. |
- Orang Kuat Ibu Pejabat Umno Akan Sertai Pakatan Rakyat?
- Provokasi Orang Belum Tamadun Di Gombak
- Seorang Penyokong Pakatan Ditikam Di Bahu
Orang Kuat Ibu Pejabat Umno Akan Sertai Pakatan Rakyat? Posted: 05 Dec 2012 02:58 AM PST DESAS DESUS SENJA Jangan percaya dulu! Seorang kuat di ibu pejabat Umno di Jalan Sultan Ismail Kuala Lumpur diberitakan sedang menimbang untuk meninggalkan Umno dan menyertai salah satu parti komponen Pakatan Rakyat. Tokoh berkenaan yang pernah 'menguasai' ibu pejabat Umno kini tidak lagi berkhidmat di situ beberapa tahun lepas. Menurut empunya cerita sekiranya tokoh berkenaan sudah memuktamadkan keputusan itu dia akan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR). Tidak dipastikan apakah tokoh bergelar Datuk itu sudah menghubungi penasihat PKR atau belum? Bagaimana pun dari sumber lain oppotiment untuk tujuan itu sudah diatur seseorang hanya menanti masa senggang Anwar saja. "Ini saya bagi tahu kepada saudara saja, yang lain tunggu dulu," tutur yang menyampaikan maklumat sulit ini lewat tengah hari ini. Menurutnya keputusan akan dibuat sebaik saja tokoh itu menyelesaikan beberapa masalah peribadinya yang kini sudah diperingkat akhir. Tokoh berkenaan juga akan turut membawa beberapa orang kenamaan lain di dalam Umno terutamanya yang rapat dengan untuk berhijrah kepada Pakatan Rakyat. Penbutur maklumat ini tidak menyebut panjang lebar kenapa tokoh itu mengubah haluan perjuangan. Tetapi umum sudah tahu bekas orang kuat itu tidak lagi disenangi oleh rejim Umno yang memerintah hari ini. Suspen! [wm.kl.6:58 pm 05/12/12] | ||||
Provokasi Orang Belum Tamadun Di Gombak Posted: 04 Dec 2012 04:31 PM PST MUHASABAH SUBUH Persoalan dan pertanyaan terus menampal-nampal tebing minda saya sehinggakan ia terbawa-bawa ke alam halimunasi (mimpi) mengenai peristiwa di Batu 9, Gombak malam tadi. Malam tadi berlaku kekecohan dan sedikit huruhara di tempat ceramah Jelajah Merdeka Pakatan Rakyat. Apa yang saya soal, dan sukar untuk menjawabnya, ialah untuk apakah sekumpulan orang dikatakan terdiri anak-anak muda dari sebuah persatuan silat bertindak demikian?
Kumpulan itu terdiri anak-anak remaja termasuk yang belum baligh membuat provokasi dengan tujuan menganggu majlis ceramah berkenaan. Selain bersorak dan memaki hamun serta mencerca pihak Pakatan Rakyat terutamanya bakal PM baru Malaysia, Anwar Ibrahim; batu-batu, kayu juga dilonntar, ada yang tersasar dan ada yang mengenai kepala mereka yang hadir. Beberapa orang dilaporkan mengalami kelukaan serius, berdarah dan bengkak bengkil. Hari ini kalau anda selak blog dan Fb akan dipenuhi dengan persitiwa malam tadi. Satu gambaran menyedih dan mengecewakan. Siapakah yang bertanggungjawab memimpin anak-anak remaja berkenaan? Orang itu harus memikir kembali apakah perbuatan mereka itu benar, atau menempati aspirasi parti mereka dalam usaha mendapatkan kuasa. Yang pastinya kerana masing-masing memegang panji-panji dacing mereka sahihlah orang BN dari Umno. Orang yang berada di belakang remaja itu harus tampil menunjukkan muka dan memperkenalkan diri. Adalah pengecut kalau kepala kumpulan itu tidak tampil ke hadapan dan hanya membiarkan remaja tidak berdosa memperagakan kejahatan dan kebangsatan budi mereka. Perbuatan menyerang orang dalam gelap sambil menyembunyikan kepala adalah satu tindakan bacul dan dayus. Haiwan atau binatang pun tidak berbuat begitu. Di sini saya tidak mahu mencatat kronologi apa yanhg berlaku semalam. Tetapi cukup kalau menyebut peristiwa semalam sesuatu yang malang dan amat menyedihkan dan tidak wajar berlaku. Malang kerana ia berlaku di kalangan sesama Melayu. Pilu dan menyedihkan kerana apa direbut itu bukan syurga atau jannah, ia hanya merebut kuasa dan kedudukan politik semata-mata. Kedua-dua pihak yang diserang dan menyerang melakukan itu untuk mendapatkan kuasa yang belum tentu kuasa itu akan membawa ke syurga dan menjadikan mereka selamat di dunia dan akhirat. Jelasnya kekalutan malam tadi memalu dan mendukacitakan kita orang Melayu kerana kaum lain akan memerhati dari jauh apa yang berlaku. Mereka akan tersenyum sendiri melihat kebodohan Melayu dalam berpolitik. Bukan Melayu di pihak Pakatan Rakyat akan memberi semangat.. teruskan pertahankan diri, manakala bukan Melayu di pihak BN akan mengucapkan syabas dan tahniah atas keberanian dan kebiadapan itu. Mereka merestui Melayu 'berbabak' sesama Melayu. (Berbabak tahu apa ertinya, maksudnya gila). Kenyatannya selalu memberikan natijah bahawa orang Melayu bodoh dalam politik. Bangsa separuh masak Melayu ini ini sukar untuk didisiplinkan kerana masing-masing merasa benar dengan tindakan bodoh mereka. Bangsa Melayu adalah bangsa yang bodoh tidak boleh diajar, cerdik tidak boleh ditumpangi. Saya khususkan kepada Melayu yang berpolitik sikit-sikit termasuk juga kepada golongan mengaku cendekiwan dan ulama. Umno Gombak perlu bertanggungjawab Secara umum atas apa yang berlaku semalam Umno Gombak kena bertanggungjawab sebab ianya berlaku dalam kawasan Gombak. Bukan saja 'kepala halian' yang diselindungkan yang bertanggungjaab dengan kejadian itu tetapi seluruh kepimnpinan Umno Gombak. Itu paling utamanya. Lanjutan itu juga Umno Malaysia kena mengambil risikonya. Apakah itu aspirasi dan kemahuan Umno Malaysia untuk dilakukan ahlinya selepas selesai mengadakan perhimpunan agung? Kalau benar begitu harapan yang perlu dijelmakan selepas perhimpunan agung ia sesuatu yang sungguh malang sekali. Tindakan dan kemahuan itu mencerminkan bahawa Umno bukan lagi sebuah parti bertamadun, tetapi parti kolok, usang, lembu tanpa tanduk... dan boleh disamakan dengan kelakuan haiwanan di dalam hutan rimba. Tindakan semalam tidak mencerminkan yang usia Umno sudah 66 tahun.
Zaman memaki hamun, menyorak dan menganggu ruang demokrasi orang lain sudah tidak berlaku lagi. Kes-kes seperti itu adalah kes terpencil yang dilakukan oleh si bebal dan si bodoh. Apakah apa yang berlaku di Gombak itu kes terpencil dan melambangkang attituded sebenar Umno di situ? Kalau itu, ini bermakna kesalahan dan kemalangan semalam bukan tanggungjawab Umno Malaysia, tetapi Umno Gombak yang perlu dipantau. Sama-sama kita tanya apakah tujuan gangguna itu dan berjayakah ia mencapai matlamat? Atau ia sekadar suka-suka kerana ahli Umno Gombak sudah tidak ada aktiviti lain disebabkan Umno sudah tidak menyalurkan peruntukan? Dan sekiranya benar remaja itu terdiri kumpulan pesilat apakah itu ikrar dan sumpah perguruan mereka, mengacau orang yang tidak bersalah mengkhianti orang tidak berdosa. Kalau begitulah caranya ternyata mahaguru berkenaan sudah sesat kerana memberi petunjuk dan pengajaran yang salah. Apakah tujuan gangguna itu untuk menghentikan majlis berkenaan? Apakah balingan batu, kayu, buah kelapa kering dan sampai ada yang menitiskan darah ia bertujuan menghalang orang ramai menghadirinya. Dalam masa sama Umno Gombak ingin menunjukkan mereka hero dan samseng. Begitukah? Kalau itulah tujuannya ternyata ia gagal kerana majlis itu diteruskan juga sampai jam 12:00 tengah malan. Anwar Ibrahim, Mohamed Azmin Ali, Tamrin Ghafar dan Salahuddin Nasir boleh juga berceramah menyampaikan maklumat kepada rakyat? Tindakan itu memberi dua kali laba kepda Pakatan Rakyat, dapat memberi maklumat kepada rakyat kedua orang atas pagar makin mencemuhi Umno. Manakala kalau hendak menakut-nakutkan orang ramai dari menghadiri majlis itu ia juga gagal kerana lebih 10,000 yang hadir. Kejadian dan kekecohan itu tidak sedikit pun menakutkan orang ramai. Orang ramai tidak pun mempedulikannya, terus berjujutan memasuki ke halaman tempat ceramah itu di perkarangan Masjid Zakaria melewati hadapan kumpulan pengacau itu penuh kejengkilan dan kekebencian. Jadi apakah matlamat dan tujuan sebenarnya. Kesan dari tindakan remaja Umno itu, yang barang kali atas arahan pemimpin Umno Gombak tidak memberi apa-apa bekas yang menguntungkan. Sebaliknya apa yang berlaku semalam menyebabkan dunia akan menyuluh ke atas muka Umno Gombak sebagai sebuah kumpulan politik yang belum menerima tamadun sepenuhnya dan tidak bertamadun. Umno Gombak tidak mempunyai tatabudi dan tatabudaya dari kalangan ahlinya. Dengan kejadian itu malanglah nasib Umno yang diagung dan dimuliakan oleh sebilangan Melayu sejak 66 tahun lalu. Saya percaya orang Umno veteran yang menangis terisak-isak kerana bimbang parti itu akan hilang kuasa, sedih melihat aksi anak cucu cicit mereka malam tadi dalam melayani musuh politiknya. Justeru eloklah Umno Malaysia memantau dan mengkaji apa yang berlaku semalam. Anggota jawatankuasa disiplin parti berkenana atau pengarah pilihan rayanya perlu mengarah satu kajian dibuat ke atas apa yang berlaku itu. Muhyiddin Yassin yang menjadi pengarah pilihan raya perlu meneliti dari seluruh aspek sejauh mana untung dan ruginya aksi dan keganasan seperti itu kepada Umno. Jangan pula Umno boleh bangga dengan keberanian ahlinya tetapi perbuatan itu mengalahkan parti dalam pilihan raya. Tidak ada guna walaupun setengah sen. Kalau perbuatan kacau ganggu malam tadi bertujuan agar pihak Pakatan Rakyat undur dan lari dari situ, ia adalah jauh panggang dari api. Suatu harapan yang sia-sia. Puak Pakatan Rakyat sama sekali tidak akan kecut perut untuk berhadapan dengan situasi sebegitu. Sebaliknya apa yang terjadi puak Pakatan Rakyat juga akan membuat persiapan lebih rapi untuk masa-masa akan datang bagi berhadapan dengan kekerasan demi menentang kekerasan. Terdengar soksek-soksek malam tadi ada kalangan yang hadir sedia menyerang balas kalau ada arahan. Petanda-petanda ini memberi gambaran buruk kepada ketika. Selain Umno polis atau pihak keselamatan juga perlu mengkaji dan mengambil iktibar atas apa yang berlaku semalam. Tidak mustahil kalau soal keselamatan dan kawalan terhadap majlis atau himpunan sebegitu longgar atau lus... kejadian lebih buruk akan berlaku. Manusia bila sudah naik 'syeikh' akan lupa segala-galanya. Bila ada yang bergendang maka adalah yang akan bangkit menari mengikut irama paluan gendang. Hari ini hanya darah yang mengalir, entah-entah esok mana tahu jasad pula akan gugur di bumi. Politik negara kita sudah ada sejarah yang sangat sedih dan ngeri untuk diulangi. Demi memastikan tidak berlaku petaka lebih besar pasukan keselamatan dan polis perlu bertindak awal. Ketua polis negara Ismail Omar kalau tidak ada kuasa dan tangan untuk memastikan ini, undur saja dari kedudukan istimewa dan berprestaj itu. Tidak ada guna tuan duduk di situ menjabat sebagai ketua polis negara tetapi tuan tidak mempunyai kuasa membentuk keamanan massa. Melihat kepada tindakan polis malam tadi yang membiar dan memerhati saja sekumpulan remaja bonbon itu memaki hamun dan bertindak agresif ia mengesahkan apa didedah oleh bekas IGP Musa Hasan; bahawa berlaku campur tangan menteri didalam urusan polis. Pasti ketua polis tahu dan mengerti tanggungjawabnya, tetapi kerana ada kuasa lain yang menganggui kuasanya, ada individu lain memberi arahan dan keizinan kepada polis Gombak, maka polis lembab... bahkan tidak bertindak langsung menyuraikan kumpulan yang menyorak dan melaungkan mencaci orang dengan pembesar suara itu. Situasi ini amat-amat dikesalkan dan wibawa polis dipertikaikan. Untuk semua, sebelum kita menangis ke atas apa yang kita lakukan, insaf dan berfikirlah untuk kebaikan kita bersama. Jangan kita menyesal dikemudian hari kerana ia tidak berguna. Menangis sampai keluar air mata darah sekalipun tidak ada ertinya lagi. Bangsa Melayu boleh diperbetulkan .. politik kita boleh ditenteramkan, asal saja kita semua waras dan tidak terpengaruh begitu jauh dengan syaitan dikenali. Marilah kita berdoa penuh beradat untuk kebaikan bersama. Saya akhir catatan ini dengan serangkap pantun tiga kerat; Yang bercahaya adalah mentari, Yang berkecai kaca bukan suasa, Yang kerdil di dalam kain; Yang dicerca saudara sendiri, Yang dilukai waris sebangsa, Yang mengambil menang orang lain. [wm.kl 7:38 am 05/12/12] | ||||
Seorang Penyokong Pakatan Ditikam Di Bahu Posted: 04 Dec 2012 09:38 AM PST SEBELUM TIDUR Seorang yang dipercayai penyokong Pakatan Rakyat tercedera di bahu apabila ditikam dengan sebilah pisau di ceramah Jelajah Merdeka anjuran Pakatan Rakyat yang diadakan di perkarangan masjid Zakaria di Batu 9 Gombak malam ini.
Menurut seorang yang hadir di program itu memberi tahu kejadian itu berlaku semasa mangsa cuba untuk menenangkan keadaan tiba-tiba beliau diserbu kemudian dan ketika itulah bahunya disadung dengan pisau. Gambar menunjukkan bahu mangsa terkoyak akibat tikaman itu kini melata tersibar di internet, di facebook di blong. Apa punca kejadian itu sebenarnya masih belum dipastikan. Tunggulah esok akan ada kenyataan dari mana-mana pihak berhubung kejadian itu. Tidak juga dipastikan apakah mangsa membuat laporan polis atau tidak. Dalam pada itu saya yang dalam perjalanan menuju ke kawasan ceramah itu nampak sebuah landrover yang memuatkan beberapa anggota FRU bergerak ke tempat ceramah. Di simpang jalan menuju ke perkarangan masjid memang kelihatan berpulih anak muda yang bersorak-sorak dan berlagak samseng. Ceramah malam ini adalah pertama kali diadakan selepas Umno mengadakan perhimpunan agung yang membangkitkan semangat ahlinya agar berjuang mempertahankan parti. Gangguan terhadap ceramah itu katanya bermula sejak jam 6:00 petang dan berakhir apabila Anwar Ibrahim berhenti berucap. Sepanjang saya berada di tempat ceramah dari jam 10L45 hingga 12:00 tidak ada apa-apa kejadian buruk melainkan kedengaran jeritan dan laungan dari arah jalan besar yang menghina Anwar Ibrahim. Berita dan catatan lanjunt esok. [wm.kl.1:35 pagi 05/12/12] |
You are subscribed to email updates from . To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan