Anak Sungai Derhaka |
- Hebatnya lakonan Ketua Penerangan Pemuda UMNO Gombak nie...
- Penjelasan dari Samseng UMNO tentang keganasan di Gombak (Video Inside)
- Laporan Polis dibuat terhadap Samseng UMNO Gombak..
- UMNO arah provokasi ceramah Gombak.. SMS sebagai bukti..
- 1,600 Keluar PAS sertai UMNO..
Hebatnya lakonan Ketua Penerangan Pemuda UMNO Gombak nie... Posted: 05 Dec 2012 08:05 AM PST Gambar di atas ialah gambar Mohd Faizaruddin bin Mustafha, Ketua Penerangan Pemuda UMNO Cawangan Batu 8, Gombak yang dikatakan bersama kumpulannya telah mengganas di ceramah Jelajah Merdeka Rakyat semalam. Faizaruddin dilaporkan telah menerima sembilan jahitan setelah dibaling dengan batu oleh penyokong Pakatan Rakyat yang menghadiri ceramah tersebut. Menurut Faizaruddin, serangan dicetuskan oleh penyokong Pakatan Rakyat yang menyerang kumpulan Pemuda UMNO yang berdiri di hadapan Bilik Gerakan UMNO dan menjerit ke arah Anwar Ibrahim "TIPU". Pada masa yang sama, di Bilik Gerakan itu sedang berlangsung program anjuran Pemuda UMNO. Kelompok Pemuda UMNO yang tidak bersenjata diserang kumpulan penyokong Pakatan Rakyat yang membawa senjata termasuk senjata tajam yang diperolehi di gerai jualan dalam ceramah itu. Ini gambar beliau sebelum kepalanya dibalut... Kononnya menerima sembilan jahitan dikepalannya.. oleh itu pembalut pun mestilah besar.. lihat gambar di bawah.. Hari ini pula.. untuk meraih simpati rakyat dalam sidang medianya bersama Ketua Pemuda Umno Gombak, Datuk Megat Zulkarnain Omar Din yang telah turut disiarkan oleh TV3 pembalutpun dibuka.. kononnya biar ramai yang nampak luka dikepalanya.. Katanya meneriman sembilan jahitan di kepala?? mananya? Ini lagi video keganasan samseng UMNO semalam.. |
Penjelasan dari Samseng UMNO tentang keganasan di Gombak (Video Inside) Posted: 05 Dec 2012 04:12 AM PST Laporan dari media pro UMNO mendakwa dalam keganasan yang telah berlaku di ceramah Jelajah Merdeka Rakyat di Gombak semalam 4 orang penyokong UMNO/BN telah cedera. Antara yang dilaporkan cedera itu termasuklah salah seorang Ahli Jawatankuasa UMNO Cawangan Batu 10 Gombak Mohd Faizaruddin telah mengalami kecederaan di bahagian kepala. Kejadian tersebut berlaku setelah berlaku pertembungan program di antara pihak Pergerakan Pemuda UMNO dan PKR yang masing-masing menganjur di lokasi yang sama di Batu 8 Gombak Selangor. Program Ceramah anjuran PR itu telah dihadiri oleh Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim diiringi beberapa Pimpinan PR termasuklah Timbalan Presiden PKR Azmin Ali dan Setiausaha PAS Gombak Khairul Fahmi. Manakala Program Pergerakan Pemuda UMNO yang berlangsung di hadapan Ceramah parti lawan dipimpin oleh Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Gombak Datuk Megat Zulkarnain. Ianya juga disertai Pergerakan Wanita UMNO Bahagian berkenaan. Berikut adalah cerita dari samseng UMNO yang cedera itu.. Dia kata UMNO pun ada program kat situ, bila DSAI datang diaorangpun menerpa untuk melihat suasana.. Dah ada program sendiri apahal pulak nak menyibuk dengan program Pakatan Rakyat?.. teruskanlah program korang tu.. Mungkin provokasi terhadap program Pakatan Rakyat itu sebenarnya adalah program mereka.. sebabnya banner di bawah ni bukannya boleh dicetak dalam masa lima minit.. |
Laporan Polis dibuat terhadap Samseng UMNO Gombak.. Posted: 05 Dec 2012 02:55 AM PST Satu laporan polis telah dibuat oleh YDP PAS kawasan Gombak berikutan insiden samseng UMNO yang menggangu ceramah Pakatan Rakyat semalam. YDP Pas Gombak, Ustaz Salehudin Nasir bersama SU PAS Gombak, ke Balai Polis Gombak membuat laporan terhadap kes serangan dan keganasan yang dilakukan oleh samseng UMNO semasa program Jelajah Merdeka Pakatan Rakyat dengan harapan dalang yang melakukan provokasi ditahan dan dibicarakan dengan adilnya. Ini laporan Polis yang dibuat.. |
UMNO arah provokasi ceramah Gombak.. SMS sebagai bukti.. Posted: 04 Dec 2012 11:28 PM PST Serangan sekumpulan samseng terhadap ceramah Jelajah Merdeka Rakyat di Gombak malam tadi didahului dengan penyebaran khidmat pesanan ringkas (SMS) berupa 'arahan' beberapa hari sebelumnya. SMS itu menyatakan arahan supaya membantah kehadiran Datuk Seri Anwar Ibrahim pada program yang diadakan di Dataran Sharuddin, Batu 8 1/2 di Gombak. SMS itu didedahkan Ketua Cawangan PAS Kampung Gombak Utara, Haider Samsudin malam tadi. Katanya, beliau menerima SMS itu beberapa hari sebelum ceramah berlangsung. "SMS ini disebarkan kepada orang ramai khususnya pemimpin PAS dan anggota supaya tidak turun ke ceramah. Ia juga mengandungi bukti arahan supaya rakyat turun beramai-ramai buat provokasi pada ceramah," jelasnya. Pada program itu, Haider cedera di kepala akibat dibaling objek keras dipercayai pasu oleh samseng Umno. Berikut SMS tersebut : 1. Adalah dimaklumkan pada tarikh 4.12.2012 hari selasa malam, ketua pembangkang anuar ibrahim akan datang ke gombak utara bt 8, diharapkan tuan tuan dapat menurunkan seberapa ramai pemuda cawangan bagi menghalang kehadiran beliau ke gombak utara. Tuan tuan! Gombak Utara adalah maruah kita, sama samalah kita turun beramai ramai pada malam tersebut. 2. A.kum & slm perjuagan.. diseru semua ketua 4 sayap caw2 (Cawangan-cawangan). PDM (Pusat Dun Mengundi) Bt (batu) 9 Gbk (gombak) dpt (dapat) menurunkan seberapa ramai ahli caw.ke perkarangan pjb (pejabat) Dun Simpang bt 8 gbk (gombak) mlm (malam) ini jam 8mlm (malam) bg (bagi) menyokong BANTAHAN kehadiran KETUA PENGKHIANAT BANGSA ke kg kita gbk (gombak) utara.. moga kita sama2 dpt (dapat) membela kg kita & mempertahankan kubu kuat kita dr (dari) dikhianati oleh egen ZIONIS ini… su (setiausaha) pdm (Pusat Dun Mengundi) bt (batu) 9 gbk (gombak). Penyebaran SMS itu turut disahkan Timbalan Ketua Cabang KEADILAN Gombak, Amirudin Shari dalam kenyataan pagi ini. "Beberapa hari sebelum program, pimpinan Pakatan Rakyat Gombak telah dimaklumkan bahawa terdapat pesanan ringkas (SMS) yang berlegar untuk menggesa Pemuda Umno Gombak turun untuk menghalang program yang akan berlangsung," kata Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Caves itu. Ekoran itu, sebagai langkah keselamatan, kepimpinan Pakatan Rakyat Gombak membuat satu laporan polis Isnin lalu di Balai Polis Gombak bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini. ~ Keadilandaily |
1,600 Keluar PAS sertai UMNO.. Posted: 04 Dec 2012 08:46 PM PST Sekumpulan anak muda adalah antara 16 anggota PAS Kampung Genting Palas dan Bendang Hilir di Kuala Nerang, yang bertindak keluar parti dan menyertai Umno selepas kecewa dengan hala tuju PAS sekarang. Mohd Shukri Che Dam, 23, berkata beliau menyertai PAS tiga tahun lepas, namun kecewa selepas mendapati perjuangan parti itu dipengaruhi pemimpin tertentu, bukan kehendak majoriti. "Mereka (pemimpin pertengahan) takut sangat hendak kritik pemimpin atasan khususnya dalam soal pelaksanaan hukum hudud yang disanggah DAP. "Kami golongan muda sangat kecewa dengan perkembangan ini dan sebab itu memilih Umno yang lebih konsisten memperjuangkan Islam untuk meneruskan agenda memartabatkan agama dan bangsa Melayu," katanya yang ditemui ketika menyerahkan borang keanggotaan Umno kepada Ketua Umno Padang Terap Datuk Seri Mahdzir Khalid, di Kuala Nerang malam tadi. Bagi Zakiah Arshad, 32, beliau kecewa kerana pemimpin PAS di kawasannya tidak mengendahkan kebajikan anggota, terutama yang memerlukan bantuan. Beliau yang menyertai Umno bersama ibunya, Zainab Ahmad, 58, berkata tidak ada seorang pun pemimpin PAS menziarahi bapanya Arshad Husin, 78, yang sedang sakit. Zakiah juga berkata lima lagi adik beradiknya akan menyusul keluar parti itu dan menyertai Umno. Sementara itu, Mahdzir yang juga anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Pedu, berkata walaupun bilangan anggota PAS yang menyertai Umno tidak ramai, beliau yakin perkembangan itu mengukuhkan lagi Umno dan BN khususnya di Padang Terap. "Saya dapat tahu ramai lagi bakal keluar PAS untuk menyertai kita. Saya mengalu-alukan mereka kerana Umno tidak sekali-kali menutup pintu atau menghalang sesiapa sahaja yang mahu berjuang bersama-sama kita," katanya. Mahdzir berkata penyertaan ramai orang muda ke dalam Umno menyerlahkan kesedaran generasi hari ini bahawa mereka memahami perjuangan parti itu. Beliau turut berterima kasih kepada anggota PAS yang menyokong perjuangan Umno. -Bernama |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan