Jumaat, 28 Disember 2012

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Artis Rock yang menyokong UMNO akui buka Kelab Malam yang jual arak..

Posted: 28 Dec 2012 07:31 AM PST


Persoalan mengenai adakah benar Artis Rock yang menyokong UMNO ini telah membuka sebuah Kelab Malam yang menjual arak terjawab akhirnya..

Pengakuan itu telah dibuat oleh Awie ataupun nama sebenarnya Ahmad Azhar bin Othman dalam satu temubual oleh Kosmo! Online..

Dalam temubual tersebut Awie akui  memang membuka sebuah kelab di Ipoh dan Kelab dengan nama Malai Rock Station (MRS) ini sudah tiga bulan dibuka.

Berikut adalah sebahagian petikan dari temubual itu..

Baru-baru ini dapat berita yang Awie bergaduh lagi di Langkawi. Sejauh mana kebenaran cerita ini?

AWIE: Saya sekarang ni tak keluar kecuali mengadakan persembahan di Kelantan dan Ipoh. Pulau Langkawi sudah lama saya tidak jejak kerana tiada kesempatan. Malah anggota Wings yang lain ada mengajak saya ke sana tetapi saya tolak kerana sibuk.

Tapi bagaimana cerita sebegini boleh tersebar?

Saya kurang pasti kenapa orang masih nak kaitkan saya dengan cerita ini. Baru-baru ini di Ipoh, orang kata saya jual dadah, senjata api dan terlibat dengan pelacuran serta gangster.

Bagaimana cerita tersebut juga timbul?

Saya memang membuka sebuah kelab di Ipoh. Ini bidang saya iaitu hiburan dan kami ada live band di kelab tersebut. Kelab dengan nama Malai Rock Station (MRS) ini sudah tiga bulan dibuka. Sejak itu orang mula menfitnah dan menipu saya. Persepi manusia memang begitu dari zaman 80an, kalau rock sahaja mesti jual dadah.

Jadi apa tindakan Awie?

Saya buat tidak tahu. Malah ada orang kata saya kini dalam pemerhatian. Pada saya, ini rezeki dan kerja saya. Hak manusialah mahu bercakap dan saya tidak boleh hentikan. Saya bersyukur orang masih mengingati saya dengan cara baik dan buruk. Maksudnya saya masih hero.

Temubual penuh sila baca di ( SINI )

Walaupun Awie tidak mempromosikan apa sebenarnya yang di niagakan di Kelab tersebut hasil carian Topeng Perak Unmasked di Facebook "Malai Rosck Station Bistro" Fanpages  menemui beberapa pakej promosi "MENARIK":

Pakej promosi 1 bertarikh 14hb. Disember, 2012:

Hye there MRS lover !!! Its a Beach Wear Party 2morrow nite 14th Dec 2012 @ Malai Rock Station ... Come on party people , Hop in n have some fun here @ Malai Rock Station ...1st , 2nd n 3rd Best dress gonna go back with surprises !!! Hey People its worth it ... Tell ur frens n be here 2morrow ... There's a few package of drink is ready for u guys... What r u waiting for !!! Enter if dare !!! From the management of MRS "we love u we serve u". "Rock Is Everyone Style"..  (PESTA BIKINI)

Pakej promosi 2 bertarikh 16hb. Disember, 2012:

Hi there MRS lover !!! Its a ROCK NITE TONITE... 16th Dec 2012 @ Malai Rock Station ... Come on party people , Hop in n have some fun here @ MRS !!! BEST ROCK ATTIRE will get PRIZES from us !!! Come on dress it up as Rock n Roll superstar !!! Hey People its worth it ... Tell ur frens n be here 2nite ... Local band (ipoh) Holy Snake is super good ...let's Rock with them... There's a few package of drink is ready for u guys... 2bottles of chivas/black label = rm588 only... 2bucket of Tiger Beer = rm138 only ... 1 long island Tower = rm158 only ... What r u waiting for !!! Enter if dare !!! From the management of MRS "we love u we serve u". "Rock Is Everyone Style". Pls kol +6055485036... (PESTA ARAK MURAH)

Kesimpulannya.. dari laporan di atas telah mendedahkan kenapa Awie menyokong UMNO..

Yang bertegas mengatakan Awie menyokong UMNO bukan aku.. tapi pencacai UMNO sendiri.. sila baca di ( SINI )

Bila masa pulak PAS anjur Demo Bantahan Guna Nama Allah di Komtar ni?

Posted: 28 Dec 2012 02:54 AM PST


Sebelum itu.. semalam seseorang telah bertanya kepada aku tentang gambar (gambar bawah) yang disertakannya dalam laman Twitter aku di sini ( @AnakSgDerhaka ) , adakah ianya benar atau tidak..

Oleh kerana aku tak tahu siapa tuan punya akaun Twitter yang bertanya kepada aku, jawab aku.. "Siapa punya lawak bodoh ni?"..


Dan hari ini.. selepas solat Jumaat tadi sekumpulan pemuda yang mendakwa mereka adalah Ahli PAS dan mewakili beberapa NGO kononnya telah mengadakan satu demonstrasi di Masjid simpang 6 berhampiran Komtar, Pulau Pinang.


Tujuan demo menurut mereka adalah sebagai membantah Ketua Menteri, Lim Guan Eng, berkaitan isu penggunaan kalimah Allah.

Berikut adalah laporan serta sedikit gambar dari Blog Penyokong UMNO yang dipercayai berada ditempat kejadian..

Sekarang ini sekumpulan umat Islam terdiri daripada Ahli PAS,Umno dan beberapa NGO mengadakan bantahan terhadap Lim Guan Eng yang menjadi pelampau meniup kebencian agama terhadap penganut agama Kristian.

Apa yang Pisau dapat lihat ketika ini hanya beberapa orang penyokong Ustaz Hafiz Nordin bekas ketua pemuda PAS dan para pengikutnya yang konsisten melawan Lim Guan Eng dalam isu nama Allah.

Yang berjawatan seperti Ketua Pemuda PAS Negeri Yusni Mat Piah seperti biasa akan mendiamkan diri kerana walaq kepada khalifah mereka.

Sebaik saja selesai solat Jumaat di Masjid simpang 6 berhampiran Komtar mereka berkumpul dan hampir 200 orang berarak ke Komtar ~ Pisau.Net




Benarkah apa yang dilaporkan oleh Blog Penyokong UMNO itu??..

Ini jawapan dari Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Ustaz Saleh Man..

PAS Pulau Pinang menafikan sebarang penglibatan mereka dalam demonstrasi yang diadakan berhampiran Komtar hari ini.

Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Ustaz Saleh Man, berkata pihaknya tidak ada kena-mengna dengan sebarang penganjuran demonstrasi tersebut.

Malah, beliau tidak tahu menahu mengenai demonstarsi tersebut yang diadakan di Masjid Simpang 6, selepas solat Jumaat tadi.

"Saya tidak tahu-menahu tentang demo ini. Tiada sebarang penganjuran daripada PAS Pulau Pinang untuk berbuat demikian," kata beliau ketika dihubungi .

Mengulas lanjut Saleh berkata PAS mempunyai saluran tertentu jika mempunyai perbezaan pendapat dengan mana-mana rakan di dalam Pakatan Rakyat.

"Kita ada saluran kita sendiri," katanya lagi.

Ditanya tentang kehadiran bekas Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang, Mohamed Hafiz Nordin pada demonstrasi tersebut, Saleh enggan mengulas lanjut, bagaimanapun berkata ramai mengenali 'siapa' Hafiz ~ Harakahdaily

Ketua UMNO Bahagian Pandan dipenjara 8 tahun, denda hampir RM1 juta bersalah atas 10 tuduhan rasuah

Posted: 28 Dec 2012 12:01 AM PST


Pada 8 Feb 2011 dulu ketika dibacakan lapan pertuduhan terhadapnya di Mahkamah Sesyen Ketua UMNO Bahagian Pandan Abdul Ghani Ismail ni pengsan dalam kandang tertuduh..

Kemudiannya pada 28 June pula Ketua Umno Bahagian Pandan itu diperintah membela diri oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur terhadap 10 pertuduhan rasuah membabitkan RM193,512, antara Mei 2006 dan Mac 2007 terhadapnya.. laporan penuh sila baca di ( SINI )

Dan hari ini.. Berita Harian melaporkan..

KUALA LUMPUR: Ketua Bahagian UMNO Pandan, Abd Ghani Ismail, dihukum penjara lapan tahun dan denda hampir RM1 juta oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam, selepas didapati bersalah atas 10 tuduhan menerima rasuah berjumlah RM193,512, enam tahun lalu.

Hakim Rozilah Salleh menjatuhkan hukuman penjara lapan tahun dan denda berjumlah RM977,560 terhadap Abd Ghani Ismail, 46, bagi semua tuduhan dihadapinya.

Rozilah turut menolak permohonan tertuduh untuk penangguhan pelaksanaan hukuman penjara dan denda sementara menunggu rayuannya didengar di Mahkamah Tinggi ~ Berita Harian

Baru pegang jawatan Ketua Bahagian pun dah boleh mentekedarah rasuah hampir RM200K.. kalau jadi Menteri agaknya berapa yang akan disapu...

Inilah UMNO.. dari pemimpin atasan sampai ke pemimpin bawahan, rasuah dah jadi budaya..

Selain dari mentekedarah rasuah untuk cepat kaya, pemimpin UMNO juga dikatakan membina kekayaan dengan meminjam wang dari Bank tapi tak bayar balik.. tak percaya sila baca di ( SINI )

Yang malangnya ialah pencacai yang bermati-matian mempertahankan mereka.. tinggal di Flat yang dikhaskan untuk golongan kurang berkemampuan dengan sewa RM100 sebulan pun tak apa...

APA?? Ketua Pemuda UMNO hutang berjuta RM tak bayar?

Posted: 27 Dec 2012 08:16 PM PST


Menurut Chegu Bard beliau memperolehi dokumen yang membuktikan bahawa Ketua Pemuda UMNO merangkap Ahli Parlimen Rembau yang juga menantu Pak Lah telah tidak membayar hutangnya..

Hutang yang bernilai jutaan Ringgit itu diperolehi dari Bank Pertanian dan ianya masih tertunggak hingga ke hari ini..

Betulkah Khairy? sila jawab ya..

Sebenarnya untuk pengetahuan semua bukan Ketua Pemuda UMNO ini saja yang liat untuk membayar hutang malah ramai lagi Pemimpin UMNO yang bersikap demikian.

Info dari seorang sahabat mengatakan ramai lagi.. mereka tidak takut untuk tidak membayar hutang kerana biasanya mereka membawa surat dari sokongan dari pimpinan tertinggi UMNO untuk mendapatkan pinjaman.

Hanya surat sokongan, jadi tiada cagaran diperlukan.. oleh itu tak bayar pun tak ada hal sebab pihak Bank tak boleh nak buat apa pun..

Dulu ada sebuah Bank dah lingkup pasal perkara macam ni..

Ini adalah kenyataan dari Chegu Bard..

MOHON PENJELASAN KHAIRY JAMALUDDIN MENGENAI PINJAMAN BANK PERTANIAN BERNILAI JUTAAN RINGGIT BERDASARKAN REKOD YANG MASIH TERTUNGGAK

Kami mendapat maklumat dokumen yang setelah diperiksa balas diyakini sahih menyatakan Ketua Pemuda Umno Malaysia, Khairy Jamaluddin pernah mendapat kemudahan pinjaman membawa nilai jutaan ringgit dari Bank Pertanian Malaysia Berhad.

Kemudahan pinjaman ini diperolehi ketika bapa mertuanya Abdullah Badawi menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Juga berdasarkan rekod data yang diperolehi pinjaman tersebut masih tertunggak (tidak berbayar).

Ketika terlalu ramai mereka yang terlibat dalam bidang pertanian bermasalah untuk mendapat kemudahan pinjaman, persoalanya kini bagaimana pinjaman bernilai jutaan ringgit tersebut boleh diperolehi dengan mudah?

Adakah pinjaman tersebut dikeluarkan dan digunakan berdasarkan syarat pinjaman Bank Pertanian ?

Mohon Khairy muncul dengan penjelasan mengenai perkara ini. Jika ini semua benar maka wajarlah pimpinan Bn bersungguh - sungguh mengelak untuk membuat pengistiharan awam harta milikan mereka dan keluarga.

Bagaimana pula rekod pembayaran kemudahan pinjaman ini, jika dalam keadaan biasa ramai dikejar kerana gagal membayar hutang.

Anak muda terpaksa suruk kereta hanya kerana 3 bulan gagal membuat bayaran, ramai anak muda muflis hanya puluhan ribu pinjaman tetapi bagaimana dengan pinjaman jutaan menantu (bekas) Perdana Menteri ini?

 Bagaimana dengan faedah pinjaman yang dikenakan pula ?

Mohon Khairy sendiri tampil menjawab.


che'GuBard
Ketua Penyelaras Kebangsaan
Solidariti Anak Muda Malaysia

Inikah Kroni yang bakal mengaut keuntungan dari Rebat RM200 untuk Smartphone itu?

Posted: 27 Dec 2012 04:00 PM PST


Aku sangkakan tak ada smart phone yang berharga di bawah RM500, rupa-rupanya ada dan ianya telah dilancarkan Februari lalu di Kuala Lumpur.

Ianya di bangun dan dipasang sepenuhnya dinegara ini oleh sebuah syarikat telekomunikasi tempatan, DMD Mobile Sdn. Bhd.

Telefon pintar mampu milik yang dikenali sebagai  M3 Communicator bakal dijual dengan harga tidak melebihi RM500.

M3 Communicator adalah telefon pintar yang pertama dibangunkan di Malaysia.

Sasaran penjualan M3 Communicator sebanyak 5000 unit diseluruh negara pada April lalu dan merancang untuk mengeluarkan 2 hingga 3 model pada tahun ini dengan harga sekitar RM 500.

Dan lebih menarik lagi.. korang sila lihat dan baca apa yang tertera pada image di bawah ini..


Kata Pengerusi Eksekutif DMD Mobile Sdn. Bhd., Datuk Dr. Mohammed M. Daud, pelancaran produk itu bagi memberi peluang kepada ahli masyarakat untuk berkomunikasi dan berhubung secara lebih mudah dengan kos yang minimum.

Oooo...  Pengerusi Eksekutifnya Datuk Dr. Mohammed M.Daud....

Siapa agaknya dia yang begitu berani menceburi perniagaan yang pesaingnya terdiri dari syarikat-syarikat gergasi yang ternama?

Cuba lihat image di bawah...

Bekas Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan rupanya dia..

21 Februari 2012 Pelancaran produk keluaran syarikatnya  telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.. Telefon pintar mampu milik yang dikenali sebagai  M3 Communicator bakal dijual dengan harga tidak melebihi RM500.

28 September 2012 Najib  mengumumkan rebat RM200 bagi pembelian telefon pintar 3G untuk belia berumur 21 hingga 30 tahun.

26 Disember 2012 Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menjelaskan dalam lamanwebnya bahawa rebat RM200 untuk telefon pintar yang diumumkan dalam Bajet 2013 hanyalah untuk telefon pintar yang berharga maksimum RM500. Syarat-syarat lain yang perlu dipenuhi untuk mendapat rebat RM200 itu sila lihat di ( SINI )

Adakah ini suratan, kebetulan atau hadiah untuk persaraan?

Kroni siapa agaknya dia ni?

Untung sungguh nasib dirinya.. bersara pun masih boleh buat duit lagi.. dari RM300Juta yang disediakan sebagai rebat untuk 1.3 Juta belia tu.. korang agak berapa peratus akan dihalakan kepada syarikatnya?

Itulah yang membezakan antara Kroni Pemimpin UMNO dan Pencacai Pemimpin UMNO..

Kroni walau dah bersara tak akan dibiar menyewa di flat100.. ops silap.. maksud aku di Flat yang disewakan dengan kadar RM100 sebulan untuk golongan miskin seperti yang ada di Ampang Jajar tu..

Pencacai walau berhujah bermati-matian mempertahankan pemimpin UMNO yang ada.. empat atau lima tahun sekali dapatlah sehelai kain batik atau kain pelikat, beras sekampit, susu dua atau tiga tin..


Tiada ulasan: