Sabtu, 29 Disember 2012

.

.


Banyak Rumah Orang Kaya Atas Puncak Setiawangsa

Posted: 29 Dec 2012 03:07 AM PST

PERISTIWA                                                                                                                      

Runtuhan dilihat dari jalan Jalatek.
Selepas kembali dari majlis meraikan perkahwinan anak Ahli Parlimen Tumpat Kamarudin Jaffar (Saiful Adli dengan Norita Syazana) di Kelana Jaya tengah hari tadi, saya bersama Dr Wan Suhaimi Wan Daud melencung ke tempat kejadian tanah runtuh di Bukit Setiawangsa, Kuala Lumpur.

Lokasi tempat kejadian itu berhampiran saja kawasan saya yang jaraknya tidak sampai 2 kilometer. 

Semalam lagi saya telah mengetahui akan kejadian itu tetapi tidak berapa ada 'angin' untuk menjenguknya.  Tidak seperti biasa, kalau terdengar kejadian seperti itu saya akan 'berunga-runga' untuk mengetahuinya. Tetapi tidak kali ini, kenapa?

Runtuhan dilihat dari Bukit Setiawangsa.
Apa sebabnya, kerana tempat kejadian itu khabarnya kediaman orang-orang kaya. Orang bangsawan. Kalau orang miskin dan marhain mereka tidak menghuni di situ. Jadi kalau orang kaya dan bangsawan mereka tidak menghadapi apa-apa keuslitan selalunya pasukan penyelamat yang kebanyakan milik kerajaan akan bergegas segera ke tempat itu.

Bukan saja ambulan yang pakai van atau lori, tetapi helekopter juga mungkin boleh digunakan untuk mengangkut penghuni yang terkepong atau bermasalah kalau diperlukan.

Bongkah simen yang terumpil dan runtuh.
Kerana berfikir begitulah maka kejadian itu tidak menjadi sesuatu yang terdesak bagi saya.

Pagi tadi lagi seorang kawan, Zulkefli Sulong telah menghubung saya menerusi SMS beliau bertanya apakah banglo yang terlibat itu milik ahli Parlimen Setiawangsa, Zulhasnan Rafique. Saya jawab tidak tanpa berselera untuk menyiasatnya.

Dikanan dikatakan rumah Zulhasnah Rafiqeu.
Semasa berjumpa di majlis kenduri anak kahwin anak Kamarudin tadi, sekali lagi berjumpa dengan Zulkifli dan beliau sekali bertanya hal itu. Cara dia bertanya seolah-olah beliau tidak yakin dengan jawaban saya bahawa salah sebuah rumah yang terbabit dengan kejadian itu bukan rumah Zulhasnan.

Tidak banyak cerita sekembali dari kenduri itu saya bersama Wan Suhaimi ke tempat kejadian. Dari atas Jalan Jaletek lagi sudah kelihatan kesan-kesan runtuhan. Di pinggir puncak bukit Setiawangsa itu tersergam dua buah banglo yang terletak betul-betul di pinggir puncak berkenaan. Di tengah antara dua banglo itu kelihantan kesan runtuhan, dan bongkah-bongkah simen yang terkopek dan retak dan menggelunsur turun.

Tempelan simen terkoyak.
Setelah melihat itu baru hati teruntun untuk melihat dari dekat. Saya tidak fikir kejadian itu seriuas dan membahayakan. Mungkin kerana tidak ada kemalangan jiwa menyebabkan ia tidak meruntun hati saya untuk segera ke tempat itu.

Seperti dikatakan tadi kerana kediman itu bukan kediaman marhain jadi tidak sesuai dan sepantasnya orang marhain seperti kita untuk segera melihat.

Semasa kami memasuki ke puncak berkenaan, banyak kereta yang keluar masuk. Orang ramai yang datang untuk melihat kesan runtuhan atau melawat saudara marah.

Dari kejauhan nampak banglo di atas puncak.
Di kawasan itu kini sudah menjadi seperti kawasan perkelahan. Ia dipenuhi dengan orang ramai, wartawan dan juga pasukan penyelamat. Semua pasukan ada, bomba, polis, DBKL, JKR dan segala macam yang mengawal dan sedang membuat pemamtauan.


Beberapa ambulan siap sedia hadapi kemungkinan.
Runtuhan atau pergerakan tanah sedang bergerak secara perlahan-lahan. Ia berpotensi akan mengalami keruntuhan lebih parah lagi sekiranya hujan melanda. Penduduk berhampiran puncak bukit berkenaan sudah pun dipinda. Pihak berkuasa juga menandakan kawasan yang dilarang memasuki kawasan berdekatan.

Siapakah yang mendiami rumah banglo di puncak berkenaan? Menurut seorang penduduk di Persiaran Setiawangsa, antara yang menghuni di puncak bukit itu termasuk beberapa orang ahli politik. Antara mereka, Zulhasnah Rafiueq di mana rumah MP Setiawangsa itu kelihatan dengan jelas terancam dengan rutuhan itu.

Selain Zulhansah beberapa orang lagi rumah tokoh politik. Rumah ahli Parlimen Rompin, Jamaluddin Jarjis juga berada dipuncak bukit berkenaan. Selain itu rumah saudara kepada wakil rakyat Perak.

Kebetulan rumah-rumah mewah yang berada dipuncak bukit Setiawangsa itu semuanya rumah orang-orang Umno.[wn.kl.7:01 pm 29/12/12]
* tanpa edit.

Siapa Politician Yang Terima RM8 Juta Dari Deepak?

Posted: 28 Dec 2012 04:58 AM PST

MERABA MALAM                                                                                                         

Orang yang menjadi perhatian dunia politik hari ini dan dibimbangi oleh pihak UMNO khasnya, Deepak Jaikishan mendedahkan dia menyumbangkan RM8 juta untuk politik hasil dari penjualan saham dalam syarikatnya Astacanggih.

Perkara didedahkan hari ini dalam satu kenyataan berhubung status syarikatnya itu yang dipaksa dijual kepada sebuah agensi Kementerian Pertahanan.

Hasil dari penjualan saham dalam syarikat itu beliau memperolehi RM30 juta dan wang itu diagihkan kepada Ketua Wanita Umno Selangor Raja Ropiah RM13 juta selebihnya sebagai berbagai bayaran termasuk fee guaman.

Yang menjadi pertanyaan kini siapakah yang mendapat ganjaran RM8 juta itu? Umum telah mengetahui Deepak berkawan baik dengan Rosmah Mansor. Dia menganggap isteri perdana menteri itu sebagai kakaknya sendiri?

Deepak perlu menjelaskan siapa gerangan orang politik itu. Beliau tidak boleh menyembunyikan perkara itu kerana akan timbul prejudis. Apakah Deepak baru membuat promo selepas dia akan membuat pendedahan. Apakah Deepak akan memilih waktu sesuai nanti iaitu setelah parlimen di bubarkan?

Ada juga desas desus yang sampai ke telinga saya kononnya ada orang Najib Razak sedang membuat perundingan dengan Deepak. Sejauh mana betulnya dan untuk apa, tidak dapat dipastikan untuk waktu ini. Sesuatu yang berbau itu akan terhidu juga sama ada cepat atau lambat. [wm.kl.8:55 pm 28/12/12]

Tiada ulasan: