Biaqpila |
- JANJI DICAPATI VS JANJI MONOREL
- KEPUTUSAN EPL 08/12/12
- PANAS!!! Gajet Baru Untuk Pemandu Elak Perangkap AES
- TNB BOLEH JIMAT 3.5 BILLION SETAHUN JIKA PR JADI KERAJAAN
JANJI DICAPATI VS JANJI MONOREL Posted: 08 Dec 2012 02:00 PM PST DEY MACHA!!! JANJI MONOREL UNTUK PENANG NI PAK LAH DAH UMUM TAHUN 2006 LAGI BRO SAMPAI LANI APA PUN TARAK KAH! KAH! KAH! BERIBU JANJI DAH BUAT DULU KAT PAHANG KAT MELAKA,KAT TERENGGANU,KAT KEDAH,KAT JOHOR RAKYAT DAN AHLI UMNO DAH MUAK DENGAN BN JOM TUMBANG BN KAH! KAH! KAH! PM janji 20,000 rumah mampu milik, monorel jika perintah P Pinang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berjanji untuk memberi dua hadiah besar kepada rakyat Pulau Pinang iaitu pembinaan 20,000 unit rumah mampu milik dan perkhidmatan monorel jika Barisan Nasional (BN) diberi mandat semula untuk memerintah negeri itu. Katanya, 10,000 unit rumah mampu milik itu akan dibina dalam masa terdekat di bawah program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) manakala baki 10,000 unit akan dibina oleh agensi-agensi kerajaan termasuk JKP Sdn Bhd, Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda) dan Syarikat Perumahan Nasional Berhad (SPNB). "Rumah-rumah itu akan dijual di bawah harga pasaran untuk rakyat Pulau Pinang, contohnya jika rumah itu harga pasarannya RM500,000 kita jual dengan harga RM300,000 sahaja," katanya ketika berucap melancarkan Program Jelajah Janji Ditepati di Universiti Sains Malaysia (USM) di Pulau Pinang. Lebih 20,000 orang termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon dan Tan Sri Nor Mohamed Yakcop dan Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen menghadiri majlis itu. Najib berkata pakatan pembangkang yang mengambil alih pemerintahan di Pulau Pinang gagal menyelesaikan masalah rakyat malah tidak membina rumah mampu milik dan rumah kos rendah di negeri ini. "Sebagai contohnya isu Kampung Buah Pala, semua pemimpin pembangkang meletak tangan di atas kepala seorang penduduk dan berjanji kononnya dalam masa dua minggu mereka akan menyelesaikan masalah. Tetapi mereka gagal dan akhirnya kerajaan BN juga menyelesaikan masalah baki 26 penduduk di kampung itu," katanya. Beliau berkata permohonan untuk PR1MA boleh dibuat melalui online yang dibuka hari ini dan cabutan (undian mendapatkan rumah) akan dibuat secara telus. Najib berkata satu lagi janji yang akan ditunaikan ialah pembinaan perkhidmatan monorel sebagai langkah mengatasi kesesakan lalulintas yang semakin serius. "Kita tahu rakyat Pulau Pinang dihantui dengan kesesakan lalulintas. Jadi, jika BN menang kita tengok macam mana nak selesai masalah ini dan akan membina sistem monorel sama seperti perkhidmatan LRT (transit aliran ringan) yang ada di Kuala Lumpur," katanya. Beliau berkata rakyat Pulau Pinang layak untuk menikmati sistem pengangkutan awam yang lebih baik lagi dan perkara ini akan menjadi kenyataan jika mereka memberi kepercayaan kepada BN. Perdana menteri itu juga berkata BN tidak akan membiarkan orang Melayu di negeri ini terpinggir dan dalam masa yang sama akan terus membela kaum Cina dan India. Beliau berkata setiap satu undi untuk BN adalah undi untuk kestabilan dan kemajuan manakala satu undi untuk PAS adalah untuk perpecahan, satu undi untuk PKR adalah untuk mencapai perjuangan peribadi seseorang dan satu undi untuk DAP adalah undi untuk masa depan yang tidak menentu. Najib juga berkata label BN 'Janji Ditepati' adalah bagi menggambarkan dan meyakinkan rakyat bahawa parti itu sebuah parti yang boleh diberi kepercayaan dan amanah serta apa sahaja yang dijanjikan kepada rakyat akan ditunaikan. "Kalau kita sudah buat satu janji kita anggap janji itu satu ikatan. Dengan satu ikatan itu rakyat akan tetapkan kepercayaan dan amanah kepada kita. Kerajaan Barisan Naasional walau apa-apa pun kita janji, kita akan tunaikan dan tepati," katanya. - Bernama |
Posted: 08 Dec 2012 09:17 AM PST |
PANAS!!! Gajet Baru Untuk Pemandu Elak Perangkap AES Posted: 08 Dec 2012 04:00 AM PST KUALA LUMPUR: Orang ramai seolah-olah akan melakukan apa sahaja untuk melanggar undang-undang. Ketika kecoh diperkatakan tentang Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang masih diteruskan, muncul satu gajet baru yang dijual dalam talian untuk membantu pemandu mengelak daripada dikenakan undang-undang trafik dan mengelak kesalahan dikesan melalui kamera. Peranti buatan Taiwan ini dikenali sebagai "burglar-proof licence plate" tetapi ia juga mungkin dipanggil "sistem melarikan diri automatik" untuk perangkap kelajuan. Ia mengaburi nombor plat depan dan belakang kenderaan atau salah satu daripadanya dengan hanya menekan satu butang. Seorang ejen menunjukkan cara memasang plat yang dijualnya. Pengguna harus mengaktifkannya apabila mereka melihat tanda amaran kamera perangkap kelajuan. Kain hitam akan tertarik ke bawah secara automatik untuk menutup nombor plat, seperti versi kereta jenis Aston Martin DB5 yang digunakan dalam filem James Bond 'Goldfinger' dan Thunderball, pada tahun 1960-an. Alat ini, yang berharga RM400 agak mudah dipasang dan hanya mengambil masa kurang dari satu jam, telah menjadi item panas dan laris dengan penguatkuasaan AES. Ia sedang dipasarkan melalui akaun Facebook yang menyenaraikan nombor telefon ejen di sekitar Lembah Klang. Malah, terdapat juga peniaga di sekitar Johor dan Pahang. Pemandu juga boleh membawa peranti ke kedai-kedai aksesori kenderaan untuk dipasang dengan upah kira-kira RM30.The Star bertemu seorang ejen di Bandar Sri Damansara yang mempunyai beberapa unit alat ini di dalam but keretanya. Lelaki itu, dalam usia 40-an menjelaskan bagaimana untuk memasang penutup plat, wayar dan bingkai logam serta bagaimana untuk mengujinya sebelum digunakan. "Pada mulanya, saya menjual satu atau dua unit kepada kawan rapat melalui Facebook tetapi kini permintaan sangat baik dengan adanya AES dan saya dapat menjual kira-kira 15 unit sehari," katanya. Dia juga menawarkan lain-lain "nasihat" yang melanggar undang-undang, seperti di mana letaknya perangkap kelajuan di sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan dan Lebuhraya Karak. "Jika anda ke Johor Bahru, tutup nombor plat depan kerana kamera hanya menangkap gambar dari hadapan. Jika anda menuju ke Kuantan, Pahang, tutup nombor plat belakang kerana kamera hanya menangkap gambar dari belakang," katanya. Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Pengangkutan Jalan Selangor Ahmad Awang berkata menutup nombor plat adalah satu kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987. "Pesalah boleh disaman dan diperintah untuk menghapuskannya. Adalah suatu kesalahan jika plat atau sebahagiannya dilindungi, begitu juga jika saiz huruf atau nombor berubah dan tidak boleh dilihat dengan jelas. "Jika ditangkap, pesalah perlu membuka alat tersebut dan membawa kenderaan untuk pemeriksaan dalam tempoh masa yang ditetapkan," katanya.mstar sumber: BARANGBAIK |
TNB BOLEH JIMAT 3.5 BILLION SETAHUN JIKA PR JADI KERAJAAN Posted: 07 Dec 2012 05:57 PM PST PKR hari ini menawarkan kaedah penjimatan RM3.47 bilion setahun daripada bayaran yang dibuat oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) kepada syarikat pembekal kuasa bebas (IPP) sekiranya mereka memerintah selepas pilihan raya umum akan datang. Ia akan dapat dicapai melalui pengurangan rizab margin kuasa elektrik dan rundingan semula kontrak sedia ada di antara IPP dan TNB, kata Pengerusi Biro Pelaburan dan Perdagangan PKR, Wong Chen. Menurut Wong Chen, pulangan atas pelaburan (ROI) IPP sekarang secara puratanya adalah 19 peratus - satu kadar keuntungan yang terlalu tinggi berbanding penanda aras global yang meletakkannya pada kadar 10 peratus shaja. Mengambil kira sektor penjanaan kuasa yang melibatkan kontrak jangka panjang dan risiko operasi yang kecil, Wong percaya ROI tersebut boleh dirunding semula kepada 10 peratus sahaja dan membolehkan TNB menjimatkan RM2.6 bilion setahun. "Pakatan Rakyat komited untuk merunding semula dengan IPP untuk menurunkan purata ROI daripada 19 peratus kepada 10 peratus," katanya. Beliau turut mencadangkan agar rizab margin kuasa sekarang pada 38 peratus dikurangkan kepada 20 peratus sahaja yang merupakan satu kadar optimum. Langkah tersebut katanya akan membolehkan TNB menjimatkan RM870 setahun. Penjimatan yang diunjurkan PKR itu juga akan melonjakkan keuntungan tahunan TNB kepada RM5.6 bilion daripada RM2.14 bilion setahun, tambahnya lagi. Beliau turut menyatakan komitmen PKR untuk memastikan pentadbiran TNB bebas campurtangan politik dan perkongsian laba TNB dengan pekerja dan pengurusan TNB apabila sasaran kewangan dan operasinya dipenuhi. "Kita akan pertimbang penjualan 10 peratus saham TNB yang dipegang Khazanah kepada semua 30,000 pekerja dan pengurusan TNB. "Ini sebahagian daripada dasar ekonomi "management buy-out" untuk mewujudkan kelas menengah pengurus - pemilik dan mengurangkan penglibatan kerajaan dalam sektor swasta," katanya. MK |
You are subscribed to email updates from Biaqpila™ To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan