. |
Bantuan Banjir Belum Sampai Di Kampung Naga? Posted: 25 Dec 2012 06:26 PM PST SELANG MASA Semalam saya ke Klang sampai ke Banting. Dalam perjalanan pulang melalui Jalan Kebun saya singgah di Kampung Naga untuk membeli telor itik dan ubi kayu. Telor itik sedap kalau digulai kuning bubuh kunyit. Masa singgah di rumah penjual telor itik, sempat bercakap sikit fasal politik semasa. Penduduk di sebuah taman di situ adalah rata-rata penyokong Pakatan Rakyat. Bendera PAS dan PKR sampai dipacak atas bumbung. Saya tanya mereka siapa yang pacak, jawabnya tuan rumah masing-masing. Menurut penjual telor itik hanya seorang atau dua orang saja yang menyokong BN. Baru-baru ini banjir melanda taman perumahan itu. Unitnya adalah dalam sekitar 100 lebih. Hampir semua rumah dimasuki air. Seperti biasalah orang politik di musim dekat pilihan raya jadi cerah mata dan rajin membuat tinjauan dan murah berjanji. Tidak terlupa wakil rakyat di kawasan itu juga turut datang meninjau keadaan rumah di taman itu. Arahan dibuat agar semua rumah dilanda banjir mengisi borang permohonan untuk mendapat sedikit bantuan bagi membersih rumah masing-masing. Kerana disuruh maka mereka mengisi borang dan diserahkan kepada pejabat khidmat wakil rakyat berkenaan. Malangnya sampai kini bantuan itu tidak sampai. Agak menyedihkan dua tiga orang penghuni yang menyokong Umno telah lama menerima bantuan. Mereka dibayar secara tunai dan tidak pun perlu mengisi apa-apa borang. Salah seorang dari penduduk di situ menjelaskan, sebenarnya wang untuk bantuan itu tidak perlu pun kerana tak banyak kerugian kerana banjir itu. Tetapi apabila sudah berjanji apa lagi telah mengisi borang maka penduduk jadi tertunggu-tunggu. Menurutnya juga masa orang UMNO bahagikan duit kerpada penyokong ada yang memanggilnya agar datang sama tetapi, dia tidak datang kerana tidak mahu terima wang UMNO. Kerana keadaan itu (bergurau) saya cabar penduduk itu agar buang bendera PAS dan PKR atas bumbung itu ganti dengan UMNO, dengan bersemangat dijawab; tidak Encik kami bukan seperti Hassan Akidah, (aik)... kami berjuang ikhlas... kalau tak dapat wang pun kami tetap sokongan Pakatan Rakyat. Saya teruja dengan jawaban itu dan merasakan betapa ikhlasnya dan besarnya jiwa mereka. Inilah selalu saya katakan sang semut kecil lebih baik dari gajah. Mereka menyokong perjuangan kerana kesedaran dan keikhlasan dan bukan kerana apa-apa. Manusia marhain seperti inilah yang patut dipuji dan diberi sokongan dan peluang bukannya seperti manusia besar yang mengkhianati parti dan memburukkan perjuangan apabila kepentingan mereka terjejas. Harap wakil rakyat kawasan berkenaan akan melunasi segera bantuan untuk mereka, sebelum saya membuat tinjauan sekali lagi. Ingat mereka bukan minta tetapi saya tolong menyampaikan. [wm.kl.10:20 am 26/12/12] | ||
Tugas Mutlak SUA Ialah Gunting Surat Khabar Posted: 25 Dec 2012 05:42 PM PST SESUDAH SUBUH Dari semalam lagi saya nak buat teguran sedikit kepada setiausaha akhbar MB Kelantan Fadli Shaari yang pada saya ada ketikanya beliau tidak relevan untuk menjawab segala permasalahan berkaitan kerajaan dan parti yang diluruhkan di kaki bosnya, Tokguru Nik Aziz.
Jawaban yang hendak disampaikan menerusi media massa perlulah kemas, bukan saja dari segi bahasa tetapi susunan ayat-ayat yang digunakan, dan lebih-lebih fakta dan hujah perlu dipastikan ia akan mematikan isu bukan menjadikan ia bertele-tele. Dalam politik jika kita ingin memukul sesuatu kena pastikan apa yang dipukul itu terus mati dan kayu pula tidak patah. Saya timbulkan ini kerana ada sesetengah penjelasan dibuat oleh Fadli tidak padan dengan diri dan 'kederat'nya. Maksudnya beban yang cuba dipikul bagi meringkan diri Tokguru tidak layak ditanggungjawab olehnya. Disebabkan keadaan itu menyebabkan isu yang cuba dijawab itu bukan saja selesai tetapi mendedah kelemahan lain dan menambahkan masalah lain pulak. Saya terus mengambil contoh berhubung isu dibangkitkan oleh blog kemudian dipetik oleh media PB (Utusan Melayu), dalam isu ini bukan saja Fadli tetapi orang lain juga simpati kepada Tokguru kerana dipermainkan begitu sekali. Maka Fadli cuba menjawabnya untuk menghentikan isu berkenaan. Niat dan usaha itu terpuji. Dalam menjelas dan menjawab isu itu, dua perkara atau pendekatan diambil, pertama dengan mengancam untuk saman media berkenaan dan mana-mana individu yang 'mabuk todi' dengan isu tersebut. Fadli boleh menjawab atau memberi tahu hal pertama itu. Tetapi langkah kedua cuba mermberi penjelasan secara terpeinci mengenai kronologi bagaimana tanah seluas 4,000 hektar lebih itu (dalam laporan awal 10,526 hektar) kepada pemimpin DAP itu nampak kekok dan "berat" sedikit. Dengan memberi kronologi itu Fadil mengira dapat difahami mengenai status tanah berkenaan. Tetapi apabila ia mendedah perkara yang tidak perlu seperti mana surat kelulusan / persetujuan Awang Adek Hussein tentang apa dipohonkan oleh YIK itu ia memberi kesan lain. Rasanya tidak perlu surat Awang Adek itu. Isu di sini ialah sedikit saja, tuduhan yang pemberina tanah itu untuk mendapatkan jawatan MB Perak menerusi Nizar Jamaluddin. Itu isunya. Dengan cuba mengaitkan Awang Adek alias UMNO terlibat dalam kelulusan tanah itu ia tidak tepat dan sedikit 'ngor'. Fadil sepatutnya berputar di sekitar itu di mana ia telah turut terjelas dalam kronologi itu. Pendedahan Awang Adek itu tidak perlu sebab orang tahu siapa yang berhak dan berkuasa memberi tanah berkenaan. Apakah surat atau dokumen itu ingin melawan dokumen pemilikan syarikat dan keratas bukti pembelian tanah oleh pemimpin DAP itu seperti mana didedah? Tidak semuanya dokumen dilawan dengan dokumen, apa lagi dokumen yang dibalas itu akan diambil musuh untuk melayak kita balik. Bagi saya fitnah itu perkara remeh walaupun kesan tindakan besar, menyaman balik di penuduh. Fitnah sebegitu terlalu banyak berlaku dan akan berlaku. Menjelang pilihan raya makin banyak buah-buah fitnah digugurkan di kaki Tokguru. Tokguru Nik Aziz boleh selesai segala tuduhan itu dengan menjawab secara mantik saja, katakan bahawa apa didedahkan Utusan itu fitnah belaka dan ini tidak perlu dikulasahkan kerana semua orang mengetahui bahawa akhbar berkenaan adalah fitnah. Kita sudah menolak Utusan sebagai Abu Lahab atau pun Abdullah Bin Ubai, tetapi kenapa dalam keadaan tertentu kita masih menganggap ianya Abu Bakar, Umar, Othman dan Ali? Kadang-kadang saya tengok baik Tokguru atau pun pemimpin Pas lain tidak dapat membuang Utusan seperti mana ibu tua yang serba salah untuk membuang kucing yang sudah lama tidur dalam selimutnya. Dalam fanction tertentu Utusan masih dipanggil dan dilayan seperti tetamu. Dalam hal ini Keadilan lebih konsisten dalam bermusuh dengan kertas penyebar fitnah nombor 1 ++ itu. Berbalik kepada isu tanah tadi, melihat cara Fadli menjawab isu itu bukan menyelesaikan tetapi merusutkan keadaan atau memakan diri sendiri. Lagipun saya rasa isu-isu seperti itu dianggap besar dan menyentuh dasar dan polisi kerajaan tidak elok dijawab oleh setiausaha akhbar. Bukan orang berjatawan setiausaha akhbar layak menjawabnya. Sepatutnya MB mengarahkan setiausaha politik, setidak-tidaknya ataupun pengerusi tanah Kelantan atau mana-mana exco bagi menjelaskan perkara itu ataupun Pengarah Yayasan Islam Kelantan (YIK) sendiri kerana ia menyentuh soal YIK. Jawaban dan penjelasan dari pengerusi tanah yang kini dipegang oleh TMB Ahmad Yaacob dan Pengarah YIK lebih kemas dan menyakinkan. Ia juga nampak serius. Lainlah kalau MB mahu dilihat isu itu kecil maka orang kecil dan kurang berkelayakan seperti Fadli menjawabnya. Tetapi kalau itu maksdunya ia tidak sampai kerana orang kecil kurang hemah dan politikingnya. Keadaan sama pernah berlaku sebelum ini di zaman Wan Ismail Wan Jusoh menjadi setiausaha akhbar dan Husam Musa menjadi setiausaha politik MB. Banyak isu-isu yang timbul disekeliling Tokguru di maan ia memerlukan jawaban togkuru tetapi digalang ganti menjawabnya oleh mereka berdua. Kerana kerajinan dan 'kelacatan' mereka menyebabkan seolah-olah mereka menjadi MB dan ada kalanya mulut mereka lebih panjang dari MB. Saya masih ingat macam mana Wan Ismail boleh bercakap mengenai isu pembalakan dan tana negeri di mana perkara itu adalah di dalam bidang kuasa mutlak MB sedangkan tugas beliau hanya menggunting akhbar. Perkara-perkara sebegitu mengenai dasar dan polisi kerajaan tidak boleh dijawab oleh pegawai seperti setiausaha akhbar kerana ia memerlukan autoriti dan responsibiliti. Setiausaha akhbar tidak mempunyai kuasa dan tanggungjawab itu. Misalnya mana boleh tukang kebun untuk menjawab dan menjelaskan masalah selibas sekolah, walaupun mereka menjadi penjaga kebersihan sekolah berkenaan. Masalah selibas dan pendidikan hanya guru besar saja berhak dan ada autoriti untuk menjawabnya. Untuk masa akan datang demi menjaga standard dan integriti sebuah kerajaan Islam semua pihak perlu beringat dan berhati-hati. Pihak Fadli kalau pun beliau diarah oleh Tokguru untuk memberi apa-apa penjelasan tidak seharusnya beliau terus ambil pen dan keras menjawabnya. Beliau perlu rujuk kepada setiausaha politik, atau Setiausaha Sulit Kanan (SUSK) MB terlebih dahulu. Rujuk kepada setiausaha politik bagi mengetahui implikasi politik, rujuk kepada SUSK untuk mengetahui apakah status atau kesan dari segi peraturan dan undang-undang. Bukan bererti bila Tokguru minta sdr menjawab ia bererti sdr kena buat kenyataan dan hantar ke media massa tanpa melalui saringan dan semakan mana-mana pihak. Tugas mutlak sebagai seorang setiausaha akhbar ialah mengunting akhbar, membuat ucapan kepada MB di mana isi ucapan itu juga harus menerusi setiausaha politik, SUSK ataupun pihak pihak penggubal dasar dan polisi kerajaan. Itu tugas mutlak, dan bukan turut memberi pandangan dan idea sendiri. [wm.kl.8:29 am 26/12/12] |
You are subscribed to email updates from . To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan