Rabu, 19 Disember 2012

.

.


Cadangan Tarik Balik Amanat Sia-sia Saja

Posted: 18 Dec 2012 09:59 PM PST

SUSUPAN TENGAHARI                                                                                                     

Cadangan Dr Mohd Asri Zainal Abidin agar Abdul Hadi Awang menarik balik ucapannya yang dijadikan sebagai amanat atas alasan untuk memberi pencerahan dan menghentikan isu itu, saya rasa ia kurang wajar dan langkah itu tidak akan menghentikan isu itu daripada dijadikan isu politik murahan.

Kalaupun Abdul Hadi menartik balik ia tidak menjamin isu itu tidak akan diungkit lagi. Umno dalam keadaan kehabisan modal dan tertekan akan menggunakan perkara itu dan juga perkara-perkara lain yang sudah lama ditutup selagi ia ada keuntungan politik.

Seperti isu 13 Mei ia telah lama diditutup dan menjadi kenangan sejarah, tetapi ia masih juga dibuka dari masa ke semasa mengikut keadaan. Begitu juga dengan 'pensedekahan' Temasik kepada Lee Kuan Yew adalah perkara lama yang sudah diketahui oleh dunia, tetapi pada masa-masa tertentu juga dibangkitkan.

Asri seperti mana dipetik dari laporan menyebut; "Sungguhpun ahli Pas hari ini sudah tidak mengamalkan amanat tersebut, tetapi Hadi wajar membuat penarikan semula sebagai pencerahan kepada masyarakat."

Sekiranya Asri mengharap isu itu tidak akan dibangkit ia adalah satu harapan yang sia-sia. Selagi ada politik di negara ini dan didokong oleh dua kumpulan serumpun dan berbeza ideaologi politik ia akan berlaku. Bukan saja dari pihak Umno dipihak lain juga.

Asri sendiri sudah faham bahawa isu (amanat) itu tidak berbangkit lagi. Beliau menerima Abdul Hadi megucapkan kenyatana itu semasa darahnya masih mendidik tentulah berbeza dengan waktu ini. Hari ini Abdul Hadi sendiri menerima yang amanat itu sudah tidak relevan. Pas juga jauh lebih progresif dan terbuka dan lebih realistik.

Seperti tanggapan Asri persepakatan Pas dengan DAP membuktikan yang politik Pas berbeza dan realistik. Persepakatan itu menunjukkan Pas dan Abdul Hadi sendiri tidak berpegang kepada kata-katanya tahun 1981 itu.

Jadi dimana relevannya bagi Abdul Hadi membuat penarikan atau apologetik. Kepada saya tindakan menarik balik hatta membuat penjelasan perkara itu hanya sia-sia dan ia memberi modal kepada Umno. Bukan saja isu seperti amanat itu isu-isu lain tidak perlu penjelasan walaupun atas tujuan pencerahaan kerana ia tidak akan menyelesaikan masalah.

Atas sifat politik apa saja isu ia boleh dipusing 360 darjah mengikut kesesuaiaan iklim semasa dan juga atas perubahan dalaman manusia itu sendiri. Jadi saranan Asri itu hendaklah diabaikan saja dan biarlah Umno terus memutar belitkan isu itu semahu mana yang dikehendakinya.  [wm.kl.1:52 t/hari 19/12/12]

Shafei Afdal Bagi Semangat Kepada Pakatan Rakyat?

Posted: 18 Dec 2012 03:39 AM PST

RENUNGAN MALAM                                                                                 

Semua orang patut bersetuju dengan pandangan salah sekor (pinjam istilah Najib) Naib Presiden Umno, Shafie Afdal yang mengatakan tidak baik bagi kerajaan sekiranya pembangkang kuat di parlimen.

Katanya walaupun ada tanggapan pembangkang yang kuat akan mewujudkan keadaan check and balance tetapi ia akan menjadi masalah kepada kerajaan dan rakyat Malaysia. Apa yang cuba diketengahkan Shafei biarlah kerusi pembangkang di parlimen sekitar 1/3 saja.

Apabila pembangkang kuat seperti hari ini ia menyebabkan kerajaan tidak dapat hendak membuat dasar atau polisi baru yang membabitkan persetujuan di parlimen. Apa lagi bila ia memerlukan pindaan perlembagaan, apabila kerajaan tidak mendapat majoriti 2/3 ia menyulitkan.

Kerajaan yang gagal mendapat majoriti 2/3 juga dianggap sebagai lemah dan tipis.

Hendaknya pandangan Shafei Afdal itu tidak mudah ditolak, sebalik perlu dijadikan panduan di dalam memilih kerajaan akan datang. Para pengundi harus menyematkan di kepala peringatan demikian. Mungkin Shafei sudah memahami bahawa Pakatan Rakyat akan memerintah selepas pilihan raya akan datang, dan biarlah kerajaan itu tidak terjadi seperti kerajaan UBN pada masa ini.

Jadi demi melancarkan kerajaan baru itu, biarlah pembangkang berada di bawah 50 kerusi saja di parlimen. Kerusi sebanyak itu sudah cukup untuk meninggalkan benih buat Umno yang kini menjadi tunggak kepada kerajaan UBN. Umno tidak boleh dilupuskan sama sekali kerana parti itu perlu berada di parlimen untuk menjadi pembangkang tukang semak dan pengimbang.

Memahami peringatan dan hasrat Shafei itu ia seolah menunjukkan naib presiden itu sudah menyedari senario dan hakikat politik hari ini; bahawa Umno sudah siap sedia untuk membungkus diri. Ini juga ada hubungan dengan maklumat yang diperolehi Naib Presiden Pas Husam Musa yang mendapat tahu bahawa kemampuan BN hari ini sekitar 80 kerusi saja.

Husam begitu yakin dengan angka itu dan berpandangan peralihan kuasa dari BN kepada PR kini dinanti dengan penuh minat oleh rakyat. Tanpa menyebut apakah tanda-tanda dan isyaratnya diyakini Husam ada rahsia besar yang diperolehinya.

Dengan figure itu ini bermakna PR akan memperolehi 142 kerusi. Jumlah itu tidak menyelesakan kerajaan PR bakal dibentuk nanti maka adalah munasabah kalau pengundi mengambil kira pandangan diberikan Shafei tadi, iaitu perlu memastikan kerajaan Pakatan kuat. Bagi menyelesakan kedudukan kerajaan Pakatan akan datang, BN hanya perlu diberikan sekitar 55 dan 65 kerusi sahaja.

Terima kasih kepada Shafei Afadal kerana memberi pandangan dan isyarat itu. Apakah beliau juga bakal menjadi 'nomad' politik selepas pilihan raya akan datang? Ada terdengar desas desus itu dari puncak gunung Kinabalu. Tunggulah perkembangan selanjutnya dari masa ke semasa. [wm.kl.7:14 pm 18/12/12]

Tiada ulasan: