. |
Meratah Rusa dan Landak Di Lembah Bernam Posted: 27 Dec 2012 04:35 PM PST ARAH MULUT Selepas saya poskan keenakan makanan eksotik yang disajikan sebuah restoran milik bumiputera di Sekinchan Selangor ramai yang menghubungi saya baik menerusi Facebook atau email dan telefon bertanyakan restoran berkenaan. Masing-masing hendak tahu di mana lokasinya kerana ingin mencuba.
Mereka menyatakan kalau ingin merasai makanan eksotik tepat kalau ke restoran berkenaan, Restoran Lembah Bernam yang menyajikan selera sejati Haji Jaafar dan Hajjah Sarah pengasasnya. Kelmarin saya mengunjungi sekali lagi bersama tiga orang rakan untuk menikmati hidangannya. Kunjungan kedua itu di samping ingin makan sebenarnya saya inginkan kepastikan mengenai status restoran berkenaan apakah ianya mempunyai lesen untuk menjual dagaing haiwan berkenaan atau tidak kerana sesetengahnya adalah haiwan yang dikawal dan ada juga yang mempertikaikan kewajaran memakanan haiwan berkenaan.
Kalau dari Kuala Lumpur untuk ke sana agak jauh. Namun kerana nasfu, kata orang, jarak tidak menjadi halangan dan yang penting makanan diburukan sedap dan puas. Walaupun perjalanan memakan masa satu jam suku tetapi berbaloi. Tentunya perjalanan tidak membosankan kerana sepanjang perjalanan ke Skinchan melalui Tanjung Karang dapat menikmati pemandangan semulajadi sawah pagi. Saya sengaja bawa tiga orang kawan untuk menguji citarasa. Saya tidak mahu ianya sedap dan enak dari ukuran saya seorang. Ternyata ketiga-tiga kawan saya memuji akan kelazatan dan kenakan makan yang dihidangkan dan bercadang untuk membawa keluarga masing-masing. Sewaktu kami tiba hari itu, restoran itu penuh dengan pelanggan terdiri dari pegawai kerajaan. Justeru seeloknya kalau ingin menjamu selera di waktu pejabat rihat, telefon dulu untuk membuat tempahan. Selain dari menyediakan rusa, landak dan lain-lain restoran itu juga turut sama menyediakan makanan ala kampung. Ayam kampung goreng berempah, ikan puyu, sepat dan juga udang galah serta pelbagai jenis ulam-ulaman. Keunikan segala macam goreng-gorengan itu ialah rempah yang dicipta restoran berkenaan. Manakala keenakan udang galah dari rumuan restoran berkenaan belum sauya rasa di mana-mana tempat di dunia ini kecuali semasa di Zaghreb.
Selain di Sekinchan terdapat satu lagi cawangan di Beranam, di mana cawangan itu dijagaurus oleh abang Mat. Restoran ini ringkas saja, ia terbuka dan santai. Mejamu selera di sini seperti berada di atas rumah sendiri. Sambil makan dapat pula menikmati sawah padi yang terbentang luas. Sesekali angin yang datang dari tengah sawah merembah masuk ke restoran. Suasana asli kampung masih dapat dirasai di sekeliling restoran berkenaan. Sebenarnya suasana dan keadaanya semulajadi itulah yang menambahkan kenakan dan kesedapan. Untuk ke restoran berkenaan agak sulit sedikit tetap tidak payah sangat. Dari Kuala Lumpur harus melalui Kuala Selangor, Tanjung Karang dan Sekinchan. Dari jalan Sekinchan akan memasuki melalui Taliair 8 atau 9. Lokasinya terletak di sebelah kanan dari arah Tanjung Karang ke Sabak Bernam. Alamat penuh seperti mana dicatat di kad peniagaan; Jalan Main Canal, Tali Air 9, Pasir Panjang, 45400 Sekinchan Selangor. Bagi sesiapa berminat disini saya sertakan nombor telefon 019-2133665 atau 0172858603. Ohya kalau untuk menambahkan lagi keasyikan makan di restoran berkenaan ajaklah saya sekali. [wm.kl.8:33 am 28/12/12] | ||||||
Khairy Ada Hutang Dengan Bank Pertanian? Posted: 27 Dec 2012 05:59 AM PST KENYATAAN Badrul Hisham Sharin atau Che'GuBard meminta ketua pemuda Umno yang tidak ada kuasa Khairy Jamaluddin Abu Bakar menjelaskan berhubung satu maklumat yang diperolehinya menunjukkan ketua pemuda itu pernah mendapat kemudahan pinjaman bernilai jutaan ringgit dari Bank Pertanian Malaysia.
MenurutChe'GuBard pinjaman itu diperolehi semasa bapa mertuanya Abdullah Badawi menjadi perdana menteri dan ia mempunyai masalah untuk membayar balik. Sehubungan itu Che'GuBard memohon Khairy tampil membuat pendedahan. Berikut adalah kenyataan Che'GuBard: Kami mendapat maklumat dokumen yang setelah diperiksa balas diyakini sahih menyatakan Ketua Pemuda Umno Malaysia, Khairy Jamaluddin pernah mendapat kemudahan pinjaman membawa nilai jutaan ringgit dari Bank Pertanian Malaysia Berhad. Kemudahan pinjaman ini diperolehi ketika bapa mertuanya Abdullah Badawi menjadi Perdana Menteri Malaysia. Juga berdasarkan rekod data yang diperolehi pinjaman tersebut masih tertunggak (tidak berbayar). Ketika terlalu ramai mereka yang terlibat dalam bidang pertanian bermasalah untuk mendapat kemudahan pinjaman, persoalanya kini bagaimana pinjaman bernilai jutaan ringgit tersebut boleh diperolehi dengan mudah? Adakah pinjaman tersebut dikeluarkan dan digunakan berdasarkan syarat pinjaman Bank Pertanian? Mohon Khairy muncul dengan penjelasan mengenai perkara ini. Jika ini semua benar maka wajarlah pimpinan Bn bersungguh - sungguh mengelak untuk membuat pengistiharan awam harta milikan mereka dan keluarga. Bagaimana pula rekod pembayaran kemudahan pinjaman ini, jika dalam keadaan biasa ramai dikejar kerana gagal membayar hutang. Anak muda terpaksa suruk kereta hanya kerana 3 bulan gagal membuat bayaran, ramai anak muda muflis hanya puluhan ribu pinjaman tetapi bagaimana dengan pinjaman jutaan menantu (bekas) Perdana Menteri ini? Bagaimana dengan faedah pinjaman yang dikenakan pula ? Mohon Khairy sendiri tampil menjawab. Bagaimana dengan faedah pinjaman yang dikenakan pula ? Mohon Khairy sendiri tampil menjawab. che'GuBard Ketua Penyelaras Kebangsaan Solidariti Anak Muda Malaysia [wm.kl.9:59 pm 27/12/12] |
You are subscribed to email updates from . To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan