Jumaat, 7 Disember 2012

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Ceroboh tapak ceramah suatu kesalahan – Musa Hassan

Posted: 06 Dec 2012 09:00 AM PST

SHAH ALAM 6 DIS: Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan menyifatkan serangan samseng Umno yang diketuai Pemuda Umno Gombak, Datuk Megat Zulkarnain Omardin sebagai suatu bentuk pencerobohan.

"Apabila ada satu pihak menceroboh masuk, tugas polis ialah jangan sampai ada pertumbahan darah. Kalau nampak dia masuk, jangan benarkan," katanya tanpa menyebut Pemuda Umno pada forum 'Wacana Sinar Harian: Politik Samseng Di Mana Maruah Kita' hari ini.


Beliau merujuk keganasan samseng Umno pada ceramah di Gombak Utara, 4 Disember lalu yang menyebabkan seorang lelaki cedera tikam manakala Ketua Pas Cawangan Gombak Utara, Haider Samsudin luka di kepala akibat dibaling pasu.

Musa berkata, mana-mana pihak termasuk parti pembangkang berhak mengadakan ceramah di tempat terbuka, apatah lagi dalam premis persendirian.

"Hanya bagi notis. Kalau di tempat awam, ada permit. Tempat sendiri tak perlu. (Kalau) saya, tak letak berdekatan. Sebelum berlaku, cegah dulu," katanya.

"Polis kena adil jalankan tugas. Adakah timbulkan keadaan tak tenteram. Kita tak mahu orang berceramah bersebelahan.

"Tugas polis untuk tentukan keselamatan orang awam. Bukan bertembung dan bergaduh. Keselamatan penting. Malu bila tengok politik bertikam," katanya.

Pada sidang media pula, Musa sempat berpesan supaya polis tidak perlu menghantar pegawai Cawangan Khas (SB) bagi mengekori pergerakannya.

"Tak payahlah ikut-ikut saya. Banyak kerja lain yang boleh dibuat pihak berkuasa. Saya hanya minta betulkan," katanya merujuk teguran dibuatnya kepada Menteri Dalam Negeri.

Minggu lalu, Musa mendedahkan Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang juga sepupu Perdana Menteri, campur tangan dalam institusi polis ketika pasukan itu diketuai beliau.

- www.keadilandaily.com/

Tragedi Gombak - Cerita Sebenar Dari Penduduk Tempatan

Posted: 06 Dec 2012 06:25 AM PST

Sepanjang ingatan aku yang bermastautin kat area sini, sudah beberapa kali Pakatan buat ceramah kat masjid Zakaria tu, takde hal pun..

Cawangan Umno yang depan masjid Zakaria pun adalah sekali dua buat ceramah kelompok panggil tokoh-tokoh sendu ex-Pakatan, tapi biasalah kerusi lagi ramai dari pendengar.
Semuanya berlaku tanpa sebarang kekecohan..yang terdekat, kat Sungai Chinchin pun Pakatan biasa buat ceramah, takde kecoh pun..

Punca kecohnya satu je, sebab first time Anwar turun situ..tu yang habis menggeletar jadi paranoid..sebab kalau nak kira Anwar turun Gombak, kat area Gombak ni banyak kali dah Anwar turun, kat AU, kat Pinggiran, tapi tak kecoh pun..


Kenapa bila Anwar turun kat kawasan kampung (benteng pertahanan terakhir Umno), Umno jadi takut? Sebab kawasan kampung ni jelah harapan terakhir Umno untuk spin orang2 kampung..

Tapi PAS/PKR pun pandai, ceramah kat kampung dah pakai power point dah, terkedu orang kampung..

Kalau Pakatan berceramah mestilah isinya menentang Umno, takkan nak bagi puji-pujian kat Umno pulak, kenapa paranoid?

Dan yang hadir semalam pun bukan orang kampung je, orang-orang UIA, UniKl pun ramai, diorang boleh tengok macam mana hodohnya perangai Umno..

Ada ke "kami tak provok cuma kami buat bantahan aman", tapi ko tau ceramah tengah berjalan, yang ko berdiri tepi jalan sambil menjerit apa pasal? Itu provoklah namanya.
Sepanjang pemerhatian aku, Umno Gombak khususnya DUN Gombak Setia sudah tidak ada apa-apa yang nak ditawarkan kepada rakyat, mereka tiada kekuatan..nak harap BR1M sekali hari tu jelah, lepas tu orang lupa (ni tahun depan ni start baliklah).

Kalau nak kira Umno DUN Hulu Kelang dah lama bungkus sebab orang sana cerdik-cerdik belaka, Umno DUN Batu Caves pulak macam tak berfungsi sebab kat situ MIC yang bertanding.

Kot nak mengharap kat Gombak Setia ni ialah saki-baki Melayu perkampungan dari Batu 6 sampai ke batu entah berapa belas sampai ke perkampungan Orang Asli tu..itu pun tak ramai, sebab orang-orang cerdik pun ramai kat sini..

Umno Gombak Setia cuma bernafas sekejap bila Hasan Ali kata "saya ada phd kena pecat dari PAS", yang tu siap semua banner Hasan Ali digantung kat pejabat Umno..tapi sekejap jela.

Ni dah masuk setahun kena pecat muka Hasan Ali pun dah tak nampak kat Gombak Setia..dan orang Gombak Setia pun tak rasa kehilangan dia sebab selama ni pun dia sibuk kat Shah Alam, maklumlah, bak kata dia "sultan nak jumpa, mufti nak jumpa"

Bab banjir, sepanjang ingatan aku jugak, kawasan area masjid Zakaria tu mana pernah banjir, walau selebat mana pun hujan..yg pernah banjir pun kawasan Batu 10 dekat apartmen UIA, tapi tak kena penempatan penduduk.

Itu berpunca dari mereka yg mendirikan gerai betul-betul kat tebing sungai (kalau ikutkan, tebing sungai ialah tanah rizab yg tak boleh diusik), tapi kalau sodok kesianlah pulak.

Mungkin aku silap, tapi sebagai pemastautin kat area-area situ, nak jugaklah tau, banjirnya celah mana?

Satu lagi anak Omardin ni, toksah nak menipu la..dia ada kat tempat kejadian tapi dia tak nak bertanggungjawab atas apa yang juak-juak dia buat..bosanlah Pemuda Umno macam ni, macam mana aku nak sokong?

Buat ceramah tak laku, orang ceramah ko nak ganggu..

Catatan oleh Mohamed Hadi Al-Majwi, 06 Dis 2012

Dipeti dari - http://atsixty-zakriali.blogspot.com/2012/12/keganasan-umno-di-gombak-ini-catatan.html


Guan Eng Saman Ketua Pemuda Umno @ Mamak Penang

Posted: 06 Dec 2012 05:15 AM PST

Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang, Shaik Hussein Mydin terpaksa membuktikan dakwaannya di mahkamah kononnya Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menerima rasuah daripada Kuala Lumpur International Dental Centre (KLIDC).

Dalam kenyaatan akhbarnya hari ini, Pegawai Khas Undang-undang Ketua Menteri Pulau Pinang, Andrew Yong berkata, Guan Eng akan membuktikan dakwaan itu di mahkamah bahawa beliau tidak korup seperti Ketua-ketua Menteri BN yang dikait dengan skandal sumbangan RM40 juta atau memiliki kekayaan luar biasa.


"Kerana terdesak untuk kekal berkuasa, UMNO terpaksa menggunakan fitnah dan kawalan ke atas media untuk menyebarkan fitnah terhadap Lim. Maka, Lim tidak mempunyai pilihan lain melainkan menyaman Shaik Hussein dan BN dalam mahkamah kerana fitnah," ujar beliau.

Menurut beliau, Shaik Hussein, Pemuda UMNO dan BN negeri mendakwa bahawa KLIDC menawarkan wang kepada Guan Eng bagi menyokong tender untuk tanah seluas 1.1 ekar di Taman Manggis untuk pembinaan hospital swasta.

"KLIDC tidak menerima apa-apa bantuan dalam pembidaan mereka untuk tanah berkenaan kerana ia ditawarkan kepada umum melalui tender terbuka. Pembida tertinggi sudah dipilih," kata beliau sambil menambah bahawa BN tidak mengamalkan tender terbuka demi memperkayakan kroni.

Beliau menambah bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang pimpinan Pakatan Rakyat mengambil pendirian tegas terhadap rasuah.

Pulau Pinang adalah negeri pertama yang melaksanakan tender terbuka, membuat pengisytiharan harta Ketua Menteri dan Ahli EXCO, melarang ahli keluarga daripada berurus niaga dengan kerajaan negeri serta melarang wakil rakyat dan ahli majlis daripada memhon tanah kerajaan.

Andrew turut menambah bahawa tiada guna membazirkan masa untuk memenuhi undangan dialog umum oleh Shaik Hussein kerana itu hanya menunjukkan Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang itu tidak berani membuktikan tuduhannya di mahkamah, sambil menambah bahawa Guan Eng mempunyai hak untuk menyaman Shaik Hussein kerana membuat tuduhan fitnah tanpa bukti.

"Kebebasan bersuara dan kebebasan media tidak memberi hak kepada seseorang untuk memfitnah dan membuat kenyataan palsu," ujar beliau lagi.


Musa Hassan: Tak lama jadi k'jaan jika biar politik ganas

Posted: 06 Dec 2012 04:05 AM PST



Mantan Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan memberi amaran bahawa kerajaan yang membiarkan keganasan politik berleluasa mengundang risiko digulingkan melalui cara yang sama.

Katanya, beliau berkata demikian atas perhatiannya bahawa situasi politik pada masa ini "mewujudkan generasi yang bertindak ala samseng".

"Kalau awak (kerajaan) menggalakkan keganasan politik, saya merasakan kerajaan itu tak lama akan menjadi kerajaan kerana ia juga akan dijatuhkan melalui keganasan.


"Ini kerana hate politics atau politik kebencian telah mewujudkan generasi yang bertindak ala samseng.

"Ini saya rasa orang politik kita perlu menentukan penyokong mereka dikawal kerana kadangkala apabila mereka tidak mengawal penyokong mereka, ini yang berlaku," katanya dalam satu forum di Shah Alam hari ini.

Menurut pemerhatiannya lagi, ini berbeza dengan keadaan politik semasa pilihan raya sebelum ini.

"Kita tengok dahulu pilihan raya macam pesta semua keluar bersama-sama.

"Pihak pembangkang dan parti kerajaan sama-sama berjalan tak ada masalah. Sekarang tak boleh," katanya.

Beliau seterusnya menggesa agar proses membina negara dijadikan keutamaan oleh penyokong dan ahli politik selain daripada berkempen untuk parti masing-masing.

"Selepas habis pilihan raya, kita patut duduk sama-sama tanpa mengira parti sekalipun, bina negara ini sama-sama," katanya.

Ingatan itu disampaikan Musa pada forum "Politik Samseng: Di Mana Maruah Kita" yang berlangsung di Auditorium Kompleks Media Kumpulan Karangkraf, Shah Alam petang tadi.


Suspected sabotage at Sepang demolition of Hindu Alter.

Posted: 06 Dec 2012 03:52 AM PST

PRESS STATEMENT

06 DECEMBER 2012

This statement is in relation to the recent breaking of a Hindu Alter by the Majlis Perbandaran Sepang (MPSp).

On Wednesday the Selangor Menteri Besar and State EXCO were given a briefing by officials from the Majlis Perbandaran Sepang. Among those present were YDP MPSp, Pengarah Pembangunan and Pengarah Jabatan Penguatkuasa MPSp.

From the briefing it was quite apparent that the YDP/ Head of MPSp, was neither consulted nor informed prior to the action of breaking the structure. The Selangor Non-Muslim Affairs Council co chaired by EXCOs YB Tuan Ronnie Liu, YB Theresa Kok and myself was also never informed of these actions, prior to them being taken.


The action taken by certain officers was unilateral. There is reason to suspect this action is bordering sabotage. From 2008 we have given instruction to all PBT's and Pejabat Tanah not to break any place of worship that existed prior to 2008. We facilitated all issues in relation to places of worship to obtain permission from the relevant authorities for land and construction. At present in Selangor we have at least 30 place of worship being built with complete approval given by the local councils and State.

We advise everyone to follow the laws of the state, if we do not follow the law and take it upon ourselves to make decisions then we would have difficulty in improving the system of governance. Only through consultation, discussion and understanding that we would be able to achieve the needed change in society.


The Selangor State has demanded an in depth investigation of all the parties involved in the breaking of the Hindu alter under the jurisdiction of the Majlis Perbandaran Sepang. We have given MPSp two weeks to submit their findings, for any appropriate action on those breached the due process of administration.

The actions of the Majlis Perbandaran Sepang enforcement officers, are in direct breech of the Standing Order issued by the Selangor State Government through the Non-Muslim Affairs Council, that forbids breaking of religious structures.

YB Dr Xavier Jayakumar
Selangor State Executive Councillor



Himpunan Rakyat di Melaka pindah kerana terima 'ugutan'

Posted: 06 Dec 2012 02:22 AM PST

Penganjur Himpunan Kebangkitan Rakyat Melaka mendakwa, seorang pemilik tanah menerima pelbagai ugutan daripada individu tertentu sehingga takut untuk menyewakan kawasan berkenaan bagi digunakan sebagai lokasi perhimpunan pada hari Sabtu depan.

Setiausaha program himpunan itu, Asri Shaikh Abdul Aziz berkata perkara itu menyebabkan lokasi berkenaan terpaksa dipindahkan ke satu kawasan lapang di belakang pejabat DAP negeri.

Tanpa menamakan individu tertentu, Asri yang juga setiausaha perhubungan PAS Melaka mendakwa ugutan berkenaan disampaikan oleh "Umno dan BN".


"Sebelum ini (pemilik tanah) telah mengeluarkan surat persetujuan untuk menyewakan tanah tersebut tetapi tengahari ini beliau menghubungi kita menarik balik persetujuan tersebut atas alasan ada pihak yang mengugut beliau.

"Kita berasa amat kesal dengan tindakan tersebut kerana ianya dibuat hanya 2 hari sebelum program dilaksanakan dan kita terpaksa melakukan persiapan dari awal di lokasi baru," kata Asri dalam kenyataan medianya hari ini.

Mengulas lanjut, Asri berkata beliau yakin bahawa tindakan tersebut akan menyebabkan rakyat bangkit menolak BN dalam pilihan raya umum akan datang. - mkini


Tiada ulasan: