Ahad, 16 Disember 2012

.

.


Pang Chau Jangan Jadi Kadak Rukas Junjung

Posted: 15 Dec 2012 06:20 PM PST

SUARA AHAD                                                                                                                  

Tindakan dan cara Hu Pang Chau berperanan sebagai pengerusi Dewan Himpunan Penyokong Pusat (DHPPP) dengan menimbulkan isu-isu kurang wajar dalam usaha membela masyarakat Cina di Kelantan saya merasakan ia seperti lebih hingus dari hidung.

Pang Chau tidak perlu merasakan dia penting dan perlu meletakkan diri sebagai penanggungjawab utama mengenai nasib orang Cina di Kelantan. Nasi orang Cina di Kelantan sudah terbela sejak lama dulu, sebelum Pang Chau bertindak menyokong Pas lagi.

Sewaktu dia aktif dalam parti politik yang berkawan dengan Umno menerusi BN, Pas sudah pun berlaku adil ke atas orang Cina. Pas memerintah Kelantan bukan saja dalam tempoh 22 tahun ini tetapi sejak tahun 1969 hingga 1978 lagi selama 18 tahun.

Dalam tempoh  40 tahun itu belum ada orang Cina teraniaya di Kelantan. Makanya Pang Chau tidak boleh mendabik dada kononnya dia adalah hero kepada oranag Cina. Bahkan beberapa orang Cina Kelantan telah mencipta nama di peringkat pusat sampai ada yang menjadi menteri.

Itu menteri Pelancungan, Yen Yen adalah Cina Kelantan dan mendapat biasiwa dari Kerajaan Kelantan. Pang Chau kenal ingat dan baca sejarah ini. Kalau nasib Cina terabai dan tidak dipedulikan masakan Yen Yen mendapat biasiswa semasa menuntut di Universiti Malaysa.

Pas mewujudkan jawatan Exco dianggotai oleh Cina Tan Teng Loon atau  (Annuar Tan Abdullah) sejak tahun 1999 tidak bertujuan lain melainkan untuk menjadi jambatan di antara masyarakat Cina dengan Pas. Annuar Tan adalah suara orang Cina di dalam Dewan Undangan Negeri Kelantan.

Alhamdulilah, Annuar Tan dapat memainkan peranan baik mengharmoniskan dan memperkuatkan sokongan orang Cina kepada Pas. Dalam kata lain peranan dimainkan oleh Annuar Tan sudah mencukupi berdasarkan kapasiti orang Cina yang ada di Kelantan.

Peranaan atau pun tanggungjawab Annuar Tan lebih berkesan dan berjaya memberi kefahaman orang Cina kepada kerajaan Pas berbanding dengan peranan dimainkan Hu Pang Chau kini. Belum terbukti lagi yang Pang Chau berjaya menunjukkan sokongan tuntas kepada Pas. Apa yang jelas kehadiran Pang Chau seakan menjadi puak pendesak dan pemeras ugut.

Sebaliknya sesuatu yang melalui tangannya menjadi masalah dan liabiliti kepada Pas. Pang Chau bukan bertindak memberi penjelasan sebaliknya ia kelihatan seperti menjadi dalang dalam sesuatu tindakan orang Cina terhadap sesuatu yang mereka tidak puas hati kepada kerajaan Kelantan.

Kalau benar dia ikhlas untuk memberi kefahaman kepada Cina terhadap kerajaan Kelantan, dia tidak akan membiarkan begitu saja tindakan geng gunting rambut dari Negeri Sembilan itu. Tidak ada apa-apa kecaman terhadap geng gunting rambut itu oleh Pang Chau dan dia seolah-olah menyokong perbuatan biadap itu.

Sebagai pengerusi DHPPP beliau tidak wajar mempertikaikan tindakan Takiyuddin Hassan yang mempertahankan tindakan Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB-BRI) itu. Dia harus menjelaskan kepada orang Cina kalau tidak pun menyokong.

Apakah setelah tinggal di Kelantan dan menjadi pengerusi DHPPP beliau masih jahil mengenai senario di Kelantan? Secara peribadi saya sangsi kepada peranan dan fungsi beliau di dalam Pas.  Adalah wajar kalau Pas menyelidik dan membuat pemantau terhadap peranan Cina bernama Pang Chau ini.

Sekali lagi saya ulangi pemimpin Pas harus berani menegur Pang Chau, baik pemimpin di peringkat negeri atau puasat. Tindakannya seolah-olah menajadi biawak yang termasuk dalam guni padi, menjadi masalah dan merumitkan Pas. Banyak masa Pas terpaksa gunakan untuk menjawab dan menjelaskan isu yang dipertahankan oleh Pang Chau berhubung kepentingan Cina.

Jangan kerana hendak jaga undi Cina di Kota Bharu maka pemimpin Pas menutup mulut dan menjadi syaitan bisu tidak berani untuk menegur Pang Chau. Barang diingat jawatan dalam sayap induk Pas lebih penting dari jawatan dalam sayap seperti dewan himpunan itu.

Dewan himpunan hanya melukut di tepi gantang saja yang boleh 'ditengek' dan dibuang begitu saja. Pas Kelantan dan juga Pas Malaysia jangan membiarkan Pang Chau menjadi besar kepala atau pun kadak rukas junjung. [wm.kl.10:06 am 16/12/12]

Tiada ulasan: