolan kenapa Musa tidak berbuat begitu semasa dia masih menjadi ketua polis? Apakah sekiranya dia sambung kontrek dia juga akan berdiam diri dan terus bersubahat dengan kekotoran itu? Kalau begitu adalah baik pegawai tinggi kerajaan tidak diberi kontrek (sambung jawatan) untuk menyaksikan berlaku pendedahan keburukan sesuatu jabatan? Dalam hubungan di atas kalau difahami Musa tidak mengkritik PDRM tetapi mengkritik menteri yang menjaga hal ehwal dan urusan kepolisan negara. Ini juga menimbulkan tanda tanya, kenapa? Harus difahami Umno selain daripada sedang mengheret dada untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13, parti itu juga akan berdepan dengan pemilihan pemimpin pada tahun depan. Apakah Musa melakukan itu bagi mempastikan Hishmuddin terguling dari kedudukannya sebagai salah seorang Naib Presiden Umno kini. Bahawa Musa ada nawaitu memprojekkan seseorang untuk mengambil alih tempat itu atau memberi keselesaan kepada dua lagi Naib Presiden, Ahmad Zahid Hamidi dan Shafei Afdal? Apakah Musa sedang berkempen untuk menyelamatkan Ahmad Zahidi Hamidi yang dikatakan kurang selamat sekiranya Muhyiddin Yassin menjadi Presiden akan datang, begitukah? Zahid kini sedang mencatur kedudukannya sendiri di dalam Umno yang semakin kabur kini.
Juga, sebelum Musa membuat pendedahan yang boleh memburukkan reputasi Hishmuddin beliau telah melakukan sesuatu yang nmengejutkan orang ramai bila mana menarik balik saman malu ke atas Anwar Ibrahim tanpa semena-mena. Musa bertindak menyaman Anwar kerana menuduhnya mereka-reka fakta atau menyembunyikan fakta sebenar dalam siasatan kes mata lebam melibatkan Anwar. Dalam satu laporan polis oleh Anwar terhadap Musa dan Peguam Negara, Abdul Ghani Petail, menuduh Musa bersubahat dengan Ghani melakukan kekejian itu. Laporan polis Anwar itu ekoran penemuan maklumat baru daripada bekas pegawai tinggi polis Mat Zain Ismail yang ketika itu menjadi ketua penyiasat kes itu. Bagaimana pun Musa menafikan dan merasa malu dengan tuduhan lantas mengemukakan saman kepada Anwar. Menjeutkan seluruh umat, tiba-tiba saat kes itu hendak dibicarakan Musa menarik balik saman itu tanpa ada apa-apa perundingan ketat dengan Anwar terlebih dahulu? Tindakan Musa itu dianggap anih dan songsang dan ia mula menjadi perhatian umum. Tindakan Musa itu menyebabkan timbul berbagai andaian dan lenggang lengguk politik negara menjadi semakin menarik.
Ekoran kesetiaan Musa kepada tugas itu menyebabkan timbul kebencian amat sangat kepadanya, sampai ada yang meludah melihat gambar-gambarnya di akhbar atau di skrin tv. Jadi apabila tiba-tiba Musa berubah rasa dan tindakan menyebabkan ada orang sangsi dan mencari apakah motif disebalik 'keikhlasan' Musa itu. Paling skeptikal mungkin dia ada niat tidak baik ke atas Anwar untuk meneruskan kerjanya selama ini. Ada juga beranggapan Musa terpaksa membuat koner 360 darjah kerana sudah dapat membaca situasi politik Malaysia didalam pilihan raya umum akan datang yang BN akan kalah teruk dan Umno akan kehilangan kuasa. Jadi untuk menyelamatkan dirinya dia harus berbuat sesuatu (menanam budi) bagi mengelak akan dikenakan tindakan. Kemungkinan ini bukan tidak ada, ada. Sebab akhir-akhir ini bukan saja Musa tetapi beberapa orang bekas ketua polis negara dan pegawai tinggi polis lain juga aktif mengambil bahagian dalam percaturan politik hari ini. Semacam ada satu strategi bersama di kalangan mereka. Rahim Nor, Norai Mai, Hanif Omar juga telah dan sedang memainkan peranan masing-masing. Acap kali juga Rahim Nor mengeluar pandangan dan kebimbangan beliau terhadap kebangkitan rakyat warga Tionghua mengadakan siri-siri perarakan dan tunjuk perasaan. Dengan penuh tektikal Rahim mengeluarkan kenyataan perarakan komuniti Cina itu berunsur komunis. Apakah tujuan kenyataan begitu? Rahim yang dikenal sebagai orang terbabit rundingan membawa ke meja perundingan bekas komunis Malaya dengan kerajaan, menggunakan isu ini untuk menimbulkan ketakutan kepada orang Melayu. Jelas kenyataan Rahim itu berunsur hasutan dan cuba memencilkan orang Tionghua dari bersama Melayu. Kalau tidak silap lebih dua kali beliau cuba mengaitkan himpunan Cina sebagai berunsur komunis dan termasuk juga Bersih 3.0 yang didominasi Cina.
Manakala Norai Mai pula tidak sezahir mereka berdua tetapi beliau juga ikut sama terlibat dalam mencaturkan agar kuasa politik Melayu (Umno) kekal. Baru-baru ini ketiga-tiga mereka ini menghadiri satu perjumpaan bersama intelektual terpilih Melayu di rumah veteran Umno di pinggir ibu kota. Tujuan kehadirannya untuk membincang mengenai nasib Melayu dan beriktiar agar Melayu bersatu. Hasil daripada pertemuan itu seorang bekas pegagai tinggi polis telah diminta berjumpa dengan Nik Abdul Aziz Nik Mat membincang mengenai perpaduan Melayu. Khabarnya dalam perbincangan itu ia cenderong mengajak Nik Aziz (Pas) agar duduk bersama Umno. Bagaimana pun perbincangan itu gagak memecat nekad Nik Aziz untuk terus bersama Pakatan. Berdasarkan kepada latar peristiwa dan kenyataan-kenyataan serta aksi bekas-bekas ketua polis ini jelas mereka terlibat dalam mencaturkan game politik di negara ini. Jadi berdasarkan kepada situasi itulah maka timbul di benak saya, apakah tindakan tanduk Musa Hassan itu juga termasuk dalam pakej bekas-bekas ketua polis negara itu? Kita menghormati mereka kalau ikhlas dan dibuat dengan penuh keadilan. Tetapi kalau usaha itu bertujuan memecahkan apa yang sedang dibuat oleh Anwar, Nik Aziz, Abdul Hadi Awang bersama DAP menerusi Pakatan Rakyat kini untuk membawa perubahan politik di Malaysia ia sangat dikesali dan kerja-kerja itu begitu jelek sekali. Mereka tidak bertindak atas prisinp keadilan dan berpijak pada paksi politik demokrasi. Saya telah menyatakan sebelum ini usaha mendapaikan politik orang Melayu demi mencari perpaduan Melayu akan sia-sia saja sekiranya Anwar Ibrahim dikecualikan. Perpaduan Melayu tidak akan berlaku kalau hanya di antara Umno dengan Pas. Suka atau tidak usaha itu perlu menarik sama Anwar Ibrahim ke meja perundingan itu. Apakah Musa Hassan diberi peranan itu? Dalam melihat dan mencari motif bekas-bekas ketua polis ini terutamanya Musa Hassan perlu diawasi. Mungkin mereka sedang memintal-mintal jerat untuk menjeruk kaki dan leher tokoh-tokoh Melayu dalam Pakatan untuk membolehkan pelanduk bernama Umno terlepas dan hidup seronok semula di hutan belantara. Mereka perlu diwaspadai. [wm.kl. 11:45 am 07/12/12] | ||||||||
Tidak Puas Mendengar Bicara BJ Habibie Posted: 06 Dec 2012 04:55 AM PST RASA JIWA Sebelah pagi tadi dalam keadaan selesema sempat juga saya menyempatkan diri hadir di majlis pidato oleh bekas presiden Indonesia Bapak Prof. Ir Bacharuddin Jusuf Habibie di Universiti Industeri Selangor (Unisel). Saya pergi kerana ingin sangat mendengar pandangan beliau khasnya mengenai politik dan demokrasi kerana selalunya politik bangsa Indonesia itu lebih matang bersifat ilmiah dan rencam berani berbanding dengan politik Malaysia.
Ini perlu dirasakan kerana dalam memahami politik dan demokrasi sebenarnya, kita masih lagi terikat dengan fahaman yang usang dan kolot lebih sentimen menurut acuan kita sendiri. Juga diharap Habibie akan mencuplikkan sedikit mengenai tempoh pemerintahannya sebagai presiden, cubaan dan cabaran atau beberapa kesempatan yang beliau berjaya melakukan sebagai presiden berdasarkan aspriasi dirinya atau berdasarkan perwatakan beliau sebagai tokoh terkemuka dalam bidang teknologi dan engineering di Indonesia dan juga kehebatan dan kejayaannya dalam mengikut individu cendekiawan Indonesia menerusi Ngo bernama Ikatan Muslim Cendekiawan Indonesia (ICMI). Saya percaya itulah juga diharapkan oleh orang-orang seperti saya dan sebahagian yang lain orang politik yang hadir termasuk, pemimpin gerakan Islam dan tokoh kemasyarakatan yang lain. Namun agak mengecewakan sedikit bukan itu yang dibawa oleh Habibie dalam bicaranya, toh soal-soal yang terseleweng dari itu dengan memasukkan sejarah peribadinya yang muncul sebagai seorang ahli teknologi terhebat di Indonesia yang berjaya menciptakan pesawat eksekutif buat Indonesia. Begitu pun, apa yang sempat diluah dalam masa relatif singkat itu, kira-kira 1 jam 15 init sangat berguna dan bermanfaat khasnya kepada mereka yuang ingin membina diri untuk berjaya dalam apa jua bidang ditempohi. Boleh saya sifatkan pidato Habibie tadi mengenai pengukuhan diri, jati diri dan bukan pidato politik yang diharapkan, sebenarnya saya yg mengharapkan.Pidato motivasi untuk melakar dunia jaya. Apa yang dapat saya kutipkan dari pidato beliau tadi, Habibie cuba membawa kesedaran kepada umum bahawa pintu kejayaan itu masih luas terbuka, ada ada rahsia untuk mencapainya. Sebagai seorang pengamal dan atau Islamis yang kuat, beliau tidak meninggalkan Tuhan Allah, mengatakan bahawa Tuhan memberi peluang sama banyak untuk manusia menciptajayakan kehidupan masing-masing. Di sini beliau cuba menjelaskan prinsip keterbukaan dan keadilan Allah s.w.t. Misal tegasnya Tuhan memberi kita masa 24 jam sehari kepada semua tanpa kurang dan tanpa lebih. Dalam tempoh itu semua manusia menggunakan masa itu untuk melakukan apa saja mengenai dirnya. Tetapi apa yang cuba ditarik dan difikirkan, kenapa dalam tempoh yang sama itu, kejayaan atau kemampuan manusia menguruskan masa itu tidak sama nilainya. Dan kenapa keberhasilannya tidak sama? Seorang itu hanya baru saja memikirkan soal sesuatu itu, manakala yang lain sudah memula menguruskannya dan yang seorang lagi mungkin tidak mengetahui bahkan dia melakukan perkara lain yang berbeza sama sekali. Bahkan ada yang sudah lama berjaya dan mencipta sejarah. Di sinilah menurutnya ianya terserah atas kebijaksanaan dan kepanjangan akal seseorang memanfaatkan masa atau modal yang diberikan sama banyak itu. Mengenai keunggulan seseorang manusia, dalam konteks ini pemimpin, Habibie meletakkan tiga asas atau syarat utama untuk mencapai itu. Pertama, seseorang itu harus ada budaya, kedua memiliki anutan dan pegangan agama yang kemas. Dan ketiga tahu atau berilmu dan pandai menggunaan dan mengembangkannya. Menurutnya budaya adalah sangat penting di dalam hidup, bahkan budaya itu sendiri lebih tua dan lama berbanding dengan agama. Budaya sudah berusia 200 ribu tahun berbanding dengan agama yang baru berusia lima ribu tahun. Mengenai Islam sangat menarik bagi saya, beliau menyebut Islam bukan boleh setakat enak berfilsafat, tetapi apa yang penting Islam itu perlu yakin di mana di sini menuntut beriman dan bertakwaan. Islam tidak boleh dianuti menerusi akal sebaliknya keyakinan, spiritual. (Mso). Dalam kesempatan itu beliau ada menyentuh perihal pluralisme (tanpa menyebut dalam aspek apa) sepintas lalu. Katanya pluralisme adalah kekuatan dan bukan perpecahan. Barang kali beliau terdengar ada pihak yang mempertikaikan soal pluralisme mengenai Islam yang tersebut di negara ini dalam kekaburan, maka beliau turut menyentuhnya. Namun beliau tidak memanjangkannya. Mungkin beliau sengaja menegaskan bahawa pluralisme itu agar mereka yang kabur mengenainya atau prejudis terhadap mauduk itu tetapi ingin mencalitkan kotor kepada seseorang dengan istilah itu, memahami perkara itu sebelum bercakap mengenainya. Saya rasa elok mana-mana kumpulan atau Ngo dan juga individu berjubah lusuh berdepan dengan Habibie untuk mendapat pencerahan bak bulan dan menteri mengenai isu ini darinya. Dalam masa sedikit itu banyak yang menarik, kandati bukan politik yang diidamkan. Semasa beliau menceritakan mengenai sejarah hidupnya dipaparkan dalam sebuah akhbar asing semasa berlaku pemilihan presiden Amerika Syarikat di antara Barak Obama dengan Mitt Romney, secara tidak langsung Habibie ingin menunjukkan atau memberi pandauan menerusi pemaparan kisahnya itu bagaimana untuk memilih dan mencari seorang pemimpin negara yang baik dan berkualiti. Dalam penjelasan secara lelucon dan ringkas itu dapat saya kutip, pemimpin itu mestilah yang berilmu, yang tahu melakukan perubahan dan komited dengan ilmu dan agamanya. Ertinya untuk mengangkat seseorang pemimpin bukan berdasarkan populis, keturunan (nepotisme) tetapi yang tahu dan mengerti untuk mentadbir dan memerintah serta sangat mempedulikan rakyat. Secara jujur saya tidak pernah khatam mengenai biografi Habibie seperti mana saya mengulang-ulangi membaca biografi Soeharto dan Soekarno, tetapi dari apa yang dicerminkan pagi tadi, mengenalkan saya kepada beliau seorang yang sedarhana, berprinsip, menghormati hak kebebasan manusia, sangat mempedulikan rakyat serta mengasihi keluarganya. Saya mengenali dan mengkagumi kehebatannya membina kapal terbang eksekutif sejak tahun 1982 lagi semasa berkelana mencari ilmu di Indonesia. Peri tingginya keprihatinan kepada soal hak asasi dan keadilan, justeru itu sebaik saja selepas angkat sumpah memegang jawatan presiden, beliau mengarah pembebasan ribuan tahanan politik yang dibuat di zaman Soehurto dan memberi kebenaran untuk menerbitkan SIP - Surat Izin Penerbitan, atau KDN kalau di sini, untuk menerbit akhbar. Sedikit mengecewakan majlis pagi tadi (kerana masa), menyebabkan beliau tidak bercerita panjang mengenai politik, demokrasi dan pemerintah khasnya satu perbandingan ringkas di anatara Malaysia dan Indonesia. Apa pun tanggapan negatif kita kepada Indoensia dalam beberapa perkara, namun bak perjuangan, nasionalis Indonesia adalah sifu kepada bangsa Melayu di sini. Saya percaya bukan saja saya yang datang dengan beberapa soalan politik akhirnya pulang dengan persoalan tidak terungkai, tetapi tetamu lain juga mempunyai soalan sama untuk dikongsi dan dijawab oleh Pak Habibie tetapi hampa. Di harap lain kali ada pihak-pihak tertentu akan membawa lagi tokoh atau sosok seperti Habibie untuk kita berkonsultasi dan berintraksi dalam mengembangkan ilmu apa saja terutamanya teknologi dan politik, kerana dia relatif sudah merupakan seorang yang hebat. Seperkara terkesan kepada saya, kurangnya kalangan ahli politik yang hadir pada majlis pagi tadi. Sepatutnya majlis itu bukan saja diramai mahasiaswa, pemimpin Ngo tetapi orang politik juga, terutamanya mereka yang kini sedang belajar membuntang baju kot untuk menjadi menteri. Mereka harus mampir menimba ilmu politik dari pengalaman dan sejarah seorang yang tersohor seperti Habibie itu. Tampaknya perkara ini tidak dititik beratkan oleh ahli politik kita. Itu sebablah kebanyakan ahli politik kita terus telor diatas pentas dan kekeringan dengan idea-idea dan input politik yang berbobok dan mengkagumkan. Sikap dan sifat malas menimba ilmu ini seharusnya dinyahkan dari diri mereka yang ingin menjadi ahli politik. Antara ahli politik yang tersambar di mata saya tadi ialah Ahli Parlimen Kota Raja, Siti Mariah Mahmud, Ahli Exco Selangor, Yaakob Sapawi, Elizebeth Wong serta kawan seperjalanan saya Mohd Sobere Shafii. Tiada kepimpinan pemuda Pas yang hadir. Manakala MB Selangor Abdul Khalid Ibrahim hadir bertindak jadi pengucap alu-aluan manakala Anwar Ibrahim pula berucap memperkenalkan Habibie. Sebaris mengenalkan saya kepada Habibie seperti disebut Anwar; sosok itu adalah seorang yang kuat beragama, berpuasa setiap Isnin dan Khamis, mampu berenang sejam sehari dan seorang pencinta wanita isterinya Ainun. Dan sebaris amanat ayah Habibie kepadanya; sekira kamu mahu jadi pemimpin kamu jadilah seperti mata air yang boleh memberi kesuburan kepada bumi, mengembangkan bunga-bunga dan makhluk seluruhnya, dan jangan sesekali kamu jadi seperti mata air yang kotor dan beracun kerana ia akan mematikan semua orang dan makhluk. Terima kasih kepada Unisel dan juga pihak pejabat Menteri Besar Selangor yang menganjurkan majlis berkenaan. [wm.kl.8:22 pm 06/12/12] * Maaflah catatan dalam keadaan kedua lubang hidung disumbat tisu. |
You are subscribed to email updates from . To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan