Anak Sungai Derhaka |
- UMNO bela akidah orang Islam konon.. Malaysia akan jadi tuan rumah Anugerah Grammy K-Pop..
- Najib tak jadi mai Penang esok?.. betoika?
- Utusan akan disaman lagi oleh Guan Eng!!
- Disaman RM10Juta.. PapaGomo tak mengaku dia pemilik Blog PapaGomo..
UMNO bela akidah orang Islam konon.. Malaysia akan jadi tuan rumah Anugerah Grammy K-Pop.. Posted: 07 Dec 2012 04:56 AM PST "Yakin dan percayalah satu undi untuk PKR (Parti Keadilan Rakyat) bermaksud satu undi untuk kerosakan akidah dan kerosakan umat. Satu undi untuk Pas bermakna satu undi untuk perpecahan. Satu undi untuk DAP bermakna satu undi penindasan ke atas bangsa tercinta. "Satu undi untuk UMNO dan BN adalah satu undi untuk keselamatan akidah orang Islam. Satu undi untuk BN, satu undi untuk perpaduan dan kekuatan umat. Satu undi untuk BN, satu undi pembelaan bangsa Malaysia," kata Datuk Seri Mohd najib tun Abdul Razak, Presiden UMNO ketika menggulung perbahasan pada hari terakhir Perhimpunan Agung UMNO 2012 di PWTC baru-baru ini. REALITINYA?.... Malaysia akan menjadi tuan rumah kepada Anugerah Grammy Korea Selatan, The Samsung Galaxy 27th Golden Disk Awards (GDA) buat pertama kalinya diadakan dinegara kita pada 15hb Januari hingga 16hb Januari 2013 di Litar Antarabangsa Sepang. Ianya bakal menjadi satu event K-Pop yang paling meriah dan besar pernah diadakan di Malaysia menurut penganjurnya. Seramai 20 kumpulan K-pop akan mengadakan pertunjukan dan dipercayai hampir 20,000 penonton akan hadir. Tiket-tiket berharga RM688 dan RM999 akan mula dijual pada 9hb Disember ini. MASIH NAK YAKIN JIKA BERI UNDI KEPADA UMNO MAKA AKIDAH UMAT ISLAM DINEGARA KITA TERJAMIN TERBELA? ADAKAH DENGAN MENGANJURKAN PESTA K-POP SECARA BESAR-BESARAN MAKA ITU TANDANYA UMNO MEMBELA DAN MEMPERTAHANKAN ISLAM? ~ Omak Kau!! |
Najib tak jadi mai Penang esok?.. betoika? Posted: 07 Dec 2012 01:49 AM PST Setelah heboh dicanang Media UMNO ke seluruh negara, Perdana Menteri DS Najib dikatakan tidak akan hadir ke satu majlis yang dirancang sebegitu lama di Pulau Pinang esok. Maklumat ini disahkan sendiri menerusi sepucuk surat yang dikeluarkan anak syarikat Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA), UDA Land (North) Sdn. Bhd., yang menyebut majlis pecah tanah pembinaan Warisan Tanjong di Tanjong Tokong yang sepatutnya dirasmikan Najib esok, terpaksa dibatalkan kononnya atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Surat yang bertarikh 3 Disember lalu yang ditandatangani Ketua Pegawai Operasi UDA Land (North) Sdn. Bhd., Kamarudzaman Mohd Zain itu baru tersebar di laman sosial. Dalam surat empat perenggan itu, Kamarudzaman tidak menyatakan secara terperinci sebab-sebab pembatalan majlis tersebut, tetapi dipercayai skandal penipuan penjualan tanah oleh beberapa pemimpin Umno Pulau Pinang yang diketuai timbalan pengerusi badan perhubungan Umno negeri, Musa Sheikh Fadzir adalah di antara penyebab utamanya. Sambil 'memohon maaf dan dukacita' di atas pembatalan majlis tersebut, Kamarudzaman dipercayai sudah mengarahkan kakitangan UDA yang dikerah hadir menyambut Najib di majlis pecah tanah tersebut supaya membatalkannya serta-merta ~ Jalan Pulang Mungkin Najib batalkan sebab dia tahu Ustaz Azhar Idrus pun ada program di Pulau Pinang maghrib esok kot? ( Banner lihat di SINI ) Kalau dia buat juga hanya penjilat-penjilat dia dari UMNO saja yang datang apa faedahnya.. buang masa!! |
Utusan akan disaman lagi oleh Guan Eng!! Posted: 06 Dec 2012 10:55 PM PST Kalau tadi korang dah baca pasal PapaGomo disaman RM10 Juta oleh Husam Musa..( SINI ) Ini pula tentang Lidah Rasmi UMNO yang sekali lagi akan disaman oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng kerana menyiarkan laporan berbentuk fitnah.. Berapa Juta RM aku tak tahu.. pasal Andrew Yong, Pegawai Undang-undang Khas kepada Ketua Menteri Pulau Pinang tak bagitahu berapa Juta pula saman akan dikenakan terhadap Lidah Rasmi UMNO itu.. Ini kenyataan medianya.. Utusan Malaysia Akan Disaman Kerana Menyiarkan Berita Bersifat Fitnah Jahat Bahawa Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng Menerima Rasuah Termasuk Menyewa Rumah Daripada Pengarah Kuala Lumpur Interntional Dental Centre Sdn Bhd (KLIDC) Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng akan mengarahkan peguamnya untuk memfailkan saman malu terhadap penerbit Utusan Malaysia kerana menyiarkan berita fitnah jahat bahawa beliau menerima rasuah. Dalam Utusan Malaysia hari ini dan sebelum ini, suratkhabar milikan UMNO itu turut menyiarkan kenyataan Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang, Shaik Hussein Mydin, bahawa Ketua Menteri Lim telah menerima rasuah seperti berikut:- "Guan Eng perlu faham rasuah juga merangkumi skop penyalahgunaan kuasa dan pecah amanah seperti banglo mewah yang disewanya daripada seorang pengarah berkepentingan dalam KLIDC belum terjawab" Sebelum ini, Shaik dan BN telah menyatakan bahawa Ketua Menteri menerima rasuah wang daripada KLIDC; kini pula Shaik pusing dan menyatakan bahawa Ketua Menteri menyewa rumah daripada pengarah KLIDC. Ini pun adalah suatu fitnah dan kenyataan palsu yang bertujuan menjatuhkan imej, kedudukan dan kerjaya politik Ketua Menteri. Rumah yang disewa oleh Ketua Menteri tidak dimiliki oleh pengarah ataupun pemegang saham KLIDC. Tuanpunya rumah sewa Ketua Menteri tidak pernah membuat pembidaan pun ke atas tanah yang dimenangi oleh KLIDC secara tender terbuka, baik secara individu peribadi mahupun menerusi mana-mana syarikat sebagai pemegang saham atau ahli lembaga pengarah. Fitnah jahat Shaik dan Utusan Malaysia semata-mata suatu rekaan kosong demi mencapai niat jahat politik menjelang pilihanraya besar yang akan datang. Saman malu akan difailkan ke atas Utusan Malaysia dan Shaik demi membolehkan Ketua Menteri membuktikan bahawa beliau adalah bersih dan tidak menerima rasuah daripada KLIDC. Macam mana KLIDC boleh mendapat sebarang kelebihan, keutamaan atau faedah memandangkan bahawa tender terbuka dijalankan secara kompetitif dan diiklankan di suratkhabar termasuk yang dimiliki oleh BN, dan harga tender tertinggi sahaja yang dipilih? Saman malu yang akan difailkan terhadap Shaik dan Utusan Malaysia akan menunjukkan bahawa Ketua Menteri Pulau Pinang tidak akan menunduk kepada desakan pertubuhan rasis UMNO, dan tidak takut akan UMNO dan Utusan seperti parti-parti komponen BN, MCA, Gerakan dan MIC. Betapa hilang kredibiliti Shaik dan UMNO dibuktikan apabila Shaik gagal menepati janji meminta maaf kepada Ketua Menteri sebelum ini kerana membuat dakwaan palsu bahawa Lim dalam ucapannya dalam jamuan makan malam DAP di Pulau Pinang pada Mac 2012 telah menunjukkan bahawa beliau tidak memerlukan sokongan kaum India. Apabila video ucapan Ketua Menteri jelas menunjukkan bahawa beliau telah meminta sokongan daripada kaum India, Shaik enggan mengakui dan meminta maaf seperti yang dijanjikan atas fitnah dan pembohongannya. Itulah sebab cara yang paling baik untuk menentang fitnah pemimpin UMNO yang cakap tak serupa bikin adalah dalam mahkamah supaya bukti dapat diberikan secara hitam putih tanpa sebarang keraguan. Lim Guan Eng **Kenyataan Akhbar Andrew Yong, Pegawai Undang-undang Khas kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, di George Town pada 7.12.2012** |
Disaman RM10Juta.. PapaGomo tak mengaku dia pemilik Blog PapaGomo.. Posted: 06 Dec 2012 07:07 PM PST Dari pendedahan-pendedahan yang berunsur fitnah yang dibuatnya, aku sangkakan dia ini seorang yang bertanggungjawab.. tapi rupanya sama saja dengan pencacai-pencacai UMNO yang lain.. berani baling batu tapi takut nak tunjuk tangan.. Menurut sumber yang mengikuti pusingan pertama saman Husam terhadap PAPAGOMO yang berjumlah RM10juta itu: PAPAGOMO ini menggunakan peguamnya untuk kerap meminta penangguhan. Tak tau kenapa PAPAGOMO nak pengangguhan ni. Yang lebih menyedihkan, PAPAGOMO seboleh-boleh MENAFIKAN yang blog PAPAGOMO beliau itu bukan miliknya. Kita semua ingatkan PAPAGOMO mahu mempertahankan hujjah tulisan beliau yang tidak disukai Husam Musa itu. Rupanya, sikit pun dia tak sentuh tulisannya itu. PAPAGOMO lebih selesa menafikan blog beliau itu adalah miliknya. Rupanya, manusia PAPAGOMO ni hanya berani mengaum dalam alam siber sahaja. Bila disuruh bertanggungjawab di atas tulisannya, dia menikus. Manusia PAPAGOMO ini adalah jenis manusia pengecut, bachul dan suka baling batu sembunyi tangan. Dia lebih selesa melontar tuduhan dan fitnah dari jauh tanpa mengira tuduhan itu benar atau tidak. Apabila dia disuruh bertanggungjawab di atas tulisannya, terus lari lintang pukang. Dia ingin mengikut jejak langkah kawannya, si Ruang Bicara Faisal, yang berjaya mengelak dari di saman kerana Mahkamah tidak yakin bahawa Faisal ini adalah tuan punya blog Ruang Bicara Faisal. Namun jangan takut kerana walaupun RBF ini menang pusingan pertama, kes beliau sedang berjalan di Mahkamah Rayuan. Khabarnya kali ini selori saksi2 akan memberi keterangan mengecam manusia bachul bernama Faisal ini.Maka atas pengalaman dengan blogger bachul nama Faisal itulah, kali ini peguam2 Husam Musa telah menyeret selori saksi yang akan mengecam PAPAGOMO. Termasuk yg akan jadi saksi adalah sepupu kepada Papagomo sendiri. Kalau ahli keluarga pun cam dia, mcmna dia nak nafi lagi? Rasanya kali ini PAPAGOMO tidak akan dapat lari seperti kawannya di Faisal itu. Ini kerana trick si Faisal tu Husam Musa serta lawyer2 Husam sudah maklum. Apa punya manusia si Papagomo ni. Blog sendiri pun tak nak mengaku. Jelas kepada kita bahawa Papagomo ini adalah manusia pendusta. ~tulangbesi |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan