Rabu, 19 Disember 2012

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


HARUSANI TERTIDUR PANJANG

Posted: 19 Dec 2012 01:22 AM PST

Saya bukan sedih membaca laporan mengenai saranan Mufti Perak Harussani Zakaria yang menyuruh presiden Pas Abdul Hadi Awang menarik balik kata-kata yang dibuat Abdul Hadi 31 tahun yang dikategorikan sebagai Amanat Haji Hadi tetapi nak tergelak dan nampak sangat mufti itu tidak ada modal bagi mengekalkan populariti beliau dalam Umno.

Kenapa Saya bukan sedih tetapi hendak tergelak dan merasa amat lucu sekali dengan telatah "sekor" Mufti ini (meminjam istilah Najib membahasakan ketiga-tiga naib presiden Umno) dalam usaha mempertahankan Umno dan dalam masa sama menyerang Pas kerana terpaksa mengambil masa 31 tahun untuk membuat gesaan yang dianggap boleh menyedarkan orang Melayu agar menjauhi Pas.

31 tahun atau tiga dekad bukan satu masa yang pendek, tetapi lama.


Kenapa begitu lama sekali Harussani untuk menyarankan perkara itu? Apakah selama ini, beliau sedang membuat kajian dan menelaahkan berbagai jenis kitab (termasuk kulit merah dan hijau) terhadap kata-kata Abdul Hadi itu sehingga hari ini baru terkeluar saranan itu. Apakah sebelum ini, 31 tahun lalu beliau masih belum khatam dan belum cukup ilmu untuk menyanggah Abdul Hadi Awang?

Abdul Hadi mengeluarkan kata-kata disifatkan sebagai amanat itu pada tahun 1981 dalam majlis ceramah di Teluk Peradong, Terengganu. Ia telah terlalu lama dan isu ini pun tenggelam timbul. Yang nyatanya setiap kali kali ada pilihan raya maka Abdul Hadi dikaitan dengan amanah itu kononnya Pas mengkafirkan orang-orang Umno.

Jelas bahawa kenyataan atau amanah politik Haji Hadi itu juga dipolitikan oleh Umno dan ia bukan sesuatu mutlak menyentuh soal akidah. Kalau ia sesuatu yang serius kenapa dibiarkan begitu lama sampai 31 tahun tanpa diambil apa-apa tindakan? Seingat saya tidak ada mana-mana pihak membincang amanat politik Abdul Hadi itu secara tuntas. Ini bermakna amanat itu adalah amanat politik yang tidak menyangkut soal akidah dan maruah seseorang dan tidak perlu diperbesarkan.

Sekiranya ia membabitkan soal akidah dan maruah Umno dan umat Islam lain, sudah tentu Majlis Agama Islam Terengganu khasnya akan mengambil tindakan. Abdul Hadi akan didakwa di bawah undang-undang syariat negeri itu. Atau pun pihak pendakwa raya sendiri akan mendakwa Hadi dibawah Akta Hasutan 1948 kerana mengeluarkan kata-kata yang boleh menghuharakan keadaan.

Begitu juga Majlis Fatwa Kebangsaan akan bersidang dan membuat keputusan terhadap kata-kata Hadi itu. Tetapi kenapa tidak ada? Sudah berapa banyak Majlis Fatwa Kebangsaan membuat keputusan difatwa didalam hal-hal lain tetapi kenapa tidak kepada kata-kata Abdul Hadi?

Pembisuan ini mengesahkan bahawa kata-kata Hadi itu tidak mudarat. Institusi agama dan ulama lain memahami bahawa kata-kata amanat itu bersifat politik bukan yang teguh. Malahan Abdul Hadi sendiri tidak pernah dipukul ataupun darahnya setitik pun tidak mengalir ke bumi kerana dipukul oleh orang Umno dengan kata-kata itu. Apakah orang Umno semua pengecut, tidak... tetapi mereka sendiri memahami bahawa kata-kata Hadi itu adalah amanat politik yang tidak menjejaskan akidah dan kedudukan mereka sebagai seorang Islam.

Bukan itu saja orang-orang Pas juga akan bertindak ke atas Abdul Hadi Awang. Bukan sedikit di dalam Pas mereka yang mempunyai ilmu seluas Harusaani. Misalnya Dr Haron Din, dan beberapa ulama lain yang telah menjadi aruah tidak pun mempertikaikan kata-kata Abdul Hadi itu. Bahkan beliau terus mendapat dokongan untuk memimpin Pas, hari ini pula sampai diidolakan sebagai perdana menteri?

Jadi apa hal pula dengan Harussani tiba-tiba menyuruh Abdul Hadi menarik balik amanat yang berusia 31 tahun itu? Jawabnya mudah saja, Harussani yang kini telah menjadikan diri sebagai terompah kayu Umno redha ke mana saja terempoh itu dibawa bukan saja ke laman surau tetapi ada kalanya ke dalam jambtan tahi. Dan ada kalanya terompoh itu terjerlus ke dalam tandas.

Sikap Harussani itu sekali lagi menyebabkan wibawanya sebagai ulama yang sudah lama dipertikaikan terus dipertikaikan akan kredibilitinya. Orang akan beranggapan apakah beliau baru sedar perkara itu selepas hari ini atau semalam baru diberikan risalah mengenai ucapan Abdul Hadi itu oleh ketua penerangan Umno Ahmad Maslan.

Kalau Ahmad Maslan baru mengetahui hal amanat itu hari ini tidak mengapa, kerana dia baru berusia setahun jagung dan darah setampuk pinang sewaktu amanat itu dihebuhkan. Bahkan saya percaya Ahmad Maslan ketika ucapan itu dilapazkan Abdul Hadi beliau baru sembuh dari berkhatam beramai-ramai di Pontian, Johor.

Tetapi Harussani sudah sampai ke takah tujuh (bongkok tujuh) masakah tidak pernah mendengarnya. Malangaya kalau begitulah sikap dan perwatakan seorang mufti. Dia diharap menjadi petunjuk (hudan) kepada umat Islam sebaliknya semacam menjadi pesubahat dengan agenda-agenda politik yang busuk dan kohong.

Sebenarnya tindakan Harussani menggunakan statusnya sebagai mufti mengeluar pendapat dan pandangan-pandangan ajaib dan anih kontras dengan martabatnya sebagai mufti yang semuanya cenderong kepada politik Umno secara tidak langsung merosakkan perpaduan umat Islam negara ini. Kenyataan dan ulasan beliau juga mengelirukan pegangan umat Islam negara ini. Secara tidak langsung sikap sebegitu juga menjejaskan kredibiliti beberapa ulama atau mufti lain.

Apa yang dilakukan oleh Harussani itu, setelah amanat itu berlalu 31 tahun baru hendak 'menjatuhkan hukuman', ia satu kelewatan melampau. Tindakan itu orang akan suluh ianya ada udang di sebalik batu. Kalau kes itu semisalnya bahan buktinya sudah ditimbus seperti mayat manusia, nescaya ianya sudah mereput dan segala bukti tidak diperolehi lagi. Kelewatan itu juga menunjukkan apakah kerja mufti negara ini khasnya Harussaani sendiri.. apakah selama ini dia sendiri merasakan amanat itu hanya sampah saja?

Dalam tempoh itu sudah enam kali pilihan raya umum berlangsung, dan sudah tiga perdana menteri bertukar ganti. Ertinya sudah enam kali isu itu diangkat ke muka umum secara besar-besaran. Masakan beliau tidak mengetahui akan kisah amanat itu? Apakah waktu itu beliau merasakan kedudukan Umno tidak tercabar dan bakal hilang kuasa seperti kini, maka beliau mendiamkan saja? Kalau begitu cara berfikir dan Harussani melaksanakan tugas sebagai mufti maka jelas beliau seorang yang munafik dan pengkhianat kepada umat Islam.

Sekiranya amanat Hadi itu ternyata salah, bertentangan beliau tidak perlu tunggu 31 tahun. Atau paling lebih masuk tahun ke lima beliau sudah membuat saranan itu kepada Abdul Hadi secara jujur dan iklas atas sifat maslah bersama. Antara tugas besar mufti ialah menegur dan membimbing manusia ke jalan haq. Tetapi apabila dibiarkan 31 tahun dan menjelang pilihan raya ke 13, baru dia bersunggut maka nampak sangat saranan Harussani itu bukan dari atas kebenaran ajaran Islam tetapi ia didorong kerana sentimen politik melalu dan keterdesakan parti Umno yang akan tewas.

Ingin dijelaskan kerpada Harusanai kalau nawaitu dia membuat saranan tersebut untuk merendah-rendahkan dan membusuk-busukkan Abdul Hadi itu kerana mengharapkan umat Islam akan meninggalkan Pas dan kembali kepada Umno ia adalah sia-sia saja kerja itu persis menanam angin akan menuai asap saja. Orang Melayu dan Islam negara ini tidak mudah mabuk dan 'semabur' dalam fatwa-fatwa komersial seperti apa dilakukan Harussani itu.

Sebaliknya atas perbuatan Harusaani itu menampakkan yang beliau tidak siuman lagi dalam membuat fatwa atau pandangan yang adil dan saksama sesuai dengan kedudukan sebagai mufti. Pandangan dan teguran Harussani itu lebih merit membela Umno. Saya nak sebut juga disini takut Harussani sudah alpa bahawa Umno bukan agama jauh sekali ia adalah al-deen dinul hayat. Manakala tahu takut ke belakangan ini Harussani sudah menganggap Umno itu adalah sebuah agama bernama Islam maka ia perlu dipertahankan atas keyakinan mati dalam membela Umno mati syahid.


Pergaduhan Di Sungai Petani - UPDATED!!

Posted: 18 Dec 2012 03:41 PM PST

Apa sudah jadi di Sungai Petani? - UPDATED!

Updated :

Oleh kerana posting ini mendapat hits yang tinggi untuk hari ini so aku kemaskini sikit artikel agar lebih ter-susun dan memudahkan pembacaan.

Nota penting ;

Aku update isu sungai petani tue di blog lain [blog ini]. Lepas tue depa dok bertubi2 minta gambar. Aku ada. Gambar budak tue berdarah2.. tapi aku delete mesej budak yang inbox di kbsb tue. Dengan gambar2 tue sekali aku delete bila aku dah tahu macam mana nak delete mesej ** baru jumpa tadi itupun atas request dia yang minta delete...

Kot2 ada admin kbsb lain yang save tue aku tak gerenti lah plak. Sepertinya dia taknak didedahkan dan mohon admin agar jangan sebarkan gambar tersebut, maka aku hormati je la permintaan dia. Bahkan dengan gambar2 tue sekali aku delete. Aku takmo wujud apa2 konflik. Kot nya aku tetiba hilang sabar dan siarkan gambar budak yang cedera parah tue pula.. hehe bahaya. So better remove je terus dari inbox kbsb.


Tapi time dia inbox di kbsb, dia tak cakap apa2 pasal politik. Dia bagitau dari A sampai Z. Dia bagitau punca kejadian. Oleh kerana yang menjadi mangsa itu kenalan.. maka dia share kepada admin kbsb. Benda neh tak tersiar di berita. Tujuan dia share bukan suruh kutuk mana2 bangsa india just rasa injustice, aik apsal plak kawan dia jadi mangsa eh? Bukan dia kot yang bakar motor budak2 india.. mungkin ini pergaduhan budak2 gangster di sana tetapi budak2 yang tak bersalah dari kedua2 kaum ini pula menjadi mangsa prejudis dan persepsi bahkan sampai ada yang tercedera.. patut kah? Sudah tentu la tak patut.

Tetapi yang menjadi persoalan sekarang adanya puak2 sebelah sana menjadikan ia isu politik. Tetiba kaitkan ia dengan pr. Itu tak betul tue. PR tiada kaitan dengan citer neh. Citer neh hanyalah mengenai sesetengah bebudak india vs sesetengah bebudak melayu. Dan bebudak2 india serta melayu neh telah menjadikan budak2 india dan budak2 melayu yang lain, dimana tiada kaitan dengan apa2 pergaduhan, perselisihan dan etc2, sebagai mangsa. Itu yang sampai ada motor budak india kena bakar dan budak melayu kena tetak.

Itu apa yang aku diberitahu so aku citer balik je la. Selebihnya aku takmo ulas apa2 sangat pasal apa? Pasal aku malas bercakap atas benda yang aku kurang jelas. Tunggu la bebudak yang jadi mangsa tue sendiri jelaskan keadaan sebenar kat korang oke. Bai.

Petikan dari KBSB.

Kemaskini dari wall PDRM ;




Rujukan : https://www.facebook.com/PolisDirajaMalaysia

Dasat. Dasat. Aku tatau nak cakap apa. Aku baca je la cukup. Ini ada orang share info. Katanya just sharing.


Updated :

Maklumat sebelum ini dipadam kerana telah di ekplotasikan oleh pihak tertentu. Ada pihak yang terlibat dengan mangsa kejadian minta jangan politikkan isu neh kerana ia bukan isu politik dan bagitau dia tak minat dengan tohmahan segilintir penyokong partisan terhadap mangsa2 kejadian. Bahkan minta jangan pandai2 nak jadikan kes neh sebagai kes rusuhan kaum pula. Ini hanyalah isu gangster vs gangster yang telah menjadikan orang awam sebagai mangsa. Harap maklum.


Ini apa yang dinyatakan oleh kenalan kepada mangsa kejadian. Terima kasih, jika anda mahukan gambar dan sebagainya, mungkin ia akan tersebar sedikit lama lagi jika tuan punya badan izinkan. Oke bai.


Pemberitahuan ;

Posting ini telah dikemaskini sebanyak 5 kali.


1. Ada ayat yang terkandung dalam posting ini telah dibuang.

2. Yang mengatakan ditetak itu betul, tetapi kematian itu tidak dapat dipastikan.

3. Ini ialah pergaduhan sesama samseng yang menjadikan orang awam sebagai mangsa.

4. PDRM sedang mengambil langkah berjaga2.

5. PDRM meminta jangan jadikan ia sebagai isu perkauman.

Terima kasih.

Dipetik Dari http://sozcyili.blogspot.com/2012/12/apa-sudah-jadi-di-sungai-petani.html


Fahtul Bari ni bodoh ker apa?-Bhg ii

Posted: 18 Dec 2012 05:55 AM PST

Fathul bari melalut lagi, menempelkan kebodohannya lagi, kali ni lebih dasyat kerana merapu mengenai amanat Hadi 31 tahun lalu.Katanya TGHA perlu minta maaf secara terbuka kepada UMNO dan seluruh rakyat Malaysia kerana mengkafirkan UMNO yang ternyata meleset.Apa yang meleset dan apa yang tidak meleset tak tahu lah pulak.Sebaliknya pula Fathul Bari menyamakan perbuatan mengkafirkan orang Islam lain dengan Khawarij, atau dengan kata kata lain, Fathul Bari mengatakan TGHA adalah khawarij.

Mudahnya berhukum dengan perkara yang berkaitan ideologi tanpa sedikitpun mahu merujuk dengan pelawaan TGHA untuk bermuzakarah berkaitan dengan amanat itu.Ini terus menghukum, cuma yang peliknya hukumannya ialah minta maaf!kenapa minta maaf?kerana THGA mengkafirkan seluruh ahli UMNO? Istimewa sangat ker UMNO?atau seluruh ahli UMNO itu pengamal Islam yang patut?Atau UMNO adalah satu satunya parti yang teguh pendiriannya tentang Hudud?


Bercakap pasal hudud, apa kata Fathul Bari tentang pemimpin pemimpinnya yang pernah memperlekehkan hudud, bukan sahaja 31 tahun dulu, malah ada yang 50 tahun yang lampau, bukan seorang malah ramai sehingga pemimpin yang sakarangpun turut perlekehkan hudud!tak perlukan mereka ini minta maaf.Minta maaf pada ALLAH?

Inilah perkara yang menjadikan Fathul Bari ini kelihatan bodoh walaupun banyak ilmu.Kitab Mastika hadis keluaran jabatan perdana menteripun memasukan huraian lengkap mengenai kata kata pemimpin UMNO dulu dan sekarang serta keperluan untuk mereka bersahadah kembali di mana kalau mereka enggan menjadi kewajiban pemerintah melaksanakan hukum bunuh.Apa Fathul Bari mahu mengatakan kitab ini salah, atau mungkin kitab khawarij juga?

Memutarkan belit kenyataan memang sudah menjadi kerja UMNO tetapi agak malang seorang yang berimejkan "anak Pak Wahab" yang fokus kepada sunnah nabi tidak sepatutnya memberi bai'ah kepada ketua yang carahidupnya jauh dari sunnah.Apatah lagi anak Pak Wahab ini turut menimba ilmu putar alam dari ketuanya dan terus menerus memutarkannya demi untuk membenarkan setiap perbuatan ketuanya.

Bodohnya Fathul Bari kerana tidak sedar pembohongan itu bukan sahaja ketinggalan zaman tetapi secara jelas menyembunyikan fakta yang lebih penting dalam kehidupan umat Islam berbanding kehidupan orang orang UMNO yang semakin pupus.

Fathul Bari cuba menyembunyikan pelawaan muzakarah dan penjelasan tentang amanat Hadi yang dibuat bertahun tahun dulu sebaliknya turut sama dalam tindakan memutarkan semula amanat ini sebagai satu isu politik UMNO.Apakah Fathul Bari tidak menyedari bahawa hari ini ramai rakyat yang sudah mengetahui taktik dan teknik UMNO dalam persada politik negara dan Fathul Bari yang sepatutnya menjadi ulamak tempat rujukan UMNO turut sama bergelombang dengan tahi UMNO.

Memang bodohlah Fathul Bari ni.Semakin bercakap, semakin terserlah kebodohannya.

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=print&sid=1834


Tiada ulasan: