Sabtu, 29 Disember 2012

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Tindakan Zahid Hamidi membuktikan dakwaan Deepak itu ada kebenarannya...

Posted: 29 Dec 2012 02:34 AM PST


Pada 30 November 2012, Dato' Seri Zahid Hamidi mengumumkan kepada wartawan dan Perhimpunan Agong Umno bahawa beliau akan menjawab dan mematahkan tuduhan Deepak yang mengaitkan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak dengan pelbagai salahlaku.

Malangnya, keesokan harinya, pada 1 Disember 2012 beliau tidak mengotakan janjinya itu. Tuduhan-tuduhan Deepak kekal tidak dijawab oleh pentadbiran Dato' Seri Najib Tun Razak.

Saya beranggapan itu strategi Dato' Seri Najib Tun Razak dan Dato' Seri Zahid Hamidi – iaitu untuk tidak mengendahkan tuduhan-tuduhan tersebut atas alasan ia tuduhan liar tanpa bukti.

Sehingga saat itu pun, rakyat masih samar-samar mengenai bukti yang dikemukakan oleh Deepak, apatah lagi keterlibatan Deepak dengan keluarga Dato' Seri Najib Tun Razak menimbulkan tanda tanya mengenai motif dan kredibiliti beliau. 

Oleh sebab itu, KEADILAN tidak memberi sebarang reaksi mengenai tuduhan-tuduhan tersebut, kecualilah menuntut agar ia disiasat segera.

Ternyata anggapan saya itu tidak tepat.

Tuduhan-tuduhan yang dibuat oleh Deepak dipandang serius dan dibuktikan benar-benar mencemaskan Dato' Seri Najib Tun Razak, sehingga tugas untuk menyelesaikan kemelut ini diserahkan kepada Dato' Seri Zahid Hamidi.

Walaupun awalnya Dato' Seri Zahid Hamidi mengelak dari memberi jawapan, jalan penyelesaian yang beliau laksanakan mengikut perintah Dato' Seri Najib Tun Razak akhirnya terbongkar kepada umum pada 27 Disember 2012.

Urusniaga mengejut melibatkan pembayaran RM30 juta untuk membeli 80% saham terbitan Astacanggih dan RM130 juta untuk membeli 200 ekar tanah dari Awan Megah Sdn Bhd adalah satu salahguna kuasa oleh Dato' Seri Zahid Hamidi dan Dato' Seri Najib Tun Razak bertujuan untuk menutup mulut Deepak dan menyelesaikan skandal ini yang kian merebak.

Urusniaga ini akan dibiayai sepenuhnya oleh Bakti Wira Development Sdn Bhd, sebuah syarikat pelaburan hartanah yang dimiliki sepenuhnya oleh Boustead Holdings Berhad, milik Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT). Modal dan aktiviti Boustead Holdings Berhad banyak bergantung kepada caruman dari potongan gaji anggota tentera yang disalurkan melalui LTAT.

Sebagai menteri yang bertanggungjawab memikul amanah ini, Dato' Seri Zahid Hamidi haruslah berhati-hati dalam memastikan pelaburan yang dibuat oleh Bakti Wira Development Sdn Bhd adalah pelaburan yang terbaik untuk kepentingan anggota tentera.

Sebab itu, sekiranya urusniaga ini diteliti, ia sudah tentu tidak menepati apa-apa garis panduan pelaburan baik berdasarkan perkara-perkara berikut:

1. Astacanggih adalah sebuah syarikat yang tidak mempunyai aset mahupun rekod perniagaan yang baik. Semakan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (klik di sini SSM) menunjukkan ia tidak pernah pun memfailkan penyata kewangannya. Selain modal berbayar sebanyak RM20 juta, syarikat ini dibebankan dengan hutang sebanyak RM98 juta dari Kuwait Finance House (mengikut rekod SSM);

2. Nilaian RM30 juta bagi 80% saham terbitan Astacanggih itu tidak ada asas. Kenyataan Boustead Holdings Berhad bahawa nilaian RM30 juta itu dicapai atas persetujuan bersama pembeli dan penjual membuktikan bahawa urusniaga ini dibuat berdasarkan pertimbangan politik, bukan pertimbangan pelaburan komersil;

3. Pembayaran RM130 juta terhadap 200 ekar tanah yang statusnya masih belum dipindahmilik kepada Awan Megah Sdn Bhd bermakna Dato' Seri Zahid Hamidi mengambil wang sebanyak RM130 juta dari caruman anggota tentera untuk membayar syarikat milik seorang pimpinan Umno tanpa ada sebarang pertukaran aset, kerana tanah 200 ekar itu masih belum dipindahmilik kepada Awan Megah Sdn Bhd;

4. Nilaian RM130 juta bagi 200 ekar tanah tersebut juga dibuat tanpa menggunakan penilaian bebas, semata-mata atas dasar persetujuan yang dicapai di antara penjual dan pembeli;

5. Pengumuman rasmi Boustead Holdings Berhad kepada Bursa Malaysia memberi alasan bahawa pembelian tanah itu bertepatan dengan bank tanah sedia ada milik anak syarikat Boustead (iaitu Jendela Hikmat Sdn Bhd) di kawasan berhampiran (klik di sini untuk rujuk perenggan 4 pengumuman). Walau bagaimana pun, semakan rekod menunjukkan tanah seluas 236 hektar yang dipindahmilikkan kepada Jendela Hikmat Sdn Bhd dinilai pada RM230 juta pada akhir tahun 2005 (klik di sini untuk rujuk laporan akhbar Utusan Malaysia );

6. Ini bermakna tanah sekitar kawasan yang sudah dimiliki oleh Boustead Holdings Berhad dinilai sekitar RM390,000 seekar, berbanding urusniaga terkini melibatkan Awan Megah yang membayar RM650,000 seekar ke atas tanah yang statusnya belum dipindahmilik.

Jelas bahawa urusniaga ini bukanlah urusniaga yang lulus pertimbangan komersial dan panduan pelaburan LTAT.

Saya hanya boleh simpulkan bahawa urusniaga ini dibuat semata-mata untuk menutup mulut Deepak dan memadamkan skandal ini.

Makanya, tindakan tidak berwaspada Dato' Seri Zahid Hamidi yang menyalahgunakan kuasanya dengan mengarahkan LTAT membayar RM160 juta mengesahkan bahawa dakwaan Deepak itu benar, sehingga mencemaskan Dato' Seri Najib Tun Razak.

Oleh itu, saya akan mula meneliti dan mendedahkan pembayaran yang dibuat oleh Deepak terhadap pihak tertentu yang dikaitkan dengan Dato' Seri Najib Tun Razak, memandangkan sudah jelas bahawa dakwaan Deepak itu ada kredibiliti dan kebenarannya. KEADILAN akan mengadakan sidang media pada hari Isnin, Rabu dan Jumaat minggu depan jam 11 pagi mengenai pendedahan ini.


RAFIZI RAMLI 
PENGARAH STRATEGI KEADILAN 
29 DISEMBER 2012

UMNO difitnah rupanya... kesiannyaaaa...

Posted: 28 Dec 2012 11:26 PM PST


Patutlah aku nampak lain macam saja gambar kat atas tu hari tu.. tangan diikat tapi kaki tak diikat, boleh pulak Ketua Penerangan Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda (Anak), Noraza Muda tunggu kat situ.

Padahal kalau dia nak lari.. masih boleh lari.. tapi dok menganga lagi kat situ..

Rupa-rupanya laporan diatas adalah tidak benar sama sekali dan individu yang dilaporkan telah diikat itu telah melakukan penafian mengenai perkara di atas itu..

Selalu sangat UMNO dan pencacainya menyebarkan fitnah, kali ini diaorang pulak yang kena fitnah.. kah..kah..kah..

Sesiapa atau Blog mana yang dah tolong sebar gambar di atas tu.. minta maaf lah ya... tapi kalau nak buat bodoh pun tak apa, sebabnya selama inipun UMNO dan Pencacainya bukan tahu nak minta maafpun walau terbukti apa yang disebarkan mereka itu adalah fitnah..

Ketua Penerangan Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda (Anak), Noraza Muda menafikan laporan sebuah akhbar komuniti yang menyiarkan gambarnya didakwa ditahan dan diikat di sebuah pondok rehat semasa konvoi Kembara Oren Selamatkan Felda di Pahang baru-baru ini.  
"Saya nafikan berita dan gambar diikat dan ditahan di pondok Felda Kg Awah itu. Gambar itu di luar skop program yang kemudiannya telah dimanipulasi oleh rakan-rakan Facebook hingga timbul salah faham pelbagai pihak," katanya ketika dihubungi Harakah, 28 Februari lalu. 
Beliau merujuk laporan Sinar Harian pada 25 Disember lalu yang turut menyertakan kenyataan pimpinan PAS Pahang.  
Laporan itu menyebut tindakan kepada Noraza itu bagi menghalangnya bersama-sama peserta konvoi lain memasuki kawasan Felda Kampung Awah, Chenor. 
~ Sumber dari ( SINI )

Pencacai UMNO Kantoi lagi!! Kali ini Kafe dikata Kelab Malam di Shah Alam..

Posted: 28 Dec 2012 07:40 PM PST


Sekali lagi Blog-blog Pencacai UMNO kantoi kerana kebodohan mereka, jika sebelum ini ada diantara mereka yang tak tahu membezakan antara Wali dan Jurunikah ( SINI ) kali ini mereka kantoi kerana tak tahu membezakan antara Kafe dan Kelab Malam pula..


Awal Disember lalu kebanyakkan Blog-blog Pencacai UMNO memainkan isu ini, kerana kononnya bagi mereka ini adalah kejayaan transformasi oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.

Shah Alam telah ditransformasikan dari sebuah bandar yang bebas dari pusat-pusat maksiat kepada sebuah bandar yang penuh dengan pusat maksiat setelah Pakatan Rakyat mengambil alih pemerintahan selepas 2008, kata mereka kononnyalah..


Ada juga yang menulis seperti paparan di bawah, mendakwa Pakatan Rakyat memang mempunyai kepakaran dalam memutar belit dan membohongi rakyat.


Tetapi hakikat sebenarnya ialah...

Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menegaskan bahawa sebuah premis di Setia Alam yang didakwa menjalankan aktiviti kelab malam sebenarnya adalah sebuah kafetaria yang menjalankan aktiviti persembahan muzik ('live band').

Bagaimanapun, Timbalan Pengarah Korporatnya, Shahrin Ahmad berkata, aktiviti 'live band' tersebut dijalankan tanpa kebenaran dan kelulusan daripada Jabatan Perlesenan dan Penguatkuasaan MBSA.

"Hasil pemeriksaan yang dijalankan, kita dapati premis tersebut mempunyai lesen untuk menjalankan aktiviti perniagaan kafetaria tapi tiada lesen untuk aktiviti 'live band'. "Oleh itu, pihak MBSA telah mengarahkan pengusaha premis tersebut supaya menghentikan aktiviti tanpa kebenaran itu," tegas Shahrin sewaktu dihubungi .

Menurutnya lagi, notis turut dikeluarkan terhadap pengusaha premis selaras dengan peruntukan Undang-undang Kecil Perlesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian MBSA 2007.

Hasil tindakan itu juga, Shahrin memberitahu, pengusaha kafetaria telah mengemukakan permohonan untuk menjalankan aktiviti persembahan muzik di premisnya.

Namun permohonan tersebut hanya akan dibincangkan dan diputuskan di dalam Mesyuarat Kawalan Perniagaan dan Kesihatan MBSA yang akan datang.

Mengulas mengenai penjualan minuman beralkohol di premis tersebut, Shahrin menegaskan MBSA tiada hak untuk mengeluarkan sebarang lesen jualan minuman keras.

"Lesen jualan minuman keras dikeluarkan oleh pejabat daerah dan tanah, dan untuk kawasan ini (Setia Alam) ianya dikeluarkan Pejabat Daerah dan Tanah Petaling," ujar beliau.

Baru-baru ini, menurut laporan sebuah akhbar, sebuah premis di Setia Alam dikatakan baru dibuka pada 12 Disember lepas sempena tarikh 12.12.12.

Selain daripada menjual minuman keras, premis itu turut didakwa menawarkan persembahan hiburan.

Susulan laporan tersebut, MP Shah Alam, Khalid Samad mengeluarkan kenyataan menggesa MBSA untuk mengambil tindakan tegas terhadap premis itu ~ Selangorku

Itulah... lain kali buat research dulu sikit kalau nak jadikannya sebagai itu.. ini tidak, main serbu membabi buta saja... kan nampak bangang..

Buat Blogger-blogger pencacai UMNO tu.. kalau korang dah ketandusan isu sangat yang nak di bawa, ini ada satu isu..

Isunya ialah seorang artis Melayu dan berugama Islam, telah disahkan membuka sebuah Kelab Malam yang menjual arak di utara Semenanjung, bukan saja menjual arak malah baru-baru ini telah mengadakan pertandingan bikini dalam premisnya itu..  lihat di ( SINI )

Tiada ulasan: