Ahad, 2 Disember 2012

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Sudah 55 Tahun.. Tiada Lagi Maaf Bagimu Umno..

Posted: 02 Dec 2012 01:02 AM PST

Maaf?…, tiada maaf bagi mu UMNO-BN, kerana kesalahan yang kamu (UMNO-BN) lakukan bukan sekali malah banyak kali sejak 55 tahun memerintah.

Kalau rakyat masih boleh memaafkan UMNO-BN, bermakna rakyat tidak sensitif atau merelakan apa saja kesalahan yang dilakukan pemimpin UMNO-BN sebelum ini.

Boleh dikatakan hampir setiap kali dalam 12 kali pilihan raya umum pelbagai penyelewengan, salah guna kuasa dan rasuah yang dilakukan pemimpin UMNO-BN, tetapi rakyat masih 'merelakan' UMNO-BN memerintah negara ini.


Ia jauh berbanding sikap rakyat dan pemimpin negara lain, mereka akan tukar kerajaan atau pemimpin meletakkan jawatan jika berlaku dan melakukan penyelewengan, salah guna kuasa atau rasuah.

Hanya pada PRU-12, hasil kerjasama tiga parti dalam Pakatan Rakyat (PR) iaitu PKR, DAP dan PAS, menampakkan rakyat semakin sedar dan mahu menukar kerajaan sebab itu UMNO-BN kehilangan dua pertiga majoriti.

Kalau tidak lama dulu, UMNO-BN dihantui isu BMF di Hong Kong, kini banyak lagi penyelewengan yang didedahkan menjelang PRU-13 tidak lama lagi, termasuk isu pembelian kapal selam Scorpene, projek ternak lembu NFC (National Feedlot Corporation) dan PKFZ yang membazirkan ribuan juta wang rakyat.

Mungkin rakyat maafkan UMNO-BN kerana mereka tidak faham bahawa duit yang diseleweng atau 'disonglap' pemimpin UMNO-BN itu duit mereka sebab itu UMNO-BN masih dipilih memerintah negara.

Rakyat baru bangkit dari tidur

Bagaimanapun pada PRU-13 nanti mungkin berlainan, rakyat sudah sedar dan faham, mereka dilihat mula bangkit daripada 'tidur' tidak lagi akan mengizinkan wang rakyat dibelanjakan diselewengkan sewenangnya walaupun UMNO-BN mengumpan mereka dengan pelbagai habuan termasuk BR1M, baucer buku 1Malaysia, bantuan RM100 kepada pelajar sekolah dan Skim Tayar 1Malaysia untuk pemandu teksi.

Mereka mula yakin kepada Pakatan Rakyat apabila kerajaan negeri yang diperintah PR membuktikan pemimpin mereka bersih, tidak menyeleweng dan rasuah seperti yang diperakui menerusi laporan Ketua Audit Negara terhadap prestasi kewangan negeri Pulau Pinang, Selangor, Kedah dan Kelantan.

UMNO-BN lemas, Najib sanggup bersumpah

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib nampak semakin 'lemas' sebab itu merayu supaya rakyat memaafkan mereka sekali lagi pada PRU-13 nanti untuk membolehkan UMNO-BN membaiki kesilapan atau terus sebaliknya terus melakukan kesalahan yang sama.

Rayuan Najib itu bukan pertama kali, malah sudah acap kali dilafazkan termasuk ketika melakukan lawatan rasmi ke Kelantan, Kedah dan Selangor sebelum ini.

Pemimpin PR juga sudah berjanji akan memerintah negara lebih baik daripada UMNO-BN sebagaimana yang dibuktikan di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan dan jika mereka gagal rakyat boleh menumbangnya semula pada PRU-14.

Sekarang rakyat juga sedar, mereka kini dibebani dengan pelbagai masalah termasuk harga barang mahal, minyak mahal, gaji rendah dan pelbagai hutang, tidak termasuk terpaksa membayar cukai, kompaun saman polis, JPJ dan yang termasuk menerusi Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang diharamkan di negeri yang diperintah PR.

Jauh panggang daripada api berhubung dakwaan UMNO yang mereka membela bangsa Melayu, agama dan negara kerana Kelantan yang diperintah Melayu juga dizalimi, mengutuk pari yang memperjuangkan Islam dan menjahanamkan negara menjadikan wang rakyat macam wangnya sendiri.

UMNO-BN cukup takut kalah PRU-13

Atas alasan itulah menyebabkan UMNO-BN cukup takut akan tewas pada PRU-13 nanti sebab itu mereka bertekad akan melakukan apa saja untuk kekal memerintah negara.

Sebab itu juga mereka mula memainkan sentimen agama, perkauman dan mengugut rakyat supaya takut memilih PR pada PRU-13 nanti.

Sebagai rakyat Malaysia, pencapaian kewangan negara dengan hutang yang begitu banyak tidak langsung membolehkan ia dibanggakan berbanding pencapaian beberapa negara jiran, termasuk Singapura yang tidak mempunyai banyak hasil tetapi sudah begitu jauh meninggalkan Malaysia.

Pada saat genting setelah tahu UMNO-BN akan kalah pada PRU-13, barulah Presiden UMNO sanggup bersumpah dengan nama Allah dan Rasul berjanji terus mendahulukan kesejahteraan rakyat, memartabat rumpun Melayu, membenteng akidah umat dan memelihara agama Islam.

Bagaimanapun, rakyat diharap tidak termakan dengan janji manis UMNO-BN itu, malah membuka pintu hati untuk memberi peluang PR menterjemahkan amanah rakyat dengan lebih baik, termasuk menurunkan harga petroleum, membayar royalti minyak sehingga 20 peratus kepada negeri pengeluar minyak, hapus PTPTN yakni pendidikan percuma, gaji minimum RM1,200 sebulan, harga kereta lebih murah dan hapuskan tol.

– Roketkini


Video - Rahsia Besar Umno Ada Pada PAS

Posted: 01 Dec 2012 07:18 PM PST




Awasi sandiwara Musa bekas KPN

Posted: 01 Dec 2012 05:30 PM PST

Ketika Perhimpunan Agung Umno (PAU 2012) berlangsung baru-baru ini, bekas Ketua Polis Negara (KPN), Musa Hassan tiba-tiba muncul di khalayak bersama sebuah NGO, Pasukan Petugas Pemantau Jenayah Malaysia (MyWatch) yang juga muncul secara tiba-tiba.

Musa mendakwa ketika beliau memegang jawatan sebagai KPN, Hishamudin Hussein yang merupakan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri telah melangkui bidang kuasa beliau (Musa) sebagai KPN dengan mengeluarkan arahan-arahan kepada pegawai-pegawai kanan polis.

Beliau turut memetik Seksyen 4(1) Akta Polis 1967 yang menggariskan hanya Ketua Polis Negara yang diberi kuasa mengeluarkan arahan kepada polis.


Musa telah dilantik ke jawatan KPN pada September 2006. Tidak lama selepas itu, beliau telah didakwa dan disiasat atas dakwaan membebaskan tiga orang ketua sindiket perjudian haram. Namun setelah siasatan dilakukan, Abdul Ghani Patail selaku Peguam Negara telah mengarahkan supaya pihak Badan Pencegah Rasuah (BPR kini SPRM) menutup kes berkenaan atas alasan kekurangan bukti.

Walaupun telah mencapai had umur persaraan paksa (wajib), khidmat Musa sebagai KPN telah disambung selama dua tahun sehingga 13 September 2009 secara kontrak. Setelah tamat tempoh berkenaan, kontrak beliau disambung setahun lagi sehingga 13 September 2010 dan kontraknya tidak lagi disambung oleh kerajaan Umno/BN selepas daripada itu.

Kita merasa musykil mengapa Musa Hassan tiba-tiba muncul di saat Umno sedang mengadakan PAU 2012 dan pada ketika negara sedang bersiap-sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 yang dijangka paling sengit dalam sejarah negara.


Jika beliau betul-betul merupakan seorang KPN yang berpegang kepada prinsip dan moto 'Tepat' dan 'Betul', beliau sepatutnya tidak teragak-agak menggunakan peruntukan di bawah seksyen berkenaan untuk menahan, melakukan siasatan dan mendakwa Hishamudin Hussein ke mahkamah atas dakwaan menyalah-gunakan kuasa. Tindakan ini tidak pelik sebenarnya.

Telah wujud kes dahuluan (precedent) di mana mantan TPM (bakal PM ke-7, In sya Allah) DS Anwar Ibrahim pernah dikenakan dakwaan salah-guna kuasa kerana mengarahkan Datuk Mohamad Said Awang, Pengarah Cawangan Khas pada ketika itu dan Amir Bin Junus, Timbalan Pengarah Khas 2 PDRM untuk memperolehi pengakuan bertulis daripada Azizan Abu Bakar. DS Anwar telah disiasat, didakwa, dihadapkan ke mahkamah dan akhirnya didapati bersalah atas tuduhan itu.

Jadi, mengapa Musa ketika memegang jawatan selaku KPN, enggan menggunakan kuasa yang ada di tangannya untul menahan, menyiasat dan mendakwa Hishamudin Hussein. Mengapa setelah lebih daripada dua tahun bersara daripada jawatan KPN, barulah beliau bersuara?

Apa yang tersurat ketika Musa memberikan sdiang akhbarnya ialah, beliau mendakwa bahawa beliau telah tidak disambung kontrak jawatan KPN setelah tempoh kontrak kali keduanya tamat pada September 2010. Yang tersiratnya, sekiranya kontrak beliau disambung lagi, maka Musa akan kekal sebagai Musa, bekas pengusung tilam dalam kes perbicaraan Liwat 1 dulu. Beliau akan terus mendiamkan diri untuk menjaga periuk nasi beliau seperti kebanyakan ketua besar penjawat awam di sektor-sektor perkhidmatan yang lain.

Oleh itu, kemuculan Musa secara tiba-tiba ini, hendaklah kita terima dengan penuh kewaspadaan. Jika boleh, jangan diambil peduli oleh pihak Pakatan Rakyat. Biarkan itu menjadi urusan antara beliau dengan kerajaan Umno/BN yang sudah semakin hampir kepada tarikh luput.

Kita perlu ingat, dalam keadaan kerajaan Umno/BN amat-amat terdesak dan tertekan, mereka sanggup lakukan apa saja. Apalah sangat jika terpaksa mengorbankan 'seorang Hishamudin Hussein' yang bertaraf 'menteri aww aww', kerana sebelum ini, jawatan Timbalan Perdana Menteri pun pernah mereka korbankan demi menyelamatkan Umno/BN. APCO muncul dalam berbagai watak dan cara... Berhati-hatilah.

Dipetik dari - M@RHAEN


Empat Tokoh Besar Sertai PAS Malam Tadi

Posted: 01 Dec 2012 04:50 PM PST

(Rahman menyerahkan borang PAS kepada Ustaz Hadi malam tadi)


BATU PAHAT: Bekas Pengerusi konglomerat media negara, MRCB, Datuk Abdul Rahman Maidin mengumumkan pernyertaannya ke dalam PAS malam tadi.

Beliau yang juga bekas Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) mengumumkan penyertaan itu bersama tiga lagi bekas pegawai kanan kerajaan dalam Himpunan Kebangkitan Rakyat Negeri Johor malam tadi.


Turut serta adalah bekas Pengarah Eksekutif Felda Plantation Haji Mohd Sais Joned.



(Haji Mohd Sais menyerahkan borang kepada Ustaz Hadi dengan diperhatikan Pesuruhjaya PAS Johor, Datuk Dr Mahfodz)


Dua lagi adalah masing-masing bekas Pengarah Pelajaran Johor Hj Ramlan Sariman dan Timbalan Pengarah institur Perguruan Batu Pahat Haji Nasir Abdullah.

Kesemua mereka menyerahkan borang meyertai PAS kepada presiden parti itu Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan disaksikan hampir 30,000 hadirin.

Penyertaan mereka ini yang semuanya pegawai-pegawai tinggi kerajaan, dilihat satu lagi tamparan hebat kepada Umno yang baru sahaja selesai bersidang hari ini.

Tekanan juga pastinya dirasai Felda yang diterajui Tan Sri Isa Samad, yang kini sedang terpalit dengan pelbagai masalah khususnya isu penyenaraian Felda Global Venture Holding Bhd (FGVH).

Presiden Persatuan Anak-anak Peneroka Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman ketika mengulas kemasukan Mohd Sais ke dalam PAS berkata, ianya satu kekuatan baru kepada NGO itu untuk terus mendedahkan segala kepincangan yang sedang berlaku dalam Felda ketika ini.

"Penyertaan bekas pegawai kanan Felda ini akan lebih menguatkan perjuangan kita untuk terus membetulkan kepincangan dan salah urus Felda pada waktu ini," katanya.

Turut hadir dalam himpunan di Dataran Rakyat, Parit Haji Salleh Ros, Parit Raja, di sini malam ini termasuk Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta Timbalan Pengerusi DAP, Dr. Tan Seng Giaw.

Selain mereka, turut hadir Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, Naib Presiden PAS Salahudin Ayub, Pesuruhjaya PAS Johor Datuk Dr. Mahfodz Mohamed dan pemimpin PKR, DAP di peringkat negeri.


Isa Samad Akan Pecat 192 Pegawai Felda Yang Sokong PR

Posted: 01 Dec 2012 04:42 PM PST

BATU PAHAT: Felda yang dikuasai Umno BN akan melakukan pemecatan secara besar-besaran pegawai-pegawai kanan yang dilihat menyokong Pakatan Rakyat.

Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman mendedahkan, Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad bersama 'orang-orangnya' akan memecat 192 pegawai kanan di Felda-Felda di seluruh negara.

"70 peratus pegawai kanan Felda bersama Pakatan Rakyat jadi maklumat di hujung jari kita.


"Anak mendapat maklumat, secara besar-besaran Tan Sri Isa Samad dan konco-konconya dalam proses melakukan pembuangan 192 pegawai kanan Felda yang dianggap tak bersama mereka.

"Ada yang dalam proses diturunkan pangkat, ditukar dan dibuang kerja," kata beliau sewaktu berucap di Himpunan Kebangkitan Rakyat, di Parit Salleh Ros, Parit Raja dekat sini malam ini.

Mazlan juga mendedahkan, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan campur tangan bagi memastikan Koperasi Permodalan Felda (KPF) turut disenaraikan ke Bursa Saham.

"Sedang berlaku komplot tertinggi yang diketuai Datuk Ismail Sabri atas arahan Perdana Menteri untuk menyenaraikan KPF ke Bursa Saham Malaysia.

"Mereka nak senaraikan sebab kocek Felda dah kering kontang sekarang. Mereka nak senaraikan untuk apungkan saham Felda," katanya yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.

Selain itu, Mazlan berkata, beliau tidak gentar dengan ugutan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan untuk menyaman beliau kerana dakwaan mengenai saham Genting Berhad dalam Felda dan urus niaga Felda dengan syarikat Yahudi.

"Ahmad Maslan bercakap kali ke-50 untuk menyaman saya.

"Itulah skrip yg diulang. Dia dakwa saya buat fitnah.

"Kalau kena saman kita akan dedahkan di mahkamah lebih besar lagi skandal-skandal Umno dalam Felda," katanya.

Dipetik dari - HarakahDaily


PANAS - Ketua Bahagian Umno Buntingkan Anak Dara

Posted: 01 Dec 2012 07:36 AM PST

Siang tadi semasa menghadiri majlis kenduri di Bukit Puteri di Rawang Selangor saya dibisikan sesuatu berita yang tidak berapa menyeronokkan. Berita ini kontras dengan apa yang sedang berlaku di dewan merdeka PWTC di mana di situ ahli Umno sedang membincangkan dan mencari makenisme macam mana hendak mengekalkan kuasa parti berkenaan sebagai kerajaan.

Sebaliknya berita yang dibisikan kepada saya itu sungguh memeranjuatkan, iaini berhubung perbuatan maksiat seorang ketua Umno bahagian di Kelantan yang didakwa telah membuntingkan seorang mahasiswa tahun dua yang menuntut di IPTA di Ibu Kota.


Katanya gadis itu telah dibuntingkan empat bulan. Ibu bapa gadis mahasiswa berkenaan katanya telah membuat laporan polis berhubung kejadian itu. Keluarga gadis berkenaan katanya marah dan malu dengan kejadian itu dan telah mendesak ketua Umno bahagian itu mengahwini gadis tersebut.

Kerana desakan itu ketua bahagian berkenaan sanggup mengahwini gadis berkenaan. Laporan polis yang dibuat kemudian ditarik setelah ketua bahagian Umno itu sanggup menikahinya.

Menurut kawan yang membisikan berita itu, kejadian ini terbongkar apabila seorang kakitangan di Pejabat Pendidikan Daerah secara tidak sengaja menceritakan kejadian berkenaan kepada seseorang dan terlatas ke telinganya.

Kejadian ini sungguh mengaibkan Umno dan katanya menjadi liabiliti kepada Umno bahagian berkenaan khasnya. Ekoran kejadian ini sudah sudah orang ketua bahagian Umno yang bermukah dengan sehingga bunting. Sebelum ini dilaporkan seorang ketua bahagian telah bermukah dengan seorang ahli puteri dan mengandung. Bagaimana pun puteri berkenaan mengakui telah mengugurkan kandungannya.

Dalam pada itu seorang ahli Umno Kelantan memberi tahu dia ada mendengar kejadian itu tetapi tidak ada apa-apa tindakan di kalangan Umno bahagian. Beliau secara peribadi mengharap Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Mustapa Mohamed supaya menimbang sebaik mungkin sebelum ketua baahagian itu atau mana-mana ketua bahagia melakukan maksiat dari dipilih untuk menjadi calon dalam pilihan raya akan datang sekiranya Umno mahu menang.

Kedua-dua ketua bahagian itu disebut-sebut akan diletakkan bertanding dikerusi parlimen. Berita lanjut akan menyusur. [wm.kl.8:41 pm 01/12/12]

Sumber - MSO


Tuduhan Deepak: Adakah Muhyiddin bela Najib?

Posted: 01 Dec 2012 05:50 AM PST

KUALA LUMPUR- Dunia ternanti-nanti untuk melihat adakah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan membela Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dari pelbagai tuduhan Deepak Jaikishan, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

"Muhyiddin akan menyampaikan ucapan sebagai Timbalan Presiden dalam perhimpunan agung Umno.

"Rakyat malah seluruh dunia ternanti-nanti untuk melihat adakah Muhyiddin akan membela Najib dari semua serangan termasuk pelbagai tuduhan Deepak," katanya.


Jika Muhyiddin bermurah hati dan sudi membela Najib, kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu, rakyat ingin melihat pula sejauh manakah pembelaan itu.

"Bukan sahaja rakyat dan dunia ingin melihat sejauh manakah Muhyiddin bersungguh-sungguh membela Najib, mereka juga ingin melihat apakah yang tersirat dalam pembelaannya itu.

"Rakyat tidak bodoh, mereka boleh membaca apa yang tersirat di sebalik yang tersurat. Kata-kata yang positif dengan mudah dapat dibaca maksud yang negatif yang tersirat di sebalik kata-kata itu," kata Mahfuz.

Aksi Muhyiddin akan dinilai adakah benar dakwaannya bahawa beliau adalah timbalan yang setia kepada Najib, katanya lagi.

"Bagaimana Muhyiddin hendak memperlihatkan beliau adalah seorang yang setia kepada Najib, amat menarik untuk melihat bagaimana beliau memainkan peranannya terutama melalui ucapannya dalam perhimpunan agung Umno yang kini sedamng berlangsung.

"Atau, adakah Muhyiddin buat tak tahu sahaja dan membiarkan Najib menggelepar seorang diri menghadapi pelbagai serangan ke atasnya?

"Sama-samalah kita nantikan adegan yang ingin dilihat oleh semua orang itu," katanya.

Mahfuz juga menyatakan kehairanannya mengapa Najib terus membisu ketika Deepak bertalu-talu menuduhnya dengan pelbagai tuduhan.

"Jika Najib tidak nafikan tuduhan Deepak, rakyat pasti akan menerima apa sahaja yang dinyatakan oleh Deepak sebagai benar.

"Najib perlu nafi dengan meyakinkan, jika tidak orang terus tidak percaya memandangkan Najib sendiri yang berkali-kali menyebabkan dirinya langsung tidak boleh dipercayai," kata Mahfuz.

Dalam apa yang dilihat antara serangan paling tepat kepada Najib, antara lain Deepak mendedahkan bahawa akuan bersumpah kedua yang dibuat secara tergesa-gesa oleh penyiasat persendirian, P Balasubramaniam, untuk menarik balik tuduhan awalnya yang mengaitkan Najib dengan Altantuya Shaariibuu, adalah sebahagian daripada usaha untuk menggagalkan satu pengakuan yang dirancang berhubung pembunuhan wanita Mongolia itu.

-harakahdaily


Rosmah bakal dapat RM26 bilion dakwa Deepak

Posted: 01 Dec 2012 03:35 AM PST

KUALA LUMPUR: Deepak Jaikishan yakin, walaupun ramai calon Umno mempunyai peluang menang yang tinggi (Winneble candidate) tetapi dengan Datin Seri Rosmah Mansor yang menjadi penjaga golnya, Pakatan Rakyat mempunyai peluang cerah untuk menjaringkan gol.

"Tangannya penuh dengan bilion ringgit untuk ditangkap, jadi dia tidak mempunyai masa untuk menangkap bola yang ditendang masuk," kata Deepak dalam kenyataannya kepada media.

Atas dasar itu, Deepak bekas kawan baik Rosmah itu berkata, BN bakal gagal dalam pilihan raya ini.


Beliau menjangkakan, Pakatan akan mendapat 123 kerusi, BN 99 kerusi dan Rosmah akan mendapat RM26 bilion.

Deepak mengulas kes ini ketika mengulas ucapan perwakilan dari Kelantan yang mendakwa pasukan Red Warior di Kelantan akan menjadi contoh pengurusan Umno pimpinan Najib yang bakal menang dalam pilihan raya ini.

Ketika ditanya, di manakah beliau mendapat angka RM26 bilion tersebut, Deepak berkata, ia adalah hasil kiraan beliau berdasarkan projek yang melibatkan Rosmah.

"Saya membuat kiraan berdasarkan projek yang saya terlibat dan projek yang saya tahu dimiliki oleh dia," kata Deepak dalam satu kenyataanya malam tadi.

Deepak sebelum ini mendakwa beliau adalah rakan perniagaan Rosmah sebelum berbangkitnya kes Penyataan Bersumpah (SD) P Balasubramaniam.

Sejak kes P Bala, hubungan mereka bermasalah kerana beliau didakwa tidak menunaikan janji untuk menyelesaikan kes Bala.

Deepak berkata, dia hanya menolong kawan dalam kes itu bukannya terlibat secara langsung.

Dipetik dari - http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/14964-rosmah-bakal-dapat-rm26-bilion-dakwa-deepak


Deepak Bikin Gempar - Zahid Gagal Jawab

Posted: 01 Dec 2012 03:29 AM PST

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak menjawab dakwaan ahli perniagaan Deepak Jaikishan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak dan keluarga seperti yang beliau dijanjikan semalam.

Sebaliknya, beliau menghabiskan sebahagian besar ucapan penggulungannya selama 20 minit di perhimpunan agung Umno di PWTC hari ini, menzahirkan puji-pujian terhadap usaha perdana menteri di peringkat antarabangsa, dan seterusnya mengkritik parti-parti pembangkang.

Semalam, Zahid memberitahu Malaysiakini bahawa beliau akan memberi respons kepada isu itu dalam ucapan penggulungannya hari ini, tetapi ia tidak disebut langsung.

http://www.malaysiakini.com/news/215667

Tiada ulasan: