Blog-list Malaysia |
- Karpal Singh Akan Disingkir Hari Ini..
- Fitnah: Utusan diperintah bayar Karpal RM50,000
- Musuh Najib yang sebenar ada di dalam Umno
- Tentera Syria Guna Peluru Berpandu Scud Terhadap Rakyatnya
- Datuk K Kemalangan Jalanraya Di New Zealand
- Tajam Sungguh Sindiran Orang Tua Nie..
- Dikejar Dan Ditikam Samseng Umno
- Dunia Iktiraf Malaysia Juara Rasuah Dunia
Karpal Singh Akan Disingkir Hari Ini.. Posted: 13 Dec 2012 11:13 PM PST Memang Wujud Rancangan Gulingkan Karpal - K.Yogasigamany PETALING JAYA, 14 Dis - Pengerusi Dap Taman Chi Liung Indah, K.Yogasigamany mendedahkan kewujudan kelompok yang mahu menyingkirkan Pengerusi DAP Pusat Karpal Singh dari dari Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) menjelang Konvensyen DAP ke-16 yang bermula hari ini. Dalam sidang media tersebut beliau mendedahkan tindakan seorang pemimpin DAP Selangor, secara sulit telah bertemu dengan perwakilan dari DAP Klang dalam meminta sokongan dari Penasihat DAP Lim Kit Siang dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dalam usaha menyingkirkan nama Karpal daripada pemilihan pucuk pimpinan CEC. Beliau yang tidak mahu menamakan individu tersebut turut mendakwa anak kepada Karpal, Gobind Singh Deo akan dilobi dan dikempen untuk membolot jawatan penting dalam parti itu. "Ada pemimpin DAP Selangor telah bertemu perwakilan dari DAP Klang dan meminta sokongan dari Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, dan dirinya sendiri (pemimpin wanita DAP) yang mengiktiraf dirinya sebagai pemimpin tetapi tidak menamakan Karpal. "Ada ura-ura mahu Karpal digantikan dengan anaknya Gobind," katanya pada sidang media di Restoran Magic 1, di sini hari ini. Yogasigamany, bekas Ahli Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) bagi penggal Julai 2010 hingga Febuari 2012, sebelum ini pernah mendedahkan wujudnya campurtangan pemimpin tertentu dalam DAP dalam perlantikan Ahli Majlis MBSA bagi penggal 2012-2013 oleh DAP Selangor sehingga menyebabkan beliau dan beberapa nama lain yang dicalonkan tersingkir dan digantikan dengan pihak lain pada saat akhir. Wujud yang campur tangan dalam pelantikan ke jawatan itu bagi kuota parti itu hingga mengetepikan nama yang sudah dipilih.. - Sumber |
Fitnah: Utusan diperintah bayar Karpal RM50,000 Posted: 13 Dec 2012 09:57 PM PST Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur hari ini mendapati akhbar Utusan Malaysia milik Umno bersalah memfitnah Karpal Singh dan diperintah membayar gantirugi dan kos sebanyak RM70,000 kepada pengerusi DAP itu. Ia berhubung penyiaran satu tulisan dan akhbar itu empat tahun lalu melibatkan satu acara pada malam sebelum pilihan raya kecil Permatang Pauh. Satu bahagian dalam tulisan berkenaan dipetik sebagai kenyataan Karpal walaupun peguam itu tidak hadir di acara tersebut. Penulisnya, Zulkifli Jalil yang kini merupakan pengarang berita akhbar tersebut, membuat permohonan maaf secara terbuka ketika memberi keterangan dalam kes tersebut awal tahun ini. Hakim Nik Hasmat Nik Mohamad memutuskan bahawa permohonan maaf semata-mata tidak membebaskan Utusan daripada kesalahan fitnah. |
Musuh Najib yang sebenar ada di dalam Umno Posted: 13 Dec 2012 05:09 PM PST BN sedang menghadapi zaman getirnya. Lagi hampir pilihanraya sampai, lagi banyak masalah yang timbul. Dalam ingin memenangi pilihanraya UMNO mempunyai masalah berpuak-puak yang berusaha untuk memenangi puak yang mereka sokong untuk ke hadapan. Dalam masa yang sama Najib sedang menghadapi masalah peribadi yang besar hasil dari pembongkaran oleh mereka yang rapat dengan beliau (Najib) dahulu tentang banyak perkara. Isu Altantuya dengan akuan sumpah Bala Subramaniam dan kenyataan-kenyataan Musa Hassan merupakan isu yang mencengkam pemikiran Najib dan keluarga sekarang ini. Masalah yang dihadapi Najib ini tidak pula mendapat sokongan dari dalam UMNO sendiri kerana terlalu ramai dalam UMNO sendiri mahukan Najib berundur selepas keputusan pilihanraya yang dijangka buruk diumumkan. Ramai di dalam UMNO mahukan UMNO dan BN hanya memenangi jumlah kerusi yang kurang dari apa yang didapati dalam pilihanraya yang lalu. Jika ini berlaku maka mudahlah bagi 'Raja Muda' UMNO mengambilalih jawatan yang disandang oleh Najib sekarang ini. Najib nampaknya kesaorangan kerana dalam UMNO sendiri terlalu ramai yang berkeyakinan UMNO akan tumpas dan jika mendapat kemenangan pun UMNO akan hanya mendapat kemenangan tipis. Dalam kedua-dua situasi ini Najib terpaksa berundur dan melepaskan semua jawatan dalam parti dan kerajaan. Bagaimana situasi ini boleh berlaku, ia merupakan ulangan sejarah dalam UMNO kerana perkara seperti ini sememangnya biasa berlaku dalam parti itu. Hanya kali ini perpecahan yang berlaku akan menjahanamkan UMNO buat selama-lamanya kerana kekuatan Pakatan Rakyat yang menonjol dan jelas mendapat dukungan rakyat berbilang kaum sekarang ini. Najib sebagaimana yang saya sebutkan selalu, mempunyai musuh yang lebih ramai di dalam UMNO itu sendiri daripada musuh di luar parti itu.. Najib sedang berhadapan dengan musuh di hadapan beliau iaitu pihak pembangkang dan musuh yang lebih merbahaya sekali, iaitu musuh beliau yang berada di dalam UMNO itu sendiri. Ramai di dalam UMNO itu sendiri sudah merasakan yang UMNO itu sudah menjadi parti yang semakin hari semakin kurang mendapat keyakinan dari ahli-ahlinya sendiri. Elemen yang akan menjatuhkan UMNO itu bukannya disebabkan kekuatan pembangkang semata-mata, tetapi yang akan menjadikan UMNO itu kecundang ialah kerana kekurangan keyakinan di kalangan ahli-ahlinya sendiri. Persoalan yang mesti kita bertanya kenapa UMNO itu semakin hari semakin tidak diyakini oleh ahli-ahlinya sendiri? Salah satu dari sebabnya ialah kerana pucuk pimpinannya yang mempunyai terlalu besar masalah yang terpaksa memikul 'baggage' nya yang terlalu berat. Ahli-ahli UMNO yang pada asasnya tidak mempunyai daya juang yang kuat akan mudah merasa rendah diri apabila mereka melihat kemaraan Pakatan Rakyat yang semakain kuat dan di sebelah diri masing-masing melihat masalah peribadi pucuk pimpinan mereka yang terlalu besar. Apa yang menjadi masalah lagi ialah, tidak ramai pimpinan UMNO itu sendiri yang bingkas mempertahankan Presidennya sendiri kerana di dalam hati mereka yakin yang isu-isu serta tuduhan terhadap Presidennya itu ada asasnya dan mereka merasakan mempertahankan Najib itu akan mencederakan kredibiliti mereka sendiri. Malahan ramai di antara mereka tidak mahu di'associate'kan dengan Datuk Najib dan lebih mempunyai kecenderungan untuk mengaku untuk berpihak kepada Muhyiddin Yassin. Di belakang tabir ramai di kalangan ahli-ahli UMNO sendiri mahukan banyak kerusi dimenangi oleh pembangkang kerana mereka tidak mempunyai keyakinan yang Najib mampu memulihkan imej UMNO sebagai parti yang mempunyai kredibiliti. Ramai juga di kalangan pemimpin UMNO yang menangguk di air yang keroh untuk kepentingan peribadi mereka. Menikam pimpinan dari belakang ini merupakan kemahiran ramai pimpinan UMNO. Sekarang sejarah berulang sekali lagi. Datuk Hussein Onn terpaksa mengumumkan tidak mempertahankan jawatan sebagai Presiden UMNO pada Perhimpunan Agung 1981 selepas beliau di tandingi oleh Sulaiman Palestin pada tahun 1978 dahulu. Sulaiman Palestin telah menandingi jawatan Presiden UMNO pada tahun 1978 di atas permainan "Raja Muda' UMNO semasa itu untuk menekan Hussein berundur bagi 'Raja Muda' itu mengambil alih jawatan Presiden UMNO dan Perdana Menteri. Usaha 'Raja Muda' UMNO itu berjaya dan kejayaannya membaling batu sembunyi tangan itu menempatkan beliau menjadi Presiden UMNO secara percuma dalam tahun 1981 dan beliau telah mula memecahkan UMNO dengan melagakan Tengku Razaleigh dan Musa Hitam dalam pertandingan jawatan Timbalan Presiden UMNO dan inilah cara pemimpin yang saya selalu sebutkan namanya di dalam blog ini bermain politik. Secara sistematik beliau telah menghapuskan semua pemimpin yang berpengaruh dan mempunyai 'consequence' kepada negara dalam tempuh kurang dari sepuluh tahun. Tiada siapa yang beliau was-was dan cemburui akan selamat di bawah pimpinan orang ini. Dalam permainan politik intra UMNO sekarang ini pun, beliau adalah pemain utamanya dan jika diikutkan kehendak hatinya beliau mahukan Najib berhenti dan memberikan kuasa kepada Muhyiddin. Itulah sebabnya saya selalu berkata UMNO tidak perlu berdepan dengan pembangkang untuk tumpas, tetapi UMNO wajar berperang sesama sendiri terlebih dahulu sebelum berhadapan dengan pembangkang. Dalam pada Najib terdesak dengan permainan ini beliau terpaksa tunduk juga kepada pengaruh orang ini dan beliau (Najib) telah mengikut telunjuk dan kerenah orang ini sehinggakan banyak kesempatan diambil oleh keluaraga orang ini untuk mendapatkan peluang perniagaan secara monopolistik dalam negara ini. Selagi orang ini masih bercakap politik dan bercakap pasal UMNO selagi itulah politik negara kita akan berkecamuk kerana keadaan berkecamuk inilah yang di kehendaki beliau kerana situasi berpecah belah UMNO itu akan meletakkan beliau sebagai orang penting kepada semua pihak. Mungkin UMNO akan selamat apabila beliau berhenti bercakap politik yang membingungkan ramai orang itu. Tetapi apa pun samada beliau masih bercakap politik atau tidak UMNO sudah tidak bermaya lagi untuk maju dan eloklah begitu. Biarkan pihak lain pula yang mentadbir kita. Tidak ada salahnya jika kita lakukan secara serius untuk perubahan itu, kerana demokrasi membenarkannya. - http://aspanaliasnet.blogspot.com |
Tentera Syria Guna Peluru Berpandu Scud Terhadap Rakyatnya Posted: 13 Dec 2012 03:56 PM PST KABUL 13 Dis. - Tentera Syria meningkatkan serangan ke atas pemberontak dengan menggunakan peluru berpandu Scud sejak beberapa hari lalu, sekali gus meletakkan konflik di Syria semakin meruncing. Pegawai-pegawai Amerika Syarikat (AS) mendedahkan perkara itu, semalam dengan mendakwa tentera Presiden Bashar al-Assad melancarkan peluru tersebut dari Damsyik ke utara Syria. Seorang pegawai yang tidak mahu dikenali menganggarkan tentera Syria melancarkan lebih enam peluru berpandu Scud, mengesahkan maklumat awal yang dilaporkan The New York Times. Keadaan itu berlaku pada hari yang sama lebih 100 negara, termasuk Amerika Syarikat (AS), mengiktiraf pemberontak Syria sebagai wakil sah penduduk Syria, sekali gus memberi tekanan kepada pemerintahan Assad. Beliau bagaimanapun berkata, tiada petunjuk senjata kimia digunakan dalam peluru berpandu itu. Menurutnya, sejak minggu lalu pihaknya bimbang kelebihan yang diperolehi pemberontak memaksa Assad menggunakan senjata jenis itu. Jurucakap Jabatan Negara AS, Victoria Nuland turut mengesahkan tentera Assad menggunakan peluru berpandu ke atas pemberontak, namun tidak menyatakan jenisnya. "Pemerintahan beliau (Assad) berada dalam keadaan tertekan menyebabkan tenteranya melancarkan lebih banyak senjata dan yang terbaharu, kami menerima laporan peluru berpandu mula ditempatkan di beberapa kawasan," kata beliau. Sementara itu, beberapa letupan berlaku di luar Kementerian Dalam Negeri Syria semalam, menyebabkan tujuh maut, manakala 50 lagi cedera, menurut pegawai keselamatan. Bagaimanapun, Menteri Dalam Negeri, Mohammad al-Shaar dan beberapa pegawai tinggi kementerian itu terselamat dalam kejadian tersebut. - AGENSI |
Datuk K Kemalangan Jalanraya Di New Zealand Posted: 13 Dec 2012 06:51 AM PST Berita duka untuk Datuk Siti Nurhaliza hari ini apabila suaminya Datuk Khalid Mohamad Jiwa atau lebih dikenali sebagai Datuk K telah mengalami kemalangan jalan raya di Queenstown, New Zealand. Kemalangan yang berlaku kira-kira jam1 tengahari tadi Khamis (5petang, New Zealand) telah menyebabkan Datuk K mengalami kecederaan pada tangan dan kaki serta bahu beliau juga telah patah. Adik kepada Datuk K iaitu Datin Zaiton Mohamad Jiwa mengatakan bahawa akan berangkat ke New Zealand pada hari Jumaat (esok) bersama Datuk Siti Nurhaliza untuk melihat keadaan Datuk K disana. Datuk Siti Nurhaliza terpaksa membatalkan konsert yang bakal berlangsung di Banjarmasin, Indonesia. http://www.utaranews.com/2012/12/siti-nurhaliza-patah-bahu-dalam.html |
Tajam Sungguh Sindiran Orang Tua Nie.. Posted: 13 Dec 2012 05:35 AM PST KUALA LUMPUR 13 Dis: Akibat menonjol melebihi suaminya, Datin Seri Rosmah Mansor menjadi bahan sindiran mantan Perdana Menteri (PM), Tun Dr Mahathir Mohamad. Terbaru, isteri Datuk Seri Najib Razak itu sekali lagi mengejutkan rakyat dengan penghasilan buku biografinya yang dikatakan 'menjawab secara telus' isu dakwaan kononnya fitnah ke atasnya. Mahathir dilapor berkata, isteri PM itu berhak untuk menonjol setinggi mana sekalipun. Beliau ditanya mengenai pandangan sama ada profil Rosmah menjadi tinggi berbanding isteri PM sebelum ini. "Tidak ada format standard untuk dipenuhi sekiranya anda menjadi isteri kepada Perdana Menteri. Anda boleh menonjol semahunya," kata Mahathir dipetik. Mengulas isu ini, Ketua Srikandi KEADILAN, Siti Aisyah Shaik Ismail berkata, kenyataan Mahathir yang memberikan 'lampu hijau' untuk Rosmah menonjol semahunya adalah sindiran jelas dan peringatan kepada Najib. "Mahathir sebenarnya mahu ingatkan Najib bahawa tidak ada isteri PM yang lebih menonjol daripada Rosmah," kata Aisyah ketika dihubungi. "Semua rakyat tahu kedudukan Rosmah seperti PM. Tapi perkara ini dipandang sepi oleh Umno. Sebab itu Mahathir 'membenarkan' Rosmah ke depan," katanya. Dalam pada itu, beliau mengingatkan Rosmah supaya sedar siapa dirinya sebelum rakyat menghukum kesombongannya. "Kalau ikutkan, Rosmah baru sahaja beberapa tahun jadi isteri PM. Isteri Mahathir, (Tun) Siti Hasmah (Mohd Ali) pun tidak sepertinya yang lebih lama menjadi isteri PM. "Akibat keangkuhan itu, rakyat akan hukum Najib yang akhirnya kalah pada pilihan raya akan datang," ujar Aisyah. Dipetik dari - www.keadilandaily.com/ |
Dikejar Dan Ditikam Samseng Umno Posted: 13 Dec 2012 02:46 AM PST Ketua Pas Cawangan Lubuk Durian, Ismail Muhammad, 45, menerima tiga jahitan di punggung, selepas ditikam dengan sebilah pisau oleh seorang lelaki di hadapan sebuah kedai roti canai di Kampung Talak Ahad lalu. Dalam kejadian kira-kira jam 8.10 malam, sementara menunggu pesanan roti canai, beliau membantu mengunting nombor bertuah untuk penyokong Harimau Malaya yang datang menyaksikan perlawanan separuh akhir pertama Piala AFF Suzuki 2012 bertemu dengan Thailand. Bagaimanapun, beliau dikejutkan dengan bunyi skrin besar yang dipasang Pemuda Pas Dun Wakaf Bharu untuk siaran langsung perlawanan bola tersebut tumbang. Ismail berkata, terkejut dengan bunyi kuat itu, beliau segera keluar dari kedai untuk ke lokasi kejadian dan ternampak seorang lelaki sedang memotong tali ikatan skrin. "Dalam masa sama saya lihat lelaki berkenaan memijak skrin tersebut. "Saya menegur perbuatannya tetapi dia terus melibas pisau ke arah saya dan terkena dibahu, menyebabkan saya mengalami luka kecil," katanya. Menurutnya, bimbang dirinya diapa-apakan lelaki itu, beliau cuba melarikan diri tetapi dengan tiba-tiba lelaki tersebut menikamnya dari belakang dan terkena di punggung. "Akibat kejadian itu saya di bawa ke Unit Kecemasan Hospital Tumpat dan menerima tiga jahitan, seterusnya membuat laporan polis di Balai polis Chabang Empat," katanya. Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Tumpat, Deputi Superintandan Sharipudin Yusof ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut http://karatijau.blogspot.com/2012/12/ketua-pas-caw-cedera-ditikam-oleh.html |
Dunia Iktiraf Malaysia Juara Rasuah Dunia Posted: 13 Dec 2012 01:37 AM PST Tahniah dan jutaan terima kasih kepada Perdana Menteri kita iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak kerana hasil dari usaha gigih dan agenda transformasi yang dibawanya.. Kerana agenda transormasi yang dibawanya, negara kita Malaysia kini telah dinobatkan sebagai juara dunia dalam kategori rasuah.. Transparency International berkata Malaysia adalah negara terburuk dalam pada 2012 . Hampir 3,000 eksekutif dari 30 negara sama ada mereka telah kehilangan kontrak pada tahun lepas kerana pesaing membayar rasuah, keputusannya,di Malaysia, 50% daripada bancian berkata 'ya'. Tempat kedua adalah Mexico, yang berada di 48%. Menurut Wall Street Journal, Jepun disenaraikan sebagai tempat kurangnya rasuah di dunia untuk menjalankan perniagaan, dengan hanya 2% daripada responden . Sebaliknya Singapura berjiran dengan Malaysia adalah kedua paling bersih, yang merupakan 9%. Malah Indonesia, dengan reputasi lama untuk rasuah, meningkat lebih baik daripada dan lebih maju dari Malaysia. Sebagai perbandingan, 27% daripada responden di China berkata mereka fikir rasuah ialah kos mereka perniagaan, menurut laporan itu. "Ia menunjukkan sikap syarikat-syarikat swasta di Malaysia, menunjukkan bahawa rasuah dalam sektor awam boleh sistemik dan dalam erti kata yang diinstitusikan," Paul Low, presiden bab Transparency International Malaysia, katanya. - asd |
You are subscribed to email updates from BlogList Malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan