Anak Sungai Derhaka |
- Video rakaman awal keganasan Samseng UMNO di Gombak.
- Gambar Samseng UMNO mengganas di Gombak, seorang ditikam..
- Kamera AES di Lebuhraya Lembah Klang Selatan Diturunkan!
- UMNO fitnah PAS lagi!! kali ini kaitkan PAS dengan tragedi Al-Ma'unah
- Ingatkan Pemuda UMNO saja yang ganas.. Wanita UMNO pun sama rupanya.. tengok ni..
- "Saya ada bukti PAS Parti Ajaran Sesat.." kata dia ni.. (Video Inside)
Video rakaman awal keganasan Samseng UMNO di Gombak. Posted: 04 Dec 2012 09:01 AM PST Diawal rakaman video ini anda akan melihat batu-batu berterbangan ke arah penyokong Pakatan Rakyat yang sedang mendengar ucapan di hadapan pentas. Keganasan samseng UMNO ini telah mengakibatkan seorang mangsa luka di bahu kiri akibat tikaman yang dipercayai menggunakan senjata – kerambit, sebelum dirawat petugas KEADILAN. Ia berlaku ketika sekumpulan samseng Umno yang sebahagiannya membawa bendera BN mengganggu ceramah di Dataran Sharuddin, Batu 8 1/2 di sini. Kumpulan samseng Umno yang sebahagiannya didakwa sebagai pesilat, selain berbuat bising menggunakan kata kesat turut melempar batu ke tapak ceramah. Mengulas kejadian itu ketika berpidato, Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengecam keras perbuatan zalim itu. "Ikut sejarah Islam, yang baling batu ini siapa? Puak Jahiliyah!" katanya yang turut mendesak polis menjalankan siasatan sehingga pihak bertanggungjawab dikenakan tindakan. "Kalau tak ambil tindakan, saya sendiri datang cari Ketua Polis (Daerah) Gombak," katanya dengan nada tegas - Laporan oleh Keadilandaily Video oleh PemudaGombak.com Gambar-gambar keganasan samseng UMNO ini sila lihat di ( SINI ) |
Gambar Samseng UMNO mengganas di Gombak, seorang ditikam.. Posted: 04 Dec 2012 07:16 AM PST Jelas kelihatan semangat mereka untuk mengganas berkobar-kobar sekali setelah berakhirnya Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini. Gambar-gambar ini adalah dari lokasi Ceramah Jelajah Merdeka Rakyat malam ini di Dataran Shaharuddin, Batu 8 1/2, Gombak Utara, Selangor (Belakang UIAM). Apa yang dijangkakan benar-benar berlaku pencacai UMNO yang diketuai oleh Megat cuba membuat kacau dengan kumpulan motor dengan membuat bising dan provokasi. Malah mereka lebih berani dan ganas kali ini dengan membaling batu, botol juga merosakkan gerai dan menumbuk Petugas Pakatan Rakyat. Wajah-wajah samseng UMNO/BN... mereka melakukan provokasi lebih keras di Ceramah Merdeka Rakyat di Gombak ketika ini dan cuba memasuki kawasan pentas ceramah sambil membuat bising. Gerombolan samseng upahan telah melakukan serangan dengan membaling batu dan objek-objek keras ke arah hadirin. Seorang pendengar telah ditikam dgn objek tajam di bahu di tapak ceramah Merdeka Rakyat di Gombak ketika ini. Gerombolan Samseng Upahan Semakin Membuat Kacau Dan Mengganggu Ceramah Pakatan Rakyat Di Gombak Ketika Ini.. Penyokong PR Bertahan Menghadapi Provokasi Mereka.. Polis yang telah dihubungi masih belum tiba.. Pihak FRU dan Polis akhirnya sampai di tapak ceramah bagi mengawal keganasan Samseng Upahan UMNO.. Pasukan LSF mengepung samseng-samseng upahan UMNO yang mencetuskan kekacauan. Mangsa yang ditikam sebentar tadi sedang menerima rawatan.. Kesan tikaman dapat dilihat pada baju mangsa yang berlubang! Sumber : PemudaGombak.com Wanita UMNO pun ganas juga.. sila baca di ( SINI ) |
Kamera AES di Lebuhraya Lembah Klang Selatan Diturunkan! Posted: 04 Dec 2012 04:09 AM PST Menyedari amaran keras yang diberikan Kerajaan Selangor terhadap pemasangan kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang mendapat bantahan rakyat seluruh negara, hari ini kontraktor yang dilantik Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menurunkan sebuah kamera yang dipasang di Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) sebentar tadi. Exco kerajaan negeri, Ronnie Liu yang memberi amaran tersebut mewakili menteri besar, Abdul Khalid Ibrahim masih belum dapat dihubungi bagi memberi komen susulan daripada tindakan tersebut. Kerajaan negeri memberi tempoh sehingga Isnin lalu bagi kementerian pengangkutan menurunkan kamera kontroversi itu atau berdepan dengan tindakan daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) yang diarah bersiap sedia sekiranya kementerian gagal berbuat demikian. Malah sebuah pertubuhan NGO, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) juga berhasrat untuk berbuat demikian dan hanya menunggu lampu hijau dari kerajaan negeri untuk menurunkannya tanpa menggunakan sesenpun wang pembayar cukai. Kira-kira 50 orang pengguna jalan raya yang lalu di kawasan terbabit memperlahankan kenderaan masing-masing melihat operasi tersebut dijalankan tanpa kehadiran pihak polis seperti kebiasaannya. Dalam perkembangan berkaitan, sebanyak 256,899 saman telah dikeluarkan sejak AES beroprasi dari 23 September sehingga 26 November lalu. Dari jumlah itu, Selangor mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 142,809 saman dikuti Perak sebanyak 81,00, Putrajaya 22,876 dan Kuala Lumpur sebanyak 10,213 saman. Saman tertinggi adalah melibatkan kesalahan memandu melebihi had laju iaitu sebanyak 243,545 saman diikuti kesalahan melanggar lampu isyarat sebanyak 13,354 saman. Perkara itu dijelaskan Timbalan Menteri Pengangkutan, Abdul Rahim Bakri di Dewan Negara semalam sebagai menjawab soalan yang dikemukakan oleh Senator Khairiah Mohamed. Sehingga kini, AES telah dipasang di 14 lokasi di seluruh negara. AES di kawasan 30km/j kekal Selain jumlah itu, Khairiah juga turut mempersoalkan berhubung dengan kajian semula AES di kawasan had laju 30 kilometer sejam dan nortis amaran di lokasi-lokasi kamera AES. Dalam jawapannya, timbalan menteri itu berkata, setakat ini kerajaan tidak bercadang untuk mengkaji semula cadangan menguatkuasakan AES di kawasan had laju 30 kilometer sejam. Katanya, pemilihan lokasi tersebut adalah dibuat berdasarkan kriteria yang teratur dan lokasi ini merupakan kawasan-kawasan sekolah di mana terdapat keperluan untuk menyediakannya bagi melindungi kemalangan di kalangan murid-murid sekolah. "Walau bagaimanapun, penguatkuasaan di kawasan ini akan mengguna pakai kamera mudah alih dan dijalankan hanya pada waktu persekolahan sahaja," jelasnya. Berhubung notis amaran pula, timbalan menteri itu berkata, notis telah dipasang dalam lingkungan dua hingga tiga kilometer bagi mengesan kesalahan memandu melebihi had laju., manakala bagi mengesan kesalahan melanggar lampu isyarat pula, notis amaran dipasang dalam lingkungan 50 hingga 500 meter. ~ Jalan Pulang |
UMNO fitnah PAS lagi!! kali ini kaitkan PAS dengan tragedi Al-Ma'unah Posted: 04 Dec 2012 12:55 AM PST Umum mengetahui sepanjang perbicaraan kes Al-Ma'unah sehingga membawa hukuman mati keatas ketuanya Mohamed Amin , langsung tidak ada keterangan mahupun bukti yang mengaitkan kumpulan beliau dengan PAS. Namun begitu perhatikan gambar mural yang di lukis di PWTC di atas, jelas kelihatan lambang PAS pada jarum suntikan menggambarkan seolah-olah PAS adalah parti penghasut mengenai isu Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan demo bantah AUKU. Perhatikan pula gambar di bawah.. kelihatan seorang lelaki berserban wajah iras TG Haji Hadi sedang memegang kain rentang tertera perkataan 'PERISTIWA SAUK DAN SANDIWARA UMNO", dan disebelahnya seorang lelaki seakan-akan TG Nik Aziz. Apa yang jelas ialah lukisan mural di PWTC yang dikatakan sebagai dikuasai oleh UMNO ini bertujuan untuk mengelirukan orang ramai dan dalam masa yang sama memburukkan PAS.. Inilah sifat sebenar UMNO.. ketika ada antara mereka berusaha memujuk PAS untuk bersatu atas nama perpaduan.. dalam masa yang sama juga mereka mengutuk dan memfitnah PAS dan kepimpinannya melalui lukisan mural di PWTC.. Itupun ada pencacai UMNO yang berbangga dengan doa mereka pada PAU yang lalu kononnya mereka berdoa untuk kebaikkkan semua termasuk PAS.. Tapi itu doa mereka... perangai mereka?? macam haram jadah!!! Sedikit kronologi kes Al-Ma'unah... Dalam kejadian pada 2 Julai 2000, sekumpulan 15 lelaki daripada kumpulan Al-Ma'unah melarikan pelbagai jenis senjata dari dua kem tentera di Grik, Perak, sebelum menyertai 13 orang lagi anggota kumpulan itu bersembunyi di Bukit Jenalek, Sauk.Kalau ada pemimpin PAS yang terbaca artikel ni.. kalau nak saman tu biar sampai PWTC berpindah milik.. jangan saman sikit-sikit..biarkan UMNO merempat tidak tahu di mana tempat mengadakan Perhimpunan Agung pada masa akan datang. Sumber info : Omak kau!! |
Ingatkan Pemuda UMNO saja yang ganas.. Wanita UMNO pun sama rupanya.. tengok ni.. Posted: 03 Dec 2012 09:03 PM PST 2 Disember 2012 lalu, saya ke Jengka , Pahang, melalui Lebuhraya Pantai Timur, LPT -laluan ini adalah lebuhraya 2 lorong dan perjalanan memang selesa. Ketika memandu di laluan kiri, dengan kelajuan kira-kira 90 km/jam, saya dikejutkan dengan kehadiran sebuah van Skuad Sayang UMNO yang tiba-tiba menghimpit dari kanan ,kenderaan saya pandu. Saya sangat-sangat terkejut kerana hanya beberapa sentimeter sahaja lagi van dipandu sangat laju ini hampir merempuh sisi kanan kenderaan saya menyebabkan saya terpaksa mengelak ke laluan kecemasan dan hampir terbabas. Saya sempat membunyikan hon panjang sebagai tanda amaran. Van ini dipercayai cuba memotong kenderaan saya pandu ketika di masa sama sebuah kenderaan lain sedang dipandu laju di laluan kanan dan mungkin pemandunya panik dengan situasi itu. Setelah mengambil nafas lega, saya memotong van ini dan pemandunya ialah seorang wanita dan di dalamnya juga ada beberapa wanita lain dan bahagian belakang penuh dengan pelbagai barangan. Mereka dipercayai dalam perjalanan pulang setelah menghadiri persidangan Agung UMNO di PWTC. Van tertulis UMNO Pahang ini kemudian dilihat memasuki susur ke Temerloh. Siapa saya? sila lihat di ( SINI ) |
"Saya ada bukti PAS Parti Ajaran Sesat.." kata dia ni.. (Video Inside) Posted: 03 Dec 2012 05:37 PM PST "Sebenarnyaaa.. sepatutnya.. kita buat lama dah.. bukan hari ni.. Kerana kita tengok ramai benar.. ramai benar dah orang PAS ni jadi sesat." "Kerana ummat Islam ni tidak bangkit memberitahu dan tidak ada orang yang berani." "Hari ni.. Alhamdulillah diatas daya usaha Dato Wira Pak Rosli dan cetusan dari YAB Menteri Besar kita maka berlakulah majlis hari ni.." "Jadi saya rasa majlis hari ni tajuk forum wacana kita hari ni PAS Ajaran sesat tu memang benar.." "Memang benar dan betul kerana saya ada hujah…" kata Bekas Ketua Pemuda PAS Terengganu. Apa hujah Bekas Ketua Pemuda PAS Terengganu ni? Korang tengoklah video kat bawah ni.. Huk.. aloh!! bengong benar bekas Ketua Pemuda PAS Ganu nih!! Kalu doh ada bukti.. tunggu gapo lagi? Mung bawagi gi bukti atau apa saja yang boleh dijadikan bukti tu ke Jabatan Agama Islam terdekat dan suruh tangkap ahli-ahli PAS. Jangan lupa serahkan juga bukti tu ke Majlis Fatwa, biar Majlis Fatwa keluarkan fatwa PAS itu haram.. |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan